Tuesday, July 13, 2010

Umar Mukhtar "Lion of the desert"

Teringat pada zaman persekolahan (dekat2 nak menghadiri alumni SMKA Sibu ni.... mula lah teringat zaman-zaman sekolah dulu). Setiap malam minggu kami disajikan dengan tayangan video dan filem-filem yang pelbagai. Di antara yang saya ingat adalah Sundel Bolong... filem dari Indonesia yang kami tonton di gelanggang sepak takraw.... kawasan asrama lelaki. Wah.... masa tu.. hanya 120 orang saja kami yang menghuni SMKA Sibu. Kumpulan kami merupakan pelopor kepada SMKA Sibu pada tahun 1985. Saya menonton filem tu dalam ketakutan. Budak kecik tengok ceriya hantu.. biasalah. Siap bersembunyi di belakang tiang asrama. Tak terfikir langsung masa tu tentang... benda lain seperti ular or apa saja yang boleh menjalar keluar dari bawah asrama tua itu. Masa kami di sekolah ni dulu keadaan nya serba daif tapi... kami tetap gembira dan banyak kenangan manis yang dikutip di sana.
Saya teringat filem arab yang kami tonton masa dulu bertajuk Umar Mukhtar ..The lion desert. Dia merupakan musuh utama Itali pada masa tu. Strategi dan taktik peperangan yang dimiliki amat hebat dan seringkali menghampakan tentera Itali yang sentiasa memburu dan mencari peluang untuk membunuhnya.. Kehebatannya menentang dan mengalahkan tentera Italy menyebabkan dia di gelar Lion of the desert.
Saya pernah terbaca dalam sebuah buku yang saya lupa tajuknya... Umar Mukhtar mengatakan rahsia kejayaannya adalah mereka bertarung bersungguh-sungguh  untuk mati. Betapa hebatnya.... pegangan dan keyakinan mereka... sehingga mereka sanggup dan bersedia untuk mati.
Merenung kembali pada diri sendiri...  betapa jauhnya beza antara disri saya ni dengan perjuangan  Umar Mukhtar.. bangun malam untuk solat tahajud dua rakaat pun payah sangat2. Solat kadang-kadang diakhir waktu.. Andai direnung kembali dan ditilik.. dinilai dan dimuhasabahkan... tidak ditemui kelebihan pun saya di sisi Allah. Bagaimana ingin mengikut jejak Umar Mukhtar yang berjuang untuk mati... sedang saya ni...  nak mati rasa gerun sangat. Sebab bekalan diri.. aduh amat sedikit sangat2. Nak menghadapi soalan kubur... Mahsyar.. Hisab... Timbangan... melalui As-Sirat....  terasa syurga sayup nun jauh... di hadapan.. tapi neraka terasa begitu hampir. Ya Allah....
Betapa lemahnya hambaMu ini. dicerca sedikit .. dah lemah jiwa. menjadi bahan umpatan... dah rasa nak meletup hati dan perasaan. Dikecewakan.. terus berputus asa.... sedang diri sedar....  itu adalah peringatan2 dari Allah untuk terus memperbaiki diri. Ya Allah. ... jadikanlah hambaMu ini... hamba yang kuat menahan mehnahMu. Kuat menghadapi ujian dan dugaan... kuat menghadapi kesedihan dan kehilangan... kuat menghadapi apa jua yang mendatang.. baik maupun yang buruk.  Bantulah diri ini... Ya Allah..............

No comments:

Post a Comment

Halwa telinga