Monday, May 16, 2011

MTQ NEGERI SARAWAK (2) SAMBUNGAN…

Mukah sebagai tuan rumah MTQ Negeri Sarawak pada tahun ni. Sebelum ni saya ada nyatakan bahawa apa yang saya temui semasa hari pendaftaran MTQ Negeri Sarawak.
Sebenarnya… semasa MTQ Negeri Sarawak  yang diadakan di Politeknik Mukah, SMK Oya telah diamanahkan untuk merancang perjalanan Majlis Penutupan Rasmi yang akan dihadiri oleh YB Datin Fatimah Abdullah  dan Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak.  Seperti dijangka, pekerjaan ini akan berada di bawah tanggungjawab saya sepenuhnya. Saya mendengar taklimat dari PK Pentadbiran. And then saya berbincang sedikit dengan pengetua. Yang lebih penting saya ingin membawa PK tingkatan 6 (Mdm Kertina Naim) sebagai orang kanan saya semasa majlis tersebut.
Kehadiran YB Datin Hajah Fatimah tidak begitu membuat saya bimbang dan risau… Tetapi kehadiran pengarah sebenarnya yang membuat saya agak kecut perut. Dengan keadaan arahan yang tidak jelas and saya tidak menghadiri mana-mana mesyuarat dari  Pejabat Pelajaran Daerah Mukah.
Tapi pada 4 Mei 2011… malam around 930pm saya telah dihubungi melalui telefon. Meminta saya ke Mukah untuk menghadiri taklimat dan mesyuarat majlis tersebut keesokkan paginya.

So.. sekali lagi saya mohon simpati pengetua untuk membawa Mdm Kertina bersama saya… Alhamdulillah mendapat kebenaran. Saya memang amat memerlukan pembantu ketika ini untuk mencatat apa yang perlu. (Saya belajar perkara ini dari My Boss semasa di SMK Bukit Bandaraya- Kuala Lumpur. Datin Suwarni Hasan) Di mana masa tu saya menjadi mangsa  My Boss untuk menemaninya bermesyuarat untuk majlis Penuutupan Rasmi Festival Nasyid Sek2 Malaysia kali pertama di Kuala Lumpur pada tahun 2004.  Alhamdulillah saya  mendapat pengalaman dari sini.. jadi at least saya tak le.. macam orang bodoh semasa taklimat. Sebenarnya bau pagi ni mmerancang perjalanan majlis yang sebenarnya

5 Mei 2011 pulak…. Raptai yang tak macam raptai…. Sabar ajelah. Saya  kena siapkan kerja yang sepatutnya bahagian lain sediakan. Bilik VVIP.. kena sediakan teeth bit.. minuman panas. And Kami gunakan duit sendiri untuk membeli drinking water untuk VVIP sebab air yang disediakan tak menepati piawai.  Credit to Kertina.  Malam selepas pertandingan nasyid kami mula bekerja memastikan dewan sedia for tmorrow morning. Kutip sampah . And sedihnya perlu sediakan  tanda kerusi tpt duduk tetamu yang sepatutnya orang lain sediakan. Balik dari Mukah singgah di Sekolah dan membuat tanda kerusi  dengan bantuan 4 orang guru yang  dipertanggungjawabkan membantu saya.
6 Mei 2011… seawall  7am kami sudah berada di dewan serbaguna Politeknik. Pintu dewan pun belum buka lagi… arghhhhhhh tension.
Masa berlalu dengan kehadiran pengarah… Yb dan tetamu2 lain .. majlis berjalan seperti yang dirangka. Walaupun  majlis berjalan lancer.. orang tak tau… bagaimana sakitnya kaki saya berlari ke sana ke mari memastikan semua berjalan lancar. Dengan Walkie Talkie ditangan.. Saya menjadi master mind majlis ini bersama dengan beberapa orang pegawai dari Jabatan dan  Guru dari Sekolah Rendah (Ustaza Azra) puhhhhhh  … memang gila punya penat.
Akhirnya.. majlis berjaya and  pegawai yang berkaitan mengucapkan tahniah…. Tapi tahniah sekali pun… hanya Allah yang tau bagaimana perasaan saya sepanjang majlis tersebut. Sempat bertegang urat dengan guru yang tidak mau mendengar arahan saya. (Mungkin mereka rasa saya penyibuk kot). Alhamdulillah sepanjang melaksanakan tugas ini…  walau pun penat tapi saya mendapat bantuan yang superb terutama dari barisan protocol… and pengacaraan selain daripada penyelaras dan pegawai-pegawai dari JPN Sarawak.
Tugas ini bersambung dengan majlis yang menunggu di sekolah jugak……….. memang 6 Mei 2011 betul-betul membuat saya masak……………. But menambah pengalaman saya dalam organize sesebuah majlis.
Dinner bersama Cikgu Dollah Razak yang datang  sempena MTQSS kali ini


Makanan yang dinikmati......semasa  dinner.

Sebenarnya mengambil kesempatan membawa Cikgu Dollah menikmati seafood sebelum  mengemas dewan untuk persediaan keesokan harinya...



Thanks Allah… member saya kekuatan untuk melaksanakan tugas dengan baik dan memuaskan hati pihak yang berkenaan .. walau sebenarnya jerih, peluh dan  debaran sepanjang majlis berjalan. Moga kekuatan ini akan terus diberikan pada hambaMu ini untuk melakukan  yang terbaik bagi setiap amanah yang diberikan… Amin Ya rabbal alamin.

No comments:

Post a Comment

Halwa telinga