Saturday, March 31, 2012

Lapang Dada.....


Selalu suruh anak2 murid membaca ayat ini... setiap kali sebelum menduduki ujian..

Sepatutnya jadikan ayat ini sebagai amalan harian setiap kali belajar, mendengar, berbincang dan

apa jua yang berkaitan dengan ilmu  pengetahuan.

Malahan ketika kita merasa terhimpit dek masalah atau bebanan perasaan..

InsyaAllah.. dengan  keyakinan kepada Allah...

Allah akan permudahkan untuk kita..

Surah apa ye???

Surah Al-Insyirah... Saya rasa semua tahu tentang surah ini.

Sejujurnya saya memang mengamalkan surah ini

sejak saya tingkatan lima... (masa dekat2 nak SPM)

Bila di Universiti... ia mula jadi amalan saya..

setiap kali membuka buku... termasuklah bila saya baca komik

such as gila-gila.

Setiap kali sebelum memulakan assignment

Setiap kali sebelum memulakan kuliah bagi setiap paper yang saya ambil

(Boleh dibayangkan masa zaman saya.. pernah mengambil sehingga 16


papers for 1 sessi. Nak kurangkan memang tak boleh sebab memang dah difixkan


untuk budak2 Sarjana Muda Pendidikan Islam)

Sebelum saya memulakan discussion dengan rakan2..

Sebelum saya memulakan presentation.. samada berkumpulan maupun berseorangan

Alhamdulillah..keputusan peperiksaan saya memang boleh dibanggakan

apatah lagi saya bukannya bijak pandai...

sehingga peringkat Master of education pun saya buat macam tu jugak...

Memang result memang tip toplah..masa tu....


Semoga saya tidak lupa untuk terus mengamalkan ayat ini dalam setiap langkah

kehidupan saya di bumi Allah ini...



Thursday, March 29, 2012

Mukah.. alone


Tajuk..... macam tak biasakan....

memang selalu tak sesuai..

Hari ni.. pergi airport menghantar my lovely sister

balik ke Kuching. Sampai di airport

my sis tak sampai lagi.

Yelah kan.. airport just 5 minit to 10 minit aje...

dari office yang di gi tu..

Then.. sampai  airport ada hornbill mendarat

Ingatkan flight twin Otter milik Maswing

Hahahhahaha.. rupanya VIP punya flight bawak YB Datin

Then... baru kakak saya sampai...

lepas beberapa kali  uncle bertugas tu suruh saya call my sis.

U can imagine... i gi kat tauke.. suruh dia hold  seat utk kakak saya

Takut dia bagi pada yang sedang standby kat situ....

Last ly lepas YB dan rombongan beredar

maka kakak saya pun sampai (macam bahasa dalam buku cerita kanak2 kan)

Nasi baik sempat dudukm sekejap sembang... then dia dah kena masuk

bilik menunggu yang comel... hahahahah

Lepas tu saya ke Hospital...

dek kerana otak sibuk tengok kadet bomba dan penyelamat saya hampir terlepas

simpang ke hospital...

nasib baik MUkah....

Selamba ajelah reverse and masuk simpang

and meet my bestie sejak di sekolah dulu

Siannya.... dia disyaki terkena TIBI...

My boss tanya.. black and white or colour...

hahahaha...

Sian my friend.... sembang2 mengumpat2

then... 5minutes after 3 baru saya gerak balik ke sekolah...

Tapi sempat lagi ke pasar membeli sedikit barangan....

hahahahha... syok jugak kann.....

Jalan sorang-sorang and saya buntu tak tau apa nak beli,,,

Tu le keadaannya... bila alone....

Mdm Kertina tulah.. tak ikut saya......

huhuhuhu

Wednesday, March 28, 2012

Balik awal............


Pengumuman.... pengumuman... penting...

Saya balik awal hari ni.... hahahhaha  (tiba2 aje)

Sebab nya mudah je....

Bukan sebab saya tak sihat.. tapi sebab electricity tak sihat.

Nak buat kerja battery laptop  dah kong.

Mana tak kong.... dari 820am... sampai 2pm...

So.. main ajelah Tab sementara menanti masa untuk balik

(menunggu pengetua sebenarnya)

Tapi pengetua.. ada urusan di Mukah... so

nekad balik jam 4pm...

Kalau selalu black out macam ni... alamat tak

siap le kerja saya...

makin bersemaklah meja saya...

Tapi sebenarnya.. balik awal

kerana my sister datang hari ini...

ketiadaan electricity cuma pengukuh

alasan untuk balik awal ke rumah...


hehhehehe


Entah apa-apa....



Why should i smile...????

Sebab suara saya sekejap okey sekejap tak okey..

tanya pendapat budak... 

petua untuk mengubat suara saya ni...


Hahahhaah.....


Semua yang mengarut

so.. terpaksalah saya senyum.. walaupun

masih not happy with my throat problem..



Tuesday, March 27, 2012

Baldu Biru

One of my favourite Song

By Awie and Ella...





Kenapa saya suka????

Entah.. saya memang saje je nak sukakan nya..

Usahlah ditanya...

p/s  
mood tengah berantakan sebab kena tunggu di sekolah

Makna bacaan Dalam Solat

Hari ni godek2 fb kak Yati  dapat video ni.

Hari tu dah nampak dah kat fb jugak tak ingat kat fb sapa.. tapi tak de

masa nak mendownloadkan

Hari ni.. saya downloadkan utk simpanan ...

Thanks lah pada sapa2 insan yang membuatnya....

Moga-moga mendapat rahmat dan kasih sayang Illahi..


Moga-moga berjaya ....



Monday, March 26, 2012

???/

 Apa nak buat ya... 

Kalau berada dalam situasi ni...

Panggil student untuk menyiasat

what really happen to her...

Then.... student bercerita dengan muka tak bersalah...

that she really love her boyfriend and want to marry him.

But.. she only 17 and candidates of SPM for 2012..

She told me that she want to marry her byfriend at the same 

time still want to attend the school

then.. she can't follow and obey the rules and regulations.

Mati...kan......... 

Lama saya bermenung... 

Then tanya pendapat my boss.....

My boss said... tulah awak

tak tau betapa  dalamnya perasaan cinta seorang manusia

hahahahhahahhaha...

But i will send her home  and 

she must come to school with her parent..

Cikgu dia boleh termenung... kerana mendengar alkisah keluarga

Bagaimana boleh berlaku begini?????

Dia budak bijak.... dan mempunyai harapan

untuk mendapat keputusan yang baik dalam SPM...

Sayangkan.... 

Walau apa pun... kami akan berbincang dengan parent dia,...


and in my mind already have the conclusion for the problem...


At last.... what can i do ... just SMILE...

really Big SMILE...

thanks mr. google...




Sunday, March 25, 2012

 Dua hari.... sabtu dan ahad.. saya tidak ke mana-mana

dan tidak membuat apa-apa kerja.

Bekalan kerja yang dibawa dari sekolah langsung tak di sentuh...

Aduhhhhhhhhhhhhh... gawat ni buk...

Badan seperti tidak bermaya.. bagaimana mahu jadi cemerlang ini macam

May be... kerana usia semakin menginjak ke angka 40...

(have to start ur countdown.... to 40...)

Seboleh mungkin saya ingin bergerak dan cergas dan cerdas sebagai

Johan.....

Apa saya buat...... hahahha... saya menghabiskan masa dengan membaca novel

Dua hari dua buah novel telah saya tamatkan...

tapi yang nipis2 ajelah....

Novel kak Kak Yati.. yang terbaru dari Milan ke Maran....

tunggu dulu. Untuk stok...

Nanti tamat awal sangat... saya tak de noovel pulak nak baca

tapi saya dah start pegangdah novel tu sebenarnya...

Malam ni boleh baca dua bab dulu......

Kemudian boleh sambung lagi di lain masa....

Okey... stop about it...

for information (kalau nak tau le).....

Dah dua hari saya tak makan apa2 ubat..

Alhamdulillah keperitan batuk saya tak le teruk sangat.

Cuma... susah nak keluar aje...

And sesekali batul menyebabkan saya sesak nafas...

tapi tak seteruk masa di sekolah atau ketika saya ikut kata doktor

makan ubat ikut time...

zkesimpulannya... saya akan stopkan pengambilan ubat saya...

dan pagi2 saya minum madu sesudu.

Mudah-mudahan saya disembuhkan Allah.

Bismillahirrahmannirahim
Bismillahissyafi
Bismillahikafi
Bismillahimuta a'fi
Bismillahillazi laudurruhu saiun fil samawati wal ardh
wallah hu sami' ul a'lim.

................ amin......



Surah Paling pendek



Di tengah keheneningan pagi ni...  rasanya nilah waktu yang paling syahdu nak berbicara dengan Allah

Tapi apa kan daya... tak leh nak melaksanakannya.

So... dah terkebil2... mata ... maka saya on Mr. Laptop and menemui info ini. 

So... saya ambil dan kongsikan di sini.



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.



Saya pasti semua orang tau surah ini. hanya tiga ayat sahaja..... so cari sendiri ya,..... saya dah cuba utk ambil dari word tak boleh...


Kemahiran komputer saya amat teruk rasanya.....

Publish Post

Halwa telinga