Wednesday, November 4, 2009

Melawat ke rumah murid

Hari ini... sebelum jarum jam mencecah 12 tengahari... Saya bersama PK HEM, seorang guru tingkatan dan seorang guru displin menaiki kereta menuju ke sebuah kampung di seberang sungai. Perjalanan yang hanya beberapa minit menaiki perahu tambang akan menjadi jauh apa bila menggunakan jalan raya. Sampai di rumah murid tingkatan satu ni.. agak terkejut melihat kedaifan murid ni... rumah dua bilik satu ruang tamu dan dapur. nasib baik bekalan elektrik ada tetapi tiada bekalan air paip. Melihat mak dan bapak murid ni... ingatkan dah seusia bapak or mak saya.. rupanya baru 50-an. Tetapi kerana mereka bekerja keras.. mereka jauh lebih tua daripada usia sebenarnya.
Semasa di sekolah kami menyelidiki sebab murid ini hendak berhenti sekolah. Dikatakan masalah kewangan. Kami pujuk dan pujuk dengan menjanjikan bantuan-bantuan yang boleh sekolah sediakan supaya dia tidak berhenti sekolah.. pujukan tak jalan. Dengan penuh semangat mengisi borang berhenti sekolah. Yang lebih menyedihkan bila ditanya ibu bapa tahu tak hasrat dia nak berhenti sekolah.. dia kata bapa dia kata suka hati kamu. Selidik lagi sejarah persekolahan kakak-kakak dia, paling tinggi hanya setakat tingkatan tiga dan kini telah bekerja kilang dan berkahwin. Alangkah singkatnya pemikiran anak kecil ini....
Di rumah ibu bapanya.. yang beria-ia hendak menyekolah anak kecil ini hanyalah ibunya sahaja. Ayahnya mengatakan terpulang pada si anak. Akhirnya.. pujuka kami berjaya setelah kami menjanjikan dia bertukar kelas kerana.. rupanya ada kes buli yang tidak dilaporkan kepada pengurusan sekolah berlaku. So... kami minta dia ke sekolah seperti biasa esok hari. Saya berdoa' murid ini akan kembali meneruskan persekolahan setelah 3 bulan tidak hadir ke sekolah.
Sampai di sekolah.. seorang guru disiplin menceritakan ... kehadiran semula pelajar ini ke sekolah adalah bertujuan untuk memastikan sama ada dia dapat bantuan KWAPM atau tidak... Macam mana nak dapat.. borang tak diisi dan tidak dihantar sama ada borang permohonan KWAPM ataupun bantuan biasiswa... Sebab kekerapan ketidakhadiran murid ini ke sekolah. Sehingga guru Tingkatan tidak mempunyai masa untuk mengejar dan menuntut dari dia.
Inilah keadaannya yang perlu dihadapi apabila mengajar di sekolah luar bandar. Tapi walau di mana pun tempat bertugas... ada keunikan dan cabarannya yang tersendiri... yang perlu ditempuhi. Alhamdulillah... keadaan ini kadang mengajar saya bahawa dalam hidup ini.. sentiasa adda susah dan senangnya. Hanya kebijaksanaan kita mengendali dan mencari jalan mengatasinya sahaja sebagai penawar...



Gambar ni tak de kaitan pun dengan cerita di atas... cuma hiasan semata... hasil tangan murid tingkatan tiga yang baru tamat PMR dan sedangkan dalam keboringan....hehehhehe

No comments:

Post a Comment

Halwa telinga