Friday, October 15, 2010

PMR 2010

Update yang tertunggak..... walaupun dah beberapa hari di karang tapi terperap aje..... busy kah saya?????

Wah...dah hampir empat hari  blog ini tidak dijenguk dan diupdatekan. Tapi tak kisah... sebab ia hanya catatan kecil seorang insan kerdil dan tiada apa yang menarik untuk tatapan (walaupun yang menatapnya dua tiga orang aje. Selepas melalui minggu yang sibuk minggu lepas... kesibukan berterusan minggu ni dengan memastikan anak-anak didik berada dalam keadaan yang cukup bersedia untuk menduduki peperiksaan. Jagaan yang secukupnya ke atas barangan peribadi murid2 ini.
Terkadang terfikir juga.. budak-budak ni tau tidak kenapa cik nak menyusahkan diri cam ni. di sekolah lain kami memang  kumpulkan murid  sebelumpeperiksaan bermula. Guru mata pelajaran memberi ingatan terakhir... dan berdasarkan 5 tahun saya bersama pelajar sebekum pelajar menduduki peperiksaan... tips-tips akhir amat perlu bila more then 50% benda yang disebut disoal dalam peperiksaan yang bebudak tu duduki. Walaupun orang kata dah terlambat.. tapi sekurang-kurangnya.. ada bekalan dalam minda budak2 yang langsung tak mengulangkaji kat rumah..yang mengharapkan guru mengawqsi kalau boleh 48 jam sebelum peperiksaan bermula. Tapi.. bagi kelas-kelas corot tu... dalam masa lima minit semuanya dah hilang dari kepala. 
Bila ngajar kelas corot ni..biasanya saya akan mengulangi benda yang sama sepanjang tahun. soalan latih tubi yang sama.... sehinggakan belasan kali saya buat soalan yang almost the same... pun dia orang tetap tak perasan... tapi itulah keindahan dan dugaan menghadapi pelajar yang teramat lemah. kadang tersenyum sendiri membaca jawapan mereka. Tapi bila dah penghujung tahun kita dapat melihat perubahan dari markah yang hanya 5% sahaja dalam peperiksaan yang pertama boleh meningkat pada 30% malahan ada yang sampai 40%. masa tu..doa dipanjangkan moga perkembangan yang positif berterusan sehingga ke peperiksaan awam yang sebenar yang bakal diduduki pada penghujung tahun. 
Hanya mereka yang bergelar guru sahaja yang mengerti perasaan puas hati dengan pencapaian seperti itu.... walaupun tak le sehebat mana pencapaian mereka. 
Hari ini aku duduk-duduk aje dalam bilik aku... berusaha menyiapkan segala kerja yang tertunggak sejak 4 hari yang lepas. Tak boleh nak buat esok hari sebab esok kena bertugas.
Tapi dalam sibuk nak siapkan kerja,... saya nak juga berblog dan mengupdatekan apa yang ada... dan saya teringin juga nak masukkan gambar-gambar... hehehhe

Halwa telinga