Wednesday, June 30, 2010

Hampa... kecewa...

SMK Oya bercuti dua hari... Cuti Darurat. Sebabnya adalah kerana terputusnya bekalan air selama 4 hari dan pihak JKR tidak mampu untuk menghantar air bagi keperluan penghuni asrama.
Hari ni... Saya begitu gembira sekali mengemas barang dan kerja-kerja sekolah yang bakal saya buat di rumah. Saya juga tak sabar menanti detik 120 tengahari untuk balik dengan bersemangatnya. Beg buku yang mengandungi tugasan murid-murid sudah dihantar awal ke kereta ku yang comel.
Tiba-tiba bila jam menghampiri 1250 tengahati.. Juruteknik datang membawa memo dari boss saya... Huwaaaaaaaaaaaa ... bila melihat Guru Kanan tercatat di kepala surat selepas nama Penolong Kanan. hancur berkecai hati ini (cewah) Angan-angan nak berangkat ke KL secara melulu esok hari terpaksa dilupakan. Apakan daya saya terpaksa menghabiskan masa di sekolah menyiapkan kerja-kerja pengurusan yang belum siap. Tapi rasanya kerja saya tak banyak lagi yang tinggal.
Selepas itu, saya cuba hubungi PPD Dalat untuk menghantar SAP tetapi pihak yang saya nak hubungi tidak ada di pejabat. Melawat sekolah menurut maklumat yang diberikan oleh pihak kerani yang menjawab panggilan saya. Dead line hari ni...
Pagi esok terpaksa ke PPD Dalat terlebih dahulu sebelum ke sekolah untuk menyelesaikan perkara yang tertangguh hari ni.
Jadi.. saya yang begitu bersemangat untuk balik awal terus merundum semangat itu. Jadi hingga detik dan saat ini saya masih lagi di sekolah.

No comments:

Post a Comment

Halwa telinga