Saturday, October 15, 2011

AL-FATIHAH

BERHATI-HATI KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH KERANA NAMA SYAITAN DALAM
AL-FATIHAH

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah
solatnya. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu TAJWID.
Bukan setakat bacaannya saja yg rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam
solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yg wujud di dalam Al-Fatihah,
sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama-nama syaitan:

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH


2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB 

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNA'K (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA'K

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KANAS

6. SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti 

7. AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA
......dua harakat, MIN .... 3 harakat.

S
emoga Amin kita bersamaan dengan Amin para malaikat..... Insya-Allah.
Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

> klu ada apa-apa yg salah..tlong prbtlkn...


 

Friday, October 14, 2011

Makluman...

Lupa nak beritahu... credit to my friend  Hosniati yang sent email yang banyak membuat saya ketawa dan menangis. Kedua2 entry sebelum ini adalah dari emailnya kepada saya.... Love u so much... friend

Kisah dan Teladan

 
Erti Ukhuwah
Pada suatu hari, seorang lelaki bertemu dengan seorang ulama Islam yang terkemuka. Sambil air matanya menitis, dia berkata kepada alim ulama itu,”Saya telah bertaubat dari suatu dosa sejak 30 tahun yang lalu. Tapi saya tidak tahu bagaimana saya akan berhadapan dengan Allah terhadap dosa tersebut.”
Ulama itu terkejut kemudian bertanya,”Apakah dosa yang telah engkau lakukan.”
“Suatu ketika dahulu, saya mempunyai sebuah kedai di sebuah pekan. Suatu hari, ketika saya berada di rumah, saya menerima khabar kebakaran berlaku di pekan itu. Saya segera berlari ke pekan itu untuk melihat keadaan kedai saya. Sampai di sana, saya lihat kedai-kedai lain hangus terbakar kecuali kedai saya. Saya terus mengucapkan Alhamdulillah kerana sangat gembira dan bersyukur. Seketika kemudian, saya menyedari saya telah melakukan satu dosa. Bagaimana saya tergamak mengaku muslim sedangkan saya tidak merasai kesedihan saudara seislam lain yang kehilangan kedai?
 
Kasih Seorang Ibu
 

Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.
 
Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.
 
Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mencapai sedaya upayanya di celah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada bayi di sini!!” Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihkan sisa runtuhan di sekeliling mayat wanita tersebut. Apa yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3 bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.
 
Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doktor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh.
 
“SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..”Begitu besarnya kasih sayang seorang Ibu...!!

Thanks Hosniati.............

 Lagi from my friend..........


SIAPA PALING PANTAS................

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya.Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).
Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata
"Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini "
"Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?"
tanya CEO tersebut.
Calon pertama berkata " FIKIRAN , kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari"
"Bagus , satu jawapan yang baik " kata CEO tadi. " Kamu pula ? "tanyanya kepada calon kedua.
"KELIP MATA , kerana tanpa kita sedari , sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip " jawab calon kedua.
"Satu jawapan yang sangat baik , lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan " kata CEO itu.
" Bagaimana kamu pula?" tanya CEO kepada calon ketiga.
"Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas" jawab calon ketiga.
"Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?" CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.
" Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT " jawab calon keempat dengan yakin sekali.
"Haaa...? CIRIT-BIRIT ? Kamu ni tak serius langsung, macam mana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni ?" CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.
"Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah"
Calon keempat pun diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan

Keberkatan Surah Al-Ikhlas

 



 Apa yang saya dapat ini adalah... dari email yang kawan saya hantar.....



Moga kita mendapat keberkatan darinya juga....

KEBERKATAN SURAH AL-IKHLAS

 
Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.


Sebelum Masuk Ke Rumah


Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
 
Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).


Khatam al-Quran


Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.


Pahala Membacanya


Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.


Nota
:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Walau kita punya banyak couple,teman still paling setia. Walau kita tak punya harta banyak, teman still paling berharga. Sayang awak!! Kirim balik jika awak anggap saya teman awak selamanya. Kirim ke semua teman awak...dan lihat brapa banyak teman yang sayang awak!!!!!!!!!!!!!
frenz never break............ (,")(",) Laughing
 
LOLIPOP berkata kpda COKLAT, "kita ni manis kan?" COKLAT m'jawab "awak ingat kita ni dah cukup MANIS," .




Wednesday, October 12, 2011

Bening Merah Jingga .. Nazurah Aisyah

Semalam saya ke Pasar Mukah.... Kerana terpaksa,...


Lappy kecil ku dan lappy besar.. dua-dua demam serangan virus.

Tapi kena hantar satu2. SO.. ambil keputusan si kecil pergi dulu.. barulah diikuti oleh lappy nan besar tu.

Dah selesai.. ambil kesempatan untuk mencari signature pen.... Sekarang ni... cepat betul pen tu habis dakwatnya....


Malangnya.. apa yang dihajati tak ditemui.... Tapi mata ini.... ya ampun.... tak boleh nak lari dari deretan novel yang ada di kedai stationary ini. Inilah tpt saya cari novel di bandar yang comel ini. Kalau nak pusing bandar Mukah.... tak sampai 5 minit dah habis.. tapi mesti naik kereta atau motorsikal sahaja.


Yang kutemui adalah...........

 Nampak usang bila discan adalah kerana ia sudah dibaluti dengan kertas pembalut.....




Hehehhehehe... walaupun ada dua novel belum dibaca... and ada dua lagi dalam perjalanan... tapi nak kena beli juga...


Saya jatuh hati dengan novel2 Nazurah Aishah... dan saya tidak boleh kata tidak... bila melihat ada novel terbarunya di pasaran..


Bagi yang sukakan novel dan belum pernah membaca hasil nukilannya... silakan menikmati novel untuk menghilangkan rasa sentap.... atau ketika stress yang beramatan....




p/s....
hari ini... pegawai polis datang.... ingatkan ada kes.. sebab Inspektor Ihqsan bila datang sekolah mesti ada sebab tertentu.. rupanya nak beri ceramah ... so dalam masa yang sama beri rekod disiplin sekolah pada dia.And lepas ceramah tak de PK lain, so kenalah buat muka selamba mengiring dua orang Inspektor Polis ini minum.... di kantin and bersembang...


Yang bestnya... saya suka hati aje... tukarkan nama seorang inspektor yang baru saya kenali ini. Nama tag nya tertera nama Makk.... and then saya dengar GBK umum namanya Inspektor Makkaruddin.... bila dah selesai.. saya kembali ke pejabat and tengok namanya Inspektor Makkaranu... huhuhu... haru sungguh...


Okey... good day..



Monday, October 10, 2011

Menunggu Keretapi....

Menunggu Keretapi... memang best agaknya kan.... Saya tak baca lagi.. Rasa sayang pulak nak membacanya

sebab takut kehabisan stok...or cepat sangat  habis...

Nukilan Terbaru... penulis kesayangan ramai "NORHAYATI BEAHIM"


Oleh kerana malas nak scan buku tu... so... saya ambiklah gambar kulit buku kat blog kak NB.
norhayatiberahim.blogspot.com



Selamat membaca untuk saya,....

Balik ni nak kena kumpul majalah and buku2 yang boleh dimasukkan di Library Kampung ku Nan tercinta....



Sunday…. How am I make use my time…

Ahad… seperti biasa…. Saya selalu keboringan di rumah.
Apatah lagi hari ahad saya tidak seperti selalu, saya hanya duduk terperap di rumah.
Namun akur dengan kehendak dan keadaan.
Ini masanya saya berkhidmat kepada orang tua… Alhamdulillah… Allah memberi peluang
Untuk saya merasainya. Memang tidak dinafikan… kadang timbul perasaan kecil hati, bila mana apa yang kita lakukan tidak memuaskan hati orang tua,.. Kadang rasa nak marah balik bila kena marah atas sesuatu yang tidak masuk akal… Kadang rasa.. nak lari saja bila terasa apa yang dilakukan tidak memberi makna….
Alhamdulillah… Allah masih memberi kekuatan kepada saya untuk terus melayan mak dengan baik.
 Saya berusaha sedaya upaya untuk menggembirakan hatinya. Saya berusaha memastikan di hujung minggu, saya luangkan masa dengan mak..  Saya tiada lagi aktiviti luar bersama rakan. Dan saya juga tidak menghadiri beberapa mesyuarat persatuan yang saya jadi AJK kerana tidak sampai hati meninggalkan mak saya di rumah di hujung minggu begini. Apatah lagi weekdays.. biasanya waktu balik saya dari sekolah adalah apabila jarum menunjukkan angka 5.
Hari ini saya rancangkan untuk membuat kek… bagi mengisi masa di hujung minggu.. dan kek itu saya kirimkan buat rakan saya di Kuala Terengganu atas jasanya memberi bahan-bahan Pengajian Am untuk digunakan oleh my friends. Alhamdulillah.. cake nan sebiji itu berjaya direalisasikan… Insya Allah esok akan terbanglah ia ke Kuala Terengganu… Moga hari selasa @ rabu akan tiba ke tangan  sahabat saya  di sana…
Saya juga menghabiskan masa dengan menelaah novel remaja (mode perasan muda) Coklat Penyet…. Hasil karya Norhayati Berahim… Novel itu sebenarnya saya belikan untuk anak saudara saya yang meningkat remaja HUSNA NAJIHAH BINTI ISA@DANIAL. Kira okeylah… Chiknya membaca dahulu.
Yang pelik bin ajaibnya… saya langsung tidak merasa hendak membuat kerja sekolah. Sedangkan saya tau saya ada skema jawapan yang perlu saya siapkan… OHHHHHHHHHHH…. Apa dah jadi kepada diri ini.????
Selain dari skema jawapan… ada juga dokumen yang perlu disettlekan. Itu tugas yang baru diberi pengetua last Friday. Tugasan bersama PK Tingkatan Enam dan juga KB Bahasa. Tapi at least saya dah ada draft untuk tugasan tersebut. Kalau My boss kata okey.. maka bermulalah tugasan tambahan kami tahun ini. Insya Allah dalam masa beberapa hari…. Kami boleh siapkannya….
Saya juga menggunakan peluang hari ahad ini untuk menonton kembali siri-siri New Gisaeng Story…. Saya tak jemu melihat kecantikan dan kelembutan watak Dan Sa Ran dalam drama ini. Ohhh… ini adalah  Drama Korea yang telah tamat saya tonton secara online… tapi saya tetap nak menontonnya di layar TV…. Beside that… I also watched NOBODY BUT YOU. Lawak and dramatic….. I really enjoyce it.
Petang.. jam 530pm… saya hidupkan enjin kereta saya untuk mencari goreng pisang … mak teringin nak makannya… tetapi..  di rumah tiada bekalan pisang pada masa itu. Terpaksa menunggu pasar malam oya dibuka.. so saya boleh memenuhi keiinginan my mak. Alhamdulillah ada….
Macam teramat busy aje saya kan….. hahahhahaha… saja je nak mendedahkan aktiviti saya hari ini…. Setelah semalam saya diserang pening kepala…yang teruk. Sampai saya rasakan dunia ini berpusing,,,, and sekarang pun saya dah rasainya semula…. Aduhhhh….  Moga tak seteruk last night.. Ya Allah…
Tolonglah hambaMu ini…………….




Salah siapa?????

Feel really un happy. Why???? Kenapa? Apa puncanya????

Sebab manusia tak memahami…..

Semudah itu menyumpah seranah dan membenci sesama manusia

Tanpa menilai  rasionalnya… tindakan yang diambil…

Kadang tak faham….  Bila mana kita sering alpa dalam melihat

Kelemahan diri…..  kita hanya tau menyalahkan orang lain.

Kita  selalunya melihat sesuatu keputusan itu dibuat dari

Satu aspek sahaja….

Kita juga sering terlupa….. kelemahan yang ada ddalam diri kita…

Mudah-mudahan… Allah  melindungi diri ini dari sifat seperti itu.

Kita sepatutnya… seharusnya… semestinya… kena selalu beringat…

……… Apa yang perlu selalu diingatkan… 




Halwa telinga