Friday, November 20, 2009

Tahniah...Ona

Semalam keputusan peperiksaan UPSR telah diumumkan semalam. Dan anak saudara saya HUSNA NAJIHAH BIN ISA@DANIAL memperolehi 5A dalam peperiksaan tersebut. Semalam juga selepas mendapat sms dari Ona, saya menjanjikan sehingga masa saya ke Kuching nanti untuk membeli hadiah untuknya. Tak taulah apa yang saya nak bagi untuk dia.. may be books... as usual..kot. nantilah sampai di Kuching akan difikirkan bentuk hadiahnya,,,... anyway.. CONGRATULATION.. MY DEAR.

Wednesday, November 18, 2009

Kehilangan....

Hilang apa? Saja je tajuk tu... buat gempak diri sendiri. Actually tak ada apa yang hilang selepas kehilangan surat penting berkaitan saya di pejabat. Cuma saya merasakan saya kehilangan sesuatu. Sebab nya.. stelah membelek2 diri sendiri.. baru ditemui rupanya.. saya tak ada kerja sangat nak buat dah.. sebabnya.. semua kerja penting cuma menunggu dari bahagian lain tapi bukan melibatkan core bussiness saya. So... saya mula bermain dengan komputer saya... nak cerita banyak2 pun tak ada benda yang menarik di hujung tahun ni.
Cuma malam tadi... agak terkejut dengan kehadiran tiga orang pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia yang datang melihat dan membuat pemeriksaan mengejut ke atas kontraktor2 yang berkenaan di sekolah. Saya baru sibuk nak menyemak dan menandatangani buku rekod kehadiran murid asrama untuk ssetengah bulan november.. terus membatalkan hasrat tersebut. Berjumpa dengan pegawai KPM and bawa mereka melawat ke mana-mana bahagian yang ingin mereka lawati....
Yang bestnya.. warden bertugas agak terkejut dan nervouse sedikit. Saya pun terkejut juga sebenarnya.. tapi control diri sendiri.
Habis lawatan dari officers KPM.. waktu belajar malam pun tamat juga.. so.. memberi ucapan penghargaan kepada dua orang warden yang menamatkan perkhidmatan dan akan berpindah ke sekolah yang baru. Then.. menahan 22 orang murid asrama yang membuat jamuan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan. Lama jugaklah saya berceramah kepada pelajar Tingkatan Enam atas salah laku. Cuma tindakan yang saya ambil hanyalah beri nasihat dan amaran saja. Tapi amaran tu memang amaran kerasle... supaya kejadian yang sama tidak berulang.
That all for today... selamat bercuti untuk diri sendiri dan warga guru seluruh malaysia (bagi yang ebrcuti le....) hehehehe

Halwa telinga