Saturday, October 1, 2011

Berjaga Malam

Times fly too fast. Especially on September.


Rasanya ... macam tak sempat apa-apa jekan.


Banyak kerja yang belum disiapkan.... it's include SPM trial exam question for Pendidikan Islam. 


Rasa nak pengsan bila mengenangkan kerja2 yang tak siap. 


Bila di rumah really can't touch my work. My mind macam kena block aje....








Kat sekolah pula......... lagilah tak boleh nak sentuh soalan tu... Mesti ada saja yang perlu dilakukan.....


Sabar ajelah... usah bersedih..... 


Keazaman yang kuat akan membuatkan kerja itu siap esok hari.... Insya Allah


Dalam keadaan macam ni alangkah indahnya..kalau saya ada stok makanan









Friday, September 30, 2011

Tahniah ...

Salam Jumaat....  Apa yang menarik hari ini?
Hari terakhir September?
SMK Oya mendapat tempat kedua Bahas Piala Ketua Menteri.
Tahniah buat pembahas-pembahas hebat SMK Oya.


Salah seorang dari bakat yang dicungkil oleh Panitia Pendidikan Islam Mohd. Nur Syafiq telah muncul sebagai pembahas terbaik.


Walaupun Panitia tak dapat menggunakan khidmatnya.. tapi alhamdulillah... itu jasa panitia Pend. Islam walaupun orang tak mengiktiraf...
Tapi saya tetap mengiktiraf usaha yang dilakukan oleh Ustazah Rusidah dengan anak2 buahnya tahun kepas.




Yang selebihnya ... biasa aje...
Tak de apa yang menarik sangat


Hati ni penuh rasa cemas.. sebabnya...


PMR only few days from now. Next tuesday


And pendidikan Islam will be on Tuesday. 2.15 to 4.15pm.


Ya Allah..lapangkanlah hati mereka untuk menjawab sebaik yang boleh......






Thursday, September 29, 2011

danish and boat

Ketika hujan renyai... dalam tak de mood sebab tidur terganggu... akhirnya tergoda jugak sebab nak tengok ship and  boats. 

 Merenung jauh ke dalam sungai... entah apa yang dibayangkan

Small boat for fisherman catching the fish.... It's really interesting during Kaul Festive.. .. 

Danish yang mengantuk di bawa ke tepi sungai di bandar mukah.... terus segar.... tapi mood tetap out.


Tuesday, September 27, 2011

NNew Gisaeng Story and Protect The Boss

My friend genevie.... U have to google this drama ..


especially Protect the Boss... it's fun
Harap line okey... malam ni nak tengok finale episode


Protect The Boss.... really funny and  make me laugh...




Letih... penat and panas hati...

Really hectic days
Berjumpa dengan parent 4 pasangan yang ditangkap berdua-duaan. Nasib baik  dipanggil secara berpasangan... Macam sesi berkenalan dengan bakal mak mentua  dan bapak mentua lah kan...
Ada parent yang begitu emosi.... ada yang cool ... ada yang tak berkata apa-apa... ada yang terus agresif.... 


yang paling tak tahan hati apabila ada anak yang begitu biadab dengan dengan ibu.... basuh kat situ jugaklah budak ni.... sedih rasanya bila melihat anak tidak hormat dan sayang pada ibu....


habis empat pasangan... seorang lagi ibu bapa sedang menanti.... berhubung kes buli  anak dia... actually tak le.. berat sangat tapi bila anak tidak memaklumkan kepada bapa dia.. lain jadinya.... Then ke kelas.....


Balik dari kelas... check pergerakan muslim students ke surau... and on the way to office... terserempak pula dgn students yang buat survey untuk agensi pelancongan ... lawatan di sekitar SMK Oya.... panas hati sungguh... terus bawa ke office.... but.....


Ada lagi kes disiplin nak dihandle. ni kes yang berat.. malas nak cakap banyak.. sebab ada guru disiplin lain bersama saya..  senang cerita.... gantung.. dua minggu... sebab kali ke-4 dalam tempoh 4 bulan melakukan kes berat. But considered atas jaminan guru...  digantung till 12 Oktober sahaja.

Baru le dapat handle budak tiga orang.... dengan seluar ketat.. yang bestnya statement my friend... apa yang awak nak tunjuk benda yang tak ada..... hahahahahhaha ... kalau budak2 tu faham..... pasti dia takkan pakai seluar ketat lagi... but faham ke mereka....  

Jam 2petang mesyuarat @ taklimat sekejap... diikuti mesyuarat koperasi.. tapi saya tak turun.. kena siapkan beberapa perkara...
Balik jam 4pm.. kerana membawa my mum berubat...
Kesian tengok mak kesakitan bila diurut ... orang tua tu.  Saya tak faham... my dad and my aunt pergi dengan saya. 


Oh.. ya,,,... my aunt  bercadang nak bawak her husband berjumpa orang tua ni... untuk buang angin katanya...


Sampai rumah it was 730pm already.............


Wow..... start from 610 pm... saya berangkat kembali 730... but... i am still alive but my energy really at the bottom level now. But have to stay up... because i missed SMILE MUMMY this afternoon......


pinjam kat mr google.... 



Monday, September 26, 2011

Silap type........

Baru perasan n3 saya yang bertitlekan Diebetes di usia remaja.... saya asyik melakukan kesilapan ejaan. Old jadi all.

Entah kenapa ya...Jari-jari ni asyik melakukan kesalahan bila menaip.

Maafkan saya....... ya....




Cuba jadi lebih positif

Setiap hari sebelum ke sekolah… apa  yang sering berlaku adalah… termenung
(kecuali bila dah terlewat)
Kenapa termenung????
Sebabnya …. Setiap hari saya berfikir… apa yang bakal saya lalui hari ini?
Apa lagi perangai anak murid hari ini?
Siapa parents yang akan datang jumpa saya hari ini?
Apa masalah yang akan saya hadapi hari ini?
Banyak lagi permasalahan yang difikirkan muncul dalam minda dan dibenak saya..
Semuanya melemahkan semangat saya untuk ke sekolah.
Di tambah lagi dengan keadaan my mum… yang seolah tak mengizinkan saya untuk ke sekolah.
Soalan standard setiap hari… pukul  berapa nak balik????
Memang semuanya menyebabkan saya rasa agak tertekan dengan keadaan.
Macam mana harus saya hadapi semua ini setiap hari???
Saya perlu memotivasikan diri…
Saya perlu lebih positif…..
Dan…… banyak lagi perkara yang saya perlu lakukan bagi menghadapi tekanan seperti ini.
Tapi motivasi yang paling tinggi adalah…. Nak kumpul duit nak ke Qatar…
dan kalau diberi keizinan Allah terus ke Mekah untuk menunaikan umrah…..
So… saya mesti lebih kuat dan mesti lebih positif…..
Insya Allah… mac or Jun 2012 saya ingin merealisasikan hadiah untuk diri sendiri…
Doa’kanlah saya…… agar saya boleh terus bekerja dengan penuh semangat
Dan melaksanakan amanah sejajar dengan  tuntutan amanah…


Airmata wanita

Dalam keadaan hati yang kurang tenteram….
Terbaca catatan dalam  diari mukminah tahun 2010 yang dihadiahkan oleh seorang teman..
Saya terasa rajin nak menaip kembali apa yang saya baca dalam diari muslimah tersebut
Tajuknya adalah “hargai airmata wanita”
Secara ringkasnya terdapat dialog dalam artikel tersebut
Anak      :  Mengapa engkau menangis?
Ibu         :  Kerana aku seorang wanita
Anak      :  Aku tidak mengerti
Ibu         :   Dan kau tak akan pernah mengerti (sambil memeluk anaknya erat)
Si anak berjumpa ayahnya pula
Anak      :  mengapa ibu suka menangis tanpa sebab?
Ayah      :  Semua wanita menangis tanpa sebab…
Anak tidak faham dan tidak mengerti… dan persoalan it terus menguasai mindanya hingga dewasa…
Akhirnya… jawapan yang ditemuinya adalah seorang wanita dijadikan Allah dengan penuh keistimewaan …
ü  Bahunya  cukup kuat untuk menopang dunia namun harus cukup lembut untuk memberi keselesaan
ü  Diberi Allah kekuatan  dari dalam sehingga mampu melahirkan anak dan menerima penolakan dari anak-anaknya
ü  Diberi kekerasan untuk membuatnya tetap tabah ketika orang lain menyerah dan mengasuh  keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh
ü  Kepekaan untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan bahkan ketika anaknya bersikap menyakitkan perasaan
ü  Kekuatan untuk menyokong suami dalam kegagalan dan melengkapi tulang rusuk suami untuk melindungi  hatinya
ü  Kebijaksanaan untuk mengetahui suami yang baik takkan pernah menyakiti hati isteri tetapi  kadang kala menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suami tanpa ragu
ü  Diberi airmata untuk dititiskan  dan digunakan bila-bila masa ia memerlukan.

Sebenarnya… secara jujurnya… saya tidak faham….
Tapi bagi saya.. airmata bagi saya boleh
v  Meredakan tekanan di jiwa
v  Meleraikan kekusutan hati
v  Memberi ketenangan dan kekuatan
Walaupun kadang kala… saya menganggap ia sebagai kelemahan seorang wanita
Tetapi… kelemahan itu… dalam masa yang sama menjadi senjata utama wanita…




Halwa telinga