Saturday, May 30, 2009

Cuti...betul=betul

Hari ni... aku betul-betul bercuti.. tak buat apa-apa pun kat rumah. Aku cuba selesaikan beberapa tugasan yang aku bawa balik sempena cuti sekolah... tapi otak macam tepu aje. Lastly aku baca buku cerita sampai ke petang aku ngadap buku tu.
Lastly... bila my cousin datang baru aku bangun and keluar dari bilik.... huhuhuhu.... aku dah mula bosan dengan cuti ni.lagi dua minggu nak habis.. nasib baik hari rabu aku dah mula kerja balik. kalau tak entah apa nak jadi dengan masa cuti aku. Nak berjalan mengenang lepas cuti aku ada tiga kursus yang perlu dihadiri dua daripadanya di luar kawasan aku bertugas... so kenalah berjimat,... argh...... sedihnya

Friday, May 29, 2009

Betul ke... Aku Ketua Warden?

Masih tak percaya rasanya. Aku jadi Ketua Warden Sek men yang mempunyai lebih 650 prang penghuni dari Tingkatan Satu hingga Enam. Walau dah pelbagai alasan.... My Boss said.. jangan fikir panjang..... Just do it. So Aku sambut sebagai cabaran. Biar mereka rasa bagaimana tamparan wanita sebagai Ketua Warden. Buka Sekolah dah nak pergi kursus dah... Literasi Undang2 untuk Ketua Warden, PK HEm dan GBK .. sah dan confirm aku sorang wanita nanti dalam rombongan SMK Oya.
Opp...ss hari ni hari terakhir sekolah untuk penggal pertama. Semua mengucapkan selamat bercuti.... Pesan pada anak-anak di asrama especially yang sambut gawai... jaga diri dan kembali ke sekolah sebagaimana mereka balik hari ni.
Pengetua dah senaraikan beberapa tugas untuk Ketua warden selesaikan secepat mungkin.
Sebagai Ketua bidang pulak... saya kena buat kertas kerja. Surat untuk YB dah siap dah
.
Kertas kerja tak siap lagi tak pe... perjuangan mesti diteruskan.
Dalam sedih-sedih banyak kerja.... bertambah sedih sebab gaji kena potong every month utk bayar balik elaun perumahan sebanyak 400 sebulan. Walaupun nanti akan dapat balik RM440 sebulan for 5 months and 480 for 7 months. huhuhuhu.....Terpaksa kurangkan belanja sikit tahun ni.... sedihnya...

Tuesday, May 26, 2009

Datangkah KPPM esok?

Petang tadi.... balik kampung sebab dengar khabar my auntie nak balik kampung suaminya kerana bapa mentua meninggal dunia. So... nak dijadikan cerita my auntie cerita pasal kehadiran KPPM keesokan harinya. Tanya pada my auntie... maklumat selanjutnya..pengarah dah ada di Mukah malam ni and KPPM datang esok pagi..... argh..................tension.
Call pengetua untuk dapat pengesahan, pengetua kata tak de maklumat.... argh.......(jerit kali ke-2) tension berganda... Tapi tabik spring pada my boss... walau apa pun dia begitu cool sekali.
So, malam ni.. saya tak jadi tidur di kampung... balik semula ke sekolah dan arahkan warden yang bertugas buat apa yang patut. Alhamdulillah.... ni rupanya hikmah di sebalik ketiadaan air. Kalau ada apa2 kekurangan boleh le jadi alasan kalau kena tanya dek KPPM dan juga pengarah.
Tapi tertanya-tanya di minda kenapa tidak dimaklumkan kepada my boss sedangkan pengetua Sekolah yang berdekatan maklum.... tak adil betul... Atau sengaja untuk menjatuhkan sekolah ku ini...
Tak apa... Allah lebih tau

Monday, May 25, 2009

Aduh..... Cuti yang tak cuti

Awal-awal ... my boss bagi tau... masa cuti ni... barisan penolong kanan dan ketua bidang akan melihat apa yang perlu untuk mengatasi masalah2 yang timbul di sekolah. ARGHHHH.... Confrim.. cuti yang tak cuti.
Tapi itu le pengorbanan sebab gaji yang diterima adalah untuk sebulan ... so kenalah ikut arahan. wlaupun ada yang kata bodek boss. Biar pi lah dengan dia orang.
hari ni... kawan saya kata kalau orang nak complain jugak... suruh dia orang merasa sekurang2nya seminggu melakukan tugasan yang sedang dilaksanakan olehPK dan KB.... tengok tahan ke tidak...
Tapi lastly... my boss kata... biarlah.... yang penting buat kerja mengikut apa yang sepatutnya.
Bila saya and my friend merungut.. tengok orang lain rilex... my boss kata... JANGAN JEALOUSE.... hahahahahahaha..

Air.. Ohhh air


Dah hampir dua minggu bekalan air ada gangguan.... tensionnya hidup.
Dah le.. kena bertugas warden hari ni... so... terpaksa le.... berulang dari kampung. Nasib baik kampung dekat je... dengan sekolah lagi payah.
Semasa free period sempat lagi balik quarters and secara kebetulan ada orang hantar air.. kira satu kebetulan lah tu... alhamdulillah. tapi balik rumah kat kampung kena balik juga...
Terkenang masa musim banjir hari tu... air berlimpah ruah di kampung... sekarang ni pulak... dugaan Allah bentukyang bertentangan pulak... Yang penting kena sabar.
Tengok murid punya luahan perasaan nak tergelak ada jugak... betapa lemahnya daya tahan mereka... tak ade air pun jadi alasan untuk mengantuk dalam kelas..... huhuhuhu.... apalah agaknya nasib generasi masa depan ni. Dugaan yang sedikit cuma sudah melemahkan semangat untuk terus berjuang.... Survival Skill langsung tak de.... Kalau le mereka mengalami zaman persekolahan saya yang sepanjang tahun dengan krisis air... bagaimana agaknya ya.......

Tensionnya

Jumaat lepas (22 mei 2009) salam mesyuarat pengurusan.... berjalan seperti biasa melainkan apabila tiba bab perlantikan ketua warden baru kerana yang lama ditransferkan. Huhuhuhu... sedihnya... nama saya dicalonkan. As soon as nama saya keluar... saya terus sms my ex teacher yang kebetulan mengajar di sekolah yang sama..... tapi tak berjaya. Alasan-alasan yang diberi :
  1. Kehadiran sebagai warden di asrama dirasai oleh penghuni asrama walaupun baru tiga bulan jadi waden
  2. Kredibiliti untuk memimpin jelas dan dapat dilihat berbanding warden yang telah lama bertugas
  3. Sejak jadi warden... beberapa kes yang berat telah diselesaikan termasuklah.. kes pelajar makan pil khayal.
Then.. my boss seri peluang saya nak bercakap tapi awal-awal lagi bagitau jangan beri alasan banyak tugasan. waaaa... lastly keluar allasan bodoh dari saya
  1. Saya takut nak meronda di asrama lelaki... sebab ramai murid tingkatan enam.. kalau mereka serang saya.. macam mana saya nak lari
  2. Kalau terpaksa juga... saya hanya sanggup untuk enam bulan aje
Habis meeting.. saya bagitau kat kawan saya... kalau gi kursus ketua warden.... mesti saya sorang je perempuan agaknya kan.

Lepas tu ngadu kat kawan... kawan kata.. transformasi...... bengangnya

Halwa telinga