Saturday, January 26, 2013

tamat sudah........

Tiga hari saya bertugas bersama jawatankuasa induk majlis tilawah Al-Quran peringkat daerah dalat...

Alhamdulillah.. bermula dengan penganjuran Sambutan Maulidur Rasul.. dan tadi dah berakhir Majlis Tilawah Al-Quran...

Dua malam saya berkampung di Dewan Masyarakat Oya... saya yang menjaga bahagian technical... tapi akhirnya menjadi runner ke sana dan ke sini.

Dah bekerja dengan jawatnkuasa yang kebanyakkannya lelaki.. macam tulah keadaan nya...

Memang dua malam ni saya kena pastikan ... bahagian penyelia peserta, penjaga masa .... dalam masa yang sama bahagian pengacara pertandingan dan kena check perkara2 kecil.... hai... gila kuasa  sampai ke luar kawasan sekolah pulakkan....

And... rasanya, begitulah keadaannya bila berkerja dalam kalangan orang lelaki yang ramai.. dalam jawatankuasa induk.. selain kemas yang jaga makanan yang lainnya semua lelaki...

Macam mana saya boleh terjebak???????????????

Sebab saya mewakili pengetua dalam mesyuarat tersebut.... Apa nak buat.. dah nasib badan kan......  ..


Walau apa pun.... saya puas hati sebab dah jalankan tugas seperti yang sepatutnya.

No comments:

Post a Comment

Halwa telinga