Monday, July 12, 2010

Makan-makan hari sabtu

Hari Teknik dan Vokasional.  Aktiviti utama adalah makan-makan. Selepas pelancarannya di pagi hari.. selepas itu... saya, Cikgu Kertina dan Cikgu salleh ke Pasar Sabtu Oya untuk membeli barang2 yang tidak cukup untuk menu hari ini. Sebenarnya banyak lagi menu yang terhidang tapi lupa nak ambil gambar. Yang ada hanya tertayang di bawah ni aje. Selepas itu, Cikgu Shazwan dan Cikgu Halfeez juga menyusul langkah kami bertiga. Aku sempat membeli seekor "fighting fish" utk menambah ikan di rumah...
Okey... tatapilah makanan-makanan di bawah ni... kalau terliur bukan salah saya ya.

 Ketupat nasi dan kuah satay
Tak habis dimakan sebab banyak makanan lain

 Umai yang sudah dimasukkan dalam frezer seharian

 Cecah Linut... tapi linut lupa nak diambil gambar

 Puding Jagung hasil tangan aku sendiri... itupun terpaksa direnovate semula sebab terkurang keras

 Ikan fresh from the sea... Cuma direbus dengan garam saja.... yummy  dua ekor habis saya makan memang sedap sangat2. Susah menemuinya ditempat lain. 

 Mohamad Irfan Rahimi bin Mohamad Shazwan
Makan dengan berselera hanya dengan menggunakan hujung lidah.. so cute
tapi tiap kali bapanya bangun... dia pun angkat juga

 Hasil tangan  yang ditemui di detik2 akhir sebelum keberangkatan kami ke rumah...
Hasil tangan Mohamamd Hakimi Khuwairizmi bin Mohamad Shazwan

 Cikgu Salleh menjadi bapa mithali menyediakan makanan untuk anak2 muridnya.
Cikgu salleh memang sempoi...... semuanya sedap..... Thanks Cikgu Salleh
(Murid derhaka... cikgu yang kena masak utk dia orang) memang tak patut

 Siapa pula yang merosakkan umai ????/
Umai yang melancong ke Kutub Utara sehari sebelumnya... terpaksa dipecahkan iceberg
dengan sudu. Aksi ini hanya boleh dilakukan oleh orang yang tertentu sahaja. Terutama wanita yang terdapat dalam gambar di atas (Jangan marah kertina)
SMK Oya.... yang indah dan hijau. Pemandangan ini bukan diambil pada hari kejadian di atas. Tapi pada tahun lepas. Selepas hari hujan. Memang diakui dan tidak boleh disangkal lagi... SMK OYa memang cantik.
Penghuninya juga cantik-cantik belaka..... 

Itulah sedikit panorama kehidupan di SMK Oya. Adakalanya manis dan adakalanya menghiris hati dan jiwa. Tapi itulah kehidupan. Kenalah tempuhi walau apa jua keadaannya. Di mana saja kita berada... pasti ada yang indah dan pasti ada juga yang mengecewakan. Ia adalah pengalaman yang tak mungkin mampu kita  beli dengan wang.... ia tak ternilai harganya.
Walau apa pun... dalam hidup kta perlu bijak menentukan yang terbaik untuk diri kita.. keluarga kita.. kawan2 kita... tugas dan tanggungjawab yang kita terima dan jua..  orang yang kita sayang yang ada di sekeliling kita... 

1 comment:

  1. best...kita masak lagi next time...bab makan..cakap saja...

    ReplyDelete

Halwa telinga