Saturday, January 15, 2011

Demam

Hari Rabu .. saya dah mula rasa sakit tekak..
Hari Khamis .... saya betul2 rasa lemah dan tak berdaya nak buat kerja even nak masuk kelas sakali pun.
Saya dah minta balik awal.. PK Hem dah bagi kebenaran tapi sebab pengetua ada di sekolah saya so tahan ajelah.. wal;aupun saya miss my class 5sc Bestari.
Jumaat saya tak berdaya .. and saya demam tak larat nak bangun dari petang khamis. Nak jalan pun rasa sakit semua anggota badan saya.
Alhamdulillah... hari ini.. sabtu.. saya rasa dapat tenaga saya kembali. Sekarang saya mengadap rancangan tahunan Pendidikan Islam yang langsung saya tak sentuh sebelum ni.... Alhamdulillah


Wednesday, January 12, 2011

Minggu Yang Busy

Bahana berada di Kuching minggu lepas... Minggu ni rasanya teramat busy. Sehingga  nak melawat blog @ aktiviti blog walking terpaksa ditangguhkan. Ni pun sengaja membuang masa di sekolah...bila kena print juga jadual waktu.

Hari ni begitu merisaukan  ... selepas balik dari menyopingkan diri di Mukah.. Lastly.. tapi masih sempat bergelak ketawa dengan Nana... Hahahhahaha

Alhamdulillah balik rumah... segalanya telah dapat dibuka balik .. walaupun dah mengadu kepada pengetua.
Tapi tengah fikir macam mana nak simpan benda ni dalam nikan... tapi ia sulit........ ayoyoy...... just wait and selah penyelesaiannya nanti.

Lain kali buat ntry lagi.. tak sempat nak cerita... bye for now...

Sunday, January 9, 2011

Azam 2011... Gagal

Baru hari ke sembilan tahun 2011... azam saya dah gagal. Memang tau pun agak mustahil untuk saya mengupdatekan blog ini setiap hari. Tiada apa yang menarik yang dapat disimpan di sini. Hahahahhahahha

tapi seboleh mungkin saya nak mengupdatekan juga 

Hari ini masih lagi di Kuching and menaiki flight 1155 untuk balik.....

Memang rindu betul untuk tidur di bilik sendiri... Rindu nak menonton cerita Korea.... and rindu nak lepak2 in my own room. Walaupun ia tidak cantik dan tidak mewah... But itulah tempat paling best yang aku rasakan....

Aku boleh berkurung seharian dalam bilikku....
Aku boleh membaca novel seharian di dalam bilikku... 
Aku boleh menyemak segala macam mak nenek kerja sekolah ku dibilik 
malahan aku boleh berinternet sesuka hati dari dalam bilik ku itu...
Aku boleh menangis seorang tanpa orang tau......
Aku boleh mengenang keindahan zaman sekolah....
Aku juga suka lepak dengan kawan2 ku dalam bilik....
Sebab.... aku tak suka mengganggu orang lain di rumah.. So bilik saya merupakan tempat terbaik untuk saya dan kawan2 lepak





Ohhh........ saya tak de gambar bilik yang saya suka  tapi gambar dinding masa baru dicat dulu adalah....  Inilah satu bahagian kkecil dinding bilik yang diwarnakan dengan warna hijau..... hahahahha

My room............ today i will back to you.......

Halwa telinga