Saturday, February 16, 2013

Syauqi Azizi..... Cukur Rambut

Kenduri Cukur Rambut Syauqi Azizi

akhirnya selesai. 

Akhamdulillah,,... hajat mak dah tertunai

Walau ada sesuatu yang terkesan di hati..

But let it go....

My father... semasa zikir.. 
duduk menyambut tetamu di pintu rumah

 Antara tetamu wanita yang hadir
 My fav.. tapi kena buang nenas terlebih dahulu baru boleh di telan


 My Youngest Sis.. jadi main person.. or runner.. and chef assistant
senang cerita.. event manager for the majlis

Sebab apa yang tak de dia buat semua...

nasib dialah,.. sebab boleh bercuti berbanding saya yang kerja
and tengahari tu lari balik rumah

Petang saya ponteng agenda di sekolah
and terlupa maklumkan ketidakhadiran kepada Pengetua.

So call PK Pentadbiran ajelah..

 Saya dengan baju and tudung masa kerja....
Memang tak sempat bertukar or buat apa2..

 Baby yang dah hampir tiga bulan
Lambat sebab.. maknya baru kehilangan ibunya
sebelum kelahiran dia

So...
terpaksalah hormat sekejap adat yang ntah apa2 demi
jaga hati keluarga sebelah isteri


 Semasa majlis bercukur...

 Bapa mertua abang saya... menggunting sedikit rambut cucunya......


 Tetamu menimmati jamuan yang serba sederhana


 Salad sayur... salad.. timun.. nenas.. epal and kuahnya
yang hitamnya adalah kismis... yang
danish katakan sebagai Tahi.....kahkahkah

Sampai termuntah dia bila saya paksa makan...
(makcik yang kejam..kankan)


 Telur  sos....
Kuah sos adalah hasil simpanan mak saya dari bungkusan sos-sos KFC
yang tak habis dimakan

memamng berlebihan walaupun dah prepare for 30 hidangan

DANG Durian....
maknanya????
 durian yang telah dicampur dgn sesuatu yang saya tak tahu..

senang cerita macam dodol durianlah.... hihihi

Di hidangan golongan orang lama.. licin  benda ni..

tapi dalam golongan orang  muda  tak terusik pun..

Hari ni saya makan banyak benda ni,,,,...

hihihihi...

Wednesday, February 13, 2013

Better stop...


Memang tak boleh dah... so... malam ni

saya berhenti dulu... but before that..

awal2 dah ingatkan my partner utk standby for stay back tomorrow.

Apa nak dibekal ya... semasa buat kerja tu esok.....


Apa pun yang penting senyum...

Pergi kerja esok dengan mood yang elok setelah bercuti 5 hari 

walaupun hakikatnya tak cuti pun sebab kerja semua bawa balik rumah.

And masa cuti dipenuhi dengan kerja-kerja sekolah...

Walau apa pun

redhalah.. kerana sesungguhnya setiap pengalaman

setiap kepayahan.. setiap ketensionan

adalah guru yang paling berharga


dan 

pengalaman yang tak ternilai 

bagi menempuh kehidupan yang kita tak tau

bagaimana perit dan coraknya masa depan.

So... anggap lah ia sebagai satu latihan ketahanan

Ketahanan mental... fizikal... dan jiwa....

Dan masa ni... saya teringat pesan my x-boss...

Carilah seorang yang boleh berkongsi

segala rasa dan keperitan... sekurang-kurangnya ada tempat melepas rasa...


???????

Masalahnya Ada ka?????

Ntah........

Motif apa saya letak gambar ni????

Ntahlah.... nampak macam meaningful aje...

but...

entahlah



Kepala tengah bengang ... and rasa dah nak nangis sangat2...



Helpppppppppppp


Helpppppp

Rasa dah nak nangis ni.. 

dah berapa kali susun atur...

Bila rasa2 macam dah siap...

Semak balik.. still PI yang bermasalah.

Takkan nak biarkan dia orang  8 waktu satu hari kan

Huhuhuhuhu...

Doakanlah diri ini...

Permudahkanlah urusan hamba Mu ini Ya Allah.

Nak nangis yang amat... kepala pun dah berdenyut...

Sekarang last.. percubaan.. 

kalau masih berlaku juga...

Maka... jadilah apa yang seperti ditentukanoleh sistem.

Ya Allah.. permudahkanlah untukku

memudahkan orang lain....

Amin Yarabbal a'lamin



Monday, February 11, 2013

I wishhhhhhh...........


I wishh,,,,....

That i can have a break

That i can go somewhere... and see some one

That i can spend  time with someone...

That i can ...........................

Resepi Roti...

Saya jumpa resepi doh ni...

Rasa nak cubalah...

Check di blog ini I SINI

Doh Asas Roti dan Buns
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
400gram tepung roti
100gram tepung gandum
4 sudu besar susu tepung@skim milk
5 sudu besar gula + 1 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
3 sudu besar butter@marjerin
240ml susu suam@air suam
8gram kecil yis
4 sudu besar water roux
resepi water roux di SINI

* untuk gliss*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 3  bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan  mengikut bentuk yang digemari, ros buat redbeans stolen buns, roti bintang dan roti marble, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang. Masa pembakaran bergantung pada saiz bun dan roti.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih,  masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.


Halwa telinga