Sunday, December 27, 2009

PMR 2009

Keputusan PMR 2009 diumumkan pada 24 Disember 2009. Secara keseluruhannya... alhamdulillah.. keputusan sekolah meningkat hampir 5% tapi dalam masa yang sama dari segi kualiti merosot termasuklah matapelajaran aku yang hana berjaya mendapat 24 orang sahaja. Tapi aku berjaya menggagalkan 2 orang sahaja berbanding dgn 6 orang jangkaan awal.
For year 2010... aku memegang lagi banyak kelas.... tunggulah apa aku nak buat nanti.. walaupun aku agak sibuk dengan tugasan lain... i will do better and get more A for the year 2010.... Insya ALlah

Tuesday, December 8, 2009

Kuching....

Flight 1030am delayed 1045 baru departed from Mukah cute airport. Jay yang menghantar ke airport bersama dengan siti. Aku suruh jay pergi dulu dgn siti supaya dia dpt pergi beli minuman untuk siti.... rahsia siti ke airport menghantar aku ... dia tak mandi pagi. Agaknya tulah sebabnya... kereta aku tak boleh distartkan apabila dia orang nak balik....
Risau jugak sebenarnya bila jay sms bagitau kereta tak boleh start. Macam-macam ada dalam minda... battery kereta... yang dah lama tak diisi airnya. Lampu kereta kekal dihidupkan oleh jay... and macam2 lagi2. Tapi tak boleh nak buat apa... sebab.. jay tak leh nak ke airport and saya tak leh nak gi tempat dia ... masa nak depart semakin hampir... risau.. dia ada duit ke tidak... walaupun ada duit yang ditinggalkan untuk belanja dia sepanjang 4 hari aku tak de di kampung.
Aku mula berdoa' macam2 and jay tak pendek akal...aku beritahu dia... kalau teruk minta produa betul kan apa2 yang patut... next ,onday aku kembali... aku akan uruskan semua bayarannya. huahua... dalam hati dah nak nangis... terbang lagi duit aku.....
samapai Kuching aku terus call... alhamdulillah.. tak de apa... cuma masalah... elektrik dia tak sampai ke mana entah... tapi aku tau apa yang dimaksudkan... sebab sebelum ni... oernah sekali dia buat perangai macma tu jugak. Next monday aku kena pergi service kereta nampaknya,
Actuallly... aku nak cerita pasal ppenerbangan aku ke Kuching.... aku sakit hati sepanjang perjalanan ke Kuching sebab perempuan yang duduk sebelah aku ni...tak faham2..naik flight mana boleh bersms and bertelefon...ni sepanjang perjalanan ke kuching boleh lagi dia bersms and bertelefon. Aku nak tegur susah jugak.. sebab flight twin otter kecik sangat.. 19 orang je penumpang yang muat. takkan nak memalukan prpn tu. Aku pun cakap jugak le... tapi dia buat dek aje... kalau le dia student aku... sah memang dah kena rampas.... tak pelah.... asalkan tak de apa2 yang berlaku,.... tapi kalau pilot yang2 org tu tanya sapa main tel.. mmg sah aku akan tunjukkan sapa yang punya angkara....
Walau pun kita dari kampung jauh dari pembangunan... ikutlah peraturan yang ditetapkan.... jangan bertindak ikut suka hati... sebab dalam hidup kita peraturan amat penting dan,... sejauhmana kita mematuhinya adalah lambang keperibadian kita. Jadi selalu-selalulah menilai tindakan yang kita ambil walau di mana sekalipun kita

Monday, December 7, 2009

Mendung di hati



Saya pinjam gambar Rita Rudani.... untuk menghiasi laman yang serba kekurangan ini....

Hari ni.. entahlah... hati rasa tak selesa sangat2. Ada debar yang tak pasti mana puncanya. Rasa nak menangis pun ada.... Hati sabarlah...
Tak tau apa yang perlu dicatat diruangan ni.... bila hati mendung... menanti hujan datang bertammu... tapi... risau jugak,,.. nanti diiringi pulak dengan kilat dan petir... ohh.. that bad.

Friday, December 4, 2009

Menikmati ayam goreng KFC

Snack Plate and nasi ayam KFC menu makan tengahari saya and nana hari ni. Nana belanja saya di KFC. Hingga menjilat jari. Inilah baki yang tinggal selepas kami ratahnya. Perut taklah lapar sangat sebenarnya sebab kami dah menghabiskan satu tin buah laici sebelum berangkat ke Mukah. tapi nak juga makan. So chezzy wedges yang tinggal tiga ketul tu nana kena habiskan




sebenarnya saja je na lepaskan perasaan.... malangnya sebelah petang aku kena ke pejabat PPD Mukah lagi untuk uruskan pasal duit majlis-majlis kebesaran islam 2009. Ada masalah tapi saya pass kan kepada kerani kewangan dan biarkan dia uruskan selepas ni. Balik sekolah tanya .. dia kata okey dah.... Malas nak fikir banyak tentang duit tersebut biar mereka uruskan peringkat mereka di sana. Saya dah tolong uruskan kerja orang lain pun dah okeylah tu.
Last night saya ke rumah pengetua..... Offer diri pada chief clerk untuk ambil tandatangan boss... ssebenarnya ada tujuan lain jugak..hehehehe.... saya nak minta boss sahkan salinan dokumen peribadi untuk kegunaan diri sendiri juga sebenarnya...heheheh... sambil menyelam minum air.. orang tua kata.
Alhamdulillah... boss cool saja dan dokumen yang saya perlukan pun dah ready semuanya... tunggu masa untuk digunakan saja lagi.... Thanks Boss.

Thursday, December 3, 2009

Buku-buku saya

ALhamdulillah.. hari cuti berlalu dengan aman damai. Saya ke sekolah setiap hari. Mulai minggu depan saya mula menjalankan tugasan di luar kawasan sekolah dan kampung. Saya akan berangkat ke kuching on 8th December 2009. Akan kembali semula paling awal 21 December 2009.
Semalam saya mengemas bilik... sampai ke sudah my friend tak percaya yang saya mampu mengangkat icebox seorang diri dan memasukkan ke dalam kereta kancilku.... malamnya saya bawa pulak washing mechine ( yang ini.. my youngest sister helped me di tengah malam.




Disini adalah novel-novel ku yang mencecah 300 naskhah. Aku adalah makhluk paling kejam dan kedekut untuk meminjamkan novel-novelku pada orang lain.

Ini pula kartun ipin dan ipin yang aku tak pernah tonton sebelum ni. aku dengan ilmu yang langsung tak ada... take photo from TV..hehehehehe

Thursday, November 26, 2009

Kenangan Silam Kes You Tube......



Menanti kehadiran KPPM.... tak larat nak berdiri..... sedih sungguh



Melihat gambar ni teringat kisah lama..... hanya yang tau keadaan sahaja memahami kenapa situasi ini berlaku..... huhuhu. Kawan datang tidak dilayan. Semua perkara terpaksa dipastikan okey.... dan yang paling dahsyatnya hanya beberapa bulan selepas itu baru dokumen tu diperlukan... dan yang paling malang sekali... kerana peristiwa hitam 12 March 2009 itu telah membawa saya menjadi Ketua Warden.. di SMK Oya. Nak menangis atau tidak masa tu... tak tau... Nak tolak tak mampu nak terima pun sakit diri sendiri. Tapi yang pasti ia adalah pengalaman paling berharga buat saya sebagai pengalaman hidup dan pengalaman yang menjadikan saya lebih berhati-hati dalam menjalankan kerja. Cuma yang pastinya..... sakit hati pada yang menguploadkan ke You Tube belum lagi terubat... walau apa pun thanks.. sebab ia telah mendewasakan saya dan menjadikan saya lebih berpengalaman dan lebih berani... chewaah....



Mesyuarat lembaga disiplin sampai 730pm. Muka serius... dan tension... sampai nana tertidur kepenatan...

Terima kasih untuk semua yang begitu memahami keadaan saya masa tu. Thanks mak, bapak, jay and family yang sentiasa bersedia mendengar luahan hati. Tapi... saya akan ingat kata-kata cikgu Piel... my pengetua (pada masa tu)... sebaik saja telah selesai jamuan and ketika kami ke rumah nya.... "Ustazah.... pentingnya ada seseorang yang boleh berkongsi segala derita dan kesedihan kita. Kejayaan seseorang itu perlu ada sokongan dari belakang...."

Mana lah saya nak carikan... Cikgu Piel... selalu buat saya terkedu.. walaupun biasanya... mulut cepat aje nak jawab kata2 orang.

Tuesday, November 24, 2009

angau ke?

You are taken your time,
Patiently waiting an watching for that special
someone who'd be just right for u.
You have a lot of love to give,
You knew what are you wanted in life
and no way would you settle for anything but the best.
Now it's wonderful to see u so happy with some one
with whom you feel at home,
and it's exciting to imagine your dreams coming true
for you in the days ahead.
What a good feeling
it must be for you
to know that all along
Your "little voice" was right,
and what a joy it is for me
to feel that you've found the kind of love you deserves.
This is what you believed in, what you waited for .....
and it's so worth the wait!

Alza (Produa)



Purple.... not my favourite colour....

Wow....kereta baru yang ingin dimiliki konon2nya. Tak le mewah.. cukup utk kesenangan saya dan my parent bergerak ke mana2. Saya dah berkira2 cukup ke gaji saya nak tanggung kos dua kereta. InsyaAllah next year kereta kancil ku akan habis bayara,... so... kalau beli kereta baru ni..agak2nya macam mana ya. Sesuai ke untuk saya.... atau.....???
Saya masih belum buat keputusan lagi... tunggulah pengumuman penting untuk tahun 2010... I am eyeing for it

Boring....?

hari ni... selepas selesai menyelia murid spm.. saya mula membawa kereta saya yang comel itu meredah hujan yang sesekali lebat dan sesekali reda ke bandar mukah. Msi utama adalah renew insuuran dan road tax mootorsikal my father. Kali pertama saya mengurus sendiri.... hahaha... tiga kali saya tawaf bandar mukah yang comel itu. Hampir sejam berpusing-pusing mencari tempat memaksa saya berhenti KFC mengisi perut yang lapar. Bila saya merayau seorang diri jarang saya makan di kedai makanan biiasa.. hanya kfc dan sugar bun yang jadi pilihan.. bukan apa... tak de lah suara2 sumbang menegur dan bertanya soalan cepumas bila nampak saya sendirian. Perasan le.... macam le ramai sangat yang kenal...hahaha. Menyambung pengembaraan saya meredah hujan yang seolah2 nak bermanja..... rasa buntu... singgah sebentar ke kedai tempat saya menempah sejadah untuk surau sekolah.. lepas tu beli barangan rumah..... malangnya bila saya sampai rumah... baru saya perasan yang sabun masih banyak lagi... dan tak mungkin akan habis till december. huhhu.. tapi tak pa.. ia bukan barang mudah rosak.
Selepas itu saya meneruskan misi yang tergendala. Singgah di satu kedai yang pernah saya temankan my auntie.... terkejut dengar bayarannya RM137.++. Yang bestnya pekerja kat kedai insuran tu cadangkan saya ke kedai lain yang menurutnya lebih murah. and suruh saya check dulu takut bossnya tau.. yang dia bagi cadangan yang merugikan syarikat tpt dia bekerja.... hahahahaha.. tapi.. saya amat berterima kasih pada dia.. memang murah. berbanding dgn tpt tadi. Hahahaahaha
Malam.. aku ke Pantai untuk mencari makanan sebab perut kelaparan... terjumpa... orang yang menyokong kata2 yang menyumpah seranah aku... tapi order makanan and then duduk bersama mereka... bercerita dan bergurau seolah2 aku tak tau betapa buruknya mereka mengata aku..... hahahahaha.... Aku tak tau apa mereka punya perasaan... biarlah,,,,....
Dendam takkan membawa ke mana... so biarlah ia begitu selagi tak mengganggu aku. Sesungguhnya ALlah pemberi ketenangan kepada kita... andai kita tidak lupa mengingatiNya. Ya ..Allah lindungilah aku dari apa jua bentuk kesusAhan dan kepayahan...AMIN

Boring/....?

Friday, November 20, 2009

Tahniah...Ona

Semalam keputusan peperiksaan UPSR telah diumumkan semalam. Dan anak saudara saya HUSNA NAJIHAH BIN ISA@DANIAL memperolehi 5A dalam peperiksaan tersebut. Semalam juga selepas mendapat sms dari Ona, saya menjanjikan sehingga masa saya ke Kuching nanti untuk membeli hadiah untuknya. Tak taulah apa yang saya nak bagi untuk dia.. may be books... as usual..kot. nantilah sampai di Kuching akan difikirkan bentuk hadiahnya,,,... anyway.. CONGRATULATION.. MY DEAR.

Wednesday, November 18, 2009

Kehilangan....

Hilang apa? Saja je tajuk tu... buat gempak diri sendiri. Actually tak ada apa yang hilang selepas kehilangan surat penting berkaitan saya di pejabat. Cuma saya merasakan saya kehilangan sesuatu. Sebab nya.. stelah membelek2 diri sendiri.. baru ditemui rupanya.. saya tak ada kerja sangat nak buat dah.. sebabnya.. semua kerja penting cuma menunggu dari bahagian lain tapi bukan melibatkan core bussiness saya. So... saya mula bermain dengan komputer saya... nak cerita banyak2 pun tak ada benda yang menarik di hujung tahun ni.
Cuma malam tadi... agak terkejut dengan kehadiran tiga orang pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia yang datang melihat dan membuat pemeriksaan mengejut ke atas kontraktor2 yang berkenaan di sekolah. Saya baru sibuk nak menyemak dan menandatangani buku rekod kehadiran murid asrama untuk ssetengah bulan november.. terus membatalkan hasrat tersebut. Berjumpa dengan pegawai KPM and bawa mereka melawat ke mana-mana bahagian yang ingin mereka lawati....
Yang bestnya.. warden bertugas agak terkejut dan nervouse sedikit. Saya pun terkejut juga sebenarnya.. tapi control diri sendiri.
Habis lawatan dari officers KPM.. waktu belajar malam pun tamat juga.. so.. memberi ucapan penghargaan kepada dua orang warden yang menamatkan perkhidmatan dan akan berpindah ke sekolah yang baru. Then.. menahan 22 orang murid asrama yang membuat jamuan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan. Lama jugaklah saya berceramah kepada pelajar Tingkatan Enam atas salah laku. Cuma tindakan yang saya ambil hanyalah beri nasihat dan amaran saja. Tapi amaran tu memang amaran kerasle... supaya kejadian yang sama tidak berulang.
That all for today... selamat bercuti untuk diri sendiri dan warga guru seluruh malaysia (bagi yang ebrcuti le....) hehehehe

Saturday, November 14, 2009

Dinner.... 13 November



Assalamualaikum....
Malam tadi sekolah mengadakan annual dinner.... Hari ni dalam sejarah bila saya dapat cabutan bertuah... hahahahahaha. Rupanya ... saya tak de ambil walau sekeping pun gambar saya....(Sedar diri sebenarnya.... camere pun tak berani nak dekat)
Malam tadi... makan malam yang agak meriah... dengan lagu2 persembahan dari guru-guru kat sekolah. Pengetua dan isteri pun berduet sama.
Aku macam biasa.... dalam ganas-ganas masih tau.. apa yang boleh aku buat apa mesti aku jaga. Insya Allah.
Mungkin orang kata best.. tapi kadang agak melampau... tapi yang melampau.. biarlah disimpan dalam hati....huhuhuhu
Hari ni au buat kelas..... kehadiran 100% murid 5 bestari... Alhamdulillah... So maksudnya aku masih mendapat tempat.. di hati mereka walau ramai guru yang tak menyukai dan mudahan usaha murid2 ku ini akan diredhai Allah dan mereka dikurniakan kejayaan dalam kehidupan masa depan...mereka. Mudah-mudahan ilmu yang dicurahkan bukan sekadar utk spm saja tapi panduan sepanjang kehidupan mereka... walaupun ilmu yang saya curahkan terlalu sedikit dan nilainya jua terlalu kecil dan sedikit.

Thursday, November 12, 2009

Kembali ke Sekolah

Semalam aku kembali ke sekolah setelah berkursus selama 2 hari di Miri. saya enjoy berkursus "stress management' Betul-betul menghilangkan stress saya. Setelah kembali ke sekolah stress itu kembali lagi.. bukan sebab apa.. saya sengaja menyatakan saya kembali pada Khamis... so.. last night saya senyap2 pergi ke sekolah dan tengok gelagat anak murid yang menyangka saya tak de di sekolah. Saya memerhati selama 10 minit lepas tu saya tunjukkan diri.... sedikit demi sedikit murid menyedari keahdiran saya dan kembali terkawal... hahahahaha... ini sdh bagus tanpa perlu saya beri arahan sudah bertindak sendiri.
hari ni... aku menjalani ntugas routine ku sebagai seorang guru seperti biasa. saya rasa seronok sangat mengajar hari ni. Mudah-mudahan anak murid ku akan mampu mengharungi SPM dengan jayanya. Insya Allah. Doa cikgu sentiasa mengiringi langkah kalian.
"anak-anak ku, cikgu sentiasa memaafkan segala kesalahan kalian pada cikgu. Cikgu tidak menyimpan dendam atas tingkah nakal kalian...dan cikgu tak pernah lupa untuk menitipkan doa' kehadrat Illahi agar kalian akan menjadi muslim dan insan yang berguna. Cikgu tidak mengharapkan kecemerlangan dalam pelajaran .. kerana cikgu tau sejauhmana kemampuan kalian.. tapi cikgu mohon kalian menjaga diri dan nama baik untuk kepentingan masa depan kalian. Kuatkan hati dan teguhkan semangat menghadapi hari-harti terakhir perjuangan kalian untuk mata pelajaran yang kalian ambil dalam SPM kalian yang bermula rabu depan..."
Good luck anak-anakku

Friday, November 6, 2009

Hari Jumaat... Hari penuh berkat

Assalamualaikum... hehehehhe
Mood tengah okey.... Hari ni tak de apa yang menarik sangat untuk dicoretkan.. tapi hari ni aku happy bila "abang" called aku. Rasa bahagia sangat.. bercerita dan mendengar perkhabaran dari abang. Kalau lah boleh bercakap lama2 macam dulu-dulu...huhuhuhu... sedihnya.. aku rindu...huwaaaaaaaaaa

Thursday, November 5, 2009

Aku tersenyum...



My cousin and me..... 2 years ago...

Malam ni malam Jumaat..... Malam penuh berkat bagi orang yang memperbanyakkan ibadatnya... Doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan Allah.... Tak palah.... mengadu pada Allah... Walau seteruk manapun hinaan dan cacian.. tapi masih ada yang sayang dan suka. Tabahkan hati... kuatkan iman... Allah Maha Kaya....

Wednesday, November 4, 2009

Questioan Mark?????




Ketawa dan gembirakan hati.. walau apa jua keadaan yang melanda hati... senyum dan ketawalah.....

Pagi-pagi lai di pejabat pentadbiran kecoh. Typist panggil saya dan tanya " Ada tak ambil surat yang saya kena hantar ke MPM tu?" Saya memang sedia maklum tentang surat urgent tu menidakkan dan bertanya pa yang berlaku sebab petang semalam saya terpaksa buat semula surat tu... untuk dihantar segera.
Apa bila dimaklumkan.. bahawa surat tersebut hilang bersama dengan sampulnya sekali. Saya tanya typist betul ke dia.. letak atas meja... Dia mengiakan dan disokong oleh seorang lagi kerani yang duduk berdekatan. Saya beritahu dia... saya tak hairan kalau harta benda atau surat-menyurat yang berkaitan saya akan hilang kalau tidak disimpan dengan baik-baik. Fail jadual waktu dan keputusan peperiksaan yang 3 inci tu pun boleh hilang dari meja dan bilik saya.. apatah lagi surat yang hanya ditinggalkan begitu saja di meja kerani.
Cuma yang menjadi tanda tanya angkara siapakah itu. Yang begitu risau kalau saya lebih baik daripada orang lain...hahahahhaa.. saya terperasan macamlah saya ni hebat sangat kat sekolah ni. Tanda tanya saya masih tidak hilang.... Tapi saya percaya satu masa... Allah akan tunjukkan pada saya... Allah Maha Kaya... Saya tak menganiaya orang... tapi orang suka aniaya saya dan fitnah dan mengumpat saya. Saya buat rilex aje.. senyum beri salam dan tegur seperti biasa.
Petang semalam lawaknya, apabila ada guru yang allergik dengan muka tak cantik saya ni terbertembung dgn saya di hadapan KFC di bandar.. terus dia hilang selera makan... hahahahahhaa... memang betul agaknya... orang yang selalu sakit hati pada orang lain ...ni. akan kena penyakit hepatitis B ahahahaha. Mana taknya tak de selera makan dan akhirnya tak cukup zat yang diperlukan badan..... teori entah apa-apalah yang saya typekan di sini.
Pengajarannya.. Senyumlah dan ketawalah.... supaya tak kena penyakit hati.....











Khemah-khemah di hadapan rumah ketika majlis perkahwinan sepupu saya.... saja je... nak melihat suasana di kampung apabila ada kenduri...

Melawat ke rumah murid

Hari ini... sebelum jarum jam mencecah 12 tengahari... Saya bersama PK HEM, seorang guru tingkatan dan seorang guru displin menaiki kereta menuju ke sebuah kampung di seberang sungai. Perjalanan yang hanya beberapa minit menaiki perahu tambang akan menjadi jauh apa bila menggunakan jalan raya. Sampai di rumah murid tingkatan satu ni.. agak terkejut melihat kedaifan murid ni... rumah dua bilik satu ruang tamu dan dapur. nasib baik bekalan elektrik ada tetapi tiada bekalan air paip. Melihat mak dan bapak murid ni... ingatkan dah seusia bapak or mak saya.. rupanya baru 50-an. Tetapi kerana mereka bekerja keras.. mereka jauh lebih tua daripada usia sebenarnya.
Semasa di sekolah kami menyelidiki sebab murid ini hendak berhenti sekolah. Dikatakan masalah kewangan. Kami pujuk dan pujuk dengan menjanjikan bantuan-bantuan yang boleh sekolah sediakan supaya dia tidak berhenti sekolah.. pujukan tak jalan. Dengan penuh semangat mengisi borang berhenti sekolah. Yang lebih menyedihkan bila ditanya ibu bapa tahu tak hasrat dia nak berhenti sekolah.. dia kata bapa dia kata suka hati kamu. Selidik lagi sejarah persekolahan kakak-kakak dia, paling tinggi hanya setakat tingkatan tiga dan kini telah bekerja kilang dan berkahwin. Alangkah singkatnya pemikiran anak kecil ini....
Di rumah ibu bapanya.. yang beria-ia hendak menyekolah anak kecil ini hanyalah ibunya sahaja. Ayahnya mengatakan terpulang pada si anak. Akhirnya.. pujuka kami berjaya setelah kami menjanjikan dia bertukar kelas kerana.. rupanya ada kes buli yang tidak dilaporkan kepada pengurusan sekolah berlaku. So... kami minta dia ke sekolah seperti biasa esok hari. Saya berdoa' murid ini akan kembali meneruskan persekolahan setelah 3 bulan tidak hadir ke sekolah.
Sampai di sekolah.. seorang guru disiplin menceritakan ... kehadiran semula pelajar ini ke sekolah adalah bertujuan untuk memastikan sama ada dia dapat bantuan KWAPM atau tidak... Macam mana nak dapat.. borang tak diisi dan tidak dihantar sama ada borang permohonan KWAPM ataupun bantuan biasiswa... Sebab kekerapan ketidakhadiran murid ini ke sekolah. Sehingga guru Tingkatan tidak mempunyai masa untuk mengejar dan menuntut dari dia.
Inilah keadaannya yang perlu dihadapi apabila mengajar di sekolah luar bandar. Tapi walau di mana pun tempat bertugas... ada keunikan dan cabarannya yang tersendiri... yang perlu ditempuhi. Alhamdulillah... keadaan ini kadang mengajar saya bahawa dalam hidup ini.. sentiasa adda susah dan senangnya. Hanya kebijaksanaan kita mengendali dan mencari jalan mengatasinya sahaja sebagai penawar...



Gambar ni tak de kaitan pun dengan cerita di atas... cuma hiasan semata... hasil tangan murid tingkatan tiga yang baru tamat PMR dan sedangkan dalam keboringan....hehehhehe

Tuesday, November 3, 2009

Gambar di Four Point (Sheraton Hotel) Kuching

Anak-anak saudara ku
(Ona, Hafiz, Nabil, Kamal, Adzhan,
Mira, Nesrina. Azmudin, Danish)
Tiada bersama : Saiful, Shahrul, Dik Nur dan Is


7 out of 8...



Jay, Kak Ina, My Self, Kak Aya, Aziz, Abang Nial and Razak.
(Not in picture : Abdul Hadi Sulaiman)



Aksi entah apa-apa dari orang dah tua-tua ni...
anak-anak sedara tak terkata apa melihat aksi mengalahkan budak2.





Inilah kenangan yang best di Kuching... Rindunya untuk berkumpul semula.. walau ada yang tak bersama kami... huhuhuhu

Filling Gigi

Hari ni... aku membaiki gigi ku yang rosak.... Dan aku puas hati apabila benda hitam di gigi ku sudah tiada and berpuas hati juga dengan hasil kerja dentist yang tak menyakitkan .. Mula-mula aku rasa tak selesa... seolah-olah ada bende yang terlekat di celah gigi aku. Tapi semakin malam, semakin berkurangan ketidakselesaan itu.
Aku pergi bersama kawan ku.. PK F6 sekolah aku. Dia mencuci gigi,,.. dan menurut my friend.. dia rasa ngilu semasa dicuci... tambahan pula gusinya jenis yang sensitif... so berdarahlah juga .
Setelah selesai urusan dengan dentist, aku ke bandar.. sebab memang dalam bag aku langsung tak de duit dah.. So di sana kami ke bank kemudian pergi makan ayam yang tak berapa nak menjilat jari rasanya walaupun dia kata dalam iklan sehingga menjilat jari.... Selepas makan... sempat menjenguk tudung-tudung yang dijual di kedai pakistan.. tak de yang menarik.. kami meneruskan angkah ke pharmacy.. tak de yang penting sebenarnya...hehehehehe... kami mencari ubat gigi pemutih pula... konon-kononnya nakkan gigi yang putih berseri macam iklan colgate dalam TV. Gigi tak berapa nak cantik... berangan nak gigi putih.
Habis di pharmacy.. kami bergerak pula ke Ngiu Kee Supermarket... nak cari bekalan untuk esok hari sebab dah tak lalu dah nak makan di kantin sekolah. Dahlah maggi pun tak sedap... mahal pulak tu... ada ke maggi letak telur harganya mencecah 3 ringgit.huhuhu... so jalan baru kami adalah bawa bekal awal-awal, so.. save sikit money.....
Then.. kami drive balik.. sampai sekolah dah dekat jam 5 ptg... terpaksa le my friend mengundur diri... hahahaha nasib badan.
Tapi. rasanya aktiviti inilah yang menyebabkan aku rasa lapang sangat hari ni... bukan apa ... tengok.. orang yang memusuhi ku tak dapat mengelakkan diri apabila bertembung di bandar kecilku ini.... Biar mereka rasa sakit hati... melihat aku... and aku dengan muka selamba menegur mereka ... kawan ku berkata... lama-lama selalu sangat sakit hati... nanti kena penyakit hepatitis B. Lalalalalalala

Sunday, November 1, 2009

Gambar di Four Point (Sheraton Hotel) Kuching

Gambar bersama kakak ipar dan adik ipar serta kakak-kakak ku...

Nyenyaknya danish tidur... letih dgn kehadiran ramai saudara-mara..

Mak dan Bapak berangkat

Keluar dari bilik arrival di Lapangan terbang Antara bangsa Kuching

Di Lapangan Terbang Sibu.. Mak dan Bapak bersama saudara mara


Di rumah.. sebelum berangkat ke Sibu

Aturcara keberangkatan mak dan bapak ke Kota MadinahPada 28 Oktober 2009 jam 8.00 pagi kemi melalui jalan yang agak teruk dan meletihkan untuk sampai ke lapangan terbang sibu. Dengan menaiki dua buah van kami memulakan perjalanan dan sampai ke Lapangan Terbang Sibu jam 130 tengahari. Mak dan bapak terus ke Surau utk solat. Aku menguruskan segala keperluan mak dan bapak selepas aku, jay dan usu check in untuk diri sendiri. Seronok juga naik penerbangan yang sama dengan jemaah haji... terasa tak sabar untuk aku sendiri berangkat ke sana. Gambar-gambar yang menunjukkan perjalanan mak, bapak, jay dan aku dari Sibu hingga ke Kuching. Masa ni aku tak terasa sangat sebab aku sama penerbangan dengan mak dan bapak.Pada 29Oktober jam 7.10 malam mak dan bapak aku berangkat ke tanah suci madinah. Aku dan 5 orang lagi adik beradik aku, kakak ipar, adik ipar dan anak-anak saudara lepak di Lapangan terbang Kuching menunggu kapal terbang berlepas. Aku tak dapat menahan sebak. Sejak dari hotel hingga saat mak dan bapak aku check in... aku tak berenggang dari kedua orang tua ku. Huhuhuhu... aku tak mampu menahan kesedihan untuk berpisah dengan orang tuaku. Tapi aku relakan pemergian mereka diiring doa' moga keduanya selamat pergi dan kembali. My big brother menasihati aku supaya.. membiarkan orang tuaku tenang menjalani ibadah di tanah suci.
Pada 30 Oktober 2009, My secong brother, Aziz stranded di Kuching kerana flight delayed dari KL... so aku, jay, kak aya dan Azhan dapat lepak di Four Points (Sheraton Hotel) yang disediakan mas untuk abang ku.... malam ni aku dan adik beradik ku yang lain berkumpul dan bergambar bersama.. tapi Adi tak de bersama kami. Lain kali mungkin kami 8 beradik akan dapat berkumpul bersama InsyaAllah.
Ada kesempatan nanti aku uploadkan gambar kami di four points hotel... bestnyer

Tuesday, October 27, 2009

Keputusan PTK

Semalam tanggal 26 Oktober 2009... Keputusan PTK diumumkan... dan saya seperti biasa tidak sedar keputusan diumumkan. So... saya pergi ke pejabat check dekat slip... aduh.... slip saya tak de pulak...huhuhuhu... so saya pun sibuk sms sampai sudah tak dapat... then my next step ke internet... ada gangguan talian... lastly call ke Mukah... keputusan baru dimasukkan dalam box SMK Oya. Sibuk lagi check... alhamdulillah internet pulih... dan.... everybody yang rapat dgn saya nak tau keputusan saya... hahahahaaa.... jeng... jeng... alhamdulillah dua-dua paper dapat B. Memang tau takkan dapat A pun sebab sistem baru yang diperkenalkan dan dikatakan dalam tempoh peralihan. Tapi walau apa pun keputusan itu memberi semangat dan kekuatan kepada saya untuk terus berusaha dapat A next year. Insya Allah.. Usaha akan diteruskan untuk misi itu.

PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN (PTK)
Keputusan Keseluruhan Peperiksaan

Nama
: NORHAYATI BINTI SULAIMAN
No. Kad Pengenalan
: 720517-13-5270
Angka Giliran
: SH201/703/A005

Tarikh Kod Kertas Kompetensi Keputusan
25/08/2009703/01 UMUMB
25/08/2009703/02 KHUSUSB
KEPUTUSAN KESELURUHANIII
Inilah keputusan saya dapat... untuk kenangan... walaupun slip sebenar belum ada di tangan.....

Terubat sedikit kelukaan dan kesedihan yang saya alami minggu ini.. alhamdulillah. Mudah-mudahan Allah akan murahkan rezeki dan kekuatan serta ketabahan kepada saya untuk menghadapinya...

Monday, October 26, 2009

Alhamdulillah

Agaknya beginilah manusia melapah hati orang bilakebencian bersarang teguh di hati...
Alhamdulillah...hari ni saya dapat lalui dengan baik sekali.. walaupun agak busy dengan tugasan segera. Saya mampu menghadapi dan menunjukkan saya tidak kalah dengan serangan psikology. Dua tiga hari ni tiada apa yang menarik untuk diceritakan disini. Perjalanan hidup saya seperti biasa ..... menjalankan tugas sebagai ketua warden... tanpa ada halangan.
Saya percaya... semakin teruk ujian yang diberikan semakin indahlah kesudahan. Sebab Allah itu Maha Penyayang.. Dia menguji hambanya mengikut keupayaan hambaNya menerima dugaan itu. Saya boleh tersenyum... ketawa... dan bergurau dengan kawan-kawan..
Hari ni saya membawa obor dan PK F6 membawa sambalnya.... semua orang gelak tengok hasil tangan saya mencincang obor2 tersebut.. PK F6 mengatakan... itu adalah cara orang bandar makan obor2 dan dia kata sedap... and bercadang untuk mencincang sehalus itu juga... hahahahahaha.
Petang... PK F6 belanja saya makan steak di hotel .. Alhamdulillah... rezeki Allah. Walau ada yang membenci dan menyampah tetapi ramai yang tetap sayang.

Wednesday, October 21, 2009

Alangkah sedihnya...hati




Senyumlah...dan ketawalah.... biar hari sentiasa cerah dan ceria sentiasa....... Walau apa pun yang menggangu emosi.. jangan rosakkan emosi anda hari ini .....


Hari ni.. lepas.. aku bergurau pasal aku menari.... my friend show me... kandungan facebook yang menyindir aku and my friend.
Aku rilex aje di depan kawan aku.. sambil2 ketawa.. tapi bila aku balik ke bilik aku.. aku menangis. Aku tak tau seburuk itu kata-kata yang dilemparkan padaku. Apa salah aku sebenarnya. Aku dikatakan berhati busuk... perempuan jahanam.... it's really bad... bila dikatakan orang yang paling berkuasa di sekolah. Agaknya.... dia terlupa .. aku ada ketua... apatah lagi dia bukan di bawah bidang kemanusiaan dan saya tak pernah memerintah atau mengarah dia. Agaknya .. aku ni teruk sangat kot... tapi itu adalah tugas aku. Mengagihkan guru untuk sit in contohnya.. itu pun menyebabkan aku disumpah seranah... menggunakan word yang begitu teruk sekali. Banyak kali aku bermuhasabah diri... aku sedar aku kasar dan selalu menegur kesilapan guru secara umum.. tapi aku hanya sekadar memperbetulkan kesalahan... salahkah... dan kalau aku tegur guru secara peribadi sekalipun.. aku bersikap professional aku tak menyimpan dalam hati... tapi hari ni... aku semakin menyedari.. untuk mengecapi kejayaan dalam kerjaya bukan satu yang mudah. Aku berdoa' Allah akan berikan aku kekuatan untuk menjadi orang yang betul2 berjaya. Tapi one of my friend menasihati aku supaya berhati-hati... buat pendinding daripada perbuatan jahat menggunakan makhluk halus. Insya Allah
Aku teringat hari Isnin yang lepas..bila mana seorang guru tiba2 minta maaf padaku tanpa aku mengetahui puncanya. Rupanya, dia ingatkan aku ada masa dia menyumpah tentang sit in yang ditetapkan padanya... Allah Maha Kuasa... dia tunjukkan siapa yang betul dan siapa yang salah. Aku hanya tersenyum and just said.. it's okey.... tak apa...
Allah maha mengetahui... Tabahlah wahai ati...Jangan tunjukkan diri anda lemah. Dugaan itu hanya sedikit cuma... kawal emosi... yakin pada kebenaran akan terserlah.
Usah dilayan perkara remeh seperti itu... walau menyakitkan mungkin itu adalah penawar di masa depan...cuba memeujuk hati sebenarnya. Walau masih tercalar kelukaan jauh di dasar hati. Senyumlah........

Aktiviti Tingkatan Tiga

Hari ini... pagi-pagi lagi aku in mood nak mengupdatekan blog hodoh aku ni.... Last night angin satu badan bila mana tiba-tiba saja... modem untuk dial-up aku rosak kot... huhuhuhu.
Pagi ni, aku berberbekalkan nasi lemak empat bungkus, telur dua biji terlambat turun ke sekolah... tapi on the way... kereta my boss di depan kereta aku,,.. aku yang agak brutal kegelisahan saja di belakang kereta dia sebab pagi-pagi may be my boss nak menikmati angin pagi..hehehehe... dan dah tiga pagi .. saya menjadi pembuka pintu pejabat.. actually tak nak pun buka pintu pejabat tapi keadaan memang tak dapat dielakkan bilakunci yang dikembalikan kepada boss baru diserah semula kepada saya....
Hari ni... aku dok saja2 ambil gambar budak Ting. Tiga yang bermain indoor games dalam makmal bahasa. Actually aku dah mula rasa nak lapor je ... cikgu yang tak bersama dalam bilik2 serbaguna tapi.. kan nanti orang kata aku ni penyibuk pulak. Tak pelah.... biarlah aku buat tugasan aku. yang penting aku tak ponteng sebab tu adalah duit untuk aku menyara hidup aku dan mak bapak aku serta adik aku yang bongsu. Mudah-mudahan rezeki itu halal di sisi Allah.

Ada masa nanti, aku akan uploadkan gambar-gambar yang aku ambil dalam makmal bahasa tadi.... anak saudara aku... mesti nak interframe sentiasa hahahahaha

Tuesday, October 20, 2009

layan gambarhttp://www.blogger.com/img/blank.gif

Hahahahahaha.... gigi sapa ni..... mesti dia bengang kalau tengok gambar ni.. tak apa... dia tak tau

Pelik Tapi benar...... dalam satu tandan dua jenis pisang..... Tanaman my love mak

My anak saudara merangkap anak murid...... Semasa ramah tamah aidil fitri.... muka lega lepas habis pmr .....

Tak ada benda lain nak di buat petang.. so aku lepak depan laptop aku ni... melayari alam maya dan memastikan ladang, ternakan serta bunga-bunga hidup subur hahhahaa

Tiba-tiba saja aku teringat minggu lepas... one of my warden mencerita kat aku bahawa seorang teacher manas bila my warden selalu berbals comment dalam facebook... Rupanya.. dalam aku yang tak cantik ni... bukan sekadar isteri orang yang rasa terancam.... lelaki pun rasa terancam juga dengan sifat ramah mesra saya.. walaupun garang dgn murid.....hahahaha.... Tak sabar nak gelak guling2(pinjam istilah NB) untuk membaca dia punya words kat fb my warden tu...

Sekadar meluangkan masa petang2 sementara menanti masa nak bercakap dgn student...
Aku hanya insan biasa... ingin menghibur hati sendiri...... konon2nya.. api bila mengenangkan mak dan apak dah hampir nak berangkat... aduh...hibanya hatii... Ya allah permudahkanlah perjalanan mak dan bapakku semasa menziarahi Baitullah nanti... kurniakan mereka harji yang mabrur.

Syawal telah berlalu....

Satu bulan syawal telah berlalu... aku lalui dengan pelbagai peristiwa dan kepenatan. Beberapa peristiwa yang dilalui.

  1. Sambutan hari raya. Tanpa baju raya dan tanpa rasa nak beraya. Sediakan juga persediaan serba ringkas dan kemaskan rumah seadanya. Semuanya dilakukan di malam raya. Adik-beradik separuh yang tak bersama... nasib baik kakak from sabah datang dapat balik dan aku tak le terasa sangat sebab aku rapat dengan dua2 orang kakak yang aku miliki. Pagi raya... mulanya sebak tapi akhirnya... jadi meriah dengan kehadiran keluarga sebelah mak. Mak adalah anak sulung maka... 1 syaqwal rumah mak sentiaasa jadi tumpuan adik2nya anad anak2 saudaranya. saudara sebelah bapak datang juga tapi tak le seramai keluarga sebelah mak. Tahun ni, aku tak pergi kampung bapak... entahlah.. may be dah tua kot so perasaan nak beraya tak de sangat tapi aku sempat drive 1 hour semata-mata nak melawat kawan baik masa sekolah menengah... nasib baik bapak tak bising dengan perangai tak elok ini. Tapi yang bestnya my sisters ikut sekali... and my big brother boring kat rumah turut memecut ke tpt kami beraya hahaaha. Balik dari rumah kkawan baik... my sister kata.. kenapa tak minta tapau mee goreng tadi.. sedaplah,,,,... muka tak malu betulkan.. Tapi aku akui memang sedap pun. Yang lain biasa aje.. tapi ramai yang datang berkunjung kat rumah... tapi biasalah.. raya-raya macam ni.. aku selalu menghilangkan diri dari rumah so dengar cerita ajelah siapa yang datang. Ohhh.. terlupa.. tahun ni aku buat kuih raya yang kwn2 baik aku tempah aje... bukan apa tengah bingung majlis yang bakal diadakan kat sekolah as soon as tamat cuti raya yang aku jadi main person... Tapi persediaan dah dibuat sebelum raya... cuma menunggu ketibaan harinya saja.
  2. Seminggu beraya, aku mula kemabali ke sekolah dengan perasaan sedikit gementar. 2 Oktober Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid telah diadakan... aku yang bertanggungjawab sepenuhnya dengan bantuan kawan-kawan dan ahli2 di bawah bidang kemanusiaan. Kecut jugak perut bila tengok stage not ready yet. Proses membaiki hanya bermula selasa... hati tertanya-tanya sempat ke tidak... bila my boss arahkan pekerja sekolah buat... baru lega rasanya. 1 Oktober 2009, Munajat Kecemerlangan STPM, SPM dan PMR diadakan dan alhamdulillah .. everything okey dan parent agak ramai juga yang hadir. Tapi mlm ni.... hari ni dalam sejarah bila aku yang check persembahan tarian dikir barat yang bakal sipersembahkan esok. Budak2 gelak bila aku suruh penari senyum... macam ye aje. Pentas... siap,... dan aku angkut bunga2 untuk hiasan pentas dan meja dari rumah. Petang 1 Oktober tu jugak.. my boss kata buku tandatangan pelawat buat biar cantik... untuk tempat tandatangan YB.. dan aku dan kawan aku dapat kredit bila orang kata tpt t/tangan tercantik setakat ni...hahahahaha. MAKM berjalan dengan baik dan lancar tanpa ada kecacatan... alhamdulillah.... dan ada yang YB bisikkan pada aku membuat aku terkejut dan terkedu seketika... (tapi apa dia...???) biarlah rahsia. Tak layak rasanya. hahahahaha. My boss puas hati dengan perjalanan majllis shg kepada makanan sekali. Tapi malang selepas majlis... khemah yang disewa koyak kene tempias dari taufan yang berlaku di Filippina.. Salahnya adalah bahagian khemah tidak mengemas terus khemah sebelah petang jumaat selepas majlis selesai. Sedikit kecacatan ini mencemarkan sedikit kecemerlangan MAKM yang aku kelolakan.. tapi rasanya org akan tau siapa sebenarnya yang bertanggungjawab .
  3. 7 Oktober 2009 hingga 13 Oktober PMR berjalan. Alhamdulillah.. soalan ... bagi saya boleh lah untuk membantu budak kelas belakang yang aku ajar lulus.... Insya allah kelas depan aku may be 95% dapat A. Insya Allah. Perjalanan dan pengurusan calon PMR berjalan dgn baik. Syukur alhamdulullah.
  4. Aku sempat drive ke SIbu melalui jalan yang teruk kerana memnemani i=mak dan bapak yang mengikuti kursus haji di Sibu... dan membeli sedikit sebanyak keperluan untuk orang tuaku sebelum mereka berangkat on 29 Oktober ni. Bermalam dua malam di Sibu and drive semula dalam keadaan jalan yang mencabar kesabaran ku yang biasa racing dgn my tiny car on the road.... hahahaha
  5. Tamat PMT 17 Oktober 2009 ada ramah tamah Aidilfitri... huhuhuhu... aku masih lagi jd mastermind ... alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan agak meriah... Dan atas permintaan my boss... tahun ni ada karoake lagu raya... Tapi yang s ihnya,... sambutan guru amat menyedihkan. dan yang mengejutkan.. ada sorag guru yang tak hadir keretanya terbakar.... semasa majlis sdg rancak berjalan... Intan told Pudin... tulah sebab absent tanpa menyedari dia sendiri absent jugak... hahahahaha
  6. On18 Oktober... majlis widak kat rumah aku... memang penat gila. Ramai saudara mara mak dan bapak hadir... jumlah yang hadir tidak terduga melebihi jemputan.. alhamdulillah everything okey dan aku masih sempat lari ke ssekolah buat spot check budak2 di asrama to make sure everything under control dan ikut apa yang aku dah bising2kan dua tiga hari sebelumnya.
Itulah antara peristiwa yang aku lalui sepanjang masa aku tak mengupdatekan blog ku yang kuno ini.... hahahahah
selamat hari raya ati.......

Tuesday, September 15, 2009

Selamat Hari Raya

Ramadhan hampir berlalu... maknanya hampir sebulan juga le aku tak menjengah di sini. Terlalu banyak perkara berlaku dan kesibukan menyebabkan aku seolah tak cukup kaki dan tangan nak menyiapkan kerja yang diamanahkan pada aku. Esok hari terakhir persekolahan sebelum cuti Raya... Buka saja sekolah on 28th September meeting Majlis Anugerah sudah menanti aku ...huhuhu.. diikuti dengan meeting J/K dewan makan dan asrama... lepas tu aku sibuk dengan Majlis Anugerah Kecemerlangan on 2nd october.
Pagi tadi aku dah hubungi S/U YB.. and confirm that YB akan hadir dalam majlis tersebut. So preparation kena lebih la... Kabanyakan urusan telah selesai... cuma hadiah belum lagi aku selesaikan.
Semalam aku betul2 tension sebenarnya.. Aku rasakan segala urusan aku belum selesai lagi.. So aku buat jugak sedikit2... and dalam ketensionan itu.. alhamdulillah beberapa urusan selesai atas bantuan beberapa orang kawan2. Thanks a millions my friend.
Tapi minggu ni adalah minggu yang amat menyedihkan buat aku... Last monday aku menerima sms dari isteri kepada my friend.. Tak sangka perhubungan atas dasar tugas disalah ertikan. Dan yang menyedihkan bila mana... aku disangka menghabiskan duit suaminya.. sedangkan gaji aku jauh lebih tinggi dari suaminya... huhuhu
Aku menangis dalam bilik aku... memang aku betul2 sebak dan tak dapat menahan diri. Adakah kerana aku tak kahwin.. menyebabkan orang beranggapan aku terdesak sehingga sanggup mengganggu rumahtangga orang lain. Insya Allah aku takkan sampai macam tu sekali. Lagipun aku sedar yang aku ni tak cantik pun. My friend pun jadi takut bila perkara ni berlaku biarpun dia sudah kahwin.
Keadaan ni menyebabkan aku bertambah tension sebenarnya. Aku seperti biasa berlagak tenang di hadapan kawan2 yang lain. Tapi hati hanya Allah yang tahu.
Raya semakin hampir menjelang. Kala ini hati terasa sayu sekali mengenang nasib diri. Duhai hati... tabahlah.....

Tuesday, August 25, 2009

PTK DG44 TK3

Last night tidur tak berapa nak lena sebab tau hari ni aku akan menduduki PTK DG44. Tak tau sebenarnya yang aku belajar. Satu buku rujukan aku tertinggal kat mana tah. Sedangkan aku berangan nak bawa buku tu dalam exam. Boleh bawa buku.. utk paper umum.
So aku masuk ke bilik peperiksaan dengan tak berapa nak confident sangat sebab batuk dan demam masih bersisa.
Paper khusus... tak delah aku merana sangat.. tapi paper umum .... Allah mak... susahnya. Nak cari dalam buku aku tak bawa pulak. Aku tawakal ajelah jawab apa-apa yang aku mampu. .. hahahahaha
Manalah aku tau tentang pinjaman perumahan. Tentang PIPP yang langsung aku tak sentuh sejak dua menjak ni. Aku hanya berserah pada Allah... mudah-mudahan di permudahkan untukku.... melepasi tahap 3 Sebagai memenuhi syarat untuk ku sit next year. Insya Allah next year aku akan belajar betul2. InsyaALlah.
Esok dan lusa aku akan bertugas mengawas exam... huhuhuhu.. ikutkan hati memang aku tak nak pun .. payahnya bukan main lagi nak bercuti.... Tak pelah... harap2 next year nama ku dah tak de dah tersenarai dalam senarai pengawas ptk.

Monday, August 24, 2009

Third Of Ramadhan

Hari ni dah hari ketiga Ramadhan. Dan dah tiga malam sebaik saja aku selesai solat tarawikh aku terus tertidur kerana penangan ubat batuk. Mataku langsung tak boleh nak dibuka. Untuk membuat kerja-kerjaku yang sedang amat banyak.
Sendirian di rumah di bulan Ramadhan hampir setiap tahun aku rasai. My parent ke Kuching melawat adik beradik ku yang lain. So tinggallah aku di sini menyiapkan tugasan yang mesti disiapkan Alhamdulillah Semakan aku dah siap sepenuhnya semalam .
Hari ni aku akan ke sekolah dan sebelah petangnya aku akan ke Dalat menghadiri taklimat yang tak boleh tidak mesti aku hadiri. Tahun ni .. tahun ke tiga aku bertugas mengawas PTK dan esok merupakan kali pertama aku sit PTK for DG44 mudah-mudahan Allah permudahkan bagiku... untuk lulus dalam exam ni. seperti mana semasa aku di DG41 dulu. Amin.

Thursday, August 20, 2009

Agak sihat dah...

Hari ni sekali lagi aku ponteng sebelah petang... kalau semalam aku maklumkan kepada my boss tapi hari ni aku balik tengahari. Dan tak larat nak drive lagi ke sekolah. So aku duduk di rumah and lepak di bilik aku melayan batuk... huhuhuhu
Hari ke 4 persekolahan dalam minggu ni dan esok hari terakhir sebelum sekolah bercuti seminggu. Tapi aku tak bercuti.... Monday.. petang taklimat... selasa..aku sit exam... rabu rasanya aku akan jadi pengawas Insya Allah khamis aku akan merdeka.... hahahahaha
Teringin jugak nak gi KL tapi...kena tengok budget dulu lah.
Minggu ni adalah minggu tak sihat aku.... betul jangkaan kami bila mana aku dah demam maka tak de dah student yang demam. Tapi yang teruknya aku le... yang tak boleh buat apa2 dua hari...Hanya terbaring aje di atas katil. Seksanya hidup ku dibuatnya. Masa ni... terasa benar aku kehilangan nikmat sihat yang Allah berikan padaku selama ini. Ya... Allah betapa aku lalai selama ini.

Sunday, August 16, 2009

Aku Tak sihat

Hari ni... aku masih tak sihat sejak last friiday lagi. Boring betul. Nak balik akuntak sampai hati nak sebarkan virus demam pada mak and bapak aku kay rumah. So aku bertahan ajelah di Quarters.
Aku batuk, flu and demam... seksanya. dahlah on tuesday nak gi berkursus. Nasib baik kepala tidak sakit. aduh seksa betul di hujung minggu demam.. sebab clinic tak buka pun... huhuhu

Friday, August 14, 2009

Berehat di rumah

Friday.... hari yang selalunya paling cepat berlalu.... aku rasa amat lambat bergerak hari ni. After finished my tugas menyediakan jadual sit-in yang berlambak2 aku prepare my self bafore ke kelas. Today got class for form five. But i really feel not well today. dalam kelas i just give them a latih tubi and just guide them how to solve hukum tajwid. Sakit kepala sebenarnya ... sebab hukum2 yang sepatutnya dah diajar tahun lepas rupanya belum diajar lagi. Aku rasa entahlah.... rasa kecewa ada juga. Aku bukan main lagi bercita2 untuk menjadikan pendidikan islam sentiasa menjadi subject yang paling berkualiti dalam spm... tapi kalau keadaan berterusan seperti... aku rasa... agak payah... Aku tak boleh putus asa... tapi kesibukan aku menyebabkan aku sering meninggalkan kelas ni.
Habis kelas... aku jadi semakin tak begitu okey.. sakit kepala dan muntah.... my friend ajak pergi minum... selepas selesaikan tugas yang sepatutnya aku ke kantin to join my friend and then i called my best friend to join me. Lastly five of us was sit together and enjoyed our breakfast.... tapi i can't enjoyed it... because mula rasa sakit dekat pinggang and perut aku. My ex teacher said that my face looked really pale.. and need to check to clinil. huwaaaa/
Lastly i tahan juga... i go back earlier akhirnya and tidur di rumah. Missed two meeting today. But my friend said that the meeting ended at 445pm. I missed few meeting

Wednesday, August 12, 2009

Menakutkan...

Hari ni... adalah hari yang saya sibuk dengan masalah pelajar sahaja.... saya tak sempat membuat kerja-kerja selayaknya yang perlu di lakukan. Ada beberapa perkara yang saya lalui hari ni...
  1. Awal pagi my PK Hem dapat panggilan dari JPNS (unit Hem) mengatakan ada budak bertumbuk dalam kelas. Sebenarnya .... sekolah aku aman damai hari ni
  2. Budak jumpa aku pasal masalah peribadi...... tertekan sebenarnya..... tapi bila dia ceritakan... rupanya kes berat... so.... proceed the kes dgn my boss
  3. Tgh aku sibuk urus kes no.2, my student dalam kelas pulak buat hal kerana sampah... yang budak lelaki tau... saya masuk kelas mesti clear ....and clean... so .. dia suruh kawan dia yang prpn ni... buang sampahj. May be cara dia yang tak betul (tau ajelah budak) membuatkan budak prpn ni marah. Jadi Incredible Hulk.. dia balik kerusi kat budak lelaki ... kena tangan... and meja pada seorang lagi budak lelaki yang cuba menenangkan keadaaan. kesian budak ni. Aku bawa dua2 ke pejabat and ambil tindakan displin bersama PK Hem aku. Kesian aku tengok budak lelaki tu menangis.... budak perempuan tu pula masih kuat lagi dan dengan lagak samseng... hahahahha
  4. Lepas tu, masa aku mula buat kerja... trip pula elektik.... semua orang pakat balik awal dan tinggal aku sorang aje.... so aku pun balik jugak... tapi singgah di bilik sakit sebentar... nak jadi cerita pulak.. sorang penghuni asrama kena quarantine.... and penyelia asrama pula bawa budak sakit ke hospital Mukah. aduh... warden yang bertugas hantar budak ke klinik kecil kat oya ni.... so... terlantar lah aku di bilik penyelia asrama.... menjaga budak yang kurantine.... aku pun mula tahan pelajar dari keluar masuk ke bilik ni....
  5. Naik ke pejabat jam 4.30 petang... cari address untuk aku cari bantuan kewangan.... untuk MAKM 2009.... ter rajin pula membantu menjawab telefon. aduh... mak budak lapor anak kena belasah dgn budak kat luar... gate sekolah semasa balik dari sekolah hari ni.... aduh..... so... report dgn my boss.... cuba call my PK hem tapi dia tak de.... so tuunggu esok ajelah nak uruskan budak2 ni.
Sekarang jam dan 730ptg... aku belum jejak rumah lagi.... dari pagi tadi.... aduh mak masih berbaju kerja.... nasib baik still wangi.... and tapi rasa tak selesa sangat2 sebab aku bercuti umum sekarang ni.... huhuhuhuhu.....letihnya mak..... lepas ni aku balik aku... takkan turun semula.... aku nak mandi dann tidur.....

Monday, August 10, 2009

Aku lepak

Hari ni aku balik kampung... jam 300ptg Selepas ke Mukah mengisi minyak aku larikan keretaku ke dalat menjemput my parents di wharf speedboat. Kat rumah... around four .. aku mandi dan merehatkan muka ku dengan bllack mask... selesanya setelah sekian lama tidak merawat muka.
Selepas tu... aku berjalan ke rumahmy cousin... she suprised.... sebab biasanya aku sukar dijumpai di kampung... Lepak-lepak... mengumpat sikit2 dan bercerita tentang penyalahgunaan pil nospan yang menjadi isu utama pendidikan masa kini.
Aduh... alangkah sedihnya bila mana... anak bangsa ku,,,... yang seagama dengan ku... hanyut dan menyalahgunakan pil ini. Ia termasuk di bawah akta racun.. sebab tu.. ramai remaja mengambil pil ini sebab kalau ditangkap pun terselamat dari akta dadaAdd Imageh berbahaya. Pil tu pulak begitu mudah di dapati dan murah... bayangkan hanya RM1 saja sebiji.... tapi biasanya orang yang ketagih ni ambil more then 1 pills.... dan ada murid aku yang bijak pandai... ambil sampai 20 biji menyebabkan dia tak sedar diri dan hampir meragut nyawa... aduh sedihnya aku.
Sambung lagi... tentang pil ni... kesannya tak nampak dalam jangka masa yang pendek... apa yang pasti bila mengambil dalam kuantiti sehingga 5 biji akan menyebabkan khayal. Tapi yang lebih menakutkan.... ia boleh menyebabkan kkerosakan otak kekal. My cousin kata.. kalau orang gila masih boleh dirawat... tapi orang yang rosak saraf kerana pengambilan berlebihan akan kekal rosak selamanya... nauzubillah.
Cerita ini timbul kerana ada guru yang menjadi pusher.... sepatutnya guru menjadi penunjuk ke arah yang baik dan positif tapi yang ni lain pulak.... Ya... Allah ... mudah-mudahan tanak bangsa ku menyedari dan berubah menjadi lebih positif lagi. ..menjadi hambaMu yang dekat dengan Mu ya Allah.

Sunday, August 9, 2009

Terkenang

Hari ni.... aku duduk kat rumah aje... Jerebu makin teruk... rasanya lebih teruk dari tahun 1997 yang diisytiharkan darurat dulu.... Aku tak mampu nak keluar... pergi buang sampah yang dekat tu pun aku dah rasa pening dan mata aku sakit dan pedih.
Aku kebosanan kat rumah... actually aku tak banyak masa untuk bersantai seperti ini... tapi hari ni aku terlebih masa pulak... Hari ni aku terkenang orang yang aku sayang.... tapi jauhnya dia di Korea. ENtah bila aku akan jumpa dia lagi. Abang.... saya sentiasa rindukan abang. Terkenang segala kenangan bersama abang masa saya merempuh saat-saat menghabiskan master degree saya dulu. Menenmani sya menaip thesis master saya dan menemani saat saya di hari KONVOKESYEN saya bersama my mum and dad 2004 . Abang sanggup ambil saya waktu malam walaupun puchong and UM bukannya dekat. Abang ambil cuti untuk menggembirakan saya.... Indahnya saat tu... masih ada ke orang yang akan sayangkan saya seperti mana abang sayangkan saya....
Saya masih ingat saat2 saya nak diingat saat saya nak dioperate... abang ambil saya awal pagi supaya sampai ke PPUM on time tapi saya pulak tak jadi operate masa tu... abang sanggup ambil cuti semata2 nak menemani saya.
Lepas tu abang hantar saya ke Hotel Quality tempat kak ipar saya menginap supaya saya dapat rehat selepas dibenarkan keluar. Yang lucunya bila abang pergi solat jumaat di masjid india.. abang kata macam solat jumaat kat India...
Saya ingat lagi... saat abang menghantar saya buat kali terakhir sebelum saya kembali berpindah ke sarawak... saya ingat semuanya.... saya tak pernah lupa kebaikan.. and your cares and loves for me...
Entahlah... di mana akhirnya perhubungan itu... saya pun tak pasti... saya tetap berdoa' moga Allah tunjukkan pada kita jalan yang terbaik buat kita.... buat masa depan kita...itu.. doa' saya tiap masa.... Saya tau... orang fikir saya terlalu memilih.. saya tak memilih sebenarnya... tapi hati saya telah memilih orang yang saya senangi dan selesa. Nana kata.. bila saya cerita tentang abang.. suara saya kedengaran bahagia saja... hahahahaha... may be sebab saya rindukan abang.

Saturday, August 8, 2009

Angin Perubahan

Sejak seminggu dua ni,,, angin perubahan di tempat kerja semakin terasa.... Guru-guru semakin relax and keadaan pun semakin tak menyenangkan. Hari ni... aku buat2 tak tau bila mana ada guru yang nak bawa murid bermalam di bilik seni... tapi aku tak tau lanjut sebab guru berkenaan tidak memaklumkan langsung pada aku... Ahh,,, biar kan saja.... lagipun apa2 berlaku aku tak nak bertanggungjawab sebab pemakluman tidak diberikan langsung..... so aku boleh lepas tangan le.. Sekarang aku hanya nak jalankan tugas yang diamanahkan pada ku.
seharian aku menjaga budak sakit... setiap hari berulang alik ke hospital hantar budak... sekarang kawan2 aku kata aku jadi everything kat sekolah.. dari menjadi guru...nurse... driver ambulance... lap badan budak sakit sehinggalah ke kerja mencuci muntah budak. Letihnya...tapi aku kena bersabar dan kuatkan semangat
Sekarang ni rasa macam tk apa2bila tengok mudak muntah.... kalau sebelum ni aku antara yang muntah dulu dan kalau orang ramai demam... pastinya aku antara yang memeriahkan... Alhamdulillah... Allah beri kekuatan pada ku untuk bertahan dan tak demam bersama2 murid yang terlalu ramai demam ketika ni....Dah masuk minggu ketiga aku merawat budak sakit.... My penyelia asrama dah nampak tanda2 selema.... Thanks yang teramat banyak untuk penyelia asrama Cik Saemah Bakeri yang banyak membantu tugas ku sebagai Ketua Warden
Malam ni aku hanya berada di rumah sahaja... sebab tak larat sangat2 nak bergerak.... terlalu letih rasanya...apa kerja pun tak jadi.... Tak pelah... malam ni aku nak rehat sepenuhnya supaya esok aku masih berupaya meneruskan perjuangan ku...menjaga budak2 yang demam.... bekerja penuh enthusiasm dan bersemangat... pesanmy ex-boss ku.

Thursday, August 6, 2009

Aduh.... Ramainya yang demam

Dah tiga hari minggu ni berlalu.... aduh letih sungguh....budak ramai yang demam kerana cuaca yang panas terover-over. Tambahan pula jahabrnya banyak ladang-ladang yang terbakar... di samping tu... ramai juga le petani2 kat kampung yang membuat pembakaran terbuka... Ini yang menyebabkan keadaan bertambah teruk.
Keadaan cuaca yang panas menyebabkan budak2 yang kurang daya tahan ni... jadi demam.... huhuhu.... kereta2 warden kat sekolah termasuk kereta saya... dah jadi macam ambulance dah... asyik berulang alik ke hospital... ada warden yang baru bertugas... and baru beli kereta.. cakap/... kalau tau macam ni... baik saya beli ambulance hari tu.... hahahahaha....
Dalam sibuk2 hantar budak ke hospital.. hari selasa... tak tau kat mana kad bank saya..... huhuhuhu. Puas dah aku korek... Nasib baik ic and driving licence terjumpa kat dalam kereta... sampai hari ni aku pening tak tau kat mana aku letak kad aku tu... dahle duit aku tinggal 5 rimggit je dalam tangan.... buku akaun pun aku misplace jugak.... Teruk betul aku minggu ni..Kawan aku komplen muka aku nampak sangat bermasalah... mana taknya masalah student kat sekolah aku terpaksa ambil tau jugak... biarlah semuanya settle dengan cara yang baik...... Mudah-mudahan dipermudahkan allah hendaknya..

Monday, August 3, 2009

Minggu yang menyedihkan

Minggu lepas berlalu dengan lambat sekali.... bermula hari rabu adalah hari2 yang agak perit untuk aku lalui sebabnya
  1. My boss berangkat ke sekolah tanpa memaklumkan pada aku and my friend yang rapat dgn aku. Macam orang gila bayang dan putus cinta saja kami bila melihat kereta yang sama jenis dengan kereta my boss
  2. friday.. kes yang memeningkan.... baru mula menyiasat
  3. saturday... no water...nasib baik kat rumah aku ada sebab aku tinggal sorang
  4. sunday... kes hari jumaat... ada orang suruh rujuk kat aku... hish... tak patut betul
Selepas menjemput mak & apak dari kursus haji aku terus merempit ke sekolah semula and beri taklimat penting tentang peraturan serta mengingat tentang kepentingan mematuhi peraturan yang ditetapkan kkepada pelajar asrama. then saya balik banglo ku.... dapat call from my mentor... and he advised me to see pengetua as soon as possible... so... balik kampung semula.

Malam.. pergi ke sekolah membuat semakan dan tandatangan laporan bertugas harian warden... and sempat lagi membuat spot check kelas... satu kelas aje... macam2 le yang dijumpa.. tapi target utama hanay menemui.. cover hand phone saja.. cis.. melepas lagi... tak pe... warden bertugas berjaya menemui telepon semasa spot check di asrama.... hehehehehe... at least ada jugak.

Tuesday, July 28, 2009

Hari yang biasa





Last sekali... baru ingat nak ambil gambar setelah semua makanan lenyap dari dalam pinggan kecuali.... nasi....


















Udang yang aku bakar dalam oven... My boss kata high colestrole....hahahahha












Sayur labu yang menjadi hidangan... rebus aje dengan jagung muda.... yummy.... memang
menyelerakan










Hari ni aku tak bercerita tentang gambar di atas.... itu hanyalah hiasan semata dan ia berkaitan dengan entry aku semalam.... amacam nampak sedap tak udang bakar tu.....

Hari ni aku tak ade cerita yang menarik cuma perjalanan hidup ku bermula dengan agak kelam kabut bila boss baruku mendahului aku... ceh.... tak patut betul aku kan.... hahahahah







Mentari ketika aku melangkah masuk ke banglo ku hari ni. Kawan aku kata... rumah hanaya lima langkah dari sekolah... tapi aku keluar rumah dalam keadaan gelap dan kembali semula ke rumah pun dalam keadaan gelap.... mana tak bil astro lupa nak bayar.... sebab tak sempat nak tengok TV







Perhimpunan hari ni ada pegawai perhubungan polis datang dan berucap.... aku tak pasti apa tajuknya may be tentang keselamatan jalan raya kot.... sebab asyik sebut pasal lesen kenderaan dan topi keledar... itulah padahnya kalau asyik bersembang kat belakang...hehehehhehehe

Lepas tu nothing much happen.... tengahari aku ke bandar untuk membayar bil aku yang tertunggak sebab aku asyik terlupa dek kerana kebusian yang tak berpenghujung sejak sebulan dua ni... rupanya astro aku kena potong dah... aku baru sedar hari ni... aku tanya my mum... astro kat kampung okey ke... dia kaa okey... bila hubungi astro rupanya selama ni aku bayar astro yang kat kampung aje.... so.... for a few month tak payah bayar astro kat kampung... hehehehe

Balik ke sekolah sibuk buat laporan.... untuk hantar ke UPP untuk dapat claim dan supaya tak kena claim jugak dari UPP. So... tak boleh susahkan orang lain.. kenalah buat kerja. Okey my dear..... laporan siap dan esok kena hantar untuk boss tandatangan... lepas tu dah boleh hantar ke UPP dah.

Balik dalam senja... sempat lagi tunggu roll call budak-budak asrama dan membebel sekejap.... hahahahaha...then balik rumah... malam ni turun balik.... aku dah terkenal dengan tag line... 10 seconds from now..... 10....8....5....,.1 ....untuk tutup lampu dan tutup pintu bilik.....

Monday, July 27, 2009

Isnin.... Terimalah kenyataan ini.

Agak pahit untuk dimulakan pada Isnin 27 Julai 2009. Aku ke dewan makan terlebih dahulu sebelum melaksanakan tugas harian ku sebagai pembuka pejabat. 6 23 pagi aku masih berdiri di luar dewan makan... entah macam mana mata ku... tetiba saja melihat ke arah kereta yang masuk ke kawasan letak kereta..... Bila ku amati... ohhh... my new boss dah datang.... dia tunggu agak lama... baru aku teringat ... pastinya dia menanti pintu pejabat di buka... aku buat baring corner dari dewan makan ke pejabat and dah beberapa orang staff sekolah aku menanti.. hehehehe..
Aku selesai punch -in baru my new boss sampai di pejabat... so esok aku mesti bergerak lebih awal. Hari ni semuanya berjalan seperti biasa.... cuma agak janggal dengan boss baru yang mula bertugas hari ni. Aku cuba menerima kehadirannya.. walaupun hati aku sedih dengan perpindahan boss lama ku yang baik hati dan penuh pemahaman. Kawan aku lagi le.. dia kata nak minta cuti.... Aku bagitau,.... not so easy my dear.... hahahahha
Petangnya.. aku dan kawan aku pun mula buat projek kami iaitu... main masak-masak dan makan-makan.... mula-mula nak buat kat rumah aku saja tapi... mengenangkan rumah aku tak de peralatan... so aku cadang guna bilik masakan sekolah... so hasilnya..... udang bakar,... ikan kukus.... linut.... sayur pucuk labu.. umai... sambal tiga jenis....

Tapi semua tu lupa nak ambil gambar kecuali udang bakar saja.... dah habis makan baru teringat..... yang lawaknya... nasi langsung disentuh..... buat penat aje masak... Tapi aku puas hati sebab my boss like it... and sekali lagi skill memasak aku yang tak seberapa berjaya menghasilkan sesuatu yang menyelerakan.... hehehehe

Tapi hati ku tetap sedih,.... my boss tetap mengatakan walau dimana saja dia berada.... LHDN dia.. tetap kami yang akan selesaikan untuknya.... boss aku seperti biasa tetap cool and boleh lagi buat lawak... tapi aku tahan ajelah perasaan.... Itulah hakikatnya.... bertemu dan berpisah adalah perkara biasa dalam kehidupan. AKu mengharapkan aku dapat berkerja dengan baik di bawah my new boss... dan aku akan ingat kata-kata boss ku ini.... Siapa pun ketua kita.... kita terima dan patuh arahannya....

Sunday, July 26, 2009

Aktiviti yang sesak

Salam hari minggu.... hehehehe (kepada diri sendiri)
Semalam dah isytihar hari bermalas-malasan dan satu kerja pun tak jadi semalam kecuali basuh baju, dan kemas rumah sikit aje. Yang selebihnya bermalasan dihadapan TV atau laptop kalau tak pun... memejamkan mata
Hari ni dah rasa lega dah.. selepas melalui minggu yang cukup memenatkan ... bermula dari Isnin hingga Jumaat jadual saya penuh hingga ke malam. Nasib baik tak de siapa yang nak dijaga katt rumah.... rumah banglo ku... rrasa seperti hotel... tapi hotel ada orang tolong kemas... berangan nak ada pembantu yang boleh tolong iron baju... lipat baju ... kemas rumah... masak... sedangkan hidup sorang2 bukan ada apa pun yang nak dibantu orang lain.... dasar pemalas.
Bermula isnin (20.7.09).... seperti biasa tugas sebagai pembuka pejabat telah dianugerahkan kepada aku sejak Jun 2009.... settlekan beberapa tugas dan serahkan kes disiplin yang perlu disegerakan... aku terus ke sekolah yang perlu dilawati hari ni... Alhamdulillah.. tak de apa-apa maslah kat sekolah ni... petang kembali semula ke sekolah dan menyelesaikan dokumen seperti biasa. LEpas solat asar aku ke dewan makan... dan berada hingga ke malam
Selasa(21.7.09)..... lepas perhimpunan ingatkan aku boleh cabut terus untuk melawat sebuah lagi sekolah (sekolah terakhir tahun ni... merdeka) tak boleh jugak... kena handle kes dispilin yang melibatkan murid asrama... sebab parent mereka datang aku diminta bersama dgn mereka ni juga. Pergi ke sekolah terakhir... arghhh... tension bila berlaku masalah besar dalam pelaksanaan PBS sekolah ni... aku pelik kenapa berlaku perbezaan skor yang besar... rupa-rupanya sekolah tak menggunakan soalan yang standard untuk satu sekolah. Aku tak tau salah siapa. Setiap tahun sekolah ni ada masalahapabila aku datang membuat pemantauan. Tak pa... aku maklumkan kepada pengetuanya.... lepas tu aku balik... tapi sebelum balik ... aku sempat lagi mengganggu my friend yang jd PK Pentadbran sekolah ni... hehehe... tapi lain yang jadi.... ada pelawat MaCS akan datang ke sekolah dia petang tu jugak... sudah.... aku kena bersedia... my boss kata don't worry about that.. our document almost ready./..... tapi boss tak tau UP2 dan Pep. akhir pengal aku tak sempat lagi nai binding. Sampai sekolah lepas makan... aku mulakan operasi aku dan kemas kini faikl yang ada ditangan aku...berhenti sekejap solat asar sambung balik hingga maghrib.... rumah dua minit aje nak sampaipun... aku tak balik jugak.... solat maghrib di sekolah... sambil2 tu pantau secara senyap2 warden bertugas dan pelajar asrama punya aktiviti...hari ni siap... apa yang tak lengkap dan aku dapat melihat perjalanan aktiviti pelajar asrama dgn senyap2. dek kerana kegarangan ku.. agak2nya le... bila students sedar aku ada di koridor aras 1... semua senyap... warden bertugas pun hairan... tapi mereka maklum dgn situasi macam tu... hehehehehe
Rabu (22.7.09)... aku ingatkan kurang dah kesibukan aku hari ni.... PAgi seperti biasa masa free aku kena mengajar.... waktu rehat my boss panggil....dan aku terpaksa memenuhkan masa free aku dgn mengadap beberapa dokumen yang telah aku kemas kini.... tapi lepas tu aku lari ke kelas...alhamdulillah.. rombongan pelawat berpuashati dengan keadaan sekolah aku... yang bestnya... mereka kata sekolah ni mempunyai disiplin yang baik cuma kurang bernasib baik aje, Bersambung lagu dengan kes disiplin di mana ibu bapa yang dipanggil datang mengadap... aku beria-ia berpesan wajib tunggu aku untuk makan tengahari sampai ke sudah aku yang tak muncul... Tapi my friend baik hati.. dia tapaukan untuk aku... tapi aku dah tak selera makan bila tengok bilik untuk aktiviti petang ni not ready yet....aku bekerja sendiri angkat meja ... nasib baik pengawazs ada yang boleh tolong aku dengan segera....Petang... salam restu guru, aku kurang berpuashati dgn pelajar yang kurang berdisiplin dan tidak mengambil serius dgn apa yang sekolah rancangkan. Tambah dgn ibu bapa yang tidak menghormati majlis... ada ke patut menjawab panggilan telefon dalam bilik kecil.... orang berucap berselang seli dengan suara dia.... hish--hish...... kalau budak2 kita faham jugak le ... ni dah jadi datuk budak dah.... orang lain pun ada handphone... jugak le (dialog ni dalam hati aku je... kalau aku terucap perkataan ... tak pasal2 jadi kontroversi pulak... heehehe). Tak pelah... aku jadikan ia satu cabaran dalam program aku.
Khamis(23.7.09)... aku menghadapi another hari yang sibuk.... mula dari pagi sampai ke petang.. aktiviti masih sama seperti semalam.. tapi this class special sikit,... sebab ramai yang tak pandai membaca di awal tahun telah berjaya membaca .... kerana mereka sukakan komik2 lama yang ada dalam simpanan ku. Enam orang yang tidak pandai membaca waktu aku mula2 masuk ke kelas ni telah berjaya aku pulih kan... dengan usaha mereka sendiri. Aku tak buat apa pun... cuma memberi komik.... and bagi tau... kalau dapat baca komik ni... and then cerita balik pada ustazah... komik ni milik kamu.... Banyak juga le...koleksi komikku jadi korban program basmi buta huruf aku ni/... tapi alhamdilillah... hari ni... semua orang dapat membaca surat akujanji... rasa berbaloi ada jugak.. sekarang projek aku nak meluluskan 100% subject Pend. Islam dan komik aku jadi mangsa lagi bila mana ia menjad hadiah ke atas pemcapaian pelajar yang melebihi markah yang ditetapkan oleh aku... rasa2nya berjaya ke aku.... tunggu disember nanti untuk melihat hasilnya.Habis aktiviti... aku solat asar dan ke asrama... cadang nak pg sekejap aje.. tapi warden betugas belum ada jugak ... Ni yang buat aku naik hangin ni.... tak lama lepas tu....budak sakit sesak nafas sebab batuk... aduh... nak gi hospital pulak... kereta aku bau durian pulak... sudah... aku call my dear bapa.... suruh dia singgah kat sekolah untuk ambil durian dalam kereta ku (selepas jamuan aku sempat keluar sekejap bila my friend kata ada orang jual durian... aku suka beli durian sebab my bapa and my mak suka sangat durian.. aku tak kisah berapa pun harganya... janji my parent puas hati).. Aku kena ke hospital bawak budak pulak sebab warden bertugas tak de masa tu.... Jam 8 lebih baru aku sampai semula ke sekolah... solat maghrib kat hospital ajelah... hehehehe.. Oppss... kat sekolah ada aktiviti bawah bidang aku rupanya... solat hajat and ceramah agama... aku terlepas lagu... tapi sampai sekolah aku tengok tempat jamuan masih gelap lagi.. rupanya aku yang terlupa memaklumkan pada pihak kantin untuk onkan lampu. aduh.... otak aku cepat aje buat keputusan untuk tukar lokasi.. and angkat meja dari bilik serba guna.... tak sampai 20 minit selesai semuanya,.,... and sebaik selesai hidangan orang pun keluar dari surau sekolah lega.. tapi member2 semua bising tengok aku masih pakai pakaian kerja dari pagi tadi.... aduhhh... aku kata tak busuk sebab aku ni semulajadi maintain wangi sepanjang masa.... hehehhehhehe.... Sambung pulak menyusun kerusi meja untuk ceramah pendidikan ISlam SPM aku hari esok... settle jam 9.45 malam.... Warden bertugas cerita pulak pasal budak llelaki f2 pakai tudsung dalam kelas... aku suruh handle... tapi... lain yang jadi.... bila mana semua budak jadi riuh rendah... warden bertugas tak boleh kawal... suara aku pun tak boleh mengatasi.... terpaksa guna pembesar suara... brutal betul warden aku....budak tadi dia pakaikan tudung and pamerkan semula.... aku sebenarnya tak suka cara ni.... sebab ni kesalahan pertama.... aku lebih suka nasihat dan denda yang lain...bukan memalukan murid... tapi salah aku jugak sebab tak tanya apa mereka nak buat.
Jumaat ... lega sikit.... sebab aku dah boleh bernafas seperti biasa cuma .. petang selesaikan LNPT untuk dinilai pengetua sebelum dia berpindah.... kami berjaya menyelesaikannya...... aku balik ontime hari ni jam 5 ptg. apilepas tu aku tetap ke dewan makan dan asrama sebelum balik banglo ku..... malam turun semula memastikan bilangan sebenar murid yang tinggal di asrama kerana minggu ni minggu balik kampung.
semalam sabtu (25.7.09) aku bangun lewat sikit dari biasa... then pergi ke pasar sabtu.... sebab nak beli beberapa keperluan untuk jamuan monday nanti... seronoknya aku dapat beli udang galah besar2. Udang tu... bukan nak masak apa pun.. cuma nak bakar aje... Kawan aku pun dah pilih sayur2an... and beberapa bahan yang lain.... Tunggu next monday... apa yang menarik yang kami berdua masak... hehehehhe.... selebihnya hari ni jadi hari malas sedunia bagi aku seorang.
Tunggguuuu... apa yang menarkm yang kami berdua masak esok.......

Halwa telinga