Saturday, July 31, 2010

Bola untuk kesihatan

Semalam.... ada demonstari makanan sihat di sekolah. sebenarnya nak jual periuk ... so tajuknya about makanan dan  cara memasak. Actually.. banyak gak le ilmu yang saya dapat semalam.... Tapi saya tak nak cakap about perkara tersebut... sebab saya tak ikuti sangat ceramah perempuan dari sabah tu.

Tengahari.... kertina and me... ke Mukah untuk membeli makanan tengahari. sebelum tu.. kami berpusing mencari kedai komputer yang baru yang bertajuk (betul ke istilah ni) E-Station.  Kami jumpa dekat dengan may Bank. Tapi kami tak naik sebab berada di Tingkat 2. Kemudian kami ke Cosway milik kenalan saya Madam Connie Sim(rakan setugas di SMK Dalat dulu). Kertina membeli meja  yang comel untuk makan 2 biji dan dua jenis lagi benda yang dia beli.

Saya tak lepas peluang untul belek-belek catalog yang ada. Tiba -tiba mata saya melihat benda ini...
Boleh teka kan...... huhuhu.... aku pernah memiliki... tapi dah bocor.. sekarang aku memilikinya lagi dengan harga 3 kali lebih murah.. Tapi yang dulu tu..lebih tebal aje


 Jenama bola baru ku



 Muka depan...  buku manual







Saya rasa macam tak sabar aje nak main dan bersenam dengan bola besar.... hahahhaa..... tapi seperti biasa... sebulan dua je saya bersemangat.... hahahahhaha....

Oppsssssss lupa saya sekarang memulakan operasi untuk  mengurangkan berat badan yang telah berlebihan lemaknya ini...................  Petang-petang kalau berkesempatan saya nak lari-lari or walking-walking.. around 30 minutes.. cukuplah... Tak taulah berapa lama saya boleh buat.... takut dua hari je.... hahahaha

Kucing....

Malas nak menaip dan mengarang...(memang tak reti nak mengarang pun sebenarnya) Ini adalah peristiwa hari jumaat yang lepas semasa saya memberi masa dan ruang kepada pelajar untuk mengulangkaji pelajaran sebelum  peperiksaan bagi mata pelajaran geografi bermula. Hahahhaha... Kucing mengkucar kacirkan suasana dalam kelas.. sampai air tertumpah di lantai sebab budak sibuk nak main dengan kucing. Habis air bekalan budak itu untuk hari tersebut
Tapi terasa comel pulak tengok kerenah kucing dan dua ekor anaknya... tapi kelas memang kecohlah sedikit.. terpaksa guna skill garang saya.. untuk menenangkan keadaan....
 Kucing ni tolong saya mengawas murid-murid tiga bestari 1 dan 2

 Kucing ni kelaparan sebenarnya... Lihat ibu kucing (tompok hitam kuning dan putih)
Merenung dan mengawasi anak2nya makan  riang-riang. rangup aje bunyi nya.
Rasanya ibu kucing ni pun kelaparan juga... tapi demi anak dia rela berlaparan. Bagaimana pula kita manusia yang rela membuang anak yang telah dikandung. Siapa lebih mulia manusia ke binatang.

 bagi peluang padaabang@adik@kakak dia makan dulu... hahahaha 

 Tengah fikir mana nak dapat makanan untuk diri dan anak-anaknya di pagi jumaat yang mulia ini....

 Mohon simpati pada Adibah.... saya tertanya2  kenapa kucing ni suka sangat kat dia....
Lepas saya siasat... rupanya dalam begnya ada keropok ikan yang sudah digoreng..
Kucing ni dapat menghidu makanan... sebab tu dia buat muka kesian kat adibah.. Adibah  termakan pujukan kucing ni... dan menghulurkan sekeping keropok pada kucing. Lepas tu yang dua ekor lagi terus datang menerppa pada Adibah   hahahhahaha............

 Entah apa yang difikirkan oleh kuching ni agaknya ya..?

 Masih lagi merenung jauh.....

 Ohhhh... rupanya dia nak minta izin untuk duduk atas kerusi...

 Opppss.......... Tak seronok atas kerusi dia naik ke meja pulak. Aduhhhhhhh,,, saya biarkan saja.

Lastly dia berundur diri bila ... dua ekor kucing lagi mengundur diri keluar dari bilik serbaguna....

Kesimpulannya .. Belajarlah tajuk Ihsan Terhadap Binatang (bahagian hadith Tingkatan Tiga bagi mata pelajaran Pendidikan islam)

Thursday, July 29, 2010

Tengoklah............ dunia ku

Peristiwa ini berlaku .........................








 Danis tengah fikir apa tu???? Mesti bingung sebab Chiknya menunjukkan gambar orang tidur. Orang pergi sekolah ni... kerja dia tidur ke.......hahahha. Yang kat bawah pulak asyik makanan aje....

 Kek Lapis Idola (Pencuci mulut... hanya dikeluarkan pada  second session)

 Buah Pisang...
(Hasil tanaman pengetua)

 Bihun Goreng 
(Kertina yang masak/ Menu utama hari ni.... )

 semasa Hari Guru 2010 n
(17 mei 2010)
Sambutan  Hari Guru

 Mordeah Ekni (share birthdate with me)
Saifuddin Sulaiman (awal sehari/ Pencen nanti pun awal sehari dari saya)

Satay Ayam (Menu di bilik guru kanan hari ni)
(Kali pertama memasak.....  hahahahaha) Rasanyan entah apa-apalah...
Tak pa next time boleh cuba lagi

Tuesday, July 27, 2010

Sakit kepala

Aduhhhhhhhhhhhhhhhh kepala  tetiba je berdenyut hari ni. Makna nya...

...........................................................................................................
...............................................................................................
............................
..........................................................................
.................................................................
..............................................................
.......................................
..................................
...........................
.............
...........
.......
.......
...
..
.

Terpaksalah balik awal.....

Trial PMR 1 2010

Hari ni merupakan hari kedua Peperiksaan Percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Saya memang tak suka bila tibanya musim peperiksaan. Sebab kena duduk tercatuk aje dalam bilik kelas. mata mengantuk.. terasa terama2 nak tidur. kena pulak kalau masa tu.. berada di aras tiga... angin sepoi2 membelai-belai menyuruh mata melelapkan diri. Memang terasa amat nikmat ketika itu.  Hahaha.. memang sekarang ni pun tengah mengantuk sangat. Tadi dah meronda tengok budak jawab exam.... ada le dua gambar yang saya dapat ambil... Tapi saya tak berjaya menguploadkan. Tulah kan... Allah tak  memberkati sebab gambar tu gambar my student tgh tidur masa jawab kertas Bahasa Inggeris kertas I.
Memang saya tengah boring gila masa ni. Skema jawapan Pendidikan islam baru je siap tadi.  Esok atau malam ni saya akan mula menyemak. Tiga kelas.... Insya Allah paling lewat malam esok saya akan siapkan semuanya. Markah perlu dikey-in dalam SAP dalam minggu depan. Dua sebab kenapa perlu cepat  :
Satu untuk mesyuarat guru-guru mata pelajaran  (MaCS0 satu lagi utk restu Ibu bapa dan guru nanti. Insya Allah kalau semua berjalan lancar menjelang hari Jumaat.. keputusan akan berada di tangan guru-guru dan pelajar.  Entah bagaimana agaknya pencapaian mereka ini.
Kadang dalam hati risau jugak sebab budak2 macam tak ade persediaan nak exam. Guru aje yang risau.. tapi kalau kelas belakang memang saya nak diaorang exam cepat-cepat sebab memori jangka panjang dan jangka pendek mengalami gangguan yang agak kronik. (Hanya yang  mengajar mereka ni memahami apa maksud tersirat disebalik perkataan ini.)
walau apa pun yang penting .. guru-guru dah menjalankan tugas mereka. Mungkin orang melihat tugasan sebagai guru adalah satu tugasan yang mudah sebab keluar masuk kelas dan  ada cuti sekolah yang panjang. Erti cuti yang saya nikmati sepenuhnya hanya pada tahun Disember 2004 dan disember 2005 sahaja. satu kerana saya transfer balik sarawak satu lagi kerana saya transfer sekolah lagi ke sekolah terkini saya.  Masa tu memang saya rasa cuti betul-betul semasa cuti. Tapi sekarang.... ia tinggal kenangan.... But it's okey.. cuti lama2 pun tak de apa yang dapat dilakukan dirumah....

Monday, July 26, 2010

Kek Lapis Idola

Malam ni saya buat Cake Lapis Idola.... Mudah saja membuatnya.
Bahan-bahannya adalah

  1. Mentega 16oz
  2. Telur 10 biji
  3. gula satu gelas
  4. tepung dua gelas
  5. milo satu gelas
  6. horlick 200gm
  7. 250 gm Cooking Chocolate
  8. Seri kaya satu tin kecil
  9. Browning sugar
  10. Esen Vanilla
  11. Krim santan
Itulah yang saya ingat. Macam mana nak buat. Senang aje. Telur  dan mentega dipukul hingga kembang. Lepas tu masukkan telur satu persatu. Masuk kan horlick tepung, seri kaya, Santan serbuk dan esen vanilla. Gaul rata. Lepas tu bahagi dua. satu bahagian campurkan pewarna kubing. satu bahagian lagi milo, browning sugar dan cooking chocolate. Bakar lapis... ikut suka. Tapi malam ni saya malas.... memang saya lapis ikut suka saya betul-betul.  Nanti-kalau saya ingat saya uploadkan gambar cake saya tu ya. Kalau sempaty nak diambil gambarlah. So kawan-kawan di bilik guru kanan. Begitulah cara membuat cake ini. Dijamin halal.. cuma tak jamin sedap atau tidak lah. tapi biasanya memang yummy..... actually  dari minggu lepas dah mengidam nak makan cake ni.. Kalau ada coca cola atau any air bergas...  Memang rasa macam mood raya lah masa tu... bestnya..............

The Great Wife : Aisyah r.a

Hari ni saya membaca buku  keluaran Synergy Media. (lain kali kalau saya ingat saya akan tunjukkan muka depan buku ni) Buku bertajuk seperti title entry saya hari ini. Saya tulusnya... saya adalah peminat kepada Saidatina Aisyah r.a yang begitu tinggi darjatnya di sisi Allah ta'ala dan juga wanita yang amat disayangi oleh Rasulullah s.a.w.
Buku ini menceritakan perjalanan hidup Aisyah sebagai isteri Rasulullah s.a.w.  Betapa tingginya nilai cinta dan kasih sayang terhadap suami. Betapa setianya seorang isteri melaksanakan tanggungjawab demi untuk membahagiakan suami. Betapa bijaknya Aisyah menangani segala macam permasalahan yang  dilaluinya sebagai dugaan dalam kehidupan terutama sekali menghadapi gegaran fitnah tersebar yang melanda diri. 
Buku ini juga merungkaikan betapa kukuhnya kecintaan suami buat isteri tercinta. Bagaimana menangani permasalahan yang timbul dalam rumahtangga. Yalah kan.... orang kata sedangkan lidah lagi tergigit ini pula suami isteri. Malahan saya rasakan rantaian kisah hidup Rasulullah bersama isterinya Aisyah perlu dibaca dan didalami mesej disebaliknya.  saya menghabiskan buku setebal 117 muka surat ini hanya dalam masa 3 jam sahaja. tetapi memang cukup bermakna bagi saya.
Apa yang penting bagi saya, buku ini menyedarkan saya bahawa.. sehebat mana pun kita di dunia ini... Isteri merupakan amanah Allah kepada lelaki yang bergelar suami. Suami adalah insan yang wajib disayangi, dicintai dan dipatuhi. Tapi jangan kerana kecintaan kepada isteri/ suami .... kecintaan pada ibu bapa dan keluarga kita abaikan. saya mengharap.... cheewah.. andai saya berpeluang menjadi isteri... saya akan menjadi isteri yang dicintai suami, disayangi suami, dilindungi suami.... (Ada lagi ke lelaki seperti itu di dunia ini)
Jangan pula sesiapa menyangka... saya membaca buku ini kerana ada udang di sebalik batu ke... di sebalik mee ke. Memang itulah hakikatnya. Saya tak mampu melepaskan buku ini begitu saja sehingga dinoktah yang terakhir. Insya Allah saya akan mengulanginya lagi. Buku yang menanti saya selepas ini adalah The power of night prayers........ saya sudah mula merasai kehebatan buku yang ringkas ini.....

Halwa telinga