Saturday, July 17, 2010

Saturday.........

Agak boring hari ini dirasakan. Berada di rumah seharian. Dengan kata lain.. saya hanya duduk di rumah. Dari pagi saya berkurung dalam bilik. Beberapa perkara berkaitan tugasan dan tanggungjawab telah saya selesaikan sepanjang hari ini
  1. Kertas konsep Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Kecemerlangan Murid 2010
  2. Persediaan mengajar till next week
  3. Laporan pemantauan KPMP form 3
  4. Jadual waktu Program Bestari form 3 bestari & 5 bestari
  5. Kertas soalan percubaan PMR 2010
Tapi saya tak sempat menjenguk blog saya sepanjang hari ni. Dah malam baru teringat nak come online. Tapi sakit hati sangat-sangat bila internet punya connection really very-very slow. Yang ni pun bukan main payah dan berjanggut tunggu boleh dapat. Publish dulu catatan entah apa-apa ini... untuk beri laluan kepada aktiviti lain pulak,,... see u

Friday, July 16, 2010

Permohonan GC DG48

Semalam saya membaca iklan permohonan untuk jawatan Guru Cemerlang DG48. Saya menelek... menilai... layak ke tidak untuk saya memohon jadi Guru Cemerlang. Apa kelebihan yang ada pada saya? Apa sumbangan yang saya dah buat untuk Pendidikan Islam? Apa sumbangan saya pada sekolah? Apa sumbangan saya pada masyarakat? Lepas tu.. kena tulis karangan memuji diri sendiri. Kalau satu aje tak pe.. Ni sampai dua karangan. Dah selesai kes karangan..kena pulak ada inovasi.. Kalau setakat set latih tubi and power point presentation ada gak satu dua.
Dah puas saya memembelek-belek borang ni.  Gambar pun dah diprint oleh Kertina Naim. Tapi saya merasakan macam tak layak je.Macam mana ya. Kalau ikut peluang kerjaya memang menarik. After 3 years dalam DG48.. boleh memohon DG52. Memang cepat naik. Tapi rasa... macam diri ini tak layak je. 
Puas dah fikir...ni..macam mana ni. terasa memang tak layak tapi... saya rasa tugas sebagai Guru Kanan ni pun sakit jugak. Kalau boleh memang saya  nak jadi guru biasa aje. Otak lebih ringan..kepala lebih senang. Jadi Guru Kanan... aduhhh... payahnya rasa. Nak tegur2 orang.. diri sendiri pun tak sempurna mana. Nak ngajar orang... saya ni pun entahlah....  Berat rasanya menguruskan bidang saya yang penuh dengan pelbagai ragam guru.
Kalau ikut-ikut kan hati memang saya isi.. tapi..............................

Gambar ini tiada kaitan langsung dengan entry di atas...

Thursday, July 15, 2010

Pemeriksaan Kesihatan

Hari ini ada pemeriksaan kesihatan di sekolah. Bermula jam 9.00 pagi tadi. Tapi saya hanya pergi ke Bilik mesyuarat untuk tujuan tersebut pada jam 1240 tengahari. Sebabnya... kelas saya hari ini 4 waktu dari jam 8.20 hingga 1120. So, sudah pastinya saya mengutamakan kelas dahulu. Bukan nak tunjuk rajin tetapi sememangnya itu tanggungjawab yang mesti saya dahulukan. Itulah sumber rezeki saya.. so kenalah jaga betul-betul.
Tepat jam 1 petang saya membuat pemeriksaan.... Titik-tik kat tangan dengan kaki... kiri dan kanan. Lepas tu tengok bacaan dalam laptop. Keputusannya..... normal.. cuma  ada part yang kena jaga.... hahaha... sebetulnya semasa saya membuat pemeriksaan tu... saya tengah sakit kepala dan sakit gigi juga.  Sebab tgk yang bahagian markah yang tinggi tu melibatkan sakit kepala.. bahu leher dan gigi. Memang saya rasa tak selesa. Teramat-amat tidak selesa. Sekarang ni saya tengah merehatkan minda dan kepala .... tapi tak boleh balik.

Wednesday, July 14, 2010

From my belove brother

Buku ini adalah buku yang sama dapat dari my brother pada bulan Mei lepas.... it's really very very useful. Saya amat menyukai buku ini (ayat darjah satu). Bukan kerana rupanya yang cantik dan berwarna warni... tetapi juga kerana kandungannya yang lengkap dan amat mudah memahami kandungannya. Ia amat bernilai bagi setiap org Islam
Buku yang saya maksudkan ialah...

Terima kasih..... Jid.... I really appreciate it. Mudah-mudahan kita akan mendapat keberkatan Allah dan dikurniakan hidayah untuk menjadi hamba Allah yang taat. Amin.. ya rabbal a'lamin

Tuesday, July 13, 2010

Umar Mukhtar "Lion of the desert"

Teringat pada zaman persekolahan (dekat2 nak menghadiri alumni SMKA Sibu ni.... mula lah teringat zaman-zaman sekolah dulu). Setiap malam minggu kami disajikan dengan tayangan video dan filem-filem yang pelbagai. Di antara yang saya ingat adalah Sundel Bolong... filem dari Indonesia yang kami tonton di gelanggang sepak takraw.... kawasan asrama lelaki. Wah.... masa tu.. hanya 120 orang saja kami yang menghuni SMKA Sibu. Kumpulan kami merupakan pelopor kepada SMKA Sibu pada tahun 1985. Saya menonton filem tu dalam ketakutan. Budak kecik tengok ceriya hantu.. biasalah. Siap bersembunyi di belakang tiang asrama. Tak terfikir langsung masa tu tentang... benda lain seperti ular or apa saja yang boleh menjalar keluar dari bawah asrama tua itu. Masa kami di sekolah ni dulu keadaan nya serba daif tapi... kami tetap gembira dan banyak kenangan manis yang dikutip di sana.
Saya teringat filem arab yang kami tonton masa dulu bertajuk Umar Mukhtar ..The lion desert. Dia merupakan musuh utama Itali pada masa tu. Strategi dan taktik peperangan yang dimiliki amat hebat dan seringkali menghampakan tentera Itali yang sentiasa memburu dan mencari peluang untuk membunuhnya.. Kehebatannya menentang dan mengalahkan tentera Italy menyebabkan dia di gelar Lion of the desert.
Saya pernah terbaca dalam sebuah buku yang saya lupa tajuknya... Umar Mukhtar mengatakan rahsia kejayaannya adalah mereka bertarung bersungguh-sungguh  untuk mati. Betapa hebatnya.... pegangan dan keyakinan mereka... sehingga mereka sanggup dan bersedia untuk mati.
Merenung kembali pada diri sendiri...  betapa jauhnya beza antara disri saya ni dengan perjuangan  Umar Mukhtar.. bangun malam untuk solat tahajud dua rakaat pun payah sangat2. Solat kadang-kadang diakhir waktu.. Andai direnung kembali dan ditilik.. dinilai dan dimuhasabahkan... tidak ditemui kelebihan pun saya di sisi Allah. Bagaimana ingin mengikut jejak Umar Mukhtar yang berjuang untuk mati... sedang saya ni...  nak mati rasa gerun sangat. Sebab bekalan diri.. aduh amat sedikit sangat2. Nak menghadapi soalan kubur... Mahsyar.. Hisab... Timbangan... melalui As-Sirat....  terasa syurga sayup nun jauh... di hadapan.. tapi neraka terasa begitu hampir. Ya Allah....
Betapa lemahnya hambaMu ini. dicerca sedikit .. dah lemah jiwa. menjadi bahan umpatan... dah rasa nak meletup hati dan perasaan. Dikecewakan.. terus berputus asa.... sedang diri sedar....  itu adalah peringatan2 dari Allah untuk terus memperbaiki diri. Ya Allah. ... jadikanlah hambaMu ini... hamba yang kuat menahan mehnahMu. Kuat menghadapi ujian dan dugaan... kuat menghadapi kesedihan dan kehilangan... kuat menghadapi apa jua yang mendatang.. baik maupun yang buruk.  Bantulah diri ini... Ya Allah..............

Life...

Hari ni... saya marah lagi dengan pelajar  kelas form five saya. Aduhai anak... kenapa tak faham-faham. Di tegur berkali-kali kesilapan yang sama  juga diulang-ulang. Kesian juga dengar rungutan dari guru-guru yang mengatakan semakin hari anak-anak ini semakin alpa dengan tanggungjawab dan tugas mereka sebagai pelajar. Guru bermati-matian berusaha utk kejayaan mereka.. tetapi anak-anak ini tak pernah nak sedar diri. Tak pernah nak memikirkan ibu bapa yang bersusah payah mencari rezeki. Merempuh laut... berpanas berhujan.... masuk ladang mencari rezeki untuk menghantar ke sekolah. Tak kesian ke... pada mak da bapa yang sudah nampak tua sebelum usianya. Aduhai anak-anak..kalau tak nak ingat ibu bapa sekali pun... ingatlah pada diri sendiri. Bagaimana dengan masa depan kalau pelajaran tak diutamakan.  Bagaimana nak menempuh hidup pada zaman mereka yang jauh lebih mencabar dari masa kini. Life is not easy. Andai kesedaran tak hadir dari dalam diri... siapa lagi yang boleh membantu kalian anak-anak semua.
Sakit, perit anak tekak guru sekali pun andai kalian tak berubah minda .. untuk memajukan diri.. siapa lagi yang boleh melakukan untuk kalian.  Atau anak-anak semua memikir bahawa .. andai anak-anak cemerlang dalam SPM kalian.. guru yang akan dapat keuntungan. Tidak  sama sekali anak-anak. Menjadi guru bukan tiket untuk kami menjadi kaya. maupun mengaut keuntungan. walau kerja hiingga ke dini hari.. apa yang kami kaut selalunya hanyalah hinaan dan  salah sangka masyarakat luar. Tiada satu sen pun yang kami perolehi dari  kalian. Gaji yang kami terima hasil dari keringat kami mengajar... menyemak.. dan apa jua tugas yang diarahkan tanpa mengatakan tidak...
sedarlah wahai anak-anak.... alam persekolahan yang sisanya tiga bulan sahaja haruskalian gunakan sepenuhnya. Untuk kalian merancang dan membina masa depan kalian yang lebih baik dari kami... lebih cemerlang... dan jadi kebanggaan ibu dan bapa kalian serta keluarga. Bangkitlah dari keseronokan yang bersifat sementara cuma. Bangunlah.... tempuhilah sisa-sisa masa yang tinggal untuk gapai kecemerlangan....

Monday, July 12, 2010

Makan-makan hari sabtu

Hari Teknik dan Vokasional.  Aktiviti utama adalah makan-makan. Selepas pelancarannya di pagi hari.. selepas itu... saya, Cikgu Kertina dan Cikgu salleh ke Pasar Sabtu Oya untuk membeli barang2 yang tidak cukup untuk menu hari ini. Sebenarnya banyak lagi menu yang terhidang tapi lupa nak ambil gambar. Yang ada hanya tertayang di bawah ni aje. Selepas itu, Cikgu Shazwan dan Cikgu Halfeez juga menyusul langkah kami bertiga. Aku sempat membeli seekor "fighting fish" utk menambah ikan di rumah...
Okey... tatapilah makanan-makanan di bawah ni... kalau terliur bukan salah saya ya.

 Ketupat nasi dan kuah satay
Tak habis dimakan sebab banyak makanan lain

 Umai yang sudah dimasukkan dalam frezer seharian

 Cecah Linut... tapi linut lupa nak diambil gambar

 Puding Jagung hasil tangan aku sendiri... itupun terpaksa direnovate semula sebab terkurang keras

 Ikan fresh from the sea... Cuma direbus dengan garam saja.... yummy  dua ekor habis saya makan memang sedap sangat2. Susah menemuinya ditempat lain. 

 Mohamad Irfan Rahimi bin Mohamad Shazwan
Makan dengan berselera hanya dengan menggunakan hujung lidah.. so cute
tapi tiap kali bapanya bangun... dia pun angkat juga

 Hasil tangan  yang ditemui di detik2 akhir sebelum keberangkatan kami ke rumah...
Hasil tangan Mohamamd Hakimi Khuwairizmi bin Mohamad Shazwan

 Cikgu Salleh menjadi bapa mithali menyediakan makanan untuk anak2 muridnya.
Cikgu salleh memang sempoi...... semuanya sedap..... Thanks Cikgu Salleh
(Murid derhaka... cikgu yang kena masak utk dia orang) memang tak patut

 Siapa pula yang merosakkan umai ????/
Umai yang melancong ke Kutub Utara sehari sebelumnya... terpaksa dipecahkan iceberg
dengan sudu. Aksi ini hanya boleh dilakukan oleh orang yang tertentu sahaja. Terutama wanita yang terdapat dalam gambar di atas (Jangan marah kertina)
SMK Oya.... yang indah dan hijau. Pemandangan ini bukan diambil pada hari kejadian di atas. Tapi pada tahun lepas. Selepas hari hujan. Memang diakui dan tidak boleh disangkal lagi... SMK OYa memang cantik.
Penghuninya juga cantik-cantik belaka..... 

Itulah sedikit panorama kehidupan di SMK Oya. Adakalanya manis dan adakalanya menghiris hati dan jiwa. Tapi itulah kehidupan. Kenalah tempuhi walau apa jua keadaannya. Di mana saja kita berada... pasti ada yang indah dan pasti ada juga yang mengecewakan. Ia adalah pengalaman yang tak mungkin mampu kita  beli dengan wang.... ia tak ternilai harganya.
Walau apa pun... dalam hidup kta perlu bijak menentukan yang terbaik untuk diri kita.. keluarga kita.. kawan2 kita... tugas dan tanggungjawab yang kita terima dan jua..  orang yang kita sayang yang ada di sekeliling kita... 

Sunday, July 11, 2010

Bad Sunday

Sunday... biasanya saya menemani my mother membeli barang keperluan rumah di pasar. Malangnya hari ni.. saya terperuk di rumah. Aduhhhhhhh... hari minggu yang saya rasakan tidak menarik langsung dalam hidup saya.
Last night... balik dari Malam Gerkorama SMK Oya, sakit kepala saya semakin teruk dan badan mula rasa lain macam. sakit kepala mula menyerang sewaktu di sekolah lagi... tapi di kuatkan hati untuk menunggu sehingga tamat. And balik.. my sister Jay, drove back home. Saya memang dah tak larat sangat2 masa tu. Nasib baik tergerak hati nak bawa Jay menemani saya malam tu.
Sampai kat rumah... lepas membersihkan diri.. saya mula mencari minyak angin... minyak angin tak jalan.. saya cari panadol... But.. lepas tu saya dah keluarkan semula apa saja yang saya telan. Memang habis semuanya..segala makanan yang sedap-sedap saya makan pagi semalam habis rugi semuanya....  aduhhhhh. Sehingga ke detik ini..kepala saya masih lagi terasa berdenyut dan tekak pun masih rasa tak selesa.. My mum syorkan ke Klinik.. Tapi mana ada klinik luar buka hari ni. Nak ke hospital.... saya memang tak nak. Sebabnya... saya tak berkenan dgn sikap sambil lewa dan ambil mudah petugas2 kat hospital especially kalau pergi luar waktu pejabat macam ni. Siap marah2 lagi kat patient yang datang. So.. saya duk rumah ajelah... dan merawat diri sendiri saja.
Last night... masa my mum dok ngurut badan aku.. my mum mula bercakap yang bukan.. asyik susah hati bila aku selalu sangat sakit macam ni. Dia risau tak de orang yang dapat jaga aku nanti...hehehhe. Insya Allah... Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk saya... mak. Serahkanlah pada Allah menentukan  segalaNya. Insya Allah.

Halwa telinga