Sunday, November 1, 2009

Mak dan Bapak berangkat

Keluar dari bilik arrival di Lapangan terbang Antara bangsa Kuching

Di Lapangan Terbang Sibu.. Mak dan Bapak bersama saudara mara


Di rumah.. sebelum berangkat ke Sibu

Aturcara keberangkatan mak dan bapak ke Kota MadinahPada 28 Oktober 2009 jam 8.00 pagi kemi melalui jalan yang agak teruk dan meletihkan untuk sampai ke lapangan terbang sibu. Dengan menaiki dua buah van kami memulakan perjalanan dan sampai ke Lapangan Terbang Sibu jam 130 tengahari. Mak dan bapak terus ke Surau utk solat. Aku menguruskan segala keperluan mak dan bapak selepas aku, jay dan usu check in untuk diri sendiri. Seronok juga naik penerbangan yang sama dengan jemaah haji... terasa tak sabar untuk aku sendiri berangkat ke sana. Gambar-gambar yang menunjukkan perjalanan mak, bapak, jay dan aku dari Sibu hingga ke Kuching. Masa ni aku tak terasa sangat sebab aku sama penerbangan dengan mak dan bapak.Pada 29Oktober jam 7.10 malam mak dan bapak aku berangkat ke tanah suci madinah. Aku dan 5 orang lagi adik beradik aku, kakak ipar, adik ipar dan anak-anak saudara lepak di Lapangan terbang Kuching menunggu kapal terbang berlepas. Aku tak dapat menahan sebak. Sejak dari hotel hingga saat mak dan bapak aku check in... aku tak berenggang dari kedua orang tua ku. Huhuhuhu... aku tak mampu menahan kesedihan untuk berpisah dengan orang tuaku. Tapi aku relakan pemergian mereka diiring doa' moga keduanya selamat pergi dan kembali. My big brother menasihati aku supaya.. membiarkan orang tuaku tenang menjalani ibadah di tanah suci.
Pada 30 Oktober 2009, My secong brother, Aziz stranded di Kuching kerana flight delayed dari KL... so aku, jay, kak aya dan Azhan dapat lepak di Four Points (Sheraton Hotel) yang disediakan mas untuk abang ku.... malam ni aku dan adik beradik ku yang lain berkumpul dan bergambar bersama.. tapi Adi tak de bersama kami. Lain kali mungkin kami 8 beradik akan dapat berkumpul bersama InsyaAllah.
Ada kesempatan nanti aku uploadkan gambar kami di four points hotel... bestnyer

No comments:

Post a Comment

Halwa telinga