Friday, July 1, 2011

Letih......

Saya agak keletihan hari ni.


Pagi2 semasa nak ke tempat  perhimpunan  saya rasa pening dan hampir tumbang.

Mungkin kerana tidak cukup tidur kot.
Kalau ikutkan hati ... agaknya saya dalam keadaan seperti gambar yang saya cari dari mr. google ni

Tapi dengan semangat yang ada saya teruskan juga mendaki tangga menuju aras tiga di mana sepatutnya saya berada

Memang kalau tak kuatkan semangat ... saya swasta kan juga tugas bercakap di perhimpunan pagi ni...

Alhamdulillah saya selamat naik ke atas.

Dan perimpunan berjalan seperti biasa..

Kenapa saya penat.....???

Semuanya berpunca dari masalah air yang melanda.....




Di sekolah ... saya diburu masalah air bagi kegunaan pelajar-pelajar di asrama.

Bila saya melawat ke asrama perempuan .. keadaan memang amat tidak menyenangkan.

Pelajar dibenarkan balik... tapi macam mana nak balik kalau rumah memang jauh dari sekolah.

lebih-lebih lagi dengan aktiviti di sekolah yang tidak dapat dielakkan.

Usaha untuk meminta pihak JKR menghantar air ke  asrama pun tidak berjaya. Mana cukup setakat satu lori air sehari....
Kalau setakat satu tank macam ni... cukupke untuk keperluan penghuni asrama serama 600 + orang..huhu

Itu pun semalam air tidak dihantar.



Tapi Allah Maha Kaya... dia turunkan hujan yang lebat malam tadi dan budak2 tu pun bermain air dan mencuci pakaian dengan air yang dikirimkan Allah untuk mereka.... kesian


Sebenarnya banyak perkara memeningkan kepala saya di sekolah bila masalah air muncul....

Yang paling kesian ada pelajar yang ceret beret.. tak boleh nak tahan.. terlepas di dalam pejabat.


Satu cerita pulak cleaner nak membersihkannya.. (saya tidak ada di pejabat masa tu sebab ke klinik)

Budak ni duduk menunggu saya.... nasib baik ada PK lain yang datang membantu...


dan masalah air juga turut memeningkan kepala saya bila di rumah. Aduhhhhhhh.....

dengan pakaian....

pinggan mangkuk...

air untuk memasak.


Yang pastinya baju kerja saya minggu ni langsung belum di basuh dan masih terperap dalam  bakul....

Bila lah saya nak menguruskannya... huhuhu


Keadaan semakin menyebabkan saya hampir rebah bila.. my love mum.. tidak berapa sihat..

di saat saya sendiri tak berapa nak sihat juga.

Saya meminjam kekuatan seorang teman untuk mengurus semua keadaan dengan sebaiknya.

Seawal 4 pagi saya mula sibuk dengan urusan rumah tangga...


dan tengahari saya balik untuk memasak dan membasuh pinggan mangkuk (kalau ketika itu ada airlah)

nasib baik hari ini... my brother ada balik.. so saya tidak perlu balik rumah .. dan hanya menumpu kepada kerja di sekolah dulu.

tapi .. walau apa pun.. semuanya ada rahmat dan hikmah nya tersendiri,

Saya akur dan redha... walau tak dapat dinafikan ... dua minggu ni.. mood saya betul2 mmacam yoyo...

hehehehhe.. but seperti biasa .. yang penting



SMILE

Tuesday, June 28, 2011

Batuk............ Non stop

Berusaha mencari petua yang mujarab untuk menghentikan batuk yang amat menyakitkan ini.

Sudah hampir seminggu saya batuk yang teruk.... hingga habis dakit segala yang ada dalam paru2 saya.


Hari ini masih keadaan yang sama sehingga saya tak mampu untuk hadir perhimpunan mingguan.

Saya juga tak mampu untuk masuk ke kelas...

So duduk  dalam office buat kerja... tapi tak boleh nak focus...

sebab batuk....................


Nanti2 lah bila ada mood dan kesihatan mengizinkan saya kembali semula ke blog ini...



Halwa telinga