Thursday, August 25, 2011

Smile...........



 Thanks for sending me something that can make me laugh....


Thanks for the wonderful email Madam Husniati......





Kalau malas ketawa...senyum pun jadi lah....
 

Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma
untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu .
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : Nanti jap. Saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Citer 3
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada
jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu
ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok
Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????


Citer 4
Seorang posmen yang datang menghantar surat ..
' Assalamualaikum '
' Walaikumsalam '
' Ni rumah encik Sameon ye?
' Ya saya'
' Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni '
' Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?'


Citer 5
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak.. saya dah ada teman baru. Sebelum tu
awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti
awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk..... .... Benci .........

Citer 6
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah
bertiga!!!


Citer 7
Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan!
polis : fasal apa tu?
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

kisah 8
Seorang lelaki pergi ke klinik mata . Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya: ' Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya
membaca macam orang l ain ?' 'Dah tentu, ' jawab doktor. 'Oh,
gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya
membaca,' kata lelaki itu dengan riang.

kisah 9
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera
mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah
terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...


kisah 10
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat ..
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah...
'Atok buat apa tu?'.
'Atok bagi surat kat kawan atok,cu!' jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, 'Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong
merah tu ?'

kisah  11
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa
mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang
strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit
jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya....  

Halwa telinga