Tuesday, September 18, 2012

Moga Selamat…. 17.09.2012



Alhamdulillah…. Setelah melalui kejadian yang tidak diingini sejak dua menjak lepas Raya…  Malam ni, pihak sekolah membuat aktiviti bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan zikir-zikir tertentu bagi membantu meredakan keadaan. Bukan setakat meredakan keadaan tetapi menghentikan terus.

Malam ni, buat pertama kali saya melihat dengan mata kepala saya sendiri. Sebenarnya program ini dirancang hari Ahad malam, tapi dek kerana memerlukan ramai orang, terpaksa tunggu hingga budak lelaki asrama datang untuk membantu azan.

Sebaik sahaja selesai ayat-ayat ni dibaca, dua orang pelajar non-muslim kena, saya tengok sekejap di Lobby Sekolah, lepas tu kembali ke surau...2 orang  budak di bawa ke surau…Sebelum budak tu sampai di surau, saya dengar  tok guru memaklumkan, benda2 yang kita tidak nampak, mula datang menyerang dari arah belakang sekolah…. Huhuhu seram jugak lah masa tu.

But… Alhamdulillah budak-budak dapat dipulihkan. Tapi ada juga seorang budak Islam lemah semangat, selepas dibisikkan ayat Al-Quran dan minta dia mengingati Allah dalam hati dan dengan lidah… serta dipulihkan semangat oleh tok guru ni tadi… dia okey. So.. saya minta semua pelajar perempuan untuk sentiasa berzikir, baca Al-Fatihah, Ayatul Kursi dan juga surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Kalau tak ingat, bacalah mana-mana surah yang mereka ingat. Syukur sangat sebab, pelajar-pelajar perempuan Islam semua okey dan boleh membaca ayat suci Al-Quran dan selepas itu solat Isyak, sebelum diminta beredar ke asrama masing-masing.

Sebelum memulakan acara malam tu, pelbagai halangan berlaku, … lucu pun ada sebenarnya, search as.. sejak petang, telefon saya susah dihubungi, line memang tidak memuaskan hati langsung. Then, bila dapat dihubungi, ketua warden memaklumkan mereka memerlukan minyak Malaikat Maut…. What??? Saya memang tak pernah mendengar nama minyak ni….. then baru dia memaklumkan minyak Malaikat Subuh. Hahahahhaha…  lawak.. saya gi sekolah waktu maghrib and solat berjemaah bersama mereka  dan pelajar. Kemudian diberitahu lagi, Cikgu Phua salah beli Lada.. orang minta lada hitam, yang dibawa adalah lada putih. So.. saya ke pasar oya untuk membeli sedikit sekurang-kurangnya.  Dapatlah dua botol kecil.  Then saya pergi ke bilik air, menumpang bilik air rumah Fatimah…. Sebab takut nak gi bilik air di sekolah.  Hahahahha. Selama ni, saya tak kisah pun and dulu selalu merayau ke asrama jam 1, 2 pagi… dan hari ni tiba2 saya jadi penakut pulakkan.

Sebelum terlupa. Kumpulan Al-Falah ni telah menggunakan bahan-bahan seperti Garam Kasar (sebab kawasan sekolah saya luas, 50 Ekar, satu guni garam diperlukan untuk tujuan ini). And then dua kilo lada hitam, air dan minyak wangi Malaikat Subuh (yang kawan saya kata minyak Malaikat Maut). Dicampur dalam besen besar, dan di bahagi dua….

Setelah lada hitam yang diminta supaya Cikgu Sim mendapatkannya di Mukah, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dibaca dengan suara  yang kuat oleh pelajar-pelajar sekolah saya.

Okey sambung semula cerita serangan makhluk yang tak nampak ni, guru ni terus membahagikan pelajar lelaki dan orang-orang dia kepada sembilang kumpulan…. Dek kerana kawasan sekolah yang luas… around ½ jam juga lah mereka menyusun tentera-tentera bagi menghadapi serangan ni. Saya teringin  nak join, but guru tu awal2 lagi bagi tau, yang perempuan duduk di surau, jangan bergerak. Kawasan surau dah dikunci. So saya berada di surau ajelah. Nampak pengetua, PK1 pun tak bergerak bersama sembilan pasukan ni tadi. Then datang pelajar yang diserang di rumah bersama orang kampung dan parent dia… Boleh melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana, badan budak ni seakan terangkat dan bergelombang.  Guru tu kata jin tu jin sesat tidak bertuan.  Kena masa yang hampir sama dengan budak dua orang di sekolah. Setelah dikeluarkan. Alhamdulillah di bawa balik. Dan dalam perjalanan balik ada dua orang mengikutnya, kata my PK1 yang mendapat berita dari  salah seorang dari orang yang datang tadi.
Mendengarlah sedikit taklimat dari orang tua ni… sementara menanti urusan selesai. Pelajar perempuan saya ingatkan supaya sentiasa ingat Allah. Dan jangan putus berzikir dan baca ayat al-quran di dalam hati.

Apabila  selesai azan, dilaungkan serentak oleh pelajar lelaki bersama guru-guru Islam dan ahli yang dibawa oleh guru ni tadi, Keadaan di blok bangunan sekolah semakin kecoh dengarnya.. hampir 10 orang   pelajar perempuan masih menjerit-jerit. And tok guru ni pergi ke bangunan sekolah. Saya tak tau apa yang berlaku di sana, malas nak ambil kisah (hehehehe.. sebab kalau pergi pun saya tak dapat tolong jugakkan). Setelah selesai and pelajar perempuan juga dah selesai solat serta  balik ke asrama. Pelajar lelaki mula mengambil tempat untuk solat sementara ustaz diminta mengambil@menjemput pelajar lelaki yang mendatangkan onar di sekolah untuk dibersihkan.

Okey pulak kali ni, tak de yang acara pancake silat diadakan…. Alhamdulillah. Selesai semuanya… dan kami menutup dengan acara makan makanan ringan di kantin sekolah. Sebab miscommunication berlaku antara saya dengan PK1. Saya ingatkan dia call… rupanya jangkaan saya silap belaka. Hehehehe.

Bila dah selesai saya balik dengan buah tangan, garam untuk ditabur di sekeliling rumah sebagai simbol memagar kawasan rumah dari gangguan makhluk yang kita tak  nampak ni. Yang penting bagi saya… ialah pergantungan kita sepenuhnya pada Allah. Apa yang kita lakukan hanya medium sahaja. Apatah lagi, sifat2 bahan-bahan tersebut memang tidak disukai oleh  makhluk jin ni tadi. Waalahu a’lam.  Semoga semua kita dilindungi dari perkara-perkara tidak diingin pada masa depan.

P/S, semasa mendapat garam, saya siap kira lagi berapa biji rumah yang saya perlukan, habis rumah2 pakcik dan maksik saya and adik beradik yang lain dikira…. Hehehehhe.

Cara menabur garam : Garam ni ditabur selepas subuh. Baca selawat tiga kali kemudian baca Al-Fatihah. Kemudian boleh ditabur disekeliling rumah (seperti biasa bermula sebelah kanan) Insya Allah rumah kita dan penghuninya akan selamat dari gangguan makhluk yang kita tak nampak ni. Atau dari hasad dengki orang yang ingin mengenakan kita dan keluarga kita dari perkara-perkara yang tidak baik. Yakin pada Allah, dan berusaha menghindari perkara yang tidak baik dari berlaku…. Yang penting, garam ni tidak boleh dilangkah sebelum ditaburkan di sekeliling rumah kita kerana, ayat-ayat suci dan zikir-zikir telah dibaca.

Okey, sekian sahaja karangan saya yang bertajuk, expose mistik yang langsung tak seram masa saya menaip, tapi masa saya menghadapinya, memang seramlah… hehehhehe. Sampai dua malam saya tak boleh tidur. Jumpa lagi dalam karangan akan datang. Sekian terima kasih.


Sunday, September 16, 2012

Geram.. and marah

Sebenarnya.. tengah geram dan marah.. sebab susah nak dikata.

Geram sebab tak  tau lagi nak kata apa kat budak-budak. Dah nasihat.... dah bagi tau..

Rasanya almost everyday.. suara saya kedengaran untuk  mengingatkan murid tentang budi bahasa,

kebersihan, jangan celupar.. dan berbagai lagi...

Bila dah berlaku kejadian histeria seperti ni....  mulalah ada yang tunjuk ilmu agama nya hebat.

Yang membuat lagi geram bila ada statement macam ni dalam facebook.

salam...

SEMALAM AKU TELAH BERMIMPI PERKARA BURUK SEKALI,BAHAWA SMK OYA PADA HARI SELASA 18/09/2012 SEKALI LAGI AKAN DISERANG DENGAN BENDA ITU..TETAPI LEBIH TERUK DARI HARI JUMAAT 14/09 LALU..RAMAI PELAJAR TIDAK BERSALAH AKAN MENJADI MANGSA..JADI AKU HARAP SEMUA WARGA SMK OYA SUPAYA BERHATI-HATI ..JANGAN CELUPAR..RIAK..TAKBUR ..KERANA MEREKA MASIH INGIN MEMBALAS DENDAM..
ENTAH BETUL ATAU TIDAK MIMPI AKU ITU..? HANYA SEKADAR MAINAN MIMPI ATAU BENAR..
BERDOA LAH KITA KEPADA YANG ESA ..MEMINTA PERTOLONGAN DARI NYA ..AGAR DIBERIKAN PERLINDUNGAN ..AMIN
Asalam..

from facebook

Memang gila  risau apabila ada pelajar mula percaya dengan dakwaaan dan cerita-cerita

budak yang saya kata tak bertanggungjawab macam ni.

Mau tak terbakar saya  dibuatnya........

Bila berlaku kejadian yang teruk mereka takkan mampu membuat apa2.

Tak salah rasanya kalau saya katakan.. kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.

Ya Allah mohon petunjukMu ya Allah..... lindungilah kami dari bencana ini....

Jauhi kami dari menghadapi keadaan yang sama....

Ilmu terlalu cetek rasannya... untuk menghadapi dugaan seperti ini.



Halwa telinga