Friday, July 2, 2010

Syukur Alhamdulillah

Semalam cukup menyebabkan saya susah hati selepas menghantar sap ke PPD Dalat. Apa taknya benda yang dah berlalu 3 buan yang lepas saya tak dapat kesan di mana failnya dalam my lappy. Apa yang saya jumpa hanya bahan yang telah disiapkan oleh guru-guru mata pelajaran yang belum digabungkan lagi. Aduhhhhhhhh.... apa perlu saya buat ni. Memang tak leh nak suruh cikgu buat baru sebab benda tu dah terlalu lama..Lagi pun cikgu-cikgu semua sudah siapkan lama dulu. Cuma saya tak hantar sebab tak tau nak hantar ke mana. Saya cukup susah hati. Last night saya tak nak bebankan kepala .. so saya langsung tak onkan my lappy.
Pagi tadi.. tetiba je saya tak tau... saya bawa lappy besar yang diberikan oleh sekolah zaman dahulu kala (dah 3 tahun lappy ni menemani saya .. selepas lappy saya sendiri pecah screen, si my boss masa tu.. giive me new lappy) Sampai sekolah saya onkan lappy yang besar ni dulu... and memerhatikan fail2 yang ada pada desktop.... jeng...jeng...jeng.. tetiba mata saya terlihat.. Tapak analisis item ujian pra 1 2010.... Ya Allah... terasa dunia saya tetiba je berbunga ria dan rasa nak melompat aje. Bersyukur sangat-sangat. Perasaan ketika itu macam terjumpa kekasih lama je (mesti ada yang tergelak ni... Genevie tutup mulut). Masalah yang kedua pula line internet bermasalah... cuba banyak kali untuk send ke PPD Dalat. Nasib baik ada Celcom Broadband yang kadang kala amat  berguna di masa -masa kecemasa masa ni. Tapi ada kalanya amat menyakitkan hati. Hari ni alhamdulillah... broadband menyelamatkan saya. Selesai urusan email dan dpt pengesahan penerimaan dari PPD Dalat. Alhamdulillah.
Pengajarannya... selepas ni saya akan buat folder ikut type document.. taklah memeningkan kepala macam ni. Banyak kali juga saya tercari-cari tempat saya simpan document-document penting... bila dah saat betul-betul genting and saya dah putus asa mencari.. saya akan terjumpa. Yang penting sebenarnya ialah be cool and berdoa' supaya Allah sentiasa permudahkan kerja-kerja kita. tapi selalunya saya jarang cool...... huhuhu

No comments:

Post a Comment

Halwa telinga