Saturday, July 3, 2010

Senyum......... petikan dari reader digest (July 2010)
  1. Last night i dreamt ate a ten-pound marshmallow and when i woke up the pillow was gone..
  2.  My favourite animal is steak
  3. Life expectancy would grow by lleaps.. and bund if gream vegetablles smell as goo as bacon (???? ye ke?)
  4. Red meat is not bad for you. Now, blue-green meat that's bad for you

Mood tengah tak de nak buat cam na  ya? Nak type something that copy from books pun malas.
Entah lah.. memang teramat malas dari semua aspek ni...... macam mana nak buat. Tmorrow is a nother bore day that i have to face.......... pleaaase..............................

Friday, July 2, 2010

Syukur Alhamdulillah

Semalam cukup menyebabkan saya susah hati selepas menghantar sap ke PPD Dalat. Apa taknya benda yang dah berlalu 3 buan yang lepas saya tak dapat kesan di mana failnya dalam my lappy. Apa yang saya jumpa hanya bahan yang telah disiapkan oleh guru-guru mata pelajaran yang belum digabungkan lagi. Aduhhhhhhhh.... apa perlu saya buat ni. Memang tak leh nak suruh cikgu buat baru sebab benda tu dah terlalu lama..Lagi pun cikgu-cikgu semua sudah siapkan lama dulu. Cuma saya tak hantar sebab tak tau nak hantar ke mana. Saya cukup susah hati. Last night saya tak nak bebankan kepala .. so saya langsung tak onkan my lappy.
Pagi tadi.. tetiba je saya tak tau... saya bawa lappy besar yang diberikan oleh sekolah zaman dahulu kala (dah 3 tahun lappy ni menemani saya .. selepas lappy saya sendiri pecah screen, si my boss masa tu.. giive me new lappy) Sampai sekolah saya onkan lappy yang besar ni dulu... and memerhatikan fail2 yang ada pada desktop.... jeng...jeng...jeng.. tetiba mata saya terlihat.. Tapak analisis item ujian pra 1 2010.... Ya Allah... terasa dunia saya tetiba je berbunga ria dan rasa nak melompat aje. Bersyukur sangat-sangat. Perasaan ketika itu macam terjumpa kekasih lama je (mesti ada yang tergelak ni... Genevie tutup mulut). Masalah yang kedua pula line internet bermasalah... cuba banyak kali untuk send ke PPD Dalat. Nasib baik ada Celcom Broadband yang kadang kala amat  berguna di masa -masa kecemasa masa ni. Tapi ada kalanya amat menyakitkan hati. Hari ni alhamdulillah... broadband menyelamatkan saya. Selesai urusan email dan dpt pengesahan penerimaan dari PPD Dalat. Alhamdulillah.
Pengajarannya... selepas ni saya akan buat folder ikut type document.. taklah memeningkan kepala macam ni. Banyak kali juga saya tercari-cari tempat saya simpan document-document penting... bila dah saat betul-betul genting and saya dah putus asa mencari.. saya akan terjumpa. Yang penting sebenarnya ialah be cool and berdoa' supaya Allah sentiasa permudahkan kerja-kerja kita. tapi selalunya saya jarang cool...... huhuhu

Kerja....

Jam 740 pagi saya mula menghidupkan enjin kereta menuju ke Dalat. Misi utama adalah menghantar SAP for F1 and F2.  Date line adalah semalam tapi..  kerana pegawai yang berkenaan tidak ada di pejabat so terpaksalah saya pergi pagi-pagi hari ni. Sepatutnya saya ke Dalat pada Hari Selasa petang tapi... mood malas nak driving teramatlah tinggi. Jadi hari ni saya  ke Dalat untuk melangsaikan perkara yang sepatutnya dah selesai semalam. Sungguh saya tak suka sebenarnya. untuk melawat pejabat tapi apa kan daya. Alhamdulillah semuanya dah selesai. Tapi yang tak bestnya kerja yang sepatutnya dah selesai last Mac tetiba aje di tuntut.... di mana soft copynya .. saya pun tak tau. Saya masih berusaha untuk mencarinya. Insya Allah harap2 semuanya ada dalam simpanan saya. Sebab tak de hard copy.. kalau tak de.. aku kah yang bersalah...
Walau apa pun saya akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya juga. Walau payah macam mana sekali pun.
Good Luck Ati.....

Wednesday, June 30, 2010

Hampa... kecewa...

SMK Oya bercuti dua hari... Cuti Darurat. Sebabnya adalah kerana terputusnya bekalan air selama 4 hari dan pihak JKR tidak mampu untuk menghantar air bagi keperluan penghuni asrama.
Hari ni... Saya begitu gembira sekali mengemas barang dan kerja-kerja sekolah yang bakal saya buat di rumah. Saya juga tak sabar menanti detik 120 tengahari untuk balik dengan bersemangatnya. Beg buku yang mengandungi tugasan murid-murid sudah dihantar awal ke kereta ku yang comel.
Tiba-tiba bila jam menghampiri 1250 tengahati.. Juruteknik datang membawa memo dari boss saya... Huwaaaaaaaaaaaa ... bila melihat Guru Kanan tercatat di kepala surat selepas nama Penolong Kanan. hancur berkecai hati ini (cewah) Angan-angan nak berangkat ke KL secara melulu esok hari terpaksa dilupakan. Apakan daya saya terpaksa menghabiskan masa di sekolah menyiapkan kerja-kerja pengurusan yang belum siap. Tapi rasanya kerja saya tak banyak lagi yang tinggal.
Selepas itu, saya cuba hubungi PPD Dalat untuk menghantar SAP tetapi pihak yang saya nak hubungi tidak ada di pejabat. Melawat sekolah menurut maklumat yang diberikan oleh pihak kerani yang menjawab panggilan saya. Dead line hari ni...
Pagi esok terpaksa ke PPD Dalat terlebih dahulu sebelum ke sekolah untuk menyelesaikan perkara yang tertangguh hari ni.
Jadi.. saya yang begitu bersemangat untuk balik awal terus merundum semangat itu. Jadi hingga detik dan saat ini saya masih lagi di sekolah.

Tuesday, June 29, 2010

Semalam Ku bersantai.....

Semalam Isnin.... menjelang tiga petang saya dah balik ke rumah. Tak taulah.. monday blues betul hari ni.. Dan dengan penuh semangat (walaupun kerja tak siap)
Kat rumah saya buat apa? Entah,,... Tak ada apa. Saya mula menumpukan perhatian kepada bahan bacaan yang sudah sekian lama tergendala.. Saya membaca novel..."Percaya ada Cinta"

Terharu ada sedih ada... cuma saya tak mampu membaca novel seperti zaman muda belia ku... Nak buat cam mana kan... Terhenti jugak lah sebab lepas tu my mother ajak makan goreng pisang (Tak patut betulkan anak dara ni... adakah mak yang kena sediakan minum petang...huhuhuhu)

Memang petang semalam aku bersantai habis-habisan di rumah. Menjenguk orang menyiapkan rumah... menidurkan mata bdi waktu petang... mengganggu anak saudara ku yang menjadi penghibur hati dengan telatahnya yang agak lucu. Memang seronok.. rupanya balik awalkan.

Tapi malamnya aku terpaksa bertungkus menyiapkan kerja sekolah yang sepatutnya saya siapkan petang tadi... tapi dalam masa yang sama saya tetap juga meluangkan masa menjenguk FB... Beberapa perkara yang saya selesaikan last night ialah :
1. Menyusun jadual waktu 5 gemilang dan 6 Bawah Bestari
2. Menyusun jadual sit-in
3. Membuat soalan latih tubi untuk tingkatan tiga bestari
4. Menyediakan jadual waktu KPMP yang baru (malangnya... hari ni dirombak semula kerana masalah yang tak terjangka)
5. Menyusun jadual waktu percubaan PMR 2010 yang akan bermula pada 26 Julai 2010
6. Menyusun buku keputusan peperiksaan pertengahan tahun....(lusa boleh hantar0
7. Menyemak perancangan peningkatan akademik tingkatan tiga 2010.
8. Menyambung pembacaan buku

Banyak juga yang telah saya selesaikan... akhirnya mataku terlelap jam after 130 pagi. Nasib baik pagi saya bangun awal seperti biasa... alhamdulillah

Monday, June 28, 2010

Cubaan... budak baru belajar

Cubaan untuk meletakkan signature dalam blog...

Bismillahhirrahman nirahim......

Monday Blues


Isnin ... betul-betul mood saya melayang entah ke mana. Dah le terlewat bangun. Subuh dah jadi subuh dinosour.. Kena buat sit in pulak hari ni...nasib baik yang ni dah selesai last night.. Tinggal nak print je lagi.
Menjadi lebih blues lagi bila saya ada kelas masa pertama... Persediaan nak masuk kelas... okey dah . Last night dah siapkan semua.. Cuma rasa nak masuk kelas tu berkurangan. 
Tapi semalam saya berjaya membuat tiga biji cake. Dua cheese cake and satu lagi cake evergreen. Boleh le buat bekal hari ni. Tapi terlupa pulak nak ambil gambar ... Tak palah next time saya ambil gambarnya.
Last night saya berjaga  tengok F1 tapi sampai ke sudah saya tak tau siapa yang menang.
Sambil-sambil tu saya membaca buku cerita yang bertajuk Percaya Ada Cinta...
Nak buat ulasan that not me. tapi aku hanya mampu baca 5 helai je malam tadi sebab telinga bingit dengar bunyi kereta lumba....(alasan semata-mata, padahal dah tidur pun lepas 5 helai tu) 
Semalam perancangan aktiviti hujung minggu saya berantakan... sebab kena gi sekolah ( ada alasan untuk tidak ke kenduri..) Menyiapkan beberapa bahagian NKRA yang perlu disiapkan. Balik dari sekolah saya terus membuat cake yang saya idamkan sangat-sangat. Alhamdulillah menjadi... Boleh lah lain kai say buat lagi and modify ikut suka.... saya. Tapi seperti biasa saya lupa nak ambil gambar... next time buat semula and ambil gambar.

Sunday, June 27, 2010

Aktiviti hujung minggu saya...................... ialah

Hari ni ... apa yang saya nak buat yea. Entah pagi-pagi dah rasa boring dah. Walaupun dah ada list dah nak buat apa hari ni... tapi tak pasti akan berjaya atau tidak. Okey senarai aktiviti saya hari ni adalah :
  1. Mengatur jadual sit-in (dah siap... kecuali ada yang memaklumkan ketidakhadiran last minute atau malam ni)
  2. Mengatur kembali jadual Cikgu Jasmaniah.. supaya hari rabu dia tak teruk sangat... (yang ni pun dah berjaya)
  3. Mengemas bilik (.... mode malas sejak malam tadi belum pulih lagi... tak pasti yang ni berjaya atau tidak)
  4. Memprintkan kembali jadual KPMP baru Ting 3 dan Ting 5. (Yang ni dalam process... so anggap dah siap jugak le)
  5. Pergi kenduri kahwin di Oya (.... fikir banyak kali dah... pagi-pagi my immediate boss tanya nak pergi ke tidak.... fikir2... ermmmmmmmmmm..... suruh Jay je yang og bawa anak sedara dua orang.. dicission diapprove .. hahahaha.. memang dasar pemalas)
  6. Pergi kenduri lagi tapi ni kenduri tahlil di rumah jiran bukan immediate jiran ... selang beberapa buah rumah. Di anggap jiran juga sebab  dalam Islam dalam lingkungan 40 buah rumah adalah jiran (yang ni... tgk lah nani...  kalau boleh min excuse lagi dri 2 boss di atas saya... kalau tak mesti  sampai ke petang dengar merungut.... sengih je lah kan)
  7. Yang ni Misi utama hari ni.... Blueberry Cheese Cake (Dapat resepi dari kawan masa kat U dulu. Thanks Mimi... harap2 misi yang ni menjadi... Tau Kertina mesti minta upah jadi driver semalam dengan chesse cake  esok hari) Tapi sebenarnya ... bila tengok gambar memang saya rasa mesti sedap bangat... yummy gila dengan blueberry yang antara nampak, warna kekuningan plus purple blueberry... sudah cukup menyebabkan saya menelan air liur.  Dahsyat.. Kalau jadi ada le saya masukkan dalam sini ... hahahahaha.
  8. Sudah semestinya menyediakan bahan P&P untuk  kelas Form3 esok. Apa yang saya nak ajar ya... Seperti biasa  latih tubi la.... I will try my best... walaupun selalunya kewarasan teruji dengan kelas waras...... hahahahahaha.......
  9. Menonto England menentang Germany... saya nak sokong sapa ya.... macam dah berpaling tadah je ni... dua2 saya sokong.....walau apa pun ... england dan brazil tetap di hati.. walau england nampak tak begitu stabil.... I still love u Gerard..... )
Apa pun perancangan saya hari ni.. yang penting yang ke tujuh dan kelapan mesti dibuat... yang lain... biarlah dulu . opppsssssssss.  yang kesembilan pun wajib jugak.... hahahah

Halwa telinga