Thursday, August 12, 2010

Kertas pembungkus Baru

Pertama-tamanya.. Thanks Ary.. belikan kak Ti kertas pembungkus buku yang baru... Sebenarnya dah lama dah nak masuk entry pasal pembalut buku yang baru ni.... Seronok sangat... So tengoklah... buku-buku baru saya yang dah berbalut cantik.. Jadi lepas ni Cik Kertina kita taklah complain.. saya tak menghargai hasil seni orang yang membuat cover buku tu.
 Buku-buku yang sudah siap dibalut dengan pembalut buku baru saya. termasuklah  hasil tangan my favourite novelis... Kasih yang Tercalar dan Sakitnya Sayang
Buku lain adalah  : Spanar Rindu Skru
La Tahzan Gadisku
la Tahnzan For Love
Power of Night Prayer
The Great Wife  : Ausyah r.a
Harumnya  Nur Jannah
Jauh Kau Pergi
Rindu Yusuf Cinta Zulaikha
Sungguh Aku Cinta

 Inilah rupa Plastik membalut ini ketika masih dalam bungkusan
Boleh didapati di Super Saver Delta Mall Sibu....Gen... Perhatikan betul-betul






Gambar-gambar lain tu adalah bagaimana mudahnya saya membalut buku... hahahahhaa...ketinggalan zaman sebenarnya.. orang dah bertahun agaknya jumpa pembalut buku macam ni.... saya je yang baru jumpa dan rasa teruja sangat-sangat..................... Thanks a lot Ary.......................

Ikan ....

Hari ahad yang lepas, ada seekor ikan di dalam baldi yang diletakkan di belakang rumah. Tanya kat mak ikan apa... dia kata ikan talapia... aikkkkk macam ikan yang orang masak lemak tempoyak ke semananjung aje. Tapi kan ... ikan ni nampak cantik aje........... So aktiviti saya hari Ahad yang lepas adalah membasuh akuarium cabuk saya... Lepas akuarium dibersihkan... maka bersinar kembalilah ikan dan udang yang ada dalam akuarium tu.... and  hari ahad ini ahlinya bertambah.
Masa mula-mula saya masukkan ikan besar tu.. ikan kecil ketakutan.. dia berenang ke sana ke mari seolah-olah nak melarikan diri. So.. saya biarkan saja... tapi keesokan hari nya... dia dah geng dah dengan ikan besar itu. Rupa2nya ikan pun ada sesi suai kenal jugakkan............
So, sekarang ni... ikan adalah penghibur di kala hati resah dan gulana.

Muka tuan punya ikan...............

 Kilatan dari flash telephone yang menjadi camera saya...

 Ikan ini sedang berfikir... kenapalah dia ditangkap dan diletakkan dalam ruang yang menyekat kebebasannya.
Sungguh kejam tuan punya ikan ini Takda sifat ihsan terhadap binatang langsung

 Masih berfikir lagi...

Udang..... ada dua ekor. Maaf gambar kurang berkualiti sebab saya guna handphone. and saya tak reti ambil gambar pun.....

 Udang ni masih nak enterframe.. Di ambil jam 5am......

Juga diambil awal pagi... rupanya udang saya lebih aktif pada waktu subuh. Saya ada dua ekor udang hasil tangkapan ayahanda tercinta
 Untuk menangkap ikan apabila aktiviti mencuci akuarium

 Anti chlorine

Makanan ikan saya yang tinggal sikit saja...... gara dibuang di lantai


Wednesday, August 11, 2010

Makanan pada Hari Sabtu (7 Ogos 2010)


Hari ni hari Sukan Sekolah. Setelah berpenat lelah menyiapkan markah kerja kursus… hari ni.. berpenat lelah pulak.. macam dia yang lari (hehehehe). Penat hari ini kerana… membantu menyibuk di mana2 ruang yang boleh. Tapi yang pastinya…. Bukan di tengah padang. Yang pastinya … jugak berada di bawah khemah… bermain2 dengan anak kecil ustaz.
Hari ni tak nak cerita pasal aktiviti.. tapi nak tunjuk makanan yang saya makan dari hari sabtu hingga semalam .. bila kawan saya dari Kuching dating dan saya bawa ke Selera Hujung Kampung… Puasa2 ni kalau tengok gambar makanan semangat sikit.. sebelum terlupa…. Selamat berpuasa





 Menu di Mya's Cafe.... Thanks Gen








 Makanan pada hari sabtu  

 Hahahhaha... Gambar terbalik. Jadi jangan betulkan mata anda

Bakul buah yang belum siap.... semua bahan utk decorate adalah recycle kecuali bunga dan bakul sahaja

Apa jadi dgn kertina ini.....................








Menu di Mya's CafĂ©… yang saya nikmati hasil belanja Genevie…. Yummy… Thanks gen.. lain kali belanja lagi. Pertama kali saya sampai sini sebenarnya.


Di bawah ni pulak adalah makanan yang saya nikmati sehari seblum puasa iaitu Hari selasa 10 Ogos 2010. Entertain kawan saya yang buat observation ke atas studentnya di Balingian. So... kebetulan ada urusan di Mukah... saya jumpa dia and bawak dia jalan2.. naik kereta. Memang tak jejak tanah sampai ke dalat kecuali naik kejap ke rumah saya. Lepas tu  pergi ke Selera Hujung Kampung menikmati Seafood.. Puasa2 ni buat entry ni... rasa lapar pulak perut.



 Cucur Payak yang terpaksa bungkus bawa balik sebab tangki dah overload

 Kawan saya Kak Hajjah Noraini haji Omar (Pensyarah di IPG Tun Abdul Razak, Samarahan) menikmati makanan laut dengan begitu berselera.
 Umai dan sayur kacang buncis goreng telur

 Ketam kicap dan sayur kacang buncis goreng telur


.Order Tomyam.. Tapi yang muncul seefood asam pedas... Nasib baik  rasanya okey







 
Sehari sebelum ramadhan……. Memang makan betul2 hehehhe. Kepada yang berpuasa......... Selamat berpuasa dan ambillah kesempatan di bulan penuh berkat ini untuk membuat amal kebaikan......

Tuesday, August 10, 2010

Masih busy............

Konon-kononnya sibuk.
Sibuk dengan keputusan kerja kursus. Sibuk dengan jadual waktu.... sibuk dengan soalan percubaan......................... aduhhhhhhhhhhhhhhh.

Monday, August 9, 2010

Sibuk.....................

Hari isnin... Permulaan minggu ni... lebih sibuk dari hari-hari biasa.... sebabnya
  • Kelas awal pagi dgn tiga waras... Nasib baik... well behave... tak le saya jadi tak waras dibuat mereka
  • Menyiapkan document yang perlu ditandatangani pengetua
  • Menyiapkan  keputusan t3
  • Jadual KPMP petang ni..
  • Mesyuarat pagi (sebelum mesyuarat.... sempat le minum pagi dulu)
  • Kelas lagi
  • Cari maklumat bilangan guru... dah cukup sudah 
  • Ke Mukah..... ke upp and jumpa bhgn pengambilan gstt
  • makan
  • beli roti
  • balik dari mukah terus ke kelas...
Aduhhhh... banyak nya kerja atas meja yang belum diselesaikan. Meja pun macam diserang geruda.  Sesiapa yang sudi... tolonglah ringankan kerja saya ni............... Kalau terpaksa saturday kena turun and bertapa di sekolah gamaknya.................. huaaaaaaaaaaaaaa. Tapi tak pa... Ramadhan...........
..

Halwa telinga