Tuesday, September 15, 2009

Selamat Hari Raya

Ramadhan hampir berlalu... maknanya hampir sebulan juga le aku tak menjengah di sini. Terlalu banyak perkara berlaku dan kesibukan menyebabkan aku seolah tak cukup kaki dan tangan nak menyiapkan kerja yang diamanahkan pada aku. Esok hari terakhir persekolahan sebelum cuti Raya... Buka saja sekolah on 28th September meeting Majlis Anugerah sudah menanti aku ...huhuhu.. diikuti dengan meeting J/K dewan makan dan asrama... lepas tu aku sibuk dengan Majlis Anugerah Kecemerlangan on 2nd october.
Pagi tadi aku dah hubungi S/U YB.. and confirm that YB akan hadir dalam majlis tersebut. So preparation kena lebih la... Kabanyakan urusan telah selesai... cuma hadiah belum lagi aku selesaikan.
Semalam aku betul2 tension sebenarnya.. Aku rasakan segala urusan aku belum selesai lagi.. So aku buat jugak sedikit2... and dalam ketensionan itu.. alhamdulillah beberapa urusan selesai atas bantuan beberapa orang kawan2. Thanks a millions my friend.
Tapi minggu ni adalah minggu yang amat menyedihkan buat aku... Last monday aku menerima sms dari isteri kepada my friend.. Tak sangka perhubungan atas dasar tugas disalah ertikan. Dan yang menyedihkan bila mana... aku disangka menghabiskan duit suaminya.. sedangkan gaji aku jauh lebih tinggi dari suaminya... huhuhu
Aku menangis dalam bilik aku... memang aku betul2 sebak dan tak dapat menahan diri. Adakah kerana aku tak kahwin.. menyebabkan orang beranggapan aku terdesak sehingga sanggup mengganggu rumahtangga orang lain. Insya Allah aku takkan sampai macam tu sekali. Lagipun aku sedar yang aku ni tak cantik pun. My friend pun jadi takut bila perkara ni berlaku biarpun dia sudah kahwin.
Keadaan ni menyebabkan aku bertambah tension sebenarnya. Aku seperti biasa berlagak tenang di hadapan kawan2 yang lain. Tapi hati hanya Allah yang tahu.
Raya semakin hampir menjelang. Kala ini hati terasa sayu sekali mengenang nasib diri. Duhai hati... tabahlah.....

Halwa telinga