Saturday, May 15, 2010

Pening... Elektricity Tak de

Hari ni selepas selesai majlis gotong royong... (ye ke saya bergotong royong... sebab hari ni saya bergotong royong mengambil makanan yang ditempah untuk makanan ibu bapa dan guru di Mukah) saya makan di Bilik Guru Kanan,,,... sempat le membuat makanan tradisional kita orang... and menyampaikan hajat seorang rakan sekerja yang teringin untuk makan linut dan umai. Riuh juga le dia orang membuat linut... yang hampir2 tak menjadi.. dah lah dua orang yang membeli tu..kedekut.. beli seketul saja.....hehehhee
Balik rumah.. sebab nak ambil blender... Blender di bilik ert dah rosak semuanya... So balik rumah ... singgah rumah my aunty untuk pinjam blender... sempat le menyambar dua pasang tudung for next monday... (Hari Guru.... merangkap Hari tuaku.... kena pakai baju seragam satu staff.? tudung pula.... hehehhehe nak yang baru juga. And then singgah rumah my aunty yang satu lagi nak ambil kad ucapan hari guru yang dipesan oleh Nana untuk anaknya.
Baru sekejap kat rumah... aduhhhhhhh black out... so saya ambil keputusan berada di sekolah sampai petang. Dapat juga buat kerja yang tengah berlambak terutama jadual waktu yang perlu disiapkan segera.
Tension betul kalau elektricity bermasalah macam ni....
Tapi alhamdulillah ... kat sekolah okey. So beri arahan apa yang patut kat student untuk menyiapkan kerja2 yang tinggal sedikit bersama dua orang guru mereka. So tinggalkan mereka menjalankan kerja mereka.. dan saya mula memeningkan kepala mengatur jadual cikgu2 . walaupun masuknya cuma seorang tapi... berlaku perubahan untuk beberapa orang kerana.. guru yang masuk tak match dgn subject guru yang dikick out. Tak apalah .. saya akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan tugas itu. sebab ingin membuktikan.. kami boleh melakukannya.... Hanya yang terlibat sahaja yang memahami... kan Nana kan... huhuhu

Friday, May 14, 2010

Hari Guru (16 Mei 2010)

Hari Guru disambut oleh warga guru dengan senyum dan ceria (agaknya lah kan) Tapi adakalanya Hari Guru turut mengundang pilu di hati. Kenapa...? Biarlah ia sebagai rahsia yang tak mungkin terucap.
Teringat semasa mengajar di SMK Bukit Bandaraya, Bangsar, Kuala Lumpur.... Kala itu memang Hari Guru saya rasakan cukup meriah... Sebabnya....
1. Sambutannya diatur oleh murid dengan bantuan guru penasihat pengawas. tapi kalau diSepara.. sebabnya... kali pertama Sambutan hari Guru tidak menjemput tetamu dari luar.... Ketua budang Teknik & Vokasional... kata tahun ni .. tahun percubaan untuk pengawas mengendalikan Sambutan Hari Guru,... so langkah selamat tak payah jjemput orang luar... syukurrrr.... maka Isnin nanti..kami akan syok sendiri dengan sambutan hari guru.... Peringkat SMK Oya.
2. Teringat anak-anak murid saya di 2 Tabah. Memang menjadi guru tingkatan mereka menjadikan saya cukup tabah. Mana taknya.. tiga bulan pertama... Januari hingga Mac.. Tiap pagi saya naik kelas... kena sapu kelas... buang sampah... Lepas tiga bulan... mereka kesian kat cikgu dia orang kot... kelas dalam keadaan teratur dan bersih sentiasa. Siap ada perjanjian.... sebab dia orang nakal... suka main bola yang dibuat dari kertas dan dibalut dengan cellotape. So... pasti rosak keadaan kelas... tambah lagi dia orang main masa cikgu yang dia orang tak takut. Akhirnya... mereka bersetuju untuk sama2 mencantikkan kelas... dan menjaga kelas dengan baik.. nak main bola boleh tapi masa cikgu tak ada dan tidak boleh merosakkan perabot dan keceriaan kelas... Alhamdulillah.... Tiba hari Guru.... awal-awal lagi mereka jumpa saya... bersama hadiah. (bukan hadiah yang diharapkan tapi perubahan sikap) Yang buat agak tersentuh.. satu hadiah hasil kutipan dari mereka.. dan satu lagi secara peribadi... maka dapatlah saya hadiah dua beg besar tahun tu... Saya sayangkan kelas tu... sebab.. saya boleh menjadi tempat mereka bercerita.. bergurau dan cerita masalah mereka.. kebanyakan mereka dari keluarga yang sibuk memcari duiit..hingga anak2 tak terjaga oleh ibu bapa. Nak salahkan siapa.. itu adalajh tuntutan hidup... Malah ada yang ibu dan bapa bercerai... Saya tak tau di mana saya dapat kekuatan untuk merapati mereka... Menjadi rapat dengan mereka dan sekarang saya rindukan mereka. Apa khabar agaknya mereka sekarang... mudah-mudahan ada di antara mereka yang berjaya.. walaupun ada seorang telah menelefon saya mengatakan berhenti sekolah semasa di Tingkatan Empat.
3. tahun pertama saya di Bukit Bandaraya.. saya cukup rapat dengan group yang aktif Persatuan Pelajar Islam... banyak kenangan manis bersama pelajar-pelajar ini yang tak mungkin saya kutip di tempat lain. dan mereka mengajar saya menyelami kehidupan remaja di Kuala Lumpur.... tapi bila saya kenang kembali..nilai yang ada dalam diri mereka... tidak seteruk yang ditemui.. te tanah kelahiran saya sendiri.
Walau di mana pun saya berada saya akan tetap mengingat pelajar-pelajar saya ini... dan saya selalu rindu kan masa bersama mereka
Sudah enam hari guru saya lalui selepas meninggalkan SMKBB... saya masih mengingati lagi... kenangan di sana. Meraikan hari Guru di sekolah bersama guru dan muridnya dan meraikan hari guru diikuti dengan Hari Jadi saya bersama... insan yang menyayangi saya. Mampukah detik itu berulang kembali... Terserah pada yang Kuasa.

Saturday, May 1, 2010

I love Books...

Ini adalah cerita danish... dengan buku@novel chik Nya..


Banyaknya buku.... best ke buku ni...? Danish tengok.. chik Danish asyik bawa buku ni kehulu hilir aje.. tapi yang peliknya.. pegang je... Bukanya tidak...
Tapi yang danish pasti.. Chiknya yang garang itu.. amat kedekut dengan buku@novel-novelnya. Dia kata... penat dia kerja... cari duit.. nak beli novel dan buku.... Patutlah Chik selalu balik lewat kan.. rupanya dia kerja... cari duit sebab nak beli buku.....

Buku mana satu yang best.. ya.... Nak tanya... tak siapa yang sudi menjawab... mentang-mentanglah Danish budak kechik....


Haaaaa.... Danish rasa Danish tau buku mana yang nak diambil... bolehkan Chik..



Rasa penat berdiri.... so Danish duduk jelah..kan lebih selesa rasanya. Bestnya buku citer ni.. Danish ambil yang ni jelah.. Tapi macam mana dengan buku-buku yang sudah bertarabur kat lantai... Tu la.. orang tanya.. buku mana yang best tak nak jawab... Kan dah bertambah kerja Chik nak susun buku ni semula.... siannya Chik...


Yea... betullah buku ni memang best.... kalau tak Danish takkan happy sakan membacanya.... sampai terduduk... Sorry Chik yea... Sila kemas dan susun semula buku-buku chik yang telah Danish keluarkan tu.

Okey.... lain kali Danish citer apa yang bestnya tentang buku-buku yang Danish baca yea. Sebab nak habiskan tunggu Danish berumur 18 tahun dulu. Bukan apa... sure Chik tak bagi Danish baca novel-novel dia..yang berbungkus... dan Chik ada citer yang kawan dia selalu complain tentang Chik suka bungkus buku @Novel dia sampai keindahan seni kreatif orang yang terpapar tidak dapat dinikmati....... apa citer tu...???? danish pun tak faham.


Perjalanan... yang memang dah dijangka

1 Mei 2010
Hari ni cuti umum hari pekerja…. Tapi kami bertugas hari ini sempena mesyuarat agung PIBG, Sebab tak de tarikh lain yang kosong maka tarikh ini nak tak nak terpaksa juga di ambil untuk bekerja. Alhamdulillah Nampaknya warga guru SMK Oya memberi sokongan. Ibu bapa juga nampaknya ramai yang hadir. Cuma saya saja yang berkurung di bilik sendiri....huhuhu
Namun malangnya.. saya pula yang menderita sakit perut. Biasanya saya dah bersedia awal.. entah macam mana kali ini.. say tak bersedia..maka tersadailah saya di bilik ini sambil telinga cuba untuk mendengar apa yang berlaku di ruang serbaguna. Bolehlah saya ikuti sedikit-sedikit walaupun tak sepenuhnya. Seboleh mungkin nak besama-sama di bawah.. tapi bau dah bau minyak cap kapak… tak kan nak mengganggu hidung2 orang lain dalam majlis.. so… pasang sajalah telinga. Kalau dapat jadi macam plastic man … elok jugakkan.. dapat memanjangkan telinga.
Sebenarnya langsung tak de idea untuk dicatatakan di sini… So .. layan jelah gambar yang saya ambil ini…




Bersama penulis kegemaran dan kesayangan saya Kak Norhayati Berahim di Pesta Buku Antara Bangsa Kuala Lumpur.

Bersama cousin saya… Tahirah (di tengah) dan Raafah di kiri sekali semasa menjamu selera di Pizza Hut Alamanda Putra Jaya. Thanks Yah sebab rela hati menjadi pemandu membawa saya ke Alamanda dan Putra Jaya serta thanks Raafah and husband yang membawa singgah di rumah mereka. Insya Allah lain kali saya bermalam rumah awak. Kali ni rumah Yah. Insya Allah

Masih di Alamanda, Putra Jaya


Dalam Speedboat semasa dalam perjalanan balik dari Kuala Lumpur Mac lepas…..

Pemandangan yang saya suka sangat ketika dalam speed boat… percikan air dan awan yang seolah dalam lukisan serta pohon-pohin hijau yang menjadi penghias sepanjang perjalanan dari sibu ke Dalat
Pemandangan inilah yang sering membuat saya leka… dan terlupa untuk tidur dalam perjalanan… hahahaha… tapi kalau dah letih sangat.. mmg tertidur… kalau saya duduk di belakang speed boat… jarang lah.. saya melelapkan mata kecuali sekejap aje. Perjalanan 2 jam tak terasa bila mata asyik menatap keindahan alam ciptaan Allah ini… Subhanallah



Pesta Kaul Mukah 2010…pada 24 April 2010
berjalan bersama-sama keluarga kawan baik saya dari Igan.. Masmary, Ibunya and mastura.


Saya di Pesta Kaul Mukah.. tapi tak tau apa sebenarnya makna di sebalik replica yang dibuat dari daun. Saya walaupun darah melanau jati mengalir dalam diri… huhuhu.. budaya dan adatnya memang saya fail….


Saya dengan mastura di pelamin klasik melanau.... Yelah... zaman sekarang sukar nak ditemui pelamin seperti ini lagi.... bila kami duduk di atasnya..kayunya berbunyi... waaaaa.... maknanya berat badan kami mampu meruntuhkan pelamin.... hahahahaha... tapi sebenarnya.. kerana kayu yang digunakan hanya yang kecil dan mudah patah... (tak nak ngaku juga..kegemukan sendiri)



Saya sukakan gambar ini,,, bukan perasan cantik sebab saya tau.. size badan saya yang besar… hahahaha.. tapi sebab ada gambar motorbike yang besar… saya sebenarnya sukakan motor besar… tapi rasanya saya tak mampu membelinya…. So.. entah siapa punya motor saya pinjam untuk bergambar… Harap-harap orang tu tak marah


Tak taulah siapa yang diintai di balik daun2 bagai tu..




Ni my lovely mother Hajjah Sebeah binti Haji Saberi.. saya bawa my mother berjalan on Friday… sebab menjangkakan hari sabtu sure orang ramai… seperti tahun-tahun sebelum ni.. tapi malangnya…. Jangkaan kami salah… tahun ni jumlah pengunjung jauh lebih sedikit dari tahun-tahun sebelumnya.



Ini pula ayah saya.. Haji Sulaiman bin Suib. Yang dibeli hanya rotan pemukul lalat je….HAri sabtu ayah saya… tak nak naik kereta.. seperti biasa.. motorsikal kesayangannya digunakan untuk berjalan-jalan di Pesta Kaul pada Hari Sabtu. Hari Jumaat sahaja dia berjalan bersama my mother and anak dara dia yang sorang ni…hahaha

Okeylah.. Cukuplah dulu..untuk kali… ini.. Insya Allah ada mood.. ada angin.. saya akan mencatat entah apa-apa kat sini. Walaupun sedar… ilmu tulis –menulis dan mencipta ayat yang cantik seperti blog orang lain… tidak saya milik…. Jumpa Lagi ati

Saturday, April 17, 2010

Demam

Dah masuk hari ketiga saya demam... keadaan masih sama seperti hari pertama....
So kuatkan ajelah hati untuk ke sekolah dan menjalankan kewajipan dengan kudrat yang ada,....
Tapi petang nanti dah janji dgn my aunt nak ke MUkah... macam mana ya...............??/

Wednesday, March 31, 2010

Perjalan hari kedua ...ke Kuala Lumpur

Ahad, hari kedua saya di KL… Hari ni saya luangkan masa dengan Yah and Tah, my cousin in KL. Perjalanan bermula jam 11 pagi. Saya ke UPM bersama Yah untuk mengambil Tah. Berdasarkan GPS kami menuju ke Prima Saujana untuk ke rumah Husniati. Dari rumah husniati kami menneruskan perjalanan ke Alammanda, Putra Jaya…. Hampir dua jam aky dalam MPH..my cousin said.. tak puas2 lagi ke dengan aktiviti di PWTC semalam..hahahhaa… itulah keadaannya bila aku berjumpa kedai buku MPH,,ke Popular kah… atau mana2 kedai buku memang saya jadi rambang mata… Di MPH saya membeli 5 biji lagi buku.
Selesai di MPH saya ke Vincci..ingat nak beli kasut sepasang… tapi bila tengok fesyen tak berkenan…. Dah tu.. yang aku berkenan semua lebih dari 3 inci… mau sakit belakang saya berjalan naik ke aras teratas setiap pagi…. Untuk perhimpunan pagi maupun pergi ke kelas…. Yelah kan..kelas yang saya ajar kat aras atas. Lepas tu nak gi the next class sure lambat sebab kena control ayu bila menuruni anak tangga. So.. tak jadi beli kasut..
Bila perut tersa lapar… kami melangkah kaki menuju ke PIZZA HUT… Sambil2 menunggu Fahd an husband. Lama juga kami di PIZZA… and Fah dengan muka penuh rayuan… meminta saya singgah ke rumah dia…. Aku kesian ..okeylah… so dapatlah tumpang solat di rumah Fah. Rumahnya betul2 di hadapan PICC yang gah… di atas bukit.
Balik dari sana… Yah menghantar aku ke hotel yang tak berbintang… sebab aku nak memudahkan pergerakan aku ke mana2. Cadangnya sebelah malam aku nak ke SOGO… huhuhu.. malangnya hujan turun dengan lebatnya.. terpaksa le melayari internet dan ber FB. Tapi bila hujan dah reda… SOGO dah tutup, Adenan call and kami mencari kedai IDASM..
Hahahhaa… penat berjalan ke hulu hilir tak jumpa…. Pusing2 juga.. singgah ke gerai2 yang ada.. tapi lauknya sudah tiada.. yanga da sup kambing… so cancelled. Kami buat keputusan dinner di KFC aje.. Nasi Bariyani konon2nnya.. langsung tak sedap… saya Cuma boleh habiskan ayam goreng aje,… nasi langsung tak sentuh. Keluar balik perangai cerewet aku… Balik hotel around 1130 malam.
Aku kepenatan sebenarnya untuk perjalanan hari ni,,, so masuk bilik hotel terus tidur…… sampai azan subuh berkumandang dari TV yang aku biarkan on dari malam…. Seperti yang aku buat di rumah. Mmemang aku ni jenis yang tak reti nak jimat elektrik kot. Kalau ada TV aku on.. sebagai peneman aku tidur….

Okeylah,, penat lagi setelah perjalanan balik hari ni… esok nya aku akan bertugas semula.. Tapi semangat baru belum juga muncul ni… Nak buat cam mana ni??????????????

Sunday, March 28, 2010

Perjalanan .... tak terjangka

sejak semalam saya berada di bumi Kuala Lumpur.... Sebaik saja keluar dari arrival room.. saya terus ke surau di KLIA untuk solat jamak dan qasar. Ambil train ke KL Central and Adenan waiting me there. Bag dan kotak yang dibawa disimpan di peti simpanan di KL Sentral dan kami memulakan perjalanan. LRT dari KL Sentral ke MAsjid JAmek kemudian bertukat menggunakan STAR ke PWTCC.
Mula-mula kami terus mencari booth NB Kara di seberang sungai. Adenan yang kali kedua dengan mudah membawa saya ke Booth tersebut. Yang bestnya... NB terkejut menerima kunjungan saya, walaupun Kak Liza Bujang dah SMS memaklumkan kehadiran saya... hahahaha. Tapi saya tak tau apa yang saya nak beri... so.. di airport saya beli Pasu Sarawak... sebagai hadiah hari jadi utk Kak NB. And sampingannya.. makanan ringan traditional fresh from oven my mum and Kuih Sepit Kampung Judan. Beside that.. saya membuat kek lapis untuk santapannya. Apa nama keknya saya pun tak tau.. sebab saya main bubuh aje apa yang ada... tapi serupa macam evergreen...hahaha harap2 Kak NB suka akan hadiah saya yang tak seberapa untuk dia.
Selepas ke Boooth NB saya meneruskan perjalanan ke Booth lain and memborong buku-buku.. novel... motivation and beberapa buah buku rujukan... Perut tiba-tiba je rasa lapar.. so.. saya ajak Adenan balik.. tetapi tetiba jumpa Booth Karangkraf (alaf 21 di dalamnya) so ajak dia masuk.. belek2 buku.. kebanyakan sudah saya miliki.. dalam berjalan2 tu mata saya ternampak muka anis ayuni(kak latifah) di meja utk menemui peminat novel. Sayangnya saya dah memiliki buku2nya... lastly.. teringat satu buku yang Kak Ina selalu tanya.. tapi saya tak tau ke mana perginya buku saya hasil nukilan Kak Anis Ayuni.... saya tak fikir panjang ambil buku dan bawa ke meja anis ayuni dan dia said familiar dgn muka saya...hahaha... dia adalah class mate saya di class Dr. Khadijah di UM masa saya membuat master dulu. Tapi masa tu saya tak tau pun yang dia adalah penulis..kerana saya jarang melihat nama sebenar penulis.... selepas saya teruskan perjalanan setelah bahu rasa dah senget sebelah... walaupun Adenan membantu saya membawa buku-buku yang saya beli.. kesian juga bila melihat dia pun dah senget bahu..hahahaha.
perjalanan balik kami menggunakan Komuter pula... saya kata Kat Adenan... agaknya kalau saya bergerak macam perjalanan saya hari ni selalu.. saya akan jadi kurus kot... yelah... badan saya tak turun2 lagi.. macam mana nak buat ya... dah gemuk sangat dah rasanya.huhuhu....
Di KL Sentrall kami naik ke food court sebab dah lapar sangat dan kami menikmati Nasi kerabu yang kurang sedap...makan jelah.. perut dah lapar.. heran jugak.. saya yang biasanya cerewet bab makan ni..kalau tak sedap memang tak lalu nak makan...hahahaha... kali ni hampir 3/4 yang habis saya makan..hahahaha. Sembang2 dgn Adenan... maklum lahkan.. dah lama tak jumpa....
Lepas makan.. ambil barang and saya ambil Komuter ke Serdang.. and Yah menanti saya di sana... Tidur dalam jam 12pm... huhuhu letihnya. Lain kali buat entry perjalanan seterusnya.. saya di Kuala Lumpur.. sebelum tibanya hari Isnin... yang saya tunggu.

Thursday, March 11, 2010

Sayu hatiku...huhuhu

Sekarang ni rumah saya dalam proses ubah suai… bermula dari ruangan atas. Bapak mengambil keputusan untuk membesarkan rumah dengan agak drastic… aduh… sakit kepala dibuat pada mulanya tapi… bila difikirkan semula ada juga kebaikannya. Lain kali tak de saya fikir2 na kumpul duit nak baiki rumah lagi. Alhamdulillah..hasilnya bilik saya telah diattachkan dengan bilik bacaan. Bilik yang dulu tempat beradu jay telah diubah suai menjadi bilik bacaan dan bilik kerja saya. Seronoknya. Saya dah mula membayangkan buku-buku and novel-novel saya akan tersusun cantik dalam bilik saya. Awal-awal lagi saya tetapkan bilik saya adalah privacy. Seperti biasa saya tak suka orang masuk bilik saya sesuka hati kecuali orang yang saya benarkan saja.
Bilik saya yang sudah siap sepenuhnya. Tak de lah cantik mana pun.. tapi saya cukup berpuas hati.. at least adalah sumbangan saya untuk orang tua saya dan nampaklah jugak kemana duit KWSP saya pergi.. setelah berada dalam simpanan (konon-kononnya) sekian lama. Seumur hidup bekerja tu… Alhamdulillah.. Allah sentiasa permudahkan rezeki saya.
Hari ni keputusan SPM keluar.. dari pagi perasaan tidak menentu…. Dugaan ku benar belaka… keputusan SPM Pendidikan Islam jatuh.. dari segi kualiti dan kuantiti…. Rasa nak menjerit saja dibuatnya… Tapi saya tau,,,… kelas-kelas saya banyak ditinggalkan pada tahun lepas hatta sehingga waktu-waktu terdekat untuk SPM.. so tahun nia.. I have to do more and more then last year. As soon as my sillibus finish… saya akan mula latih tubi and spend more time utk menyemak tugaasan pelajar saya. Harap2 tahun ni tak de yang mengganggu perancangan saya… I hope I can do better for SPM 2010…. But… now I have to plan and design something.. what’s that… wait and see….. Arghhhhhhhhhh… rasa nak menangis dibuatnya….. Kesian pada anak didik saya.

Halwa telinga