Sunday, October 3, 2010

Tak Puas Hati

Manusia memang sentiasa tidak pernah merasa puas dengan nikmat yang Allah berikan. Bila terasa lapang…mula merungut kebosanan…. Boring dan apa jua perkataan yang sewaktu dengannya. Tapi bila dah kerja banyak…. Nak senyum pun payah.. mula lah mengatakan letih.. penat… tension.. stress dan pelbagai lagi perkataan yang menggambarkan ketidaksukaan dengan kerja atau tugasan yang menimbun itu.

Itulah juga diri saya ni. Sebenarnya kerja ada lagi yang belum siap……tapi entahlah.. terasa boring pula di rumah .. cuba melelapkan mata tak bleh dan akhirnya.. aku menghadap juga benda alah ni untuk menghiburkan hati. Kerja sebenarnya ada beberapa lagi nak kena buat. Seperti berikut : (ala-ala surat rasmi lah)

  1. Soalan latih tubi tingkatan lima
  2. Marking paper Ujian Progresif Tingkatan Lima
  3. Powerpoint untuk program sentuhan akhir PMR
  4. Senarai semak tugasan untuk persediaan PMR form Three
  5. Baca buku cerita
  6. Dan ada lagilah senarai yang agak panjang (sebab tak nak memening kepala…yang betul2 penting tak leh ditypekan di sini)

So hari ini…. Dek kerana kebosanan yang begitu tinggi sekali peningkatan indeks nya… saya pun membuat aktiviti lain yang tak berkaitan langsung dengan bidang tugas saya sebagai seorang guru.. tetapi berkaitan dengan tugas saya sebagai seorang perempuan (chewah) Saya menukarkan cadar bilik saya…. Membasuh cadar dan comforter yang saya pakai sebelum ni… kemudian saya membasuh kain sembahyang…. Tuala… serta mengemas bili saya. Awal-awal pagi lagi saya dah merendam ayam untuk memasak…. Ini perkara yang saya tak suka sebenarnya,,,memasak… tapi hari ni tetiba je bersemangat untuk memasak… maka siaplah dua menu saya… (hehehhee..macam banyak) ayam masak merah dan ikan masak dengan garam dan asam aje… sedap…

Lepas solat Zohor…. Tak tau lagi nak buat… Nampaknya..pilihan terakhir saya adalah layan computer games yang baru saya install and layan mata saya… serta laying novel…………. Bestnya…… Kerja-kerja atas tu… tengoklah bila-bila saya dah terdesak saya buatlah….. huhuhuhu (Dasar manusia lupa diri)

Halwa telinga