Wednesday, December 18, 2013

Sempat ke tidak ni???

Sempat ke tidak ya????

Tension dah....


Semalam dah siap dah.. 
 
tapi kena buat semula sebab ada beberapa perkara termiss look

Semalaman saya bekerja untuk menyiapkan

Tetap tak berjaya.

Pagi terpaksa tinggalkan sekejap.

Kena attend meeting di Pejabat Daerah...

Dah tak ada orang bokeh ganti...

Boss bercuti..

dan aku yang malang ini...

Balik dari meeting terus pecut balik ke sekolah.

ALhamdulillah dapat di generate.

Tapi nak kena susun aturnya.. hari tu pun dah buat 4 hari.

Ni nak buat satu petang and satu mlm...

Nak kena berjaga ke malam ni????


huhuhuu

Tengok keadaan...

Kalau tak mampu jugak siap..

Terpaksa orang lain sambung

Takkan nak bawa pegi meetingkan...

Harap2 dipermudahkan segalanya buat ku


Sekadar hiasan..... ketika kepala pening dan perut lapar...


Monday, December 16, 2013

Pening Part 2

Tajuk Pening dah selesai... 

petang ni pulak masuk2 office dah pening...

Ingat nak pergi Mukah bayar Bil Celcom...

Dah kena bar... 

Tulah masa orang nak bayar line down le....

Sekarang nak gi.. tapi mcm tak larat nak drive.


Kepala pening/...


Jadual perlu siap sebelum khamis.


Lusa pulak kena attend meeting di Dalat...

Mana tak jadi Pening Part 2..

Jangan ada pening Part 3 sudahlah.









Gambar hanya  hiasan.....



Pening....


Pagi-pagi masuk je ke office...

tengok budak dah beratur ambil buku account

and then sebelum clock in....

tengok ada budak and his father waiting for me

tanya2 rupanya nak mohon transfer ke Kuching.

Then masuk office baru nak duduk

Parent datang... tanya macam mana nak keluar duit biasiswa lebih

and then cerita yang tidak2 about anaknya yang telah 

tidak tinggal asrama sepanjang masa exam spm yang lepas


Masuk another parent pulak

sebab nak tanya macam mana biasiswa anak dia kalau pindah sekolah.

Simple pihak sekolah akan uruskan asal

ada kelulusan transfer

Then bila di selidik masuk ke I-System College di Kuching

?????

Terkejut sebab  result PMR pun tak keluar lagi...

aduhhhhhh


murid ni pun beria cakap ambik nursing...

Lagi le kepala saya tak leh nak terima...

Biarlah...

Lepas tu baru boleh fokus pada kerja...

Aduhhhhhhh

dahlah masa tinggal hari ni dan esok saja lagi.

Lusa kena attend meeting di Dalat.

Khamis lak... kena beredar for few days.......


Semoga dapat melaluinya....





Tuesday, December 10, 2013

New Twin Otter from MasWing

Flight yang saya naiki semalam


From Kuching to Mukah


Airplane baru...

and lebih selesa

Saya duduk belakang sekali

Masih kecik tapi lebih selesa.. seat sorang2...


berdekatan dengan emergency exit

Dah tak de dah kipas angin kecil dalam ini flight

and mula2 tetap kepanasan bila menunggu lama sebelum pintu ditutup

But bila dah on enjin dan mula berjalan...

Keadaan lebih selesa...

Kerusi pun lebh tinggi dan tak le lenguh untuk duduk

lebih suka yang baru ni dari airplane yang lama




Rupa dari jauhnya tetap sama dengan yang lama




Sunday, December 8, 2013

Terkejut? ?????

Terkejut??????


Hihihihi.... mmg. terkejut 

Dek kerana tension saya boleh

Ckp pd seseorg... jom kahwin....


Hihihihi. ... kadang bila emosi tgh kucar kacir

Mmmg ntah apa2 yg keluar dr  kepala. 

Penerimaan????

Ntah. ... mcm berat aje  org nak terima.


Hihihihi. ... tak apa.  

Life must go on... yg penting

Jgn stress dan smiles always

 Cool ... baby....

singgah sekejap

Lama sungguh rasanya tak jenguk rumah ni.


Masuk aje terbatuk2 dek sawang yg tebal ntah brp inci.


Bukan apa tuan tanah tgh busy dgn tugas rasmi


Penat sgh rasanya


Alhamdulillah... meeting 1 dah settle. 


Nak siapkan bekal yg dibawa blk

Berbundle2 



Nanti2 dah lapang saya kembali ke sini

Mencatat perjalanan hidup...


Yg pastinya

hanya sbg catatan

Insan kerdil ini


Sunday, December 1, 2013

Saja je








Muka yang sangat keboringan...


Ntah macam mana lagi corak hidup saya lepas ni...????










Terasa hati..........?????




Kenapa...????

Entahlah... macam bodoh aje nak rasa sedih bagai.

Bukan ada orang kisah pun..

Dah nasib  orang macam saya kan...

Tak tau... so sensetif....

biasa it's nothing for me...

But tak tau pasal last night saya rasa berjauh hati sangat.


Tak apelah... pujuk ajelah hati sendiri...




Tuesday, November 26, 2013

Transformer.... ehhhh....Tranformasilah


Transformasi  Asrama harian...

Penat rasanya bila membaca bahan-bahan dan 

keperluan yang perlu dipatuhi.

Rasa nak apply ke sekolah harian sahaja.

Hihihihihi...

Transfer?????????


Nan adonya....

Tapi mana taukan...

kerana untuk membetulkan yang nyata salah...

saya ditransferkan.

Saya memang terima aje.

Banyak lagi yang perlu dibuat...

Tak tercapai dek akal rasanya nak siapkan segalanya sebelum 20.12.13

dengan tugasan rasmi ditengah-tengah yang memerlukan

ketelusan dan ketelitian yang tinggi.

Bukan apa bagi memastikan prestasi saya kekal seperti tahun2 lepas.

So.... apa jua keadaannya...

kita terima ajekan..

dan semoga dipermudahkan segalanya.



Friday, November 15, 2013

bersantai di musim cuti

Dah seminggu sekolah bercuti..

Tapi tak da maknanya buat insan kerdil ini.

Masih beketja tp x le terasa letih sgt

Sbb gangguan lain x ada.

Cuma buat kerja pejabat aje andboleh aje blk awal.

Tsk perlu bermlm di sekolah


So... ptg2 sebegini...

Saya mencari damai dibelakang rumah

Melihat tenangnya air mengalir...

Camar terbang pulang ke sarang

Langit dan awan bagai lukisan yang indah


Wahhhhh.... seronok kalau selalu dpt bersantai sebegini.

Alhamdulillah....

Walau lelah msh diberi anugerah

Sebegini indah......







Indahkan.........


Sunday, November 10, 2013

Hari kedua.......



Hari kedua cuti sekolah..

sebelum kembali bertugas...

Seharian hari ini saya mengadap my lappy..

Apa lagi... mengejar pelbagai jenis e.....

Namun segalanya hampeh...


Saya boleh memasak untuk tengahari...

Boleh membuat donut...

Berjalan rumah My Aunty...


keputusannya tetap sama


So,, better stop dari terus membuat beenda ni

Relax...

esok kerja....

Hihihihihih

Thursday, November 7, 2013

Boleh Nangis ke????


Rasa nak nangis dah ni...

1. e-operasi
2. e-prestasi
3. e-splg
4. hrmis
5. ssdm & ssdma
7. pbppp
8. apdm
9. sps
10. v-frog (vle)


apa lagi ya,,, yang belum saya settlekan....

Tugasan next year..

InsyaAllah I am prepare kecuali jadual waktu belum selesai lagi...


bukan setakat belum selesai..

belum nampak jalannya lagi...... huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa



Wednesday, November 6, 2013

Iktibar buat diri di Tahun Baru Hijrah 1435H



Alhamdulillah... hari ni  saya masih bernafas lagi

bertambah lagi tahun.. maka bermakna bertambahlah usia kita

So... what am I doing on new year...

Last night sepperti biasa awal dah saya bersedia for maghrib and siap pasang 

alarm lagi.... sebelum maghrib masuk...

Alhamdulillah..

Apa yang perlu dilakukan telah berjaya saya .

And today...

Sebenarnya since yesterday dah risau ..

Sapa suruh gatal sangat offer diri nak selesaikan kerja masalah orang lain 

at the same time kena sediakan bahan for meeting besok.

Padan muka saya sendiri...

Padahnya... saya bangun as early as 3am..

Fikir dan fikir....

Till subuh .. tak dapat jugak jalannya.

So... rehat.. and prepare  simple sarapan for my apak and mak..


Buat nescafe Susu... yang telah sekian lama saya tak pernah buat 

nasib baik diterima tekak mereka berdua.... hihihihi

Then... ready off to school... sebab ada kelas for my student.

Alhamdulillah.. lepas tu saya berjaya melakukannya...


yes... saya boleh senyum dan turun ke sekolah dengan senang hati...


Sesungguhnya... kalau kita bantu mempermudahkan tugas orang lain

Allah Ta'ala Maha Kaya...

Dia akan permudahkan untuk kita juga tanpa kita sedari.


So... from now onward..

don't ever merungut dengan beban tugas yang dilakukan..

Biarlah... yang penting.. laksanakan.

Selama ni saya suka merungut tentang tu...

Sometimes... saya rasa macam nak nangis sebab rasa tidak mampu

menanggungnya...

Alhamdulillah... hari ni saya  perlu menginsafinya.

Semoga Allah sentiasa mengingatkan saya agar

tidak terus merungut lagi.....







Saturday, November 2, 2013

End of the school session for 2013








Cuma tinggal 4 hari sahaja sesi persekolahan bagi tahun 2013

Yeppi....

mengalahkan muridkan...

But it's nothing mean much for me.

Kena bekerja juga ... setiap hari

Dan...berhadapan dengan persediaan-persediaan yang memeningkan

tabah ajelah.

Insha Allah will try to find one nice day to relax on december.

So.... November try to prepare everything 

than masuk december bercuti barang tiga empat hari

then on traveling ke Kuching as usual...

Terima ajelah kan,.. hakikatnya

2014????

Bagaimana agaknya dengan saya????

Sendirian... ????


Sabar ajelah... dengan keadaan yang ada.

Tetap berusaha yang terbaik walau pada tempat yang salah...

Need to move to another place???

(Perasaan orang yang bakal ditinggalkan pada tahun 2014)
 

Tunggulah .......


Thursday, October 24, 2013

cara permudahkan mengingati ilmu




1. Baca al fatihah


2...   baca " Allahum maftah alaina hikmataka wansyur  min hadza inirah matikaya ar hamarrahimi ( urut dada )  ulang sebanyak 7 kali

3.  Baca surah al-insyirah  (1kali)

Amalkan selepas solat subuh...


Ni yg disampaikan oleh ustaz  ibrahim fikri.


But jangan lupa solat...

Jaga adab dlm kehidupan...










munajat kecemerlangan spm & stpm 2013



Malam ni pulak ada munajat kecemerlangan spm and stpm 2013

Alhamdulillah...

Kehadiran pengetua, penolong kanan, guru2

Lebih2 lagi peceramah dan kehadiran ibu baoa memberagsangkan.

Simple tp bermakna,...

Yg disampaikan oleh ustaz pun nampak remeh byt penuh bermakna.

Especially for ibu bapa dan anak2 murid.



Segan nak ambil gambar lelaki...



Moga beroleh kejayaan anak2..






sembelihan sempena pasca pmt


Budak form 3 dah merdeka sementara ni...

So srko,ah rancang mcm2 aktiviti  utk  mereka.

So..., hari ni.. program kita adalah sembelihan ayam...



Salah seekor ayam utuk sembelihan

Syafik dgn ayamnya

Tunjuk cara memegang dan menyembelih ayam

Bawah ni pulak video ayam disembelih



Membersihkan ayam dengan gambiranya
 Itu jelah gambar yang saya ambil.

Seronok sesekali membuat aktiviti sebegini.

Boleh tengok muka bdk yg tdk pernah melihat ayam
Disembelih

Tak pernah mencabut bulu ayam

Mengorek isi perut ayam sambil belajar sains
Hihihihi...

Mengenalpasti apa yg ada dlm perut ayam.

Then mencuci ayam sebelum dimarinate dgn garam dan serbuk kunyit sahaja.

Then... goreng...

Dapatlah pengetua, pk and pengetua btg igan dan seorg officer dr ppd
Menikmati ayam goreng....


InshaAllah next year  boleh  buat  utk 30 ekor pulak...











Tuesday, October 15, 2013

Rendang Ayam dan Kari Daging Masin...


Dalam sejarah hidup...ini kali kedua saya memasak

sempena aidil adha untuk family.

Kali pertama with my cousin di Sri Kembangan... tak ingat tahun berapa.

Hahahahaha... masa tu kira macam penyelamat.


But...

another thing happen  for eidul adha 2013.

hahahahaha...

saya merosakkan lauk yang saya masak

dibawah seliaan Madam pengetua.

Memang failed PK HEM bab memasak.

Kerosakan yang berlaku  bermula since semalam lagi

bila saya masak rendang ayam...

guna rempah segera LIZA.

My Sister asked me to add another packet of rempah

dengan penuh confident saya masukkan another...

then... checked rupanya... saya masukkan Rempah LAKSA 

...pengsan..

nasib baik tak sempat gaul. Tapi ada juga termasuk di dalamnya

and.. rendang yang saya masak masin jugak.....


Awal pagi pulak saya telah memasinkan lauk kari daging yang kakak saya masak.


Sebab dia kata dia tambah  santan lagi....

so... saya tambah garam.


Jadilah... both lauk rendang ayam and kari daging raya tahun ni

kedua-duanya masin.


Failed untuk melepasi  kelayakan menjadi isteri orang...


maka... kekallah saya sebagai anak dara tua...

hihihihihi....




Sunday, October 13, 2013

Demam???


Tanda-tanda demam mula muncul sejak semalam lagi

Tapi tak layan.

Last night memang x boleh tidur nyanyak...

dengan sakit kepala dan sakit tekak.

And hari ni confirm...

saya dah demam

Tapi okeylah sebab bukan hari bekerja.

At least saya boleh berehat walaupun 

answer scripts langsung tak sentuh lagi.

huhuhuh


bertabah ajelahkan.





Thursday, October 10, 2013

Bersedia menerima perubahan


Dalam hidup kita mesti bersedia untuk menerima perubahan

Ya.... kita tidak boleh kekal pada satu tahap atau satu tempat sahaja

Ya.... itulah perasaaan saya sekarang.

Saya rasa saya perlu melangkah lagi.

Mencari perjalanan hidup yang baru...

yang lebih baik??????


Entah... semuanya kita tak pasti kerana masa depan kita tak tau

bagaimana corak dan warnanya.

Tapi.... kita tetap perlu bersedia untuk berubah.

Bersedia menerima perubahan.... dan tidak statik pada satu tahap 

sahaja.

So... what's next?????

Fikir... fikir...fikir


apa lagi yang harus dilakukan.





Tuesday, October 8, 2013

Merindui masa silam



Sekarang masih lagi dok kat sekolah...

dengan tak mandi lagi...

badan pun dah mula gatal-gatal.

But... kena sabar dulu.

Betapa saya merindui saat-saat menjadi guru akademik

tanpa ada jawatan di pegang.


Hanya jadi orang yang menurut perintah sahaja.

Tak pening....

Yang penting tugasan yang diberikan selesai.


Now.....

Tugas memang saya pastikan saya selesaikan...

namun selagi ada pelajar di sekolah,,,,

hati asyik terkenang aje.

Hari ni... dipersoalkan lagi....


It's okey...

Tiba masanya... orang akan memahami juga



Selesai PMR... next...


Walaupun dah selesai... namun hakikatnya...

perjuangan perlu diteruskan untuk pelajar SPM pulak

so...

Masih belum ada masa yang boleh diperuntukkan untuk diri sendiri. 

Tak sabar nak berehat for 4 days.

Selamat Hari Raya......



hihihihi.........


Yakinlah... setiap apa yang kita lakukan

Allah tetap bersama kita.

Setiap masalah pasti ada jalan keluar.

Yang penting.. ingat .... Allah selalu...

Mintalah bantuan dariNya.

Banyak masalah yang  saya perlu selsaikan bulan ini.

ALhamdulillah.. satu persatu saya dapat atasi.


And... selepas menerima sms dari JONS

Kena buat next step perubahan dalam diri.

tapi saya heret sama my friend untuk turut serta.

Sometimes.. rasa macam tak betul aje niat....


hahahahaha...

Tapi ... serahkannya pada Yang Maha Berkuasa.

Wednesday, October 2, 2013

mohonlah pada-Nya


Alhamdulillah....

Walaupun anak2 saya jenis tak ada perasaan..


Bila tgk soalan... saya rasa mereka boleh lulus.

Sbb soalan itu selalu sgt mereka buat.


And soalan ibadat sebijik2 yg kami bincang sebelum exam.

Setiap thn... pg2 sebelum subuh pd hari peperiksaan...


Saya bgn  solat hajat dan tahajud

And baca yassin.


Cuma thn ni saya upgrade sikit

Sbb tau anak2 saya jenis tak ada perasaan...

So saya m6la baca al-kahfi setiap jumaat.

Sebelum zohir hari ni pun saya baca al- kahfi juga

Lps zohor saya baca yassin 

Then saya naik  ke bilik kuarantin pelajar.


Alhamdulillah....


Rahmat-Nya... tak pernah kita duga.


Hopefully.... ia memberi hasil yg terbaik buat pelajar2 saya.


Buat anak saya yg very slow,... kalau dia ikut cakap saya...

Insya Allah mmg dia boleh lulus.


Ya Allah... itulah yg terbaik mampu dilakukan. 

SelebihNya kami mohon belas dan kasih sayangMu.....


Ya Rabbal a'lamin.




syukur.....

Alhamdulillah...


Semlm dah dpt surat.....

So....... what next????


Plan for something.....??






Sunday, September 29, 2013

no reason...


Bersiaran dari tepi pantai.

Hectic weeks yg perlu dilalui.


Rasanya akan berlanjutan.

Bawa kerja blk rumah...

Of course no time for my blog or walk blogging

And.....

No time for my self.


But..... amanah is amanah...

Kenalah terima..... my friend said...


Yakinlah kalau kau berjaya melaluinya pastikan berjaya.

So..... no reason for me.

Alhamdulillah dgn tekanan dan kebusyan for few weeks

Masih tetap bertahan.

Kurus je tidak...

Berangan....


But now mmg rasanya nak berangan about something

Tak tau le bila kan tercapai...



Hahahaha...


Berangan selagi mampu.



Monday, September 16, 2013

sebab tidak berblogging


Wahh... semakin lama semakin liat nak update blog.


Macam le ada yang waiting nak membaca blog picusan ini kan.

Nak berblog walking dah makin liat.

Sebab?????


 Masa?

Nan ado..banyak aje masa kalau kat rumah.


Kat sekolah memang tak sempat nak apa2 pun.


Nak semak latihan pun tak sempat.



 Alasan utama


Adalah



Internet ysng makin hari makin perlahan.


Tpt lain makin hari makin okey

Tp.... tempat saya


Makin menyakitkan hati


So... kerja saya adalah



Di hujung minggu menikmati tenangnya air mengalir


Mencari damai dengan ciptaan maha esa...


Mengenang zaman kecil yang penuh kenakalan

Nun di seberang sungai.....

Ada pohon2 buah yang menjadi intaian

Tiap kali musimnya bertamu.


Dan sungai yang terbentang ini umpama

Kolam renang buat kami

Anak2 desa. 

OUR LONGEST SWIMMING POOL.

percaya tidak?

Sungai ini sudah saya renang sampai seberang sana.

Gara2 malas malas nsk berkayuh and nak tunjuk sapa paling terror berenang.

Hahaha...


Balik sekolah. Letak bag sekolah

And then terus terjun sungai dulu.

Baru makan tengahari

Manisnta zaman itu.......



Di mlm hari..,,, 

Saya lebih suka menghabiskan candy crush...


Hahaha

Org dah hbs beratus2 level....


Saya??????





Saya lbh senang kembali ke hobi lama saya


Novel...... 


Stok srmakin berkurangan...

Kalau x ada stok baru terpaksa ke... bacablk yg telah dikhatamkan.

Entah bila sata rajin menulus di sini....

Actually rajin sebenarnya

Tapi....


Kenalah ada line internet yang menyenangkan hati.






Tuesday, September 10, 2013

mlm kemuncak gerkorama 13

Tanglung..


First time tgk org menerbangkan tanglung. 
Konsepnya adalah seperti ballon panas rupanya

Betapa jahilnya saya



Bunga api... sikit aje gambar saya ambil kerana agak seram macam nak  jatuh menimpa saya saja dan bunyinya..... mmg saya tak suka.









Monday, September 9, 2013

speechless monday


Speechless semasa menyemak latihan budak saya.. hihihihhi 



?....



Sekian.....laporan pendek.

Sunday, September 8, 2013

Berakhirnya GERKORAMA 2013

Alhamdulillah .. tamatnya program GERKORAMA 2013
sekarang masanya untuk menulis laporan pulak.

penat......???

Alah apa nak penat sangatkan sekadar memberi arahan dan membuat pemantauan semasa  aktiviti dijalankan...

tapi... orang takkan tau apa yang mesti saya sentiasa bersedia sepanjang program ini berjalan.

Sabar ajelah...

Walau apa pun.... inilah kerja... inilah tugasan yang nak atau tidak

bagi nak aje.


Saya terima seadanya.....

Saya harapkan next year... labih baik dari tahun ini..

Anyway thanks pada semua yang terlibat.. (ceh.... macam ada orang bacakan)

Tahun dapat kerjasama dari orang kaya di Oya ni... untuk PA sistem malam kemuncak GERKORAMA

Siap ada konsert lagi...

But that not my  favourite part...

okey... malas nak membebel lama.. sedikit gambar semasa gerkorama dan asrama terbuka...
















































Malas nak cerita...

itulah keadaaannya dari hari pertandingan hinggalah hari asrama terbuka.


Halwa telinga