Friday, December 23, 2011

Keputusan PMR 2011 of SMK Oya

2011.... calon-calon yang mencapai keputusan yang cemerlang.. tahniah diucapkan.

Bagi yang kurang cemerlang... tiada peluang untuk and a mengulanginya lagi...

Tapi tidak bermakna di situlah penamat perjuangan anda. Pasti akan ada  peluang untuk anda

memperbaiki kualiti diri anda dalam peperiksaan yang sterusnya yakni SPM 2013. Bukan hanya perlu

yakin pada kebolehan anda... tapi mestilah seiring dengan usaha yang dilakukan. Pastikan usaha

bukan  hanya  semasa di Tingkatan Lima tetapi... bermula sebaik anda mengetahui dimana kedudukan

anda di Tingkatan Empat.... huhuhuhu bukan main saya berleter kat sini.. macamlah student saya

dapat membacanya....

Actually... tahun ni saya agak kecewa dengan keputusan  yang diperoleh oleh murid saya yang 40 orang tu... 13 sahaja yang dapat  A, seorang C dan selebihnya B. What wrong. ?????  Tertanya-tanya di mana silapnya. Sedangkan sehingga detik terakhir saya memberi tips dan perkara yang saya sampaikan... disoal dalam peperiksaan.

Mungkin sebab tahun ni... saya kurang menyemak latihan murid saya.. dan selalu juga kelas saya tinggalkan kerana tugas

Mungkin saya terlalu tegas dalam pemeriksaan kertas jawapan dan latihan murid.. sehingga mereka hilang keyakinan

Arghhhhhhhhhhh... pelbagai kemungkinan muncul dalam minda saya. Selama ini Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran yang menyumbang kepada GPS sekolah.. tapi... kali ini jatuh...

Namun tetap bersyukur sebab Pendidikan islam masih berada di tempat kedua dari segi GPS nya... syukur.... dan seperti mana jangkaan saya.. memang 4 orang akan gagal. Tahun lepas hanya seorang... tu pun sebab budak tu tak hadir sekolah sejak Mei. Tahun ni..... nangis pun tak guna.

Saya juga bersyukur dalam keadaan GPS sekolah menurun tapi peratusan lulus minimum D sekolah meningkat ke 80.70. So... tahun ketiga menunjukkan peningkatan walaupun peningkatan yang kecil.

Doa' saya moga 2012 keputusan lebih baik lagi dari segi peratusan dan juga GPS ... and Pendidikan Islam mesti meningkat. Walaupun bukan saya yang akan menjaga dan memantau perkembangan calon PMR sekolah.. saya percaya... guru yang menggantikan saya,... mampu melakukan jauh lebih baik dari saya. Genevie  pasti boleh melakukannya. Don't worry, I will always help u... cuma kekangan kerja membataskan segalanya.....  Yakin boleh ..Gen

p/s ... hari ni saya baru tau kegunaan Link kat atas tu... huhuhuhu... memang outdated betullah kan...

Tabita Skin Care

Hari ni Tabita Skin Care yang dipesan melalui blog peejburhan.blogspot.com telah selamat saya terima

Alhamdulillah sesangat sebab my skin care dah sampai tahap licin dan nampak muka dah.

Bekas pun dah saya buang.

Rasa tak percaya saya  menggunakan skincare ini untuk membaikpulih muka saya yang penuh dengan

daki-daki yang susah nak ditanggalkan. Alhamdulillah dalam tempoh sebulan penggunaan memang

nampak perbezaannya.

I tau i tak lawa.. tapi teringin kulit nak lawa okey... hahahahha berangan...

Tetapi serius memang berkesan. Lebih-lebih lagi sejak dua menjak ni saya selalu tidur lewat nak

siapkan kerja sekolah.

Kalau time saya buat master dulu.... memang horrorlah tengok muka saya. Layu dan kusam sebab

terover berjaga malam. Tak tidur sampai jam 4pagi and jam 5,30 kena bangun  sebab jam 6pg dah

kena pergi sekolah. Masa tu memang tak langsung rasa nak jaga kulit muka ni.  Cukup le pakai

cleanser, moisturiser and bedak serta gincu. Sampai sekarang pun lagu tu okey. Mimpi le kalau

saya cat muka saya dengan berbagai benda.. walaupun ada lah dalam simpanan saya. Hahahaha.

Sebelum ini saya order mahal gila.. rm460 untuk exclusive set.

Berbalik pada topik... benda tabita.. kan lawak je bunyinya.  Selepas saya mengalami kelukaan dan

keperitan yang teramat last Oktober  and November, saya mula mencari sesuatu nak mengubat hati... and pelik kan.. mengubat hati dengan skincare... Masa tu saya rasakan ... saya ditinggalkan sebab saya

tak cantik.. (tapi memang hakikatnya pun) tapi after 9 years okey.... memang agak merana jugaklah.

. cuma orang tak tau aje. Sepanjang November   saya gila nak membeli.. and told my friend Nana

haisimatakuyu.blogspot.com  lastly saya nekad jugaklah nak try.

Mahal pun mahal lah.... And minggu pertama saya pakai .. belum terasa sangat ... tapi masuk hari ke

lima (ehhh .. hari kelima tu masih minggu pertama kan) biarlahkan...  Adumak.. seksanya... dengan

muka mula mengelupas.... raga gatal... and teramat tak selesa.  Dah nak give up dah sebenarnya,  tapi

adik yang jual kat saya ni kata sabar kak... (no. tel adik ni pun dah hilang bersama telefon

kesayanganku) huhuhu... Saya bertahan....


and sedikit demi sedikit ada perubahan.  Keseksaan dia semakin menghilang. Alhamdulillah.... Nak

juga tunjuk perubahan tapi.... malas nak cari gambar lama dan baru. Atas meja saya adalah hahahaha...

My bff said... dia suka.. sebab muka saya nampak lebih cerah..... suka... suka walaupun saya perolehi

dari kelukaan dan keperitan


Tapi suka tau... bila tak perlu sibuk dengan faoundation bagai untuk menutup cela dimuka... sekarang

saya keluar rumah tanpa pakai faundation... memadai dengan tabita skincare. Itu pun saya pakai awal

pagi je.  Kalau keluar petang saya... cuci muka.. then saya keluar cam tu aje. Macamlah sebelum ni

pakai make up kan..  But really like it.  Suka yang amat. Harap-harap.. walaupun saya tak cantik... tapi

saya nak kulit muka yang at least tak de segala mak nenek warna hitam tu... huhuhu.



Thanks.... a lot for tabita... Hahahahha...

Wednesday, December 21, 2011

Azam Baru ... 21.12.11

Hari ni saya berazam untuk balik awal...

Alhamdulillah hari ni pengetua dah ada kat sekolah


Lepas maklumkan apa2 maklumat yang perlu dilihat segera...


Saya melepak dalam bilik dengan kepala yang rasa macam tak berapa nak stabil..



So.... azam saya hari ni adalah untuk balik awal... dan tidur di rumah... setlah berjaga sampai

jam 4am pagi tadi.  Nak bangun lewat... memang tak jalan. Lepas solat subuh... tidur balik

730am dah bangun balik. Ingatkan nak tidur sampai jam 9am ke 10am... Mata tak nak tidur pulak


Sekarang ni pulak tak leh nak buat apa... ngantuk gila babas... Kalau ada bantal sure dah menidurkan

diri ni......


Dek kerana mata ngantuk... and tak boleh nak buat kerja... so kerja yang mampu saya buat adalah

menggoogle,,,, weird think tentang orang mengantuk ni.    Saya temui ini dalam  

 http://www.huffingtonpost.com



So tengok sendiri le dekat link tu yea.. apa yang menarik and apa yang lawak tentang The 13th Weirdest Places People Have Fallen Asleep.




Sila ketawa.. walau rasa tak nak ketawa pun....




Tuesday, December 20, 2011

Rasa nak menangis

Gila... rasa nak menangis dah ni.

Jadual tak siap lagi.

Tapak utk analisis PMR belum siap lagi...

Rasa nak humban diri tempat yang hanya ada diri saya seorang aje,,,,,



Masa ni ... lah rasa sangat nak jumpa someone yang satu ketika dulu

amat memahami diri ku yang serabut...............


Ya Alllah... memang sekarang rasa nak menangis teramat



Tak leh dah nak senyum2

Halwa telinga