Tuesday, June 29, 2010

Semalam Ku bersantai.....

Semalam Isnin.... menjelang tiga petang saya dah balik ke rumah. Tak taulah.. monday blues betul hari ni.. Dan dengan penuh semangat (walaupun kerja tak siap)
Kat rumah saya buat apa? Entah,,... Tak ada apa. Saya mula menumpukan perhatian kepada bahan bacaan yang sudah sekian lama tergendala.. Saya membaca novel..."Percaya ada Cinta"

Terharu ada sedih ada... cuma saya tak mampu membaca novel seperti zaman muda belia ku... Nak buat cam mana kan... Terhenti jugak lah sebab lepas tu my mother ajak makan goreng pisang (Tak patut betulkan anak dara ni... adakah mak yang kena sediakan minum petang...huhuhuhu)

Memang petang semalam aku bersantai habis-habisan di rumah. Menjenguk orang menyiapkan rumah... menidurkan mata bdi waktu petang... mengganggu anak saudara ku yang menjadi penghibur hati dengan telatahnya yang agak lucu. Memang seronok.. rupanya balik awalkan.

Tapi malamnya aku terpaksa bertungkus menyiapkan kerja sekolah yang sepatutnya saya siapkan petang tadi... tapi dalam masa yang sama saya tetap juga meluangkan masa menjenguk FB... Beberapa perkara yang saya selesaikan last night ialah :
1. Menyusun jadual waktu 5 gemilang dan 6 Bawah Bestari
2. Menyusun jadual sit-in
3. Membuat soalan latih tubi untuk tingkatan tiga bestari
4. Menyediakan jadual waktu KPMP yang baru (malangnya... hari ni dirombak semula kerana masalah yang tak terjangka)
5. Menyusun jadual waktu percubaan PMR 2010 yang akan bermula pada 26 Julai 2010
6. Menyusun buku keputusan peperiksaan pertengahan tahun....(lusa boleh hantar0
7. Menyemak perancangan peningkatan akademik tingkatan tiga 2010.
8. Menyambung pembacaan buku

Banyak juga yang telah saya selesaikan... akhirnya mataku terlelap jam after 130 pagi. Nasib baik pagi saya bangun awal seperti biasa... alhamdulillah

No comments:

Post a Comment

Halwa telinga