Friday, November 6, 2009

Hari Jumaat... Hari penuh berkat

Assalamualaikum... hehehehhe
Mood tengah okey.... Hari ni tak de apa yang menarik sangat untuk dicoretkan.. tapi hari ni aku happy bila "abang" called aku. Rasa bahagia sangat.. bercerita dan mendengar perkhabaran dari abang. Kalau lah boleh bercakap lama2 macam dulu-dulu...huhuhuhu... sedihnya.. aku rindu...huwaaaaaaaaaa

Thursday, November 5, 2009

Aku tersenyum...



My cousin and me..... 2 years ago...

Malam ni malam Jumaat..... Malam penuh berkat bagi orang yang memperbanyakkan ibadatnya... Doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan Allah.... Tak palah.... mengadu pada Allah... Walau seteruk manapun hinaan dan cacian.. tapi masih ada yang sayang dan suka. Tabahkan hati... kuatkan iman... Allah Maha Kaya....

Wednesday, November 4, 2009

Questioan Mark?????




Ketawa dan gembirakan hati.. walau apa jua keadaan yang melanda hati... senyum dan ketawalah.....

Pagi-pagi lai di pejabat pentadbiran kecoh. Typist panggil saya dan tanya " Ada tak ambil surat yang saya kena hantar ke MPM tu?" Saya memang sedia maklum tentang surat urgent tu menidakkan dan bertanya pa yang berlaku sebab petang semalam saya terpaksa buat semula surat tu... untuk dihantar segera.
Apa bila dimaklumkan.. bahawa surat tersebut hilang bersama dengan sampulnya sekali. Saya tanya typist betul ke dia.. letak atas meja... Dia mengiakan dan disokong oleh seorang lagi kerani yang duduk berdekatan. Saya beritahu dia... saya tak hairan kalau harta benda atau surat-menyurat yang berkaitan saya akan hilang kalau tidak disimpan dengan baik-baik. Fail jadual waktu dan keputusan peperiksaan yang 3 inci tu pun boleh hilang dari meja dan bilik saya.. apatah lagi surat yang hanya ditinggalkan begitu saja di meja kerani.
Cuma yang menjadi tanda tanya angkara siapakah itu. Yang begitu risau kalau saya lebih baik daripada orang lain...hahahahhaa.. saya terperasan macamlah saya ni hebat sangat kat sekolah ni. Tanda tanya saya masih tidak hilang.... Tapi saya percaya satu masa... Allah akan tunjukkan pada saya... Allah Maha Kaya... Saya tak menganiaya orang... tapi orang suka aniaya saya dan fitnah dan mengumpat saya. Saya buat rilex aje.. senyum beri salam dan tegur seperti biasa.
Petang semalam lawaknya, apabila ada guru yang allergik dengan muka tak cantik saya ni terbertembung dgn saya di hadapan KFC di bandar.. terus dia hilang selera makan... hahahahahhaa... memang betul agaknya... orang yang selalu sakit hati pada orang lain ...ni. akan kena penyakit hepatitis B ahahahaha. Mana taknya tak de selera makan dan akhirnya tak cukup zat yang diperlukan badan..... teori entah apa-apalah yang saya typekan di sini.
Pengajarannya.. Senyumlah dan ketawalah.... supaya tak kena penyakit hati.....











Khemah-khemah di hadapan rumah ketika majlis perkahwinan sepupu saya.... saja je... nak melihat suasana di kampung apabila ada kenduri...

Melawat ke rumah murid

Hari ini... sebelum jarum jam mencecah 12 tengahari... Saya bersama PK HEM, seorang guru tingkatan dan seorang guru displin menaiki kereta menuju ke sebuah kampung di seberang sungai. Perjalanan yang hanya beberapa minit menaiki perahu tambang akan menjadi jauh apa bila menggunakan jalan raya. Sampai di rumah murid tingkatan satu ni.. agak terkejut melihat kedaifan murid ni... rumah dua bilik satu ruang tamu dan dapur. nasib baik bekalan elektrik ada tetapi tiada bekalan air paip. Melihat mak dan bapak murid ni... ingatkan dah seusia bapak or mak saya.. rupanya baru 50-an. Tetapi kerana mereka bekerja keras.. mereka jauh lebih tua daripada usia sebenarnya.
Semasa di sekolah kami menyelidiki sebab murid ini hendak berhenti sekolah. Dikatakan masalah kewangan. Kami pujuk dan pujuk dengan menjanjikan bantuan-bantuan yang boleh sekolah sediakan supaya dia tidak berhenti sekolah.. pujukan tak jalan. Dengan penuh semangat mengisi borang berhenti sekolah. Yang lebih menyedihkan bila ditanya ibu bapa tahu tak hasrat dia nak berhenti sekolah.. dia kata bapa dia kata suka hati kamu. Selidik lagi sejarah persekolahan kakak-kakak dia, paling tinggi hanya setakat tingkatan tiga dan kini telah bekerja kilang dan berkahwin. Alangkah singkatnya pemikiran anak kecil ini....
Di rumah ibu bapanya.. yang beria-ia hendak menyekolah anak kecil ini hanyalah ibunya sahaja. Ayahnya mengatakan terpulang pada si anak. Akhirnya.. pujuka kami berjaya setelah kami menjanjikan dia bertukar kelas kerana.. rupanya ada kes buli yang tidak dilaporkan kepada pengurusan sekolah berlaku. So... kami minta dia ke sekolah seperti biasa esok hari. Saya berdoa' murid ini akan kembali meneruskan persekolahan setelah 3 bulan tidak hadir ke sekolah.
Sampai di sekolah.. seorang guru disiplin menceritakan ... kehadiran semula pelajar ini ke sekolah adalah bertujuan untuk memastikan sama ada dia dapat bantuan KWAPM atau tidak... Macam mana nak dapat.. borang tak diisi dan tidak dihantar sama ada borang permohonan KWAPM ataupun bantuan biasiswa... Sebab kekerapan ketidakhadiran murid ini ke sekolah. Sehingga guru Tingkatan tidak mempunyai masa untuk mengejar dan menuntut dari dia.
Inilah keadaannya yang perlu dihadapi apabila mengajar di sekolah luar bandar. Tapi walau di mana pun tempat bertugas... ada keunikan dan cabarannya yang tersendiri... yang perlu ditempuhi. Alhamdulillah... keadaan ini kadang mengajar saya bahawa dalam hidup ini.. sentiasa adda susah dan senangnya. Hanya kebijaksanaan kita mengendali dan mencari jalan mengatasinya sahaja sebagai penawar...



Gambar ni tak de kaitan pun dengan cerita di atas... cuma hiasan semata... hasil tangan murid tingkatan tiga yang baru tamat PMR dan sedangkan dalam keboringan....hehehhehe

Tuesday, November 3, 2009

Gambar di Four Point (Sheraton Hotel) Kuching

Anak-anak saudara ku
(Ona, Hafiz, Nabil, Kamal, Adzhan,
Mira, Nesrina. Azmudin, Danish)
Tiada bersama : Saiful, Shahrul, Dik Nur dan Is


7 out of 8...



Jay, Kak Ina, My Self, Kak Aya, Aziz, Abang Nial and Razak.
(Not in picture : Abdul Hadi Sulaiman)



Aksi entah apa-apa dari orang dah tua-tua ni...
anak-anak sedara tak terkata apa melihat aksi mengalahkan budak2.





Inilah kenangan yang best di Kuching... Rindunya untuk berkumpul semula.. walau ada yang tak bersama kami... huhuhuhu

Filling Gigi

Hari ni... aku membaiki gigi ku yang rosak.... Dan aku puas hati apabila benda hitam di gigi ku sudah tiada and berpuas hati juga dengan hasil kerja dentist yang tak menyakitkan .. Mula-mula aku rasa tak selesa... seolah-olah ada bende yang terlekat di celah gigi aku. Tapi semakin malam, semakin berkurangan ketidakselesaan itu.
Aku pergi bersama kawan ku.. PK F6 sekolah aku. Dia mencuci gigi,,.. dan menurut my friend.. dia rasa ngilu semasa dicuci... tambahan pula gusinya jenis yang sensitif... so berdarahlah juga .
Setelah selesai urusan dengan dentist, aku ke bandar.. sebab memang dalam bag aku langsung tak de duit dah.. So di sana kami ke bank kemudian pergi makan ayam yang tak berapa nak menjilat jari rasanya walaupun dia kata dalam iklan sehingga menjilat jari.... Selepas makan... sempat menjenguk tudung-tudung yang dijual di kedai pakistan.. tak de yang menarik.. kami meneruskan angkah ke pharmacy.. tak de yang penting sebenarnya...hehehehehe... kami mencari ubat gigi pemutih pula... konon-kononnya nakkan gigi yang putih berseri macam iklan colgate dalam TV. Gigi tak berapa nak cantik... berangan nak gigi putih.
Habis di pharmacy.. kami bergerak pula ke Ngiu Kee Supermarket... nak cari bekalan untuk esok hari sebab dah tak lalu dah nak makan di kantin sekolah. Dahlah maggi pun tak sedap... mahal pulak tu... ada ke maggi letak telur harganya mencecah 3 ringgit.huhuhu... so jalan baru kami adalah bawa bekal awal-awal, so.. save sikit money.....
Then.. kami drive balik.. sampai sekolah dah dekat jam 5 ptg... terpaksa le my friend mengundur diri... hahahaha nasib badan.
Tapi. rasanya aktiviti inilah yang menyebabkan aku rasa lapang sangat hari ni... bukan apa ... tengok.. orang yang memusuhi ku tak dapat mengelakkan diri apabila bertembung di bandar kecilku ini.... Biar mereka rasa sakit hati... melihat aku... and aku dengan muka selamba menegur mereka ... kawan ku berkata... lama-lama selalu sangat sakit hati... nanti kena penyakit hepatitis B. Lalalalalalala

Sunday, November 1, 2009

Gambar di Four Point (Sheraton Hotel) Kuching

Gambar bersama kakak ipar dan adik ipar serta kakak-kakak ku...

Nyenyaknya danish tidur... letih dgn kehadiran ramai saudara-mara..

Mak dan Bapak berangkat

Keluar dari bilik arrival di Lapangan terbang Antara bangsa Kuching

Di Lapangan Terbang Sibu.. Mak dan Bapak bersama saudara mara


Di rumah.. sebelum berangkat ke Sibu

Aturcara keberangkatan mak dan bapak ke Kota MadinahPada 28 Oktober 2009 jam 8.00 pagi kemi melalui jalan yang agak teruk dan meletihkan untuk sampai ke lapangan terbang sibu. Dengan menaiki dua buah van kami memulakan perjalanan dan sampai ke Lapangan Terbang Sibu jam 130 tengahari. Mak dan bapak terus ke Surau utk solat. Aku menguruskan segala keperluan mak dan bapak selepas aku, jay dan usu check in untuk diri sendiri. Seronok juga naik penerbangan yang sama dengan jemaah haji... terasa tak sabar untuk aku sendiri berangkat ke sana. Gambar-gambar yang menunjukkan perjalanan mak, bapak, jay dan aku dari Sibu hingga ke Kuching. Masa ni aku tak terasa sangat sebab aku sama penerbangan dengan mak dan bapak.Pada 29Oktober jam 7.10 malam mak dan bapak aku berangkat ke tanah suci madinah. Aku dan 5 orang lagi adik beradik aku, kakak ipar, adik ipar dan anak-anak saudara lepak di Lapangan terbang Kuching menunggu kapal terbang berlepas. Aku tak dapat menahan sebak. Sejak dari hotel hingga saat mak dan bapak aku check in... aku tak berenggang dari kedua orang tua ku. Huhuhuhu... aku tak mampu menahan kesedihan untuk berpisah dengan orang tuaku. Tapi aku relakan pemergian mereka diiring doa' moga keduanya selamat pergi dan kembali. My big brother menasihati aku supaya.. membiarkan orang tuaku tenang menjalani ibadah di tanah suci.
Pada 30 Oktober 2009, My secong brother, Aziz stranded di Kuching kerana flight delayed dari KL... so aku, jay, kak aya dan Azhan dapat lepak di Four Points (Sheraton Hotel) yang disediakan mas untuk abang ku.... malam ni aku dan adik beradik ku yang lain berkumpul dan bergambar bersama.. tapi Adi tak de bersama kami. Lain kali mungkin kami 8 beradik akan dapat berkumpul bersama InsyaAllah.
Ada kesempatan nanti aku uploadkan gambar kami di four points hotel... bestnyer

Halwa telinga