Tuesday, September 11, 2012

Apa Salah Cikgu??????



Saya agak pelik, bila saja Government umum penambahbaikan dalam profession perguruan,  mulalah nak kutuk dan caci dan hina guru.
Guru tak profesional...
Guru tak ikhlas,
Guru makan gaji buta,
Guru suka bawa masalah luar masuk dalam kelas, and students jadi mangsa...
Dan macam-macam masalah dilakukan oleh guru. serta
macam-macam keburukan yang guru lakukan.
Seolah guru hanya tahu membazirkan wang negara dan tidak membayar cukai.
Seolah guru tidak penting terhadap pembangunan dan kemajuan negara.
Agak-agaknya, siapalah yang mengajar mereka sehingga menjadi orang yang begitu bijak
mencari salah dan silap orang lain....?

Teruk sangat ke guru-guru sekarang??????
Sian cikgu.... amat kesian sebenarnya.  Orang mengata seolah buta hati untuk melihat
Apa yang cikgu lakukan di sekolah.
Orang hanya melihat waktu persekolahan hanya separuh hari saja
Orang tak tahu beban tugas guru selain member didikan dalam kelas.
Orang tak tahu berapa banyak latihan yang perlu diberikan dan disemak
Orang tak tau peritnya menyediakan kertas soalan setiap kali peperiksaan dijalankan
Orang tak tau perasaan guru melihat pencapaian yang langsung tak boleh diterima akal
Orang tak tahu apa berlaku di sekolah... guru bukan hanya tahu mengajar sahaja...
Di sekolah guru jadi ibu / bapa, tempat mengadu
Guru jadi driver, tak pernah claim pun duit minyak hantar budak ke klinik and then ke rumah
(kena pulak rumah yang jauh yang tiada pengangkutan awam) sama da ketika pelajar sakit atau masalh keluarga
Orang tak tahu, berapa banyak duit yang dilaburkan untuk menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran murid.
Belum lagi ketika guru jadi jabatan kebajikan masyarakat, apabila ada budak yang miskin tiada duit... guru menghulur bantuan,
Orang tak tahu, berapa banyak masa digunakan oleh guru untuk online jam 1 @ 2 pagi semata-mata nak memenuhi kehendak dan keperluan  semasa
Kerana internet di sekolah yang selalu semput bila perlu mengisi data secara online....
Orang tak tau berapa banyak data online perlu diselesaikan oleh guru APD, SSDM, EMIS, SSPS, SPBS(yang tak tau sekejap hidup sekejap tidak)
Belum lagi  kaji selidik yang wajib dijawab oleh guru... Tak termasuk bahan2 lain berkaitan mata pelajaran yang perlu dibuat secara online juga,
Itu yang saya tahu dan berurusan terus.. tak termasuk yang saya tak tau.
Orang tak tahu betapa beratnya tugas guru membawa murid untuk aktiviti luar. Orang kata banyak claim.. tapi sebenarnya perbelanjaan lebih banyak
Dari claim yang diperolehi. Nak jaga keselamatan murid lagi, kebajikan murid lagi.
Orang tak tahu juga.. apa jawapan ibu bapa bila anak tak nak turun sekolah....
Orang tak tahu.. apa kata ibu bapa bila anak lari dari rumah ikut lelaki (biasa murid perempuan)
Orang tak tahu lagi .. bila ibu bapa kata  semua salah cikgu bila anak tidak berdisiplin....
Orang tak tahu lagi... bagaimana bila berhadapan dengan ibu bapa yang berlagak samseng dan menyerang sekolah
Orang tak tahu ... bagaimana perasaan bila berhadapan dengan kes-kes yang menjadi isu nasional.
Orang tak tahu.. guru sering berjaga menyiapkan tugasan dan persediaan sehingga jam 4pg.
Orang tak tahu juga... bagaimana guru terpaksa berhadapan dengan  murid yang terkena hysteria atau rasukan ketia di sekolah.
Orang tak tau... apa rasanya.. berhadapan dengan anak2 orang hebat yang sentiasa  mencari peluang utk menyalahkan guru
dan..... yang sering mengatakan.. perkara ini akan dibawa ke pihak atasan...
perkara ini akan menjadi isu nasional
pyang lebih teruk lagi... see u in court...

Dannnnnnnnnnnn.... banyak lagi yang orang tak tahu dengan tugas kami sebagai guru...
Dari seorang guru akademik biasa hinggalah kepada orang yang berkaitan dengan pengurusan sekolah.
Tapi... biarlah mereka tak tahu... yang penting, kami tahu tanggungjawab kami, 
amanah yang kami pikul dan harapan yang kami galas.
Biarlah... yang penting.....  Allah tahu apa yang kami lakukan.....
Biarlah kan.......  )-



Kematian.........

"Setiap yang bernyawa itu pasti akan menemui mati............."
Seram aje rasanya bila bercakap tentang kematian...
Tapi memang tak boleh nak elakkan.. sebab itu janji Allah pada kita.

Bila memikirkan kematian...
"Ya Allah.. betapa kurangnya amal hambaMu ini sebagai bekalan...."
Takut... seram sejuk... dan macam-macam perasaan.

Terfikir bagaimana ketika kita mengadap Allah...
Bagaimana keadaan kita kan....
Masa kita nak meninggalkan dunia ini...
Masa kita dihantar ke tanah perkuburan
Masa kita dah dikebumuikan....
Setelah lama kita kebumikan....

Terasa betapa jauhnya diri ini dari keredhaan Illahi,
Sering leka dek kesibukan dunia hingga melaksana ibadat pun sekadar cuma,
Asal tidak berdosa kerana tidak melaksananya.... Sukar  sungguh rasanya
untuk menambah dengan amalan-amalan sampingan sebagai bekalan.
Mengharap redha Illahi, tapi tak berusaha untuk meraihnya,
Macam sia-sia sahaja harapan yang disimpan.

Ya... Allah,,,, moga diberi kekuatan kepada saya untuk bangkit kembali,
Tidak terus leka.... diulit mimpi dunia....
Seram dan ketakutan menguasai diri..
Bila terbayang saat Allah menjemput diri ini...
Kalau menjemput dengan rahmah dan rahimNya... ... Alhamdulillah..
Tapi.. Kalau dengan kemurkaanNya....
nauzubillahi min zalik....


p/s    perasaan menguasai diri apabila menziarahi  jenazah jiran sebelah rumah.
         bayangkan saya tak ada anak... jauh lagi cucu siapa nak sedekahkan bacaan Yassin untuk saya.
         Saya bersedekah bacaan Yassin... pada  sebelah petang and ketika menziarahi selepas solat Isya.
         Kembali ke rumah.... and hari ni saya mengiringi Jenazah hingga ke Tanah Perkuburan.
         Masa ini terasa amat kerdil diri ini..... 



Monday, September 10, 2012

Doa Pelembut Hati







Gambar Raya.. 2012... me and me....

Dari Kamera Abang ku yang Sulung.... banyak rupanya muka hodohku di sini...































Weekend,, 09.09.12

Selepas sakit jiwa dan pelbagai rasa dek budak2 asrama last friday... Ingatkan weekend ni akan terisi dengan perkara yang menyenangkan hati......

My weekend... nothing special actually.... Tak denya rumah terbuka bagai.... tak de merendek ke Shopping complexs... (sebab tak de pun kat sini kan... huhuhu)
So.. what am I doing???? Nothing.... Cuma duduk kat rumah... dalam bilik sebenarnya. Melayan rasa tidak sihat. Ntah kenapa... bila weekend aje... mulalah badan rasa  macam tak berapa nak baik. Nak kata demam tak juga demam... tapi sakit kepala... berpanjangan since Saturday morning. Tahan ajelah. Bawak tidur... bawak mandi.... ingatkan bolehlah lega... Nan ado. Bila bangun keadaan masih macam tu jugak.  Malam baru makan ubat.... but perasaan pada hari sabtu memang terganggu sikit le.... macam-macam bermain dalam hati...  nak buat macam mana kan.... memang perasaan itu tak boleh nak dibuang... phobia kot... But sentiasa mengingatkan diri... apa jua keadaan usah diturut rasa hati dan emosi. Tapi tetap tak boleh nak buat kerja sekolah seperti yang sepatutnya. So, told my mum .. esok kena gi sekolah jugak.. sebab nak siapkan kerja yang tersadai banyak.
Kerja sendiri pun sebenarnya... and jadual for form 3 lepas trial ni kena dibuat juga.  Actually dah siap  lama dah........... tapi soft copy dan hard copy yang  dah siap sebelum ini... langsung tak ditemui... so nak buat cam mana kan.. Kenalah saya buat semula.... huhuhuhu. And tambah for group near miss galus and  nearmiss cemerlang yang perlu dibuat juagk. Tak sampai hati nak serahkan pada orang lain. Next year I tak perlu sibuk dengan semua benda-benda ni.  Kalau boleh lah.... tapi kadang tak sampai hati pulak.

So hari ni ahad bersamaan dengan 9.10.12..., saya gigih mengadap laptop sebaik saja selesai solat subuh.... and mandinya Cuma jam 10pagi. Nasib baik my mak.. tak bising pun.  Tak delah terus menerus mengadap kerja ya.. sesekali gi berjalan-jalan raya kat rumah orang lain gak.  Tapi dek kerana internet super lembab.... tak banyak rumah yang dapat dijenguk...... sabar ajelah kan... Dah nasib duk kat area luar Bandar inilah keadaannya. Tetap bersyukur at least dapat jugak line internet kan.. daripada ada tempat yang langsung x dapat... internet maupun line telefon....
 Macam mana nak habiskan kerja kalau macam ni kan.... huhuhuhu. Malas betul dan mood hilang dibuatnya...  dahlah digi buat saya sakit hati... saya tertekan apa ntah,.. boleh pulak saya subribe line internet RM3 sehari. So.. credit memang habis macam tu aje.... Kata kalau nak unsubcribe  boleh gi ke *116#..... Tak de pun key untuk unsubscribe....  Huwaaaaaaaaaaa.... kalau x leh gak... alamatnya saya tukar nomborlah jawab nya. Tak nak beralih ke Celcom sangat sebab... line celcom lagilah menyakitkan hati saya. Tapi my paren guna celcom okey aje. Tapi kat sini celcom selalu tak de line....  blackout tak de line... Dahlah kat Oya memanjang je black out.... oppppppppsssssssss... Keluar tajuk pulakkan.... but hope ada solution untuk ini yang tidak memerlukan saya menukar nombor.. sebab kebanyak urusan kerajaan guna nombor ni...huhuhu.

Okey... think i need a break... Rasa nak terkeluar semua dari dalam perut ni. Dek kerana kepala yang pusing-pusing.. tak dapat memenuhi permintaan my mak untuk melawat jiran sebelah rumah yang  admitted di hospital Dalat. SO.. perturunkan kuasa kepada my lil sis.... itulah untungnya kalau ramai driver kat rumah.. okey... till then............

Takziah buat Sahabat saya Kertina Naim  atas pemergian ibu mertuanya  semalam sunday.. 09.09.2012





Halwa telinga