Friday, June 11, 2010

Kembali Ke Sekolah

Kembali ke sekolah ....  huhu.. Setelah berjuang untuk PTK konon-kononnya... saya mula ke sekolah untuk menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu. Walau apa  pun mood tengah tak de. Cuma membuat  beberapa perbincangan denga pengetua untuk beberapa perkara. Agak-agaknya pengetua mesti terfikir.. pasallah cikgu ni tak jumpa sekali gus dan bincang satu persatu setiap perkara yang perlu diselesaikan. hahahaha
Sebenarnya tak de apa yang nak diceritakan dalam bingkisan ni. Semalam saya menduduki PTK dengan harapan saya mendapat IV. Saya dah mencuba  dan sekarang saya berdoa' mudah-mudahan Allah murahkan rezeki saya... dan saya berjaya melepasinya. Sebab nilah paper terakhir saya untuk DG44. Lepas atau tidak tak de peluang untuk mengulang kembali kecuali tahun depan dibuat perubahan lagi dalam PTK ni. Bagaimana saya menjawab???? Entahlah... sebab saya dah rasa pening dan nak muntah bila tengok soalan. Saya habiskan tugasan saya iaitu menjawab soalan ini dalam masa 35 minit. Entahlah berserah kepada  yang Maha Esa menetukan rezeki saya seterusnya. Bukan apa... sejak minggu lepas saya sakit kepala.. Hari Isnin malam agak teruk sehingga saya tak boleh nak mengulangkaji. 
Hari selasa... saya membawa my father to hospital. Buat check berkala. Hari Rabu saya  menghabis masa untuk study.. walaupun kepala pun dah pening dan saya akhirnya tidur awal... sebab tak mampu nak menahan sakit kepala.
Hari khamis.... saya sakit perut senggugut....Aduhhhhhhhhhh.... So.. duduklah saya PTK dalam keadaan yang tak berapa nak sihat... buat i tried my best.
So..hari ni.. setelah beberapa maklumat yang saya perlukan ada ditangan... saya akan balik rumah dan bersedia untuk melaksanakan tugasan sekolah secepat mungkin. Insya Allah sebelum Isnin semuanya akan selesai dibuat. harap segalanya dipermudahkan Allah ...amin Ya Rabbal A''lamin

Monday, June 7, 2010

Cuba untuk ...

Boat yang rosak enjinnya.... berlabuh di kampung jiran..(Lupa nama Kampung)
Boat yang datang saya rasalebih selamat... tapi lupa nak ambil gambar

Boat yang ada di Wharf di Belawai

Jambatan yang baru siap..menghubungkan belawai dengan daerah Daro. So pergantungan kepada boat xpress berkurangan dan feri juga hanya dua tempat saja dari Daro. Tapi kalau dari Oya semuanya menjadi tiga sahaja. Feri di Daro itulah yang memakan banyak masa. Hampir Tiga jam di feri sahaja,.....

Pemandangan di wharf Belawai

Pemandu boat mencari bantuan bila mana boat rosak dalam perjalanan... yang bestnya maklumat yang diperolehi mengatakan kami karam... nasib baik tak karam



Dua anak dara satu isteri orang dalam feri di Kampung Nangar Daro


Selepas hampir lima hari saya tidak menjenguk ke sekolah.... Hari ni.. saya luangkan masa di sekolah...kononnya nak belajar di sekolah. Tanpa gangguan dan keadaan yang sunyi cukup menyenangkan hati. Fokus mula hilang menjelang jam 12 tengahari. Saya mula melayari internet... dan mencuba belajar membuat sesuatu yang baru untuk blog buruk saya ni. Masih tak cantik macam blog orang lain.
Teringat kembali perjalanan saya di hari khamis dan jumaat yang lepas. memang seronok. Sebabnya... ia mengingatkan aku zaman kecil dulu. Suasana kampung di Kampung Serdeng... tak jauh beza dari suasana kampung saya semasa kecil dulu. Sungai sebagai pengangkutan utama. Tempat mandi... dan dulu tempat saya... ia adalah tempat permainan saya
Menaiki boat...kalau dulu... saya boleh berlari dalam boat... rupanya usia boleh mengubah situasi itu. saya agak takut-taku... dalam boat (pada awalnya saja) mungkin sebab dah terlalu lama tidak menaiki boat seperti itu. Di tambah lago dengan enjin biat rosak. di tengah-tengah sungai yang besar... Nasib baik pergi bersama member... kalau tak mau saya menangis sekuat-kuatnya dalam boat itu. ehehhehe.
sampai di Mupong... saya lupa nak ambil gambar.... Sebab saya jarang bergambar sebenarnya... tapi gambar di atas tu adalah sedikit buah tangan yang saya dapat ari sana. Thanks kepada keluarga kawan saya yang begitu baik dan layanan yang akan diingati selmanya.
Sampai di tempat kawan yang tiada talian talifon yang selalu menjadi sumber untuk membuang segala kesunyian... ohhh... tidak... Agaknya kalau saya hidup di kawasan tersebut macam mana agaknya nya. Tapi orang kata... alah bisa tegal biasa. Kadang suasana seperti itu menjadikan kita insan yang kuat dan insan yang mempunyai pelbagai jalan penyelesaian atas setiap masalah. Menjadi kita orang yang berdikari dan yang penting menjadi kita orang yang kuat dan apa jua keadaan yang muncul di masa depan akan dapat kita lalui dengan baik. Baik dari perjalanan itu, saya merasakan betapa bertuahnya saya kerana tempat saya lebih mudah dihubungi dengan talian telefon maupun pengangkutan jalan raya. Serta kemudahan lain yang lebih baik dari tempat yang dilawati. Yang lebih penting tidak menyebabkan saya kebingungan kerana terkurung dalam tempat yang sama..... heheheh Alhamdulillah. Ku syukuri rahmat Mu ya Rabbi...........

Halwa telinga