Saturday, November 17, 2012

Gambar ajelah ya............

Jom... tengok gambar terakhir majlis  akad nikah my lovely cousin....

Sal Hazreen binti Bugam dan Zaki

Pengantin perempuan... Sal Hazreen... dia ada saudara kembar bernama Sal Hazeema....




Tak dapat gambar My Udak yang betul2 bersedia. 
Mak cik saya yang kami kenali dengan panggilan Udak Hah berbaju Pink...
sungguh awet muda .. dah pencen dan mempunyai dua orang cucu..

tapi ........

maintain aje cun


Pengantin Lelaki... namanya.... Zaki... kat depan ada Ahmad kot....

Pengantin yang comel

Pengantin with Usu Hock and Usu Jeie

cousins.........

Cousins......

With Sal Hazeerah



Akad Nikah Salhazreen

Semalam my cousin selamat dinikahkan di rumah keluarganya di Kampung Haji Baki Kuching...

Saya tak ambil banyak gambar....

Tapi ada le sesikit je.. nanti kalau ada and rajin

 Bersama Wazien... anak Sal Hafiza....
yang begitu mudah dicolek asalkan suka bawa berjalan
kalau tidak jangan harap....


Hantaran dari sebelah perempuan...
tema putih dan berbasikal @ berbeca
 Tengoklah apa yang ada dlm gambar2 berikutnya














Malas nak cerita banyak... tengok ajelah ya...
gambar-gambar yang ada...


Makan-makan-nakan & nakan


Hari ni kita upload gambar makanan  saja...

Malas nak cakap banyak...

Nasi Ayam Penyet.. Nusantara..
Pedasnya sambal dia... sampai saya tak tertelan


MeeHun Goreng

 Banana Cheese...
Pisang goreng diletakkan cheese parut and letak coklat
Bolehlah... but to sweet


 Berehat selepas penat berjalan





 Laksa sarawak







Friday, November 16, 2012

Leraikan kekusutan seketika...........

Tarikh terbang ke KL lagi  dua minggu.............

Nak jumpa kawan2.

Nak releasekan kekusutan minda

Sebelum kembali kusut....

Yelahkan... bila kita dah kusut kena leraikan... so saya leraikan selama 4 hari di KL.

Tak mampu nak neleraikan di obersea... huhuhuhu

Kat KL pun cukuplah.

Hope nanti dapat jumpa Husniati, Saadiah....  Cik Abang...

Apa Cik Abang?????? Ada ke??????

Berangan ajelah kan.... hahahahah

Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah... 1435H

1 Muharram detik permulaan...
Penghijrahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah..

nanananannananna..... (lupa lirik)

Semua orang sibuk dengan tahun baru Islam kan....
Kalau sebelum ni.. kita tak begitu kisah dengan  new year.. alhamdulillah sejak dua menjak ni kita mula alert dengan kehadiran tahun baru mengikut kalendar hijrah.

Biasanya kita busy New year... lepas orang kristian sambut Krismas... Sekarang dengan kecanggihan teknology dan media massa kita semakin peka dengan  Islam dan ajarannya.

Okey.. back to the topic....

Apa azam anda sempena kehadiran tahun baru ni?????

Azam saya pulak... tak ada sebenarnya... Sama seperti hari-hari sebelum ni... cuuma berharap tahun yang mendatang lebih baik dari tahun ni.

Nak mengharap yang lebih tak berani sebab tau keadaan diri dan kudrat yang ada...

Walau apa pun... thinking to further study next year.. but not sure yet.. tengoklah keadaannya nanti.

Kalau tak dapat further study pun sebolehnya nak meningkatkan kualiti kerja and memastikan tugas saya di sekolah berjalan dengan lebih baik dan lancar pada tahun mendatang....

Berazam untuk menyenangkan hati mak bapak... Insya Allah. Ini yang menjadi keutamaan saya sehingga saya kekal di sini.. walau hati meronta untuk keluar dari tempat ni,,

Percaya dan yakin berbakti pada ibu bapa.. Allah akan memberi ganjaran yang tak terjangka oleh kita. kan....

So.... tak banyak impian saya dalam hidup.... Sungguh tak bermotivasikan....

Huhuhuhu. Insya Allah berjuang selagi ada kudrat dan keizinan Yang Maha Kuasa...........








Kuching

Alhamdulillah safely arrived in Kuching  around 7.30pm

What a long journeykan..... huhuhuhu

Berangkat dari rumah jam 6.30 pagi sampai Sibu around 8.45 pagi...  Breakfast then...

Hantar my parents and sis ke airport....

Then bertolak from Sibu  to Sarikei.... Berhenti di Sarikei.. beli durian and  dabai..

and buah-buah yang amat sukakan batuk... huhuhuhu

Then berangkat ke Seratok ... singgah rumah my sis there...

Makan durian and have lunch.. then bagi short@express tuition pada anak sedara di sana...

Hampir jam 4pm baru bertolak ke Kuching....

And around  1000 pm baru sampai rumah.////huhuhuhu

Walau apa pun... I memang tak suka long journey.......  :(




Wednesday, November 14, 2012

Kemaskini Ruang Pejabat



Hari ni... seperti biasa bekerja.. dan hari ketiga saya mengadakan kelas ringkas for my spm candidate
Sebab next monday (19.11.12) they will seat for Pend. Islam. So.. Dah tiga hari saya membuat kelas. Walaupun kehadiran sikit.. tapi cukup menyenangkan hati saya... sebab ketiga-tiga hari ini jumlah stdent saya yang hadir adalah 38 orang.

Alhamdulillah taklah rasa penat setakat mengajar dua tiga orang saja kan.

Then pagi tadi semasa saya sibuk with my students... My AKS sibuk menyusun semula ruangan pejabat agar lebih luas dan selesa. Menjelang petang.. saya pula yang rasa terpengaruh sama...

Dengan muka kesian memohon mereka menderma,... rak untuk meletak fail utk saya menyimpan fail2  dalam bilik saya... hahahahaha... lastly.. bilik saya penuh dgn sampah... tapi terus dengan  semangat saya mengemas file-file tersebut dan alhamdulillah... selesai.

Walaupun bilik sekadar satu petak kecil.. tapi bolehlah saya berpuashati dengan kedudukan filenya. Next monday.. I am thinking of change the table. kehkehkeh.....

Sesekali saya buat ubahsuai... nak buktikan that meja PK HEM not as bad ad before. Mesti sentiasa kemas dan tersusun... and azam 1435H pun saya nak naik taraf kualiti kkerja saya especially dari aspek kekemasan dan penyimpanan dokumen. Hehehehehe... Semoga berjaya untuk saya.

Nanti-nanti saya ambil gambar bilik saya  and tepekkan di sini. Bukan nak menunjuk.. sekadar untukk kenangan dan bukti daya pujukan saya masih A... bila berjaya  memujuk satu rak file dipindahkan ke bilik saya...

Cayalah kan.........

 Esok .. saya alkan ke Kuching, drive my persona. For What????? Attend my cousin wedding....

Semoga selamat dalam perjalanan... amin

Tuesday, November 13, 2012

Pelik tak???

Dah  hampir 3 bulan saya batuk berterusan....

Actually dah check dr.. and Dr kata tak ade apa-apa masalah

But selepas apa yang berlaku di sekolah last september...

saya mula  mengamalkan mathurat selepas solat asar dan maghrib

Alhamdulillah... saya lebih baik...

Bila saya stop.. saya mula batuk dengan teruk...

sampai muntah

ada masa nya.. batuk saya bercampur darah..

dan dah dua kali apabila terasa ada benda tajam terlekat di tekak dan saya berjaya muntahkan

keluar... ada benda tajam yang sangat halus.. tak bewarna...

Saya berdoa' moga dijauhkan dari khianat manusia...

and minggu ni... saya abaikan semula amalan bacaan mathurat...

Batuk saya kembali teruk and last night sampai saya muntah.. and tak boleh nak tidur

saya makan ubat masih tak jalan juga..

Then.... saya pasangkan surah Al-Baqarah ....

Alhamdulillah,,, sedikit demi sedikit batuk saya okey

dan saya boleh tidur dengan lena sampai jam 4pg...

seperti biasa..

 Pelik...kan...  Saya dah boring berjumpa Dr...

So.... saya berusaha  dengan ayat-ayat al-Quran.. kerana ayat al-quran itu adalah penawar...


And itu kekuatan saya.... saya tak de sapa2 tempat mengadu...

tak nak mengadu pada my parent.. tak nak menyusahkan hati...

Alhamdulillah.. Allah bersama saya.... itulah penggantungan saya

Itulah tampat mengadu saya....

Semoga Allah memberi hidayah kepada orang yang ada rasa  tak baik pada saya..

Kalau tak ade orang dengki... saya mohon Allah jauhkan diri saya dari gangguan

jin dan syaitan yang direjam....

Moga ketabahan dan kekuatan hati dan semangat akan terus berkekalan....




Happy Holiday



Assalamualaikum.. lama jugak saya tak jenguk muka kat sini...

Tak le busy sangat... cuma masa tak mengizinkan saya untuk bertandang dan melepak kat sini...

Seperti biasa hari-hari terakhir persekolahan.. rasa macam tak cukup tangan nak menyediakan semua tugasan.

Nasiblahkan..... dah terima jawatan secara paksa dan akhirnya merelakan diri  sebab orang putih kata

It's hard to say no...

So buatlah kerja-kerja  yang sepatutnya..

Tambah lagi serabut bila kena berkursus di hari terakhir persekolahan dan hari pertama school holiday.

Maunya tak kalut....

And cuti sekolah???? bercuti????

Tak de maknanya....

List kerja yang perlu disediakan


  • Bertugas di sekolah
  • Borang-borang persediaan utk hari pendaftaran
  • Senarai semak
  • Jadual waktu
  • Merangka penambahbaikan SMMP yang tidak berjalan seperti yang sepatutnya 2012
  • Mengemaskini rekod salah laku disiplin murid
  • Pengagihan wang KWAMP
  • Takwim HEM 2013
  • Mesyuarat di Kuching dan di antara dua mesyuarat tu membawa tugasan yang menyeksakan 
  • Keputusan PMR 2012
  • APDM Tingkatan 1 2013
  • Menyediakan perancangan Pengajaran 2013 Ting 3 dan Ting 5...
  • and tugas-tugas sedia ada...

Mau tak pengsan beta..... huhuhuhu....

But saya sedang mencari masa yang sesuai untuk bercuti......

Wish me luck.....


Halwa telinga