Friday, November 19, 2010

Hari Terakhir Sesi Persekolahan 2010

Hari ni hari terakhir persekolahan. Aku dah bersipa nak ke sekolah sejak jam 5.30 pagi (bersemangat tu) Sambil-sambil menunggu jam 6 pagi aku mengikuto cerita "Daring Woman" Drama Korea aku aku tonton sejak kewujudan  Channel One HD. Memang betul2 berani wanita dalam drama ni. Tapi memang nampak real sebab nampak evil side and good side watak2 yang ada. (Sebenarnya bersiap awal sebab last night tak sempat nak menghayati cerita ni sampai habis dah tertidur.... sebelum masuk  citer kedua....) alasan je yang bersemangat bangun awal nak ke sekolah tu.... hahahahha

Kat sekolah hari ni.. perkara pertama yang saya buat adalah.... menyusun jadual sit-in guru. Dah siap.. baru tanya kat Puan Kertina perlu buat ke.... rupanya tak perlu... penat aje rasa datang subuh2 lagi ke sekolah.

Tak banyak yang saya lakukan hari ni sebab kebanyakan tugasan segera telah selesai cuma menunggu  bahan2 yang perlu saya laksanakan masa cuti ni aje.....

So hari ni... saya menghadap benda alah ni sambil otak ligat berfikir tentang aktiviti-aktiviti lain yang perlu saya selesaikan dan juga  jadual waktu yang akan saya cuba untuk siapkan bagi minggu depan.

Sementara menunggu masa perhimpunan penutup... saya  tak buat apa... cuma merenung perancangan jadual yang saya dah buat.............

Tak pelah lain kali mood okey.. saya memasuk benda yang berwarna-warni  kat sini.. macam blog orang lain yang cantik saya tengok. Blog saya ni entah apa-apalah. Dahlah seminggu sekali pun payah nak updatekan. Mudah-mudahan masa cuti nanti banyak perkara yang boleh saya masukkan hari-hari kat sini.....

Selamat bercuti buat semua..................................... huhuuhu... saya cuti seminggu aje.. lepas tu bertugas...


Halwa telinga