Saturday, September 24, 2011

Apa nak jadi agaknya?

Hari ini saya menghabiskan separuh hari di pejabat, berusaha menyemak buku-buku pelajar saya dan kerja-kerja yang terbengkalai.

Entah macam mana saya terjumpa satu surat yang perlu perhatian saya sebenarnya

Tapi oleh kerana pelajar yang ditunggu tak juga muncul.. saya jadi lupa.

Saya teringat pada pelajar ini,

Kurus kering orangnya, gelap mungkin kerana banyak berjemur..

Tapi mungkin itu perkara biasa bagi  orang kampung seperti kami..

Apa yang berlaku ke atas pelajar ini sebenarnya amat menyedihkan.

Tapi siapa yang harus disalahkan...???
Sudah sekian lama pelajar ini tidak bersekolah.
Apabila ibunya memohon untuk berhenti sekolah  bila mana tak tahan kerana sering dipanggil ke sekolah kerana salah laku displin anaknya.

Saya pernah bercerita dengan pelajar ini tentang kegiatan nya di luar.... mungkin tak tercapai dek akal saya..

bagaimana bijaknya anak ini mencari duit...

bagaimana petahnya dia bergaul dengan orang yang lebih dewasa...

bagaimana bijaknya komunikasi skillnya sehingga mampu membuat deal dengan orang yang lebih dewasa...

Apa yang dilakukannya di luar pagar sekolah...

Merokok...??? itu memang kebiasaan dalam hidupnya

Menghidu Gam...?? Juga perkara yang menjadi hobi..

Minum arak... ???? telah dilakukan sejak tahun 6 lagi.

Berjudi....??? wah... dia akui sebagai cara paling cepat nak dapat duit banyak.

Nasib baik bila saya tanya.. ada kacau anak darta orang.. dia kata .. dia tak berani..

Apa yang ditakutkan????  Takut kalau terlanjur susah nak berundur.

Bijakkan/.....???? walau usia baru 14 tahun... dia boleh membezakan mana yang boleh menghancurkan hidupnya paling cepat.

Walaupun aktiiviti lain ... sama aje bahayanya pun...

Ibu pelajar ini telah mengambil sijil berhenti dan sudah menghantar segala buku teks...

Pelajar ini adalah pelaajr yang miskin..

Bapa hanya balik 3 atau 4 bulan sekali (my father pun sama juga dulu. tapi alhamdulillah kami tetap jadi manusia)

Bapa datang berjumpa saya selepas cuti hari raya..

dan seperti biasa saya beri procedurnya... dan  ... pengetua kata terima saja pelajar ini kembali ke sekolah

So saya berpesan kepada Guru Kelasnya yang memang mengenali keluarga ini...

But till now..... bayang pun tak nampak budak ni ke sekolah.

Terfikir lagi... yang nak bersekolah adalah bapa... ke anak????

Mak dia memang dah tak nak dah uruskan hal anak dia.

So... bagaimana ya... nasib anak ini. Yang masih muda dan tenaga terlalu sedikit

untuk dikerahkan ......

Mengharap agar anak ini akan berubah dan mencari hala tuju sebenar hidupnya.

Moga dia takkan terjebak dalam perkara yang lebih teruk lagi...

Moga anak-anak didik yang lain tidak memusnahkan hidup dengan perkara negatif seperti ini...

Sedih rasanya,... bila anak bangsa semakin hanyut dalam benda yang memang sedia maklum merosakkan masa depan...

Tapi ... siapa yang harus disalahkan...???

Sekolah @ Ibu @ Bapa @ Masyarakat??????

Friday, September 23, 2011

Kencing Manis di Usia Muda

Bukan saya oleky.... hehehhehe

Hari ni saya membawa seorang pelajar berbangsa Iban ke Hospital Dalat.

Actually awal pagi dia jumpa saya bagitau nak ke klinik Oya...
Oleh kerana Penyelia Asrama tak de (bercuti) saya minta dia jumpa saya jam 740 pagi tadi,
But what happen... dia tak datang on time. Apa yang berlaku adalah dua orang ibu palajar telah datang dan berjumpa saya kerana kes disiplin anak mereka.

Tamat perbincang jam dah menunjukkan 930pagi... and budak tu masih menunggu di luar.. dalam keadaan lapar...


Kebetulan ada guru yang boleh bawa.... so saya pun pergi membawa diri untuk makan...

selesai makan.. uruskan beberapa perkara...  and oh..........no..........

Budak tu diminta ke hospital dalat.

Saya dah agak mmg something wrong... tapi tak menjangka kencing manis....


Dah buat registration ... and tiba masa nak jumpa dr...

Kandungan gula dalam darahnya a bit high 17.29. not a bit..okey..

Really very high for those at that age. 14 years all.

Then jumpa dr... dengan saya2 sekali kena panggil oleh dr....


Saya cuba ckheck di Info sihat... kementerian Kesihatan Malaysia... tapi mood nak balik.....

But yang really mengejutkan saya... only 14 years all. dengan berat badan yang tak seberat saya... and muka yang cantik.... penuh lemah lembut... kena kawal pemakanan. i hope tak de lah sampai ke pankreas dia bermasalah.

Yang bestnya.... kemi balik dengan dibekalkan satu gelen untuk dia simpan air kencing dia for 24hours. I think around 1 or 1.5 liter kot. (macam gelen yang my dad guna untuk beli minyak enjin motor sangkut dia)

And balik dari hospital singgah sebentar di pasar Dalat sebelum dia kebuluran.....

Tak jadi belanja dia roti canai.. so beli dia crackers ajelah

and Munchy's crackers


and.. air soya satu tin and drinking water....

Air soya okey ke untuk someone who got diebetis....????????

Okey... lain kali citer lagi... na balik last night miss series New Giseang Story....

Thursday, September 22, 2011

kala Gembira

Masa gembira seolah-olah dapat trpohy kemenangan


Sudah lama tak merasai perasaan itu.

Kegembiraan... kemanakah perginya

Sudah sirnakah dari hati ini....

Hari ini.. kegembiraan saya semakin susut...

setelah menunggu lebih 3jam
Thanks mr. google

menunggu untuk membawa my mum berjumpa dr pakar. Nasib baik.. dr tu penuh dengan senyuman.

(may be sebab tu satu ketika dulu pernah jatuh hati pada seorang dr... dimana dia sekarang ya????)

and layanan yang baik kepada my mum and menjawab setiap soalan dengan baik.

Balik ke sekolah.. oh no... my table.....

what happen... rupanya memang dari pagi tadi dah meja saya 

tinggalkan begini


thanks again mr. google

kalau macam ni okey lagi...

tapi lagi bersepah dengan buku2 and dokumen..

and ada sebiji dragin fruit on my table....
(kwn saya sedekahkan pada saya semalam dan saya lupa nak bawa balik)

Teringat pula .. petang ni ada ceramah / bengkel kecemerlangan SPM..

bahan semua dah sedia dalam powerpoint... tapi

kepala sakit and kaki tak leh berdiri lama...

So... kena swastakan lagi pada Ketua Panitia Pendidikan Islam.

Thanks Ustz, Siti Zawiyah.

Tak habis yang tu.. malam ni ada Program Munajat Kecemerlangan PMR, SPM dan STPM

Bawah panitia pendidikan islam juga...

Sekali harung semua hari ni...... huhuhu..penatlah saya macam ni. 

Dengan malam yang tak lena... sejak dua tiga hari ni...

Bersabar sajalah....

Ada tak apa-apa yang boleh menggembirakan saya hari ni...

Yang buat saya senyum dan gembira...


Thanks again mr. google

Macam ni kan best.....????

Kuatlah duhai Ati............






Awal Pagi

Hari ni.. bangun seperti biasa jam 4.30pg. and saya mendapat massage

that can make me smile and at the same time make me cry...


Ya Allah... moga dia mengingati saya.....




My Feeling...........

My feeling hari ini... entahlah...

thanks.. pada photobucket
dah feeling nak crying dah ni... but...


i told my self to be stronger.

Nasib baik ada seseorang meluangkan masa

bersembang dengan saya... Thanks friend.....

So .. at least the feeling gone for a moment


But then.. it's came back......

Ya Allah ,... help me.


Tuesday, September 20, 2011

Sakit Dalam Lutut

Malam tadi... saya betul2 sakit di lutut... sakit teramat

sampai saya menangis.

Sedaya upaya menyembunyikan tangisan from my mum

Takut dia susah hati tengok keadaan saya yang begitu payah nak berjalan

Kali pertama saya rasa macam tu.. Hanya Allah yang tau...

Hari ini... dengan susah payah saya bangun dan menuju ke sekolah...

Tapi rasa sakit di kaki masih terasa...

Membuatkan semua kerja tergendala.

Lastly saya gi klinik..... untuk melawan kata2 MA yang bertugas.

Hahahhaa.... memang selalu lawan kata MA or MO pun sebenanrnya

And lastly MA tu kata ada jangkitan kuman dalam lutut and dia bagi ubat apa ntah.

Selepas beberapa jam makan ubat tu.. baru rasa kurang. May be sebab saya masih sibuk nak berjalan2 sebab tu
kesannya lambat sikit kot....

Kesimpulan nya.. Allah bagi isyarat untuk saya berhenti dari berjalan...

So jawapannya... esok pagi kerja bercakap dalam perhimpunan pagi di swastakan kepada  PK2 lain.

 hehehehehhehheh.......

Halwa telinga