Tuesday, August 25, 2009

PTK DG44 TK3

Last night tidur tak berapa nak lena sebab tau hari ni aku akan menduduki PTK DG44. Tak tau sebenarnya yang aku belajar. Satu buku rujukan aku tertinggal kat mana tah. Sedangkan aku berangan nak bawa buku tu dalam exam. Boleh bawa buku.. utk paper umum.
So aku masuk ke bilik peperiksaan dengan tak berapa nak confident sangat sebab batuk dan demam masih bersisa.
Paper khusus... tak delah aku merana sangat.. tapi paper umum .... Allah mak... susahnya. Nak cari dalam buku aku tak bawa pulak. Aku tawakal ajelah jawab apa-apa yang aku mampu. .. hahahahaha
Manalah aku tau tentang pinjaman perumahan. Tentang PIPP yang langsung aku tak sentuh sejak dua menjak ni. Aku hanya berserah pada Allah... mudah-mudahan di permudahkan untukku.... melepasi tahap 3 Sebagai memenuhi syarat untuk ku sit next year. Insya Allah next year aku akan belajar betul2. InsyaALlah.
Esok dan lusa aku akan bertugas mengawas exam... huhuhuhu.. ikutkan hati memang aku tak nak pun .. payahnya bukan main lagi nak bercuti.... Tak pelah... harap2 next year nama ku dah tak de dah tersenarai dalam senarai pengawas ptk.

Monday, August 24, 2009

Third Of Ramadhan

Hari ni dah hari ketiga Ramadhan. Dan dah tiga malam sebaik saja aku selesai solat tarawikh aku terus tertidur kerana penangan ubat batuk. Mataku langsung tak boleh nak dibuka. Untuk membuat kerja-kerjaku yang sedang amat banyak.
Sendirian di rumah di bulan Ramadhan hampir setiap tahun aku rasai. My parent ke Kuching melawat adik beradik ku yang lain. So tinggallah aku di sini menyiapkan tugasan yang mesti disiapkan Alhamdulillah Semakan aku dah siap sepenuhnya semalam .
Hari ni aku akan ke sekolah dan sebelah petangnya aku akan ke Dalat menghadiri taklimat yang tak boleh tidak mesti aku hadiri. Tahun ni .. tahun ke tiga aku bertugas mengawas PTK dan esok merupakan kali pertama aku sit PTK for DG44 mudah-mudahan Allah permudahkan bagiku... untuk lulus dalam exam ni. seperti mana semasa aku di DG41 dulu. Amin.

Halwa telinga