Wednesday, October 21, 2009

Alangkah sedihnya...hati




Senyumlah...dan ketawalah.... biar hari sentiasa cerah dan ceria sentiasa....... Walau apa pun yang menggangu emosi.. jangan rosakkan emosi anda hari ini .....


Hari ni.. lepas.. aku bergurau pasal aku menari.... my friend show me... kandungan facebook yang menyindir aku and my friend.
Aku rilex aje di depan kawan aku.. sambil2 ketawa.. tapi bila aku balik ke bilik aku.. aku menangis. Aku tak tau seburuk itu kata-kata yang dilemparkan padaku. Apa salah aku sebenarnya. Aku dikatakan berhati busuk... perempuan jahanam.... it's really bad... bila dikatakan orang yang paling berkuasa di sekolah. Agaknya.... dia terlupa .. aku ada ketua... apatah lagi dia bukan di bawah bidang kemanusiaan dan saya tak pernah memerintah atau mengarah dia. Agaknya .. aku ni teruk sangat kot... tapi itu adalah tugas aku. Mengagihkan guru untuk sit in contohnya.. itu pun menyebabkan aku disumpah seranah... menggunakan word yang begitu teruk sekali. Banyak kali aku bermuhasabah diri... aku sedar aku kasar dan selalu menegur kesilapan guru secara umum.. tapi aku hanya sekadar memperbetulkan kesalahan... salahkah... dan kalau aku tegur guru secara peribadi sekalipun.. aku bersikap professional aku tak menyimpan dalam hati... tapi hari ni... aku semakin menyedari.. untuk mengecapi kejayaan dalam kerjaya bukan satu yang mudah. Aku berdoa' Allah akan berikan aku kekuatan untuk menjadi orang yang betul2 berjaya. Tapi one of my friend menasihati aku supaya berhati-hati... buat pendinding daripada perbuatan jahat menggunakan makhluk halus. Insya Allah
Aku teringat hari Isnin yang lepas..bila mana seorang guru tiba2 minta maaf padaku tanpa aku mengetahui puncanya. Rupanya, dia ingatkan aku ada masa dia menyumpah tentang sit in yang ditetapkan padanya... Allah Maha Kuasa... dia tunjukkan siapa yang betul dan siapa yang salah. Aku hanya tersenyum and just said.. it's okey.... tak apa...
Allah maha mengetahui... Tabahlah wahai ati...Jangan tunjukkan diri anda lemah. Dugaan itu hanya sedikit cuma... kawal emosi... yakin pada kebenaran akan terserlah.
Usah dilayan perkara remeh seperti itu... walau menyakitkan mungkin itu adalah penawar di masa depan...cuba memeujuk hati sebenarnya. Walau masih tercalar kelukaan jauh di dasar hati. Senyumlah........

Aktiviti Tingkatan Tiga

Hari ini... pagi-pagi lagi aku in mood nak mengupdatekan blog hodoh aku ni.... Last night angin satu badan bila mana tiba-tiba saja... modem untuk dial-up aku rosak kot... huhuhuhu.
Pagi ni, aku berberbekalkan nasi lemak empat bungkus, telur dua biji terlambat turun ke sekolah... tapi on the way... kereta my boss di depan kereta aku,,.. aku yang agak brutal kegelisahan saja di belakang kereta dia sebab pagi-pagi may be my boss nak menikmati angin pagi..hehehehe... dan dah tiga pagi .. saya menjadi pembuka pintu pejabat.. actually tak nak pun buka pintu pejabat tapi keadaan memang tak dapat dielakkan bilakunci yang dikembalikan kepada boss baru diserah semula kepada saya....
Hari ni... aku dok saja2 ambil gambar budak Ting. Tiga yang bermain indoor games dalam makmal bahasa. Actually aku dah mula rasa nak lapor je ... cikgu yang tak bersama dalam bilik2 serbaguna tapi.. kan nanti orang kata aku ni penyibuk pulak. Tak pelah.... biarlah aku buat tugasan aku. yang penting aku tak ponteng sebab tu adalah duit untuk aku menyara hidup aku dan mak bapak aku serta adik aku yang bongsu. Mudah-mudahan rezeki itu halal di sisi Allah.

Ada masa nanti, aku akan uploadkan gambar-gambar yang aku ambil dalam makmal bahasa tadi.... anak saudara aku... mesti nak interframe sentiasa hahahahaha

Tuesday, October 20, 2009

layan gambarhttp://www.blogger.com/img/blank.gif

Hahahahahaha.... gigi sapa ni..... mesti dia bengang kalau tengok gambar ni.. tak apa... dia tak tau

Pelik Tapi benar...... dalam satu tandan dua jenis pisang..... Tanaman my love mak

My anak saudara merangkap anak murid...... Semasa ramah tamah aidil fitri.... muka lega lepas habis pmr .....

Tak ada benda lain nak di buat petang.. so aku lepak depan laptop aku ni... melayari alam maya dan memastikan ladang, ternakan serta bunga-bunga hidup subur hahhahaa

Tiba-tiba saja aku teringat minggu lepas... one of my warden mencerita kat aku bahawa seorang teacher manas bila my warden selalu berbals comment dalam facebook... Rupanya.. dalam aku yang tak cantik ni... bukan sekadar isteri orang yang rasa terancam.... lelaki pun rasa terancam juga dengan sifat ramah mesra saya.. walaupun garang dgn murid.....hahahaha.... Tak sabar nak gelak guling2(pinjam istilah NB) untuk membaca dia punya words kat fb my warden tu...

Sekadar meluangkan masa petang2 sementara menanti masa nak bercakap dgn student...
Aku hanya insan biasa... ingin menghibur hati sendiri...... konon2nya.. api bila mengenangkan mak dan apak dah hampir nak berangkat... aduh...hibanya hatii... Ya allah permudahkanlah perjalanan mak dan bapakku semasa menziarahi Baitullah nanti... kurniakan mereka harji yang mabrur.

Syawal telah berlalu....

Satu bulan syawal telah berlalu... aku lalui dengan pelbagai peristiwa dan kepenatan. Beberapa peristiwa yang dilalui.

  1. Sambutan hari raya. Tanpa baju raya dan tanpa rasa nak beraya. Sediakan juga persediaan serba ringkas dan kemaskan rumah seadanya. Semuanya dilakukan di malam raya. Adik-beradik separuh yang tak bersama... nasib baik kakak from sabah datang dapat balik dan aku tak le terasa sangat sebab aku rapat dengan dua2 orang kakak yang aku miliki. Pagi raya... mulanya sebak tapi akhirnya... jadi meriah dengan kehadiran keluarga sebelah mak. Mak adalah anak sulung maka... 1 syaqwal rumah mak sentiaasa jadi tumpuan adik2nya anad anak2 saudaranya. saudara sebelah bapak datang juga tapi tak le seramai keluarga sebelah mak. Tahun ni, aku tak pergi kampung bapak... entahlah.. may be dah tua kot so perasaan nak beraya tak de sangat tapi aku sempat drive 1 hour semata-mata nak melawat kawan baik masa sekolah menengah... nasib baik bapak tak bising dengan perangai tak elok ini. Tapi yang bestnya my sisters ikut sekali... and my big brother boring kat rumah turut memecut ke tpt kami beraya hahaaha. Balik dari rumah kkawan baik... my sister kata.. kenapa tak minta tapau mee goreng tadi.. sedaplah,,,,... muka tak malu betulkan.. Tapi aku akui memang sedap pun. Yang lain biasa aje.. tapi ramai yang datang berkunjung kat rumah... tapi biasalah.. raya-raya macam ni.. aku selalu menghilangkan diri dari rumah so dengar cerita ajelah siapa yang datang. Ohhh.. terlupa.. tahun ni aku buat kuih raya yang kwn2 baik aku tempah aje... bukan apa tengah bingung majlis yang bakal diadakan kat sekolah as soon as tamat cuti raya yang aku jadi main person... Tapi persediaan dah dibuat sebelum raya... cuma menunggu ketibaan harinya saja.
  2. Seminggu beraya, aku mula kemabali ke sekolah dengan perasaan sedikit gementar. 2 Oktober Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid telah diadakan... aku yang bertanggungjawab sepenuhnya dengan bantuan kawan-kawan dan ahli2 di bawah bidang kemanusiaan. Kecut jugak perut bila tengok stage not ready yet. Proses membaiki hanya bermula selasa... hati tertanya-tanya sempat ke tidak... bila my boss arahkan pekerja sekolah buat... baru lega rasanya. 1 Oktober 2009, Munajat Kecemerlangan STPM, SPM dan PMR diadakan dan alhamdulillah .. everything okey dan parent agak ramai juga yang hadir. Tapi mlm ni.... hari ni dalam sejarah bila aku yang check persembahan tarian dikir barat yang bakal sipersembahkan esok. Budak2 gelak bila aku suruh penari senyum... macam ye aje. Pentas... siap,... dan aku angkut bunga2 untuk hiasan pentas dan meja dari rumah. Petang 1 Oktober tu jugak.. my boss kata buku tandatangan pelawat buat biar cantik... untuk tempat tandatangan YB.. dan aku dan kawan aku dapat kredit bila orang kata tpt t/tangan tercantik setakat ni...hahahahaha. MAKM berjalan dengan baik dan lancar tanpa ada kecacatan... alhamdulillah.... dan ada yang YB bisikkan pada aku membuat aku terkejut dan terkedu seketika... (tapi apa dia...???) biarlah rahsia. Tak layak rasanya. hahahahaha. My boss puas hati dengan perjalanan majllis shg kepada makanan sekali. Tapi malang selepas majlis... khemah yang disewa koyak kene tempias dari taufan yang berlaku di Filippina.. Salahnya adalah bahagian khemah tidak mengemas terus khemah sebelah petang jumaat selepas majlis selesai. Sedikit kecacatan ini mencemarkan sedikit kecemerlangan MAKM yang aku kelolakan.. tapi rasanya org akan tau siapa sebenarnya yang bertanggungjawab .
  3. 7 Oktober 2009 hingga 13 Oktober PMR berjalan. Alhamdulillah.. soalan ... bagi saya boleh lah untuk membantu budak kelas belakang yang aku ajar lulus.... Insya allah kelas depan aku may be 95% dapat A. Insya Allah. Perjalanan dan pengurusan calon PMR berjalan dgn baik. Syukur alhamdulullah.
  4. Aku sempat drive ke SIbu melalui jalan yang teruk kerana memnemani i=mak dan bapak yang mengikuti kursus haji di Sibu... dan membeli sedikit sebanyak keperluan untuk orang tuaku sebelum mereka berangkat on 29 Oktober ni. Bermalam dua malam di Sibu and drive semula dalam keadaan jalan yang mencabar kesabaran ku yang biasa racing dgn my tiny car on the road.... hahahaha
  5. Tamat PMT 17 Oktober 2009 ada ramah tamah Aidilfitri... huhuhuhu... aku masih lagi jd mastermind ... alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan agak meriah... Dan atas permintaan my boss... tahun ni ada karoake lagu raya... Tapi yang s ihnya,... sambutan guru amat menyedihkan. dan yang mengejutkan.. ada sorag guru yang tak hadir keretanya terbakar.... semasa majlis sdg rancak berjalan... Intan told Pudin... tulah sebab absent tanpa menyedari dia sendiri absent jugak... hahahahaha
  6. On18 Oktober... majlis widak kat rumah aku... memang penat gila. Ramai saudara mara mak dan bapak hadir... jumlah yang hadir tidak terduga melebihi jemputan.. alhamdulillah everything okey dan aku masih sempat lari ke ssekolah buat spot check budak2 di asrama to make sure everything under control dan ikut apa yang aku dah bising2kan dua tiga hari sebelumnya.
Itulah antara peristiwa yang aku lalui sepanjang masa aku tak mengupdatekan blog ku yang kuno ini.... hahahahah
selamat hari raya ati.......

Halwa telinga