Wednesday, May 18, 2011

Pesta Buku Antara Bangsa Kuala Lumpur.(30 April 2011 – 1 Mei 2011)

Dah beberapa minggu berlalu baru nak cerita tentang pesta buku…
Saya memastikan setiap tahun saya akan ke Pesta Buku. Tujuan nya adalah untuk  menambah collection buku saya. 

Penerbangan saya dari Sibu  ke LCCT .... my parent and sis menghantar saya ke Airport dalam hujan lebat.... 
 Hujan lebat semasa ke Airport Sibu

 Keadaan mula nak hujan

Cuaca macam okey sahaja sebelum hujan turun dengan lebatnya

 Pemandangan dari dalam kapal terbang

 Awan....... sungguh indah ciptaan Allah

Pemandangan yang membuat saya leka dan termenung jauh .. betapa Allah maha Berkuasa atas segala yang diciptakannya

Tak le banyak mana sangat pun yang saya borong sebenarnya. Mana larat nak bayar overweight kan……
Tapi cukup menyenangkan hati saya. Sebenarnya memang rambang mata bila tiba di PWTC. Saya ke sana pada 30 April 2011 bersama my friend. Adenan. Thanks Denan jadi penunjuk jalan every year. Dah dua tahun ke PWTC dengan Denan sebagai penunjuk jalan. Alhamdulillah dipermudahkan untuk saya segalanya
Seperti tahun2 sudah.. orang bukan main ramai lagi. Sampai nak jalan pun sesak… ingatkan jalan2 di KL aje yang sesak.. di PWTC masa PBAKL pun apa kurangnya. Saya berpecah… dari jam 1130 pagi. Mula2 kami cari gerai NB Kara terlebih dahulu. Setelah meninggalkan  buah tangan untuk Kak Yati.. saya memulakan misi saya untuk explore semua ceruk rantau di PWTC. Wahhhhhhhh…. Heaven yang teramat sangat rasanya bila dikelilingi oleh buku. Hanya yang meminati dunia buku memahami maksud saya.
Saya pergi ke Karang Kraf.. Alaf 21. Sayangnya saya tak dapat ambil gambar sebab saya dah terpisah dari Denan. So saya hanya boleh berjumpa dengan penulis2 buku and ambil tandatangan. Siapa yang saya temui… Anis Ayuni (Kak Latifah.. classmate saya masa saya mengikuti  Programme Master Of Education di Universiti Malaya). Masa kat UM saya tak tau pun dia penulis walaupun saya dah memiliki buku2 nya sebelum ni sehinggalah Burn (Nama manja untuk Abu Bakar…. Apa khabarlah Burn, Azli, Azri and seorang lg saya lupa namanya) memaklumkan pada saya. Itu pun di penghujung semester 3 ketika kami hampir tamat pengajian. Selain Kak Anis Ayuni.. jumpa penulis lain lika Aina Emir.. di Karna Dya, dan ramai lagi.  Saya sempat juga beramah mesra dgn HM Tuah…. Hahahhahaha.. saya kurag berminat dengan gaya penulis beliau… tapi saya tetap memiliki koleksi buku motivasi tulisan dia. Kenapa……….???? Sebab saya suka membaca .
Saya hampir membuang masa berbaris untuk mendapatkan tandatangan Ramlee Awang Murshid. Nasib baik saya manusia tak suka berbaris. Actually saya nak jadikan ia satu hadiah for Aziz on his Birthday September nanti. Lebih kurang macam hadiah in advance lah… Tapi tak berjaya.  Saya membeli buku terbaru Ramlee Awang Mursyid (hard cover ) untuk Aziz. I know he will like it..hehehehhe. For my sister Salina…I bought buku Anis Ayuni siap tandatangan dari Anis Ayuni. For sure this June I will give it to her. Untuk my student I bought 7 mini Al_quran for those who  get higher mark in the Mid Year exam. Hope they can use it.. and moga pahala akan saya dapat juga  bila mereka menggunakannya.
 My books....


Set model soalan spm dan pmr

novel and books

For my self.. off course I bought novel, motivation books, religious books and general books.
Rasanya… bag saya dah penuh dengan buku-buku ini… Nasib baik saya ke PBAKL bersama Denan.. hahahahha.. dah dua tahun juga dia membantu saya mengangkat buku2 yang saya beli.
Last sekali saya ke Gerai NB Kara semula… untuk mendapatkan buku2 keluaran syarikat kak Yati. Best sangat2 bila berjumpa dengan penulis yang mesra teramat macam Kak Yati. Jumpa dengan Kham, Kak Liza…  Cuma saya rasa segan2 jugaklah .. sebab sapalah saya kan… So just smile pada peminat2 Kak Yati yang lain. But… seikhlas hati.. saya rasa amat selesa dengan kak Yati.  She really nice person. And yang penting dia ada anak yang comel teramat. Saya boleh bayangkan yang satu hari nanti anaknya akan menjadi anak dara yang cantik jelita. Sesuai dengan darah campuran yang ada dalam diri dia.
Actually.. saya mengenali suami Kak Yati dulu sebelum mengenali Kak Yati. Dari dialah saya mengetahui blog Kak yati and know how to order novel direct from NBKara. Tapi saya memang meminati novel2  hasil tangan nya pertama. Semuanya  ada dalam koleksi saya. Cuma yang sebelum ini ada di tangan “someone”, di tangan kakak saya. Yang lain ada dalam koleksi saya di rumah ini.

Dari suaminya lah saya mengenali Kak Yati and blog dia.
Wow…. Panjang teramat saya punya entry hari ni… hehehhehehe.
Yang lagi nak jadi cerita… on the way back..  Kami ke stesyen LRT untuk kembali ke hotel penginapan saya di Jalan TAR. Hhahahahaha
Ya.. Ampun… orangnya berbaris begitu ramai. Kami melakukan kesilapan bila mana membeli ticket sehala sahaja sebelum ini. So kami mengambil keputusan untuk naik teksi sahaja. Tapi sebelum naik teksi.. perut dah mula terasa lapar… so kena isi minyak dulu supaya kami ada tenaga untuk menahan teksi… kehkehkeh
Tak de teksi.. dan rasa macam tak percaya apabila kami terpaksa berjalan sehingga ke Chow Kit Road….. huhuhuhu.. bila dah sampai kat Chow Kit…. Terasa nak makan durian.. sekali lagi Denan terpaksa mencari .. malangnya tak Berjaya… tak pelah..tak de rezeki.
SO naik teksi ke Hotel Frenz di Jalan TAR.. setelah solat asar dan meninggalkan harta benda di hotel… saya turun semula untuk berjumpa Denan. Arah seterusnya..Pasar Malam yang sedang berlangsung di Jalan TAR.. kami mencari laksa penang. Di Gerai yang pertama tak memenuhi selera saya… saya makan sikit sahaja. Kami cari another gerai… yeahhhhhhhhh… memang memuaskan hati…. Then… kami ke SOGO… yang tu tak yah cerita… nasib baik credit card saya dah dibayar advance sebelum saya ke KL.  So.. tak delah risau ia berlambak2 hutang di dalamnya,
di antara plastik2 buku hasil jangkauan tangan saya
 Bersama Kak Norhayati Berahim yang amat peramah and mesra peminat

 Gambar yang saya ambil ketika duduk melepaskan keletihan

 Entah apa2  gambar yang saya ambil semasa duduk  melepak  akibat sakit kaki

Bersama Kak Norhayati Berahim and Kak Liza Bujang

Walau apa pun… saya rasa seronok  setiap kali ke PBAKL. Yang penting saya happy bila ke KL kerana… di sini hati saya pernah bahagia.. di sini saya juga dilukai..  Yang penting KL yang sentiasa sibuk… tempat yang meninggalkan kenangan indah dan duka buat saya. Selamanya saya akan menyukainya… walaupun orang lain tak menyukai KL. UM… SMK Bukit Bandaraya… Rumah sewa saya.. belajar hidup sendiri… berdikari… pahit manis semua ada di sini.





No comments:

Post a Comment

Halwa telinga