Sunday, July 26, 2009

Aktiviti yang sesak

Salam hari minggu.... hehehehe (kepada diri sendiri)
Semalam dah isytihar hari bermalas-malasan dan satu kerja pun tak jadi semalam kecuali basuh baju, dan kemas rumah sikit aje. Yang selebihnya bermalasan dihadapan TV atau laptop kalau tak pun... memejamkan mata
Hari ni dah rasa lega dah.. selepas melalui minggu yang cukup memenatkan ... bermula dari Isnin hingga Jumaat jadual saya penuh hingga ke malam. Nasib baik tak de siapa yang nak dijaga katt rumah.... rumah banglo ku... rrasa seperti hotel... tapi hotel ada orang tolong kemas... berangan nak ada pembantu yang boleh tolong iron baju... lipat baju ... kemas rumah... masak... sedangkan hidup sorang2 bukan ada apa pun yang nak dibantu orang lain.... dasar pemalas.
Bermula isnin (20.7.09).... seperti biasa tugas sebagai pembuka pejabat telah dianugerahkan kepada aku sejak Jun 2009.... settlekan beberapa tugas dan serahkan kes disiplin yang perlu disegerakan... aku terus ke sekolah yang perlu dilawati hari ni... Alhamdulillah.. tak de apa-apa maslah kat sekolah ni... petang kembali semula ke sekolah dan menyelesaikan dokumen seperti biasa. LEpas solat asar aku ke dewan makan... dan berada hingga ke malam
Selasa(21.7.09)..... lepas perhimpunan ingatkan aku boleh cabut terus untuk melawat sebuah lagi sekolah (sekolah terakhir tahun ni... merdeka) tak boleh jugak... kena handle kes dispilin yang melibatkan murid asrama... sebab parent mereka datang aku diminta bersama dgn mereka ni juga. Pergi ke sekolah terakhir... arghhh... tension bila berlaku masalah besar dalam pelaksanaan PBS sekolah ni... aku pelik kenapa berlaku perbezaan skor yang besar... rupa-rupanya sekolah tak menggunakan soalan yang standard untuk satu sekolah. Aku tak tau salah siapa. Setiap tahun sekolah ni ada masalahapabila aku datang membuat pemantauan. Tak pa... aku maklumkan kepada pengetuanya.... lepas tu aku balik... tapi sebelum balik ... aku sempat lagi mengganggu my friend yang jd PK Pentadbran sekolah ni... hehehe... tapi lain yang jadi.... ada pelawat MaCS akan datang ke sekolah dia petang tu jugak... sudah.... aku kena bersedia... my boss kata don't worry about that.. our document almost ready./..... tapi boss tak tau UP2 dan Pep. akhir pengal aku tak sempat lagi nai binding. Sampai sekolah lepas makan... aku mulakan operasi aku dan kemas kini faikl yang ada ditangan aku...berhenti sekejap solat asar sambung balik hingga maghrib.... rumah dua minit aje nak sampaipun... aku tak balik jugak.... solat maghrib di sekolah... sambil2 tu pantau secara senyap2 warden bertugas dan pelajar asrama punya aktiviti...hari ni siap... apa yang tak lengkap dan aku dapat melihat perjalanan aktiviti pelajar asrama dgn senyap2. dek kerana kegarangan ku.. agak2nya le... bila students sedar aku ada di koridor aras 1... semua senyap... warden bertugas pun hairan... tapi mereka maklum dgn situasi macam tu... hehehehehe
Rabu (22.7.09)... aku ingatkan kurang dah kesibukan aku hari ni.... PAgi seperti biasa masa free aku kena mengajar.... waktu rehat my boss panggil....dan aku terpaksa memenuhkan masa free aku dgn mengadap beberapa dokumen yang telah aku kemas kini.... tapi lepas tu aku lari ke kelas...alhamdulillah.. rombongan pelawat berpuashati dengan keadaan sekolah aku... yang bestnya... mereka kata sekolah ni mempunyai disiplin yang baik cuma kurang bernasib baik aje, Bersambung lagu dengan kes disiplin di mana ibu bapa yang dipanggil datang mengadap... aku beria-ia berpesan wajib tunggu aku untuk makan tengahari sampai ke sudah aku yang tak muncul... Tapi my friend baik hati.. dia tapaukan untuk aku... tapi aku dah tak selera makan bila tengok bilik untuk aktiviti petang ni not ready yet....aku bekerja sendiri angkat meja ... nasib baik pengawazs ada yang boleh tolong aku dengan segera....Petang... salam restu guru, aku kurang berpuashati dgn pelajar yang kurang berdisiplin dan tidak mengambil serius dgn apa yang sekolah rancangkan. Tambah dgn ibu bapa yang tidak menghormati majlis... ada ke patut menjawab panggilan telefon dalam bilik kecil.... orang berucap berselang seli dengan suara dia.... hish--hish...... kalau budak2 kita faham jugak le ... ni dah jadi datuk budak dah.... orang lain pun ada handphone... jugak le (dialog ni dalam hati aku je... kalau aku terucap perkataan ... tak pasal2 jadi kontroversi pulak... heehehe). Tak pelah... aku jadikan ia satu cabaran dalam program aku.
Khamis(23.7.09)... aku menghadapi another hari yang sibuk.... mula dari pagi sampai ke petang.. aktiviti masih sama seperti semalam.. tapi this class special sikit,... sebab ramai yang tak pandai membaca di awal tahun telah berjaya membaca .... kerana mereka sukakan komik2 lama yang ada dalam simpanan ku. Enam orang yang tidak pandai membaca waktu aku mula2 masuk ke kelas ni telah berjaya aku pulih kan... dengan usaha mereka sendiri. Aku tak buat apa pun... cuma memberi komik.... and bagi tau... kalau dapat baca komik ni... and then cerita balik pada ustazah... komik ni milik kamu.... Banyak juga le...koleksi komikku jadi korban program basmi buta huruf aku ni/... tapi alhamdilillah... hari ni... semua orang dapat membaca surat akujanji... rasa berbaloi ada jugak.. sekarang projek aku nak meluluskan 100% subject Pend. Islam dan komik aku jadi mangsa lagi bila mana ia menjad hadiah ke atas pemcapaian pelajar yang melebihi markah yang ditetapkan oleh aku... rasa2nya berjaya ke aku.... tunggu disember nanti untuk melihat hasilnya.Habis aktiviti... aku solat asar dan ke asrama... cadang nak pg sekejap aje.. tapi warden betugas belum ada jugak ... Ni yang buat aku naik hangin ni.... tak lama lepas tu....budak sakit sesak nafas sebab batuk... aduh... nak gi hospital pulak... kereta aku bau durian pulak... sudah... aku call my dear bapa.... suruh dia singgah kat sekolah untuk ambil durian dalam kereta ku (selepas jamuan aku sempat keluar sekejap bila my friend kata ada orang jual durian... aku suka beli durian sebab my bapa and my mak suka sangat durian.. aku tak kisah berapa pun harganya... janji my parent puas hati).. Aku kena ke hospital bawak budak pulak sebab warden bertugas tak de masa tu.... Jam 8 lebih baru aku sampai semula ke sekolah... solat maghrib kat hospital ajelah... hehehehe.. Oppss... kat sekolah ada aktiviti bawah bidang aku rupanya... solat hajat and ceramah agama... aku terlepas lagu... tapi sampai sekolah aku tengok tempat jamuan masih gelap lagi.. rupanya aku yang terlupa memaklumkan pada pihak kantin untuk onkan lampu. aduh.... otak aku cepat aje buat keputusan untuk tukar lokasi.. and angkat meja dari bilik serba guna.... tak sampai 20 minit selesai semuanya,.,... and sebaik selesai hidangan orang pun keluar dari surau sekolah lega.. tapi member2 semua bising tengok aku masih pakai pakaian kerja dari pagi tadi.... aduhhh... aku kata tak busuk sebab aku ni semulajadi maintain wangi sepanjang masa.... hehehhehhehe.... Sambung pulak menyusun kerusi meja untuk ceramah pendidikan ISlam SPM aku hari esok... settle jam 9.45 malam.... Warden bertugas cerita pulak pasal budak llelaki f2 pakai tudsung dalam kelas... aku suruh handle... tapi... lain yang jadi.... bila mana semua budak jadi riuh rendah... warden bertugas tak boleh kawal... suara aku pun tak boleh mengatasi.... terpaksa guna pembesar suara... brutal betul warden aku....budak tadi dia pakaikan tudung and pamerkan semula.... aku sebenarnya tak suka cara ni.... sebab ni kesalahan pertama.... aku lebih suka nasihat dan denda yang lain...bukan memalukan murid... tapi salah aku jugak sebab tak tanya apa mereka nak buat.
Jumaat ... lega sikit.... sebab aku dah boleh bernafas seperti biasa cuma .. petang selesaikan LNPT untuk dinilai pengetua sebelum dia berpindah.... kami berjaya menyelesaikannya...... aku balik ontime hari ni jam 5 ptg. apilepas tu aku tetap ke dewan makan dan asrama sebelum balik banglo ku..... malam turun semula memastikan bilangan sebenar murid yang tinggal di asrama kerana minggu ni minggu balik kampung.
semalam sabtu (25.7.09) aku bangun lewat sikit dari biasa... then pergi ke pasar sabtu.... sebab nak beli beberapa keperluan untuk jamuan monday nanti... seronoknya aku dapat beli udang galah besar2. Udang tu... bukan nak masak apa pun.. cuma nak bakar aje... Kawan aku pun dah pilih sayur2an... and beberapa bahan yang lain.... Tunggu next monday... apa yang menarik yang kami berdua masak... hehehehhe.... selebihnya hari ni jadi hari malas sedunia bagi aku seorang.
Tunggguuuu... apa yang menarkm yang kami berdua masak esok.......

No comments:

Post a Comment

Halwa telinga