Monday, June 28, 2010

Monday Blues


Isnin ... betul-betul mood saya melayang entah ke mana. Dah le terlewat bangun. Subuh dah jadi subuh dinosour.. Kena buat sit in pulak hari ni...nasib baik yang ni dah selesai last night.. Tinggal nak print je lagi.
Menjadi lebih blues lagi bila saya ada kelas masa pertama... Persediaan nak masuk kelas... okey dah . Last night dah siapkan semua.. Cuma rasa nak masuk kelas tu berkurangan. 
Tapi semalam saya berjaya membuat tiga biji cake. Dua cheese cake and satu lagi cake evergreen. Boleh le buat bekal hari ni. Tapi terlupa pulak nak ambil gambar ... Tak palah next time saya ambil gambarnya.
Last night saya berjaga  tengok F1 tapi sampai ke sudah saya tak tau siapa yang menang.
Sambil-sambil tu saya membaca buku cerita yang bertajuk Percaya Ada Cinta...
Nak buat ulasan that not me. tapi aku hanya mampu baca 5 helai je malam tadi sebab telinga bingit dengar bunyi kereta lumba....(alasan semata-mata, padahal dah tidur pun lepas 5 helai tu) 
Semalam perancangan aktiviti hujung minggu saya berantakan... sebab kena gi sekolah ( ada alasan untuk tidak ke kenduri..) Menyiapkan beberapa bahagian NKRA yang perlu disiapkan. Balik dari sekolah saya terus membuat cake yang saya idamkan sangat-sangat. Alhamdulillah menjadi... Boleh lah lain kai say buat lagi and modify ikut suka.... saya. Tapi seperti biasa saya lupa nak ambil gambar... next time buat semula and ambil gambar.

No comments:

Post a Comment

Halwa telinga