Thursday, November 26, 2009

Kenangan Silam Kes You Tube......



Menanti kehadiran KPPM.... tak larat nak berdiri..... sedih sungguh



Melihat gambar ni teringat kisah lama..... hanya yang tau keadaan sahaja memahami kenapa situasi ini berlaku..... huhuhu. Kawan datang tidak dilayan. Semua perkara terpaksa dipastikan okey.... dan yang paling dahsyatnya hanya beberapa bulan selepas itu baru dokumen tu diperlukan... dan yang paling malang sekali... kerana peristiwa hitam 12 March 2009 itu telah membawa saya menjadi Ketua Warden.. di SMK Oya. Nak menangis atau tidak masa tu... tak tau... Nak tolak tak mampu nak terima pun sakit diri sendiri. Tapi yang pasti ia adalah pengalaman paling berharga buat saya sebagai pengalaman hidup dan pengalaman yang menjadikan saya lebih berhati-hati dalam menjalankan kerja. Cuma yang pastinya..... sakit hati pada yang menguploadkan ke You Tube belum lagi terubat... walau apa pun thanks.. sebab ia telah mendewasakan saya dan menjadikan saya lebih berpengalaman dan lebih berani... chewaah....



Mesyuarat lembaga disiplin sampai 730pm. Muka serius... dan tension... sampai nana tertidur kepenatan...

Terima kasih untuk semua yang begitu memahami keadaan saya masa tu. Thanks mak, bapak, jay and family yang sentiasa bersedia mendengar luahan hati. Tapi... saya akan ingat kata-kata cikgu Piel... my pengetua (pada masa tu)... sebaik saja telah selesai jamuan and ketika kami ke rumah nya.... "Ustazah.... pentingnya ada seseorang yang boleh berkongsi segala derita dan kesedihan kita. Kejayaan seseorang itu perlu ada sokongan dari belakang...."

Mana lah saya nak carikan... Cikgu Piel... selalu buat saya terkedu.. walaupun biasanya... mulut cepat aje nak jawab kata2 orang.

No comments:

Post a Comment

Halwa telinga