Wednesday, January 4, 2012

Pesona Solat Tahajud... Muhamad Salleh

Lama dah saya tak menulis tentang buku yang saya salami dan hayati kandungannya...
Hobi saya adalah membeli buku (ayat budak tahun satu) dan membacanya(kalau tak dibaca takkan dan buat hiasan kan)
Hehehehhe.. Bila saya tengok ke rak saya... wow.. saya masih ada puluhan buku lagi yang saya belum baca. Saya tak mampu lagi mencari masa untuk membaca novel2 kegemaran saya... Di Kuching masa saya bermesyuarat.. saya sempat menghabiskan more then rm500 FOR THE BOOKS ONLY... yang menanti untuk dibaca sudah semestinya novel2 tulisan Fauziah Ashari yang terbaru, Aisya Sofea, Siti Rosmizah dan ramai lagi. Tapi novel tulisan kak Kak Yati  belum ada lagi yang terbaru.
Namun, dek kerana sibuk dengan persediaan sesi persekolahan 2012, buku itu hanya kupandang sepi je di rak2 dia. Apatah lagi 3.1.2012.. penyerahan wang RM100 kepada hampir 1000 pelajar dan KWAMP kepada pelajar tingkatan dua.  Penat melayan kerenah ibu bapa, kerenah pelajar yang seronok embali ke sekolah tapi tak seronok untuk mengadap palajaran dalam kelas. Saya berada di sekolah bermula jam 6.20 pagi hingga hampir jam 6petang baru kembali ke rumah tapi malamnya kembali ke sekolah sehingga hampir jam 10pm. waduh... capek gue dibuatnya. dan akibatnya....

SAYA TIDAK BOLEH TIDUR.... HUWAAAAAAAAAAAA..     

badan memang letih, otak pun letih tapi rasa macam tak selesa....Bila keadaan saya sebegini, biasanya saya kurang berminat dengan novel.. saya lebih berminat dan tertarik dengan sesuatu yang dapat membina minda sedar saya serta mengembalikan saya kepada hakikat sebenar tujuan kejadian saya di muka bumi Allah ini. Maka pilihan saya adalah buku-buku bergenrekan keagamaan. Dan malam tadi, saya mencapai satu buku yang saya kutip  di Popular Tun Jugah.. Tajuknya... ialah  Pesona Solat Tahajud oleh Muhammad Salleh terbitan PTS. Mambacanya membuat saya rasa begitu ruginya menjadi guru Pendidikan Islam. Sebabnya adalah... saya lalai dengan solat Tahajud... yang memiliki begitu banyak kelebihannya kalau kita mengamalkannya.  Saya leka dengan kerja seolah tak jumpa penghujungnya... sampai pada waktu malam yang sepatutnya saya melakukan solat Tahajud saya masih  mengadap Komputer bagi menyudahkan kerja-kerja sekolah  yang memang saban hari saya bawa balik ke rumah. Terkadang saya tertidur begitu saja tanpa sempat menutup My Lappy... Rugikan .. hidup saya. Terlalu mengejar dunia sampai lupa akhirat yang menanti. Ya Allah... betapa ruginya hidup saya sebagai hambaMU yang telah dianugerahkan ilmu agama tetapi alpa dari mengamalkan perkara sunat .
Saya sarankan.... supaya membaca buku ini, Ia memberi semangat dan kekuatan untuk kembali mendekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta. Buku ini menghuraikan bukan sahaja dari aspek agama.. tetapi juga disokong dengan hujah2 saintifik (bagi saya saintifik) sebab dia ada bukti yang jelas dan perkaitan yang rapat. Dari para pengkaji barat hinggalah kepada ilmuan dari jepun menjadi bukti ke atas hujah yang disampaikan. Bukan sekadar bergantung kepada Al-Quran dan Hadith....  Bacalah buku ini... anda akan merasai kehebatan solat tahajud sebelum anda sendiri melakukannya. Apatah lagi andai kita mampu melaksanakannya dan istiqamah... pasti kita akan memperoleh barakah dan rahmah Illahi.
Terima kasih kepada penulis buku ini.. kerana memberi peringatan buat saya yang sering alpa ..... Mudah-mudahan kekuatan diberikan Allah pada hambaNya yang lemah ini untuk lebh berusaha dan diberi kekuatan untuk mengamalkan suruhannya baik yang wajib mahupun yang sunat sebagai pelangkap kepada ibadah yang dilaksanakan... 

Tuesday, January 3, 2012

Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun Baru 2012.

BAnyak yang ingin dipaparkan tapi..........

Masa begitu menghimpit jiwa...

Insya Allah bila keadaan sudah kembali seperti biasa..

Saya akan kembali semula....

Dah agak lama blog ini bersawang dek kerana

busy dengan persediaan buka sekolah...

Bukan anak2 ya... sebab saya kan anak dara tu.....

Tapi anak2 orang lain yang bakal sekolah.

Okey Jumpa lagi....


Insya Allah.....


Moga 2012.. menjanjikan sesuatu yang lebih menggembirakan berbanding 2011.


Alhamdulillah... di beri kesempatan menjejak kaki ke tahun 2012....

Halwa telinga