Thursday, May 26, 2011

GAMBAR FROM KAK AYA


BIRTHDAY WISH FROM MY LOVELY SISTER
YANG DILETAKKAN DALAM FACEBOOK

SERAYA BINTI SULAIMAN
SEK. MEN. KEB. AGAMA TUN AHMAD SAID,
KOTA BELUD SABAH..

THANKS VERY MUCH



Posted by Picasa

Wednesday, May 18, 2011

Happy Birthday for my self….

17 Mei 2011.. my birthday.Sehari selepas Sambutan  Hari Guru. Tapi tahun ini,.. hari guru diraikan on 18 May di sekolah saya.



17 Mei tahun ini…. Saya terjaga dari tidur jam 130pagi… untuk apa? Ada apa yang menarik? Apa yang special? Nothing….. Nothing rasanya… May be dari masa sekarang.. saya tak akan meraikan birthday… Kenapa???? Entahlah. Saya sudah berputus asa… saya tidak melihat ada lagi orang yang meraikan hari jadi bersama saya. Melainkan keluarga saya dan ucapan dari kawan2 and anak murid (sudah semestinya di facebook dan melalui sms). Tiada lagi insan  yang istimewa yang mengucapkan dan mendoa’kan saya di hari lahir saya.

Entah… terkilan ada juga… kecewa…. Pun ada juga… tapi  saya tak akan menjadikan ia sebagai pelemah semangat saya. Terima apabila janji demi janji yang sekarang saya rasa memang tidak akan tertunai. Menerima sebagai takdir hidup saya begini. Salah saya menolak.. orang yang benar2  sayangkan saya dan memilih orang yang sekadar mengatakan sayang tetapi  akhirnya meninggalkan saya ..lagi dan lagi tanpa khabar berita. Tarikh 3 September 2011… takkan jadi kenyataan….Thanks.. for that

Walau apa pun.. saya bersyukur. Allah masih melindungi saya.  Allah menunjukkan sebelum saya bergelar isteri.  Allah menyelamatkan saya dari ditinggalkan begitu saja.  Allah menjadikan saya lebih kuat menghadapi semua ini. Allah memberikan saya amanah yang membuatkan saya sibuk sehingga melupakan  kekecewaan… rasa terkilan dan terluka.

Namun terkadang, saya termenung.. dan semakin hari saya semakin menyedari kekurangan diri.Dengan keadaan badan saya yang gemuk… muka yang tidak cantik…  keadaan saya yang bukan lemah lembut.. suara dan gaya yang kasar…  terlalu out spoken sehingga tanpa sedar menyakitkan hati orang lain.  Sehingga ada yang takut2 untuk berjumpa saya.  Diri saya yang tidak pandai bergaya.. bermake up, nak  bergaul pun agak lambat untuk menyesuaikan diri or blend dengan orang yang sekeliling. Dengan pelajaran yang tidak berjaya ditamatkan… (InsyaAllah ada kudrat saya akan selesaikan … nya)

Wahhhh..kalau saya senaraikan kelemahan saya di sini. Aduhhhhhhhhhhhhhh…… banyak  sungguh dan saya mula menyedari kenapa dia tinggalkan saya. Memang saya tak layak untuk bersama dia dengan kelemahan-kelemahan yang sedia ada dalam diri.  Dia seorang yang tidak pernah meninggikan suara…. Bercakap pun lebih  penuh dengan lapik dan not out spoken like me. Memiliki kerjaya yang menjanjikan kesenangan hidup .. yang membolehkan dia mendapat wanita lain yang cantik dan sepadan dengan dia dari segi tingkah laku. Memiliki keluarga yang  menjalankan perniagaan.

Alhamdulillah…… Allah  mempermudahkan rezeki dalam kerjaya saya. Saya dikecewakan .. tapi dalam  kerjaya Allah memberikan saya satu permulaan untuk melangkah lebih jauh. Walaupun  dalam tak rela…  saya menerima amanah sebagai fardhu kifayah. Dan rezeki Allah di sebalik kekecewaan tetap ada rahmat dari Nya, kenaikan ke DG48 berkuatkuasa jan 2012.  Walau bukan itu yang dikejar tapi… at least ia mengubat dan menjadi penawar kepada ketidakrelaan saya menjawat jawatan PK HEM sekarang ni.

Tentang hati… tentang perasaan…… tentang masa depan… saya bersedia menerima apa saja ketentuan Allah. Walau kini  ada yang cuba mengetuk pintu hati ini… namun saya serahkan segalanya kepada Allah. Kerana Allah yang lebih tahu apa yang terbaik kepada hambaNya.

Setahun dari sekarang .. usia saya mencapai 40 … setahun saja lagi… Sempatkah saya menikmati usia itu. Masih adakah ruang untuk saya menghirup udara di bumi  Allah ini?
Moga allah memberikan saya usia yang lebih untuk saya terus berbakti di bumi Allah. Menjadi guru kepada anak2 murid.. Menjadi anak  yang baik kepada ibu bapa saya. Menjadi adik@kakak yang  membahagiakan kakak, abang & adik2 saya. Menjadi “Chik” nyang supportive pada anak2 sedara. Menjadi kawan yang baik kepada  kawan2 sekeliling saya.. menjadi  ketua yang boleh membimbing  rakan2 setugas. Yang penting menjadi hamba allah yang taat  dalam mengumpul bekalan untuk kehidupan di alam yang hakiki….

Yang penting… saya mesti senyum…………. Walau apa pun yang menunggu.. cabaran… dugaan… rintangan. Disukai atau tidak… yang penting senyum ….  And senyum…..








Pesta Buku Antara Bangsa Kuala Lumpur.(30 April 2011 – 1 Mei 2011)

Dah beberapa minggu berlalu baru nak cerita tentang pesta buku…
Saya memastikan setiap tahun saya akan ke Pesta Buku. Tujuan nya adalah untuk  menambah collection buku saya. 

Penerbangan saya dari Sibu  ke LCCT .... my parent and sis menghantar saya ke Airport dalam hujan lebat.... 
 Hujan lebat semasa ke Airport Sibu

 Keadaan mula nak hujan

Cuaca macam okey sahaja sebelum hujan turun dengan lebatnya

 Pemandangan dari dalam kapal terbang

 Awan....... sungguh indah ciptaan Allah

Pemandangan yang membuat saya leka dan termenung jauh .. betapa Allah maha Berkuasa atas segala yang diciptakannya

Tak le banyak mana sangat pun yang saya borong sebenarnya. Mana larat nak bayar overweight kan……
Tapi cukup menyenangkan hati saya. Sebenarnya memang rambang mata bila tiba di PWTC. Saya ke sana pada 30 April 2011 bersama my friend. Adenan. Thanks Denan jadi penunjuk jalan every year. Dah dua tahun ke PWTC dengan Denan sebagai penunjuk jalan. Alhamdulillah dipermudahkan untuk saya segalanya
Seperti tahun2 sudah.. orang bukan main ramai lagi. Sampai nak jalan pun sesak… ingatkan jalan2 di KL aje yang sesak.. di PWTC masa PBAKL pun apa kurangnya. Saya berpecah… dari jam 1130 pagi. Mula2 kami cari gerai NB Kara terlebih dahulu. Setelah meninggalkan  buah tangan untuk Kak Yati.. saya memulakan misi saya untuk explore semua ceruk rantau di PWTC. Wahhhhhhhh…. Heaven yang teramat sangat rasanya bila dikelilingi oleh buku. Hanya yang meminati dunia buku memahami maksud saya.
Saya pergi ke Karang Kraf.. Alaf 21. Sayangnya saya tak dapat ambil gambar sebab saya dah terpisah dari Denan. So saya hanya boleh berjumpa dengan penulis2 buku and ambil tandatangan. Siapa yang saya temui… Anis Ayuni (Kak Latifah.. classmate saya masa saya mengikuti  Programme Master Of Education di Universiti Malaya). Masa kat UM saya tak tau pun dia penulis walaupun saya dah memiliki buku2 nya sebelum ni sehinggalah Burn (Nama manja untuk Abu Bakar…. Apa khabarlah Burn, Azli, Azri and seorang lg saya lupa namanya) memaklumkan pada saya. Itu pun di penghujung semester 3 ketika kami hampir tamat pengajian. Selain Kak Anis Ayuni.. jumpa penulis lain lika Aina Emir.. di Karna Dya, dan ramai lagi.  Saya sempat juga beramah mesra dgn HM Tuah…. Hahahhahaha.. saya kurag berminat dengan gaya penulis beliau… tapi saya tetap memiliki koleksi buku motivasi tulisan dia. Kenapa……….???? Sebab saya suka membaca .
Saya hampir membuang masa berbaris untuk mendapatkan tandatangan Ramlee Awang Murshid. Nasib baik saya manusia tak suka berbaris. Actually saya nak jadikan ia satu hadiah for Aziz on his Birthday September nanti. Lebih kurang macam hadiah in advance lah… Tapi tak berjaya.  Saya membeli buku terbaru Ramlee Awang Mursyid (hard cover ) untuk Aziz. I know he will like it..hehehehhe. For my sister Salina…I bought buku Anis Ayuni siap tandatangan dari Anis Ayuni. For sure this June I will give it to her. Untuk my student I bought 7 mini Al_quran for those who  get higher mark in the Mid Year exam. Hope they can use it.. and moga pahala akan saya dapat juga  bila mereka menggunakannya.
 My books....


Set model soalan spm dan pmr

novel and books

For my self.. off course I bought novel, motivation books, religious books and general books.
Rasanya… bag saya dah penuh dengan buku-buku ini… Nasib baik saya ke PBAKL bersama Denan.. hahahahha.. dah dua tahun juga dia membantu saya mengangkat buku2 yang saya beli.
Last sekali saya ke Gerai NB Kara semula… untuk mendapatkan buku2 keluaran syarikat kak Yati. Best sangat2 bila berjumpa dengan penulis yang mesra teramat macam Kak Yati. Jumpa dengan Kham, Kak Liza…  Cuma saya rasa segan2 jugaklah .. sebab sapalah saya kan… So just smile pada peminat2 Kak Yati yang lain. But… seikhlas hati.. saya rasa amat selesa dengan kak Yati.  She really nice person. And yang penting dia ada anak yang comel teramat. Saya boleh bayangkan yang satu hari nanti anaknya akan menjadi anak dara yang cantik jelita. Sesuai dengan darah campuran yang ada dalam diri dia.
Actually.. saya mengenali suami Kak Yati dulu sebelum mengenali Kak Yati. Dari dialah saya mengetahui blog Kak yati and know how to order novel direct from NBKara. Tapi saya memang meminati novel2  hasil tangan nya pertama. Semuanya  ada dalam koleksi saya. Cuma yang sebelum ini ada di tangan “someone”, di tangan kakak saya. Yang lain ada dalam koleksi saya di rumah ini.

Dari suaminya lah saya mengenali Kak Yati and blog dia.
Wow…. Panjang teramat saya punya entry hari ni… hehehhehehe.
Yang lagi nak jadi cerita… on the way back..  Kami ke stesyen LRT untuk kembali ke hotel penginapan saya di Jalan TAR. Hhahahahaha
Ya.. Ampun… orangnya berbaris begitu ramai. Kami melakukan kesilapan bila mana membeli ticket sehala sahaja sebelum ini. So kami mengambil keputusan untuk naik teksi sahaja. Tapi sebelum naik teksi.. perut dah mula terasa lapar… so kena isi minyak dulu supaya kami ada tenaga untuk menahan teksi… kehkehkeh
Tak de teksi.. dan rasa macam tak percaya apabila kami terpaksa berjalan sehingga ke Chow Kit Road….. huhuhuhu.. bila dah sampai kat Chow Kit…. Terasa nak makan durian.. sekali lagi Denan terpaksa mencari .. malangnya tak Berjaya… tak pelah..tak de rezeki.
SO naik teksi ke Hotel Frenz di Jalan TAR.. setelah solat asar dan meninggalkan harta benda di hotel… saya turun semula untuk berjumpa Denan. Arah seterusnya..Pasar Malam yang sedang berlangsung di Jalan TAR.. kami mencari laksa penang. Di Gerai yang pertama tak memenuhi selera saya… saya makan sikit sahaja. Kami cari another gerai… yeahhhhhhhhh… memang memuaskan hati…. Then… kami ke SOGO… yang tu tak yah cerita… nasib baik credit card saya dah dibayar advance sebelum saya ke KL.  So.. tak delah risau ia berlambak2 hutang di dalamnya,
di antara plastik2 buku hasil jangkauan tangan saya
 Bersama Kak Norhayati Berahim yang amat peramah and mesra peminat

 Gambar yang saya ambil ketika duduk melepaskan keletihan

 Entah apa2  gambar yang saya ambil semasa duduk  melepak  akibat sakit kaki

Bersama Kak Norhayati Berahim and Kak Liza Bujang

Walau apa pun… saya rasa seronok  setiap kali ke PBAKL. Yang penting saya happy bila ke KL kerana… di sini hati saya pernah bahagia.. di sini saya juga dilukai..  Yang penting KL yang sentiasa sibuk… tempat yang meninggalkan kenangan indah dan duka buat saya. Selamanya saya akan menyukainya… walaupun orang lain tak menyukai KL. UM… SMK Bukit Bandaraya… Rumah sewa saya.. belajar hidup sendiri… berdikari… pahit manis semua ada di sini.





Monday, May 16, 2011

MTQ NEGERI SARAWAK (2) SAMBUNGAN…

Mukah sebagai tuan rumah MTQ Negeri Sarawak pada tahun ni. Sebelum ni saya ada nyatakan bahawa apa yang saya temui semasa hari pendaftaran MTQ Negeri Sarawak.
Sebenarnya… semasa MTQ Negeri Sarawak  yang diadakan di Politeknik Mukah, SMK Oya telah diamanahkan untuk merancang perjalanan Majlis Penutupan Rasmi yang akan dihadiri oleh YB Datin Fatimah Abdullah  dan Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak.  Seperti dijangka, pekerjaan ini akan berada di bawah tanggungjawab saya sepenuhnya. Saya mendengar taklimat dari PK Pentadbiran. And then saya berbincang sedikit dengan pengetua. Yang lebih penting saya ingin membawa PK tingkatan 6 (Mdm Kertina Naim) sebagai orang kanan saya semasa majlis tersebut.
Kehadiran YB Datin Hajah Fatimah tidak begitu membuat saya bimbang dan risau… Tetapi kehadiran pengarah sebenarnya yang membuat saya agak kecut perut. Dengan keadaan arahan yang tidak jelas and saya tidak menghadiri mana-mana mesyuarat dari  Pejabat Pelajaran Daerah Mukah.
Tapi pada 4 Mei 2011… malam around 930pm saya telah dihubungi melalui telefon. Meminta saya ke Mukah untuk menghadiri taklimat dan mesyuarat majlis tersebut keesokkan paginya.

So.. sekali lagi saya mohon simpati pengetua untuk membawa Mdm Kertina bersama saya… Alhamdulillah mendapat kebenaran. Saya memang amat memerlukan pembantu ketika ini untuk mencatat apa yang perlu. (Saya belajar perkara ini dari My Boss semasa di SMK Bukit Bandaraya- Kuala Lumpur. Datin Suwarni Hasan) Di mana masa tu saya menjadi mangsa  My Boss untuk menemaninya bermesyuarat untuk majlis Penuutupan Rasmi Festival Nasyid Sek2 Malaysia kali pertama di Kuala Lumpur pada tahun 2004.  Alhamdulillah saya  mendapat pengalaman dari sini.. jadi at least saya tak le.. macam orang bodoh semasa taklimat. Sebenarnya bau pagi ni mmerancang perjalanan majlis yang sebenarnya

5 Mei 2011 pulak…. Raptai yang tak macam raptai…. Sabar ajelah. Saya  kena siapkan kerja yang sepatutnya bahagian lain sediakan. Bilik VVIP.. kena sediakan teeth bit.. minuman panas. And Kami gunakan duit sendiri untuk membeli drinking water untuk VVIP sebab air yang disediakan tak menepati piawai.  Credit to Kertina.  Malam selepas pertandingan nasyid kami mula bekerja memastikan dewan sedia for tmorrow morning. Kutip sampah . And sedihnya perlu sediakan  tanda kerusi tpt duduk tetamu yang sepatutnya orang lain sediakan. Balik dari Mukah singgah di Sekolah dan membuat tanda kerusi  dengan bantuan 4 orang guru yang  dipertanggungjawabkan membantu saya.
6 Mei 2011… seawall  7am kami sudah berada di dewan serbaguna Politeknik. Pintu dewan pun belum buka lagi… arghhhhhhh tension.
Masa berlalu dengan kehadiran pengarah… Yb dan tetamu2 lain .. majlis berjalan seperti yang dirangka. Walaupun  majlis berjalan lancer.. orang tak tau… bagaimana sakitnya kaki saya berlari ke sana ke mari memastikan semua berjalan lancar. Dengan Walkie Talkie ditangan.. Saya menjadi master mind majlis ini bersama dengan beberapa orang pegawai dari Jabatan dan  Guru dari Sekolah Rendah (Ustaza Azra) puhhhhhh  … memang gila punya penat.
Akhirnya.. majlis berjaya and  pegawai yang berkaitan mengucapkan tahniah…. Tapi tahniah sekali pun… hanya Allah yang tau bagaimana perasaan saya sepanjang majlis tersebut. Sempat bertegang urat dengan guru yang tidak mau mendengar arahan saya. (Mungkin mereka rasa saya penyibuk kot). Alhamdulillah sepanjang melaksanakan tugas ini…  walau pun penat tapi saya mendapat bantuan yang superb terutama dari barisan protocol… and pengacaraan selain daripada penyelaras dan pegawai-pegawai dari JPN Sarawak.
Tugas ini bersambung dengan majlis yang menunggu di sekolah jugak……….. memang 6 Mei 2011 betul-betul membuat saya masak……………. But menambah pengalaman saya dalam organize sesebuah majlis.
Dinner bersama Cikgu Dollah Razak yang datang  sempena MTQSS kali ini


Makanan yang dinikmati......semasa  dinner.

Sebenarnya mengambil kesempatan membawa Cikgu Dollah menikmati seafood sebelum  mengemas dewan untuk persediaan keesokan harinya...



Thanks Allah… member saya kekuatan untuk melaksanakan tugas dengan baik dan memuaskan hati pihak yang berkenaan .. walau sebenarnya jerih, peluh dan  debaran sepanjang majlis berjalan. Moga kekuatan ini akan terus diberikan pada hambaMu ini untuk melakukan  yang terbaik bagi setiap amanah yang diberikan… Amin Ya rabbal alamin.

Saturday, May 14, 2011

13 Mei 2011... Tahniah buat ABdul Hadi bin Sulaiman

Saya mendapat anak sedara baru yang ke-13.  Baby Boy..... Masih kekal  4 orang anak dara yang menjadi cucu mak and ayah saya

Nama nya saya tak tau lagi.... pengumuman belum dibuat. Anak sedara saya dilahirkan di Hospital Al-Ahli di Qatar.... sebab adik saya merantau dan mencari rezeki di sana. So tak ade cerita about  new born kat sini


Inilah wajah new borned..... hahahaha... merahnya muka...... 




Dah beberapa hari

Dah beberapa hari nak  buat entry tapi tak jalan sebab kerja sedang menyemakkan minda saya. Semalam bila saya in mood untuk update blog sebab tak leh nak focus on the document.... langsung tak leh nak log in dalam  account saya.

memang hangin jugaklah saya dibuatnya....

hari ni saya  buat  cerita  pasal kaul tapi gambar lak tak ada dalam lappy ni. nanti2 lah kalau rajin saya letak gambar kat sini. Buat serius..  nothing interesting pasal kaul Oya for me. Sometimes rasa macam sukaneka. Nanti kalau saya terajin.. saya akan edit balik  entry ni and masukkan gambar ya....

Kaul diadakan pada 8 Mei 2011 yang lepas  hari Ahad


Kaul Daerah Kecil Oya 2011 (08.05.2011)

 Muka berpeluh setelah berjalan jauh....


 Minyak di muka boleh jadi pengganti minyak masak rasanya

 Tenangnya air laut semasa pesta kaul dilangsungkan

 Tak taulah apa yag diaorang tu buat


Hari ini pesta kaul diadakan di Pantai Oya. Mungkin di tempat lain Pesta  Kaul dijadikan satu adat dan satu kemestian untuk memuja roh @ Ipok (penunggu laut). Kaul biasanya diiring dengan persembahan serahang untuk  penunggu laut ada pelbagai jampi yang dilagukan dalam bahasa melanau yang  saya pun tak faham maksudnya.
Tetapi pesta kaul Oya….…. Cuma satu keramaian biasa sahaja. Dengan pertandingan permainan tradisional (sometimes.. rasa macam tengok sukaneka ada juga)
Actually after 5 years… saya tak jenguk ke Pantai Oya semasa Pesta Kaul… Tiba-tiba aje pagi tadi saya and my sister jay ke Pantai bersama dengan my mum.  Agak menyesal  sebenarnya sebab cuacanya teramatlah panas dan kulit muka saya dah rasa amat2 perit. Walaupun topi vogue saya  ada cantik atas kepala.  Saja berjalan2 melihat kerenah anak murid and orang ramai. And teringin nak berjalan2 di tepian pantai sebenarnya.
So.. meredah  panas yang teramat… saya suruh my sis ambil gambar YB… and bila YB Nampak kami.. YB pun nak bergambar dgn kami bertiga…. Best.  YB yang begitu ramah mesra  dengan pengundi tak kira masa pilihan raya ataupun tidak.
Bertandak.. @ bermukun

 My sister, YB Datin Hajah Fatimah Abdullah, My mum and my self

 On the way back... tak sabar nak sampai ke kereta

Pantai yang pemandangannya tak berapa nak menyenangkan sebab kotor


 My mum and me
 Tetamu2 yang ada berlindung dari panas mentari di bawah khemah

 YB Datin Hajah Fatimah

My Father............

Nothing yang menarik semasa kaul di Oya…. Maaf ya… hanya  itu sahaja… yang lainnya ..penat berjalan sebab kereta tak boleh nak masuk jalan ke Pantai. Kena  jalan jauh pulak tu. And  pantai tak bersih , pemandangan dicemari oleh sampah sarap menyebabkan keterujaan untuk menikmati angin laut terus terbantut. …. So itu sajalah.



Tuesday, May 3, 2011

MTQ Negeri Sarawak

Hari ni... saya ke Politeknik Mukah.. Pelik ke????? 
Hahahhahaha... tak de buat apa pun .. cuma menghantar  peserta syarahan perempuan bersama guru pengiring ke sana.
 Setelah memastikan everything ok saya tinggalkan mereka  dan menuju ke Bandar Mukah... tujuan utama saya adalah  Servis kereta, Beli ubat demam  for my sis and ambil my laptop yang terpaksa masuk ward di Mukah. Alhamdulillah.. Laptop saya dah selamat sejahtera.
Ketiga-tiga  misi saya berjaya... Selepas mengisi minyak saya kembali semula ke Politeknik.. Ingatkan dah selesai  sesi cabutan undi dan taklimat... Rupanya belum. Malas nak masuk ke dalam dewan tunggu je kat luar



 And........ Part yang best........... Saya jumpa dengan.... mula Ustaz Hussin.... tengah sembang... Jumpa pulak Ustaz Musa. Berborak dengan mereka... agak lama. And Ustaz Hussin  beritahu saya my sister akan pindah balik ke Sarawak ke Pasentren Taib.... Ohhhhhhhhhh Alhamdulillah... rasa nak melompat mendengar perkhabaran itu. saya kesian dengan My sis di Sabah and my parent yang selalu risaukan dia di Sabah. Walaupun my sister ditemani suami dan anak.

Last sekali bila saya nak balik.... ternampak mula my colleague... Sulaiman Hassim.... and belum last.... my teacher (i will not said my ex-teacher... because all my teacher forever being my teacher) Cikgu Dollah Razak.

Alhamdulillah.. sesekali terserempak... seronok juga...... Rasanya  saya paling seronok hari ini,... walaupun akhirnya saya  terpaksa berada di pejabat sehingga jam 10pm untuk menyemak buku kehadiran pelajar. ... 



Monday, May 2, 2011

Selamat sampai dari KL and now di Sibu Airport.......

Saya berada di SIBu Airport.... Pengajaran penting dan makluman semua... Kalau naik MAS and beli ticket pergi balik..make sure pergi naik Mas jugak.
Jangan sekali-kali nak menggatal naiok penerbangan lain... such as Air Asia or Fire Fly.

Sebabnya... Saya hampir tak dapat naik  pagi tadi. Kalau dapat pun jena bayar tambang baru hamppir2 600 tu... gila mahal.

Tapi saya bernasib baik.. sebab  Kaunter tpt saya check in tu tolong saya sebab ada sit kosong and saya tak perlu bayar apa2.

Saya ucap terima kasih beribu2 kali (Macam le kira.. kalau kira  pun mustahil sampai sepuluh kali) hahahahhaha

Selamat duit saya...... Otak pun ligat berfikir... nak cari apa lepas tu.......... Jalan2 sampai tak sedar... masa berlalu... dan saya hampir terlepas penerbangan.......

Maka ... acara pecut pun bermula... Sampai KLIA around 8.30...my flight 8.50... And seperti biasa..  I am the last person masuk flight...... Nasib baik tak kena marah................... Tapi ... adakah ini kali terakhir... nama di announce di KLIA..... tunggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu


Halwa telinga