Saturday, June 26, 2010

Mata oh Mata.

Hari ni... enjoy my self dalam majlis penghargaan oleh PPD Dalat. Penat berbaris... ketika perut tengah berkeroncong. Bimbang jugak masa terima dari YB... perut mengeluarkan bunyi yang sumbang dan boleh menyebabkan saya pura2 pengsan kat situ... (acah aje tu)
Selesai upacara di Kingwood Resort Mukah.. saya and my friend Kertina memulakan pencarian barang-barang yang hilang. Yang sedihnya.. kad atm saya tertinggal di rumah... terpaksa lah mencari alternatif lain.
Tajuk pulak macam tak de kaitan aje.. yang saya k cerita barula. Sebenarnya... cerita hari ni adalah tentang mata saya ni tak leh dipujuk2 untuk terus berjaga.. Biasalah orang tua kan... So... entry saya hari cuma nak maklumkan saya mengantuk and nak tidur. Good night my,,, dear.

Thursday, June 24, 2010

La Tahzan

Membaca cebisan-cebisan kisah dalam La Tahzan Gadisku... Menyingkap persoalan-persoalan yang sentiasa bermain di fikiran si gadis....
Memikirkan... apakah aku tergolong dalam golongan gadis-gadis itu?  Entahlah.. tak pa... saya bukan ingin  bercerita ttg La tahzan Gadisku....
La Tahzan Norhayati... that is the right topic  I think. Bukannya saya tahzan kerana saya masih single. Tapi saya Tahzan kerana saya selalu disalah anggap. Adakah setiap orang yang single selalu di anggap terdesak untuk mencari jodoh.  
Saya juga tahzan... dengan keadaan saya sendiri. Keadaan kerja saya yang saya rasakan semakin merosot. Ini mungkin sebab saya dah lama di SMK Oya kot. Tapi kalau nak transfer pun kemana arah perjalanan kaki ini seharusnya saya bawa.
Saya tahzan sebab saya masih belum berjaya memberi kesenangan kepada ibu bapa saya.. Tapi saya tetap tak lupakan tanggungjawab saya kepada mereka. Saya tahzan kerana ibu saya risaukan kehidupan saya... yang tiada berteman.. yang dunianya asyik dengan kerja atau menghadap benda alah laptop ni. 
Saya tahzan..kerana saya semakin hilang keyakinan untuk meneruskan hubungan saya... dengan insan yang mungkin masih saya sayangi. Saya merasakan seolah tiada penghujung atau penyudahnya. Tak nampak lagi di mana akhirnya hubungan yang dijalankan sejak 10  tahun lalu......... wahhhhhhhhhhh.... macam tak percaya saja.. dah lebih sepuluh tahun,,....
Yang pentingnya... saya tahzan kerana saya masih belum berjaya mencantikkan blog saya ni macam blog orang lain.... Aduhhhhhhhhhhhh.. ini yang menyebabkan saya tahzan. Saya dah cuba buat kat rumah... tapi line terlalu seperti siput bergerak.... warghhhhhhhhhhhhhhh. Sedihnya.... terlukanya.... dan kecewanya....
Walau apa pun... La tahzan ya Norhayati.  Hidup mesti sentiasa ceria dan senyum selalu.

Wednesday, June 23, 2010

When u buy,... u must know your objectives.........

Pelik aje tajuk hari ni...kan?  Apa kaitannya dengan kehidupan seharian. Banyak perkara yang saya lalui dalam kehidupan. Banyak pahit dan dalam masa yang sama yang manis pun tetap banyak juga, Kan Allah tu Maha Adil... Suka dan duka... pahit dan manis dijadikan sebagai warna dalam kita menjalani kehidupan. 
Bila menghadapi keadaan yang merunsingkan... saya mudah hilang sabar.. saya jadi mudah marah. Namun begitu saya masih dapat membezakan pada siapa yang perlu marah dan tegur. Dalam hidup  saya.. saya tak ramai kawan. Mungkin sebab saya  jenis yang kasar dan bila menegur saya selalunya berterus terang. Mungkin juga kerana airmuka saya memang garang. Sampaikan murid di sekolah takut untuk mendekati saya. So.. saya terfikir layakkah saya menjadi seorang guru. Seorang guru seharusnya seorang yang  lemah lembut... memahami dan mudah didekati.  Agak-agaknya kerjaya apa yang sesuai dengan diri saya. Sebab itulah saya letakan tajuk di atas.... sepatutnya saya selepas memilih  bidang ini.... Nampaknya saya tidak melihat secara objektif peranan seorang guru.. Tapi bagaimana saya nak merubah diri saya... Tentu janggal agaknya orang melihat kalau saya jadi orang yang lemah lembut....  Saya sendiri pun tak mampu membayangkan. Dan yang terbayang di kepala saya ialah... mesti orang kata...: "biar betul....  Ustazah ni okey ke?????"
Dalam hidup.... bila kita telah memiliki sesuatu..kita seharusnya menjadikan ia milik kita sepenuhnya. Tiada lagi dua tiga... dan perlu berusaha menjadi yang terbaik. Namun... saya tak mampu melakukan. Keadaan kerja saya yang agak kelam kabut  sejak dua menjak ni telah... menyebabkan saya mula berfikir kembali... Perlu kah saya menukar kerjaya saya.  Atau terus statik pada kedudukan masa kini. Senang cerita.. I am not very happy with my performance now. Kerja lambat disiapkan. Yang dah siap saya tak tau kat mana saya letak... keadaan bilik saya sama kucar-kacir dengan diri saya sendiri dan jua kehidupan saya.
Tapi... dalam masa yang sama... saya tidak boleh hanya memikirkan diri saya sendiri sahaja. Ibu... bapa.... adik2  dan siapa saja yang ada disisi saya ketika susah dan senang. Malah saya juga perlu juga fikirkan anak-anak murid saya,.. walaupun saya tak pandai mengajar... tetapi saya tetap mahu mereka berjaya.  Jadi... di mana harusnya titik noktah perjalanan saya di SMK Oya. Dan di mana seharusnya saya memulakan titik awal untuk sebuah penghijrahan...... Apa pun.. doa saya dalam melalui kehidupan ini.. Moga Allah sentiasa melindungi perjalanan ini... apa jua pilihan yang dibuat tidak tersasar dari landasan yang ditetapkan oleh Yang Maha Esa" Ya Allah... mudah-mudahan Kau sentiasa permudahkan perjalanan ini...  Andai kau dikurniakan  kebahagiaan seperti orang lain... Kau kurniakanlah kebahagiaan  yang terbaik untuk hamba yang lemah ini.... Aminnn.........

Halwa telinga