Tuesday, November 3, 2009

Filling Gigi

Hari ni... aku membaiki gigi ku yang rosak.... Dan aku puas hati apabila benda hitam di gigi ku sudah tiada and berpuas hati juga dengan hasil kerja dentist yang tak menyakitkan .. Mula-mula aku rasa tak selesa... seolah-olah ada bende yang terlekat di celah gigi aku. Tapi semakin malam, semakin berkurangan ketidakselesaan itu.
Aku pergi bersama kawan ku.. PK F6 sekolah aku. Dia mencuci gigi,,.. dan menurut my friend.. dia rasa ngilu semasa dicuci... tambahan pula gusinya jenis yang sensitif... so berdarahlah juga .
Setelah selesai urusan dengan dentist, aku ke bandar.. sebab memang dalam bag aku langsung tak de duit dah.. So di sana kami ke bank kemudian pergi makan ayam yang tak berapa nak menjilat jari rasanya walaupun dia kata dalam iklan sehingga menjilat jari.... Selepas makan... sempat menjenguk tudung-tudung yang dijual di kedai pakistan.. tak de yang menarik.. kami meneruskan angkah ke pharmacy.. tak de yang penting sebenarnya...hehehehehe... kami mencari ubat gigi pemutih pula... konon-kononnya nakkan gigi yang putih berseri macam iklan colgate dalam TV. Gigi tak berapa nak cantik... berangan nak gigi putih.
Habis di pharmacy.. kami bergerak pula ke Ngiu Kee Supermarket... nak cari bekalan untuk esok hari sebab dah tak lalu dah nak makan di kantin sekolah. Dahlah maggi pun tak sedap... mahal pulak tu... ada ke maggi letak telur harganya mencecah 3 ringgit.huhuhu... so jalan baru kami adalah bawa bekal awal-awal, so.. save sikit money.....
Then.. kami drive balik.. sampai sekolah dah dekat jam 5 ptg... terpaksa le my friend mengundur diri... hahahaha nasib badan.
Tapi. rasanya aktiviti inilah yang menyebabkan aku rasa lapang sangat hari ni... bukan apa ... tengok.. orang yang memusuhi ku tak dapat mengelakkan diri apabila bertembung di bandar kecilku ini.... Biar mereka rasa sakit hati... melihat aku... and aku dengan muka selamba menegur mereka ... kawan ku berkata... lama-lama selalu sangat sakit hati... nanti kena penyakit hepatitis B. Lalalalalalala

No comments:

Post a Comment

Halwa telinga