Saturday, July 18, 2009

Tidur yang lena....

Last night saya tidur cukup awal... terkejut jugak sebab saya rasa itule tidur saya yang lena sejak peristiwa Fenruari 2009. Sampai saya tak sedar untuk turun ke asrama jam 11 malam.Kalau ada my mother kat rumah saya tu... mesti dia terkejut tengok saya tidur can tik je bertudung dan berpakaian lengkap ketika tidur... hehehehhe. Bangun tidur pagi.. saya tengok ada banyak miss call kat phone saya.... aiyyyaaa. Telefon saya silentkan... and on my lapptop banyak jugak msg dari my friend ajak sembang.... tapi nak buat camna... saya bangun jam 2 pagi .. lepas tu tidur kembali dgn lenanya.... may be sebab saya terlalu letih kot dgn segala masalah bila saya makan ubat yang menyebabkan tidur .. saya tak boleh nak buka mata pulak... hahahahah
Pagi ni saya pergi pasar sabtu untuk membeli makanan like ikan... saya belik ikan bawal agak murah size sederhana saya dapat 4 ekor rm10.00... ikan yang my dad suka aku beli seekor yang size besar... kalau kat mukah mau harganya rm15.00.. tapi rezeki... orang tu jual rm6 aje kat saya. and dua ekor lagi ikan saya beli dengan harga rm5 saja. Tambah lagi dgn payak (udang laut) size sederhana saya beli rm10. My friend tanya siapa nak makan... sebabnya dia tau.. dah hampir sebulan dapur saya tak pernah berasap.....hahahaaha..... Sebenarnya semua tu untuk my mum and dad kat kampung. setiap minggu saya akan pastikan saya membeli ikan atau daging untuk mereka sebab my mum tak suka ayam. Sayur pulak kat belakang rumah banyak.
Tapi sebelum ke pasar sabtu... saya singgah asrama lagi... nak naik angin ada jugak..bila warden yang sama tidak bertugas and kawan dia kata dia pergi ke tempat lain and tau tugas dia hari ni. Langsung tak minta kebenaran dari saya... aduh.... sakit kepala dibuatnya. Saya kena bincang semula dengan my boss....
Jam 1030 tadi saya siap buat bengkel menjawab PMR.. alamdulillah siap sebahagian... next week untuk SPM pulak.... budak2 tau saya garang... so,.... everyone try their best to make sure... beri perhatian.... hahahahha... sukanya hati

Friday, July 17, 2009

Seminggu yang meletihkan....

Hampir 5 hari tak update blog. MInggu cukup sibuk.. pagi dan petang. bermula pagi Isnn.. saya dah kena melawat sekolah. Hampir setengah hari menyemak dan membuat penyelarasan markah untuk PBS... sebelah petang kena semak beberapa dokumen yang aku tinggalkan... sebab esok pagi kena buat penyelarasan lagi. Malamnya ada farewell and welcoming dinner. . Saya kena duduk di meja utama bersama pengetua baru dan pengetua lama... terharunya bila pengetua mention nama aku sebagai staff yang rapat dan boleh bekerja seiring dgn dia..... Saya jadi sayu mengenangkan my boss that will transfer out soon...... huhuhu
oPSS.. HARI KEDUA MINGGU ni bermula dengan penggambaran dan majlis memperkenalkan new pengetua kepada murid2. Aku pun tak tau macam mana agaknya bekerja dgn new pengetua... walaupun dia orang kampung aku. Lepas tu... aku bawa my PK Hem to check pagar asrama yang macam kena gunting and melawat asrama.. dan dewan makan. Selepas tu aku bergegas untuk melawat sekolah yang kedua minggu ni.... aduh... bila sya dapati ada kesilapan dalam pemberian markah.... nak marah tak boleh jugak sebab budak baru. Habis... nak buat cam na.... kena le panggil semua budak yang diberi skor yang salah and saya kena buat pentaksiran and minta guru dia buat pentaksiran semula jugak.... alhirnya tamat jam 130 petang... tak sempat apa2 aku kena rudhing ke sekolah sebab ada mesyuarat jam 3ptg. Nak atau tidak kena hadir jugak sebab aku setiausaha and maklumat berkaitan mesyuarat ni dalam tangan aku.... Alhamdulillah... my boss puas hati dgn perjalanan mesyuarat and any maklumat segera yang dia nak in my finger tip... betul ke bahasa aku tu... hehehehe
Hari ke tiga... aku boleh mengajar semula.. tapi aku jadi bengang bila budak2 buat tak endah suruhan aku ,,, kerja yang aku tinggalkan tak dilaksanakan.... hiish.. ish... bebudak ni... Petangnya .. aku handle majlis salam retu ibu, ayah dan guru untuk form 3 student... my boss mention that aku orang kuat di belakang program and apa saja yang berkaitan dgn kurikulum ting. tiga. MAjlis petang ni berakhir dengan penuh kesedihan bila mana seorang pelajar aku yang jadi anak yatim piatu dan aku jadi saksi... sedihnya .. aku nak peluk dia... tak boleh.... dia lelaki....semua yang hadir menangis and beri semangat pada my student ni,,, Malamnya pulak.. pelajar lelaki dan perempuan (ting. enam sahaja) diambil darah untuk tujuan pembasmian penularan penyakit filariasis ( dalam bahasa mudahnya untut)
Hari keempat minggu ni masih mengulangi perkara dan aktiviti semalam.. tapii hari ni my boss tak hadir,... my PK Hem mention that i am ketua warden, ketua bidang and orang kuat kurikulum ting. tiga.... lebih kurang sebagai wanita besi kat sekolah aku... konon2nya le... hahahahah.
Malamnya sekali lagi rombongan dari hospital mukah datang untuk mengambil darah... aku jadi orang terakhir... rasa glamour pulak sebab sekolah ambil gambar aku and romb. yang hadir pun sama jugak.. aku dgn baju yang tak bertukar dari pagi... senyum dgn lebar dalam kesakktan... hahahahahaha
Hari jumaat... berjalan macam biasa ada kelas... mesyuarat and sebelah petang akuy buat bengkel untuk pelajar-pelajar tingkata tiga bagi kelas yang aku tak ajar.... budak2 berpotensi nak dapat A tapi masalahnya ialah... cara menjawab masih terlalu banyak kelemahan.. habis jam lima lebih... esok pagi sambung for another two classes.. tak boleh nak buat serentak sebab different kemampuan untuk menerima .... apa yang aku sampaikan....so... huatlah.. class by class.
Amacam..cukup sibukkan jadual aku minggu ni... tapi at least ia menjadi penawar rasa ... yang penting aku bahagia dengan tugas aku sekarang ni... udah-mudahan Allah beri aku kekuatan dan kelapanagan untuk jalankan tugas dgn terbaik... Amin.

Sunday, July 12, 2009

Ahad... yang menyeronokkan


Weekend... caeh... speaking londong pulak...
Hari ni aku duduk kat rumah aje... nak bergerak tak leh sebab keta tak de... adik aku guna... sampai malam baru keta ade... geram ada jugak dibuatnya. Hari ni aku cuci rumah... cuci pakaian... and melepak menghabiskan novel aku. Ada banyak lagi yang aku belum baca lagi... Insya Allah saat aku terover stress aku boleh baca
Malam aku ke sekolah siapkan.. kerja2 yang perlu sebelum aku bergerak ke sekolah lain untuk buat pemantauan esok... kerja sendiri rupanya tak siap lagi...macam amana le.. nak menyelaras orang lain... Hancur betul aku ni.
Smalam aku rasa sibukk sangat-sangat... terpaksa le dari pagi sampai tengah malam berada di sekolah... tapi sebelum maghrib sempat baik kuarters aku.. dan terlelap 15 minit.... menyebabkan aku terlewat untuk tiba balik ke sekolah...
Agak terkejut dan marah juga.. bila ada dikalangan guru yang pandai2 tambah aturcara majlis tanpa memaklumkan kepada aku. Berasap jugak le kepala aku bila my boss tanya... kenapa ada [elajara harian masuk sekolah pada waktu malam... aku yang tak tahu menahuni... nak jawab macam mana... tapi aku berjaya mencari angkara siapa benda ni berlaku.... geram... geram ... geram sangat2. Tak habis2 bagi masalah le cikgu ni.....
Tapi my boss kata... relax,.... tak apa... hari ni dia susahkan kita nanti.. Allah ta'ala bagi kesusahan yang lebih teruk lagi.... sabar.... Tabik aku kat boss aku and sedih sangat sebenarnya bila dia transfer soon.... huhuhuhuhu

Wednesday, July 8, 2009

Tension... gila...

hari ni... aku rasa nak menjerit aje. Pagi-pagi aku ke Hostel dan mendapati dua2 warden yang bertugas tiada di tempat yang sepaptutnya.... Jam hampir 6.10 baru sorang warden perempuan muncul... rasa geram jugak dibuatnya....Sebab tak boleh nak tunggu lama... Aku kena bergegas ke pejabat sebab sejak dua menjak aku menjadi tukang buka pintu pejabat pulak... hahahhahaha
Belum habis satu hal... aku dimaklumkan ada guru agama yang macam tertekan.. pagi2 lagi aku cari keburukan atau masalah orang lain.... aku rasa aku perlu panggil cikgu ni... tapi macam mana ya. Budak2 boleh le aku handle... ni dah na jadi mak budak.... so.... tanya boss le macammana... my boss said... you better call her.... kwang..kwang...kwang
Aku punya le cari guru tu.. tak terjumpa.... hish... tak patut betul.. dah tinggal masej atas meja pun tak datang jugak. adush... macam mana nak bagitau boss....
Semalam aku melalui peristiwa lucu... kah...kah/... kah.. ketawa guling-guling aku dibuatnya. Aku pergi menghalau pelajar lelaki untuk ke role call petang sebellum prep bermula.... budak2 besar... aku tak tau kenapa... bila aku kata 10 saat dari sekarang kosongkan asrama...
Ada dua orang budak form six... tak sempat pakai baju lari turun asramma.. yang lawaknya seorang tu.. tengah lari sambil memakai seluar.. nampak... seluar yang belah dalam.... kah,... kah...kah... Itu le terapi minda aku hari ni.. Kat sekolah aku memang sedia ganas pun.... kawan aku... kata kalau aku tengah marah... sapa pun tak berani nak tegur...Hisyyy... rupa2nya teruk sangat aku ni....
Kena ubah perangai ni.... baru sedar nak bermuhasabah diri.....

Sunday, July 5, 2009

Hari Ahad....

seminggu berlalu ... aku tak dapat nak buat apa2. Segala-galanya macam serba tak kena... so kahirnya segalanya terbengkalai macam tu je. Aku tak pasti apa yang aku nak buat dulu. Kerja memang melambak-lambak... dan yang peningnya aku tak tau nak mula yang mana satu dulu. Buku tak disemak... dengan masalah aku yang tak sudah. Entahlah....
Hari ni sepanjang hari aku duduk di bilik aku cuba menyelesaikan dokumen yang perlu dulu. Alhamdulillah siap semuanya.
Aku tak de mood nak menulis di sini sebenarnya. Tapi kat sini aje kau boleh luahkan perasaan aku sebab aku tau tak siapa membaca blog aku ni.... Nak tulis pun... tah apa 2 yang aku typekan. Otak aku bercelaru macam perasaan aku juga.
Letihnya hidup aku kalau macam ni.... Mudah-mudahan Allah permudahkan jalan untuk ku.... Amin ya rabbal A'lamin

Wednesday, July 1, 2009

Mengantuknya

Sekarang berada dalam kelas.... mata begitu mengantuk sekali... dah beberapa hari aku tidur lewat malam... jam 3 pagi dan jam 530 dah bangun semula dah.... ahhhh
Harap2 boleh lagi nak drive untuk isi minyak.

Monday, June 29, 2009

Lepas satu beban

Sebaik sahaja kembali dari out station... saya menghadiri mesyuarat kat sekolah.... Dalam letih and blank abut bende yang nak di mesyuarat kan... saya redah jugak le. Buat apa yang saya rasa okey and then komen ajelah. The next morning my boss called that will be transfer soon ... huhuhu,... i really feel very sad and down. He is very supportive boss and i can discuss anything with him. So... saya betul-betul rasa sedih atas berita yang disampaikan oleh my boss.
Hari ni juga saya membuat perjalanan jauh untuk menyelesaikan masalah yang timbul dengan cara yang terbaik. Alhamdulillah akhirnya kebenaran terserlah jua... so rasa lega sangat.... baliknya i am with my friend pergi makan and take seafood... order seolah2 5 orang nak makan... lastly saya tak sentuh langsung ketam hehehehehe,,, bungkus ajelah
Hari ni.. awal2 pagi saya didatangi budak lelaki and menceritakan maslah yang cukup memeningkan saya. Tak puas bercakap pagi... malam pun dia bercakap lagi dengan saya terpaksa jadi caunsellor.
Saya tak tau kenapa saya yang garang ni selalu jadi pilihan budak untuk mengadu masalah. Bila ditanya kenapa tidak pergi ke GBK... dia kata dia percaya pada saya... dalam geram dan nak marah... saya kasihan... mendengar luahan perasaan ... hampir satu jam masa saya terbuang macam tu saja.... Tapi bila fikir2 semula ada pengajaran yang saya dapat....
Dah nak balik pun... keluar pulak senarai 8 murid yang buat masalah semasa prep... Just slow talk and bagi nasihat... tapi kesalahan tetap dicatat sebagai peringatan dan untuk keselamatan diri saya sendiri.....
Pkl 12 malam baru beredar dari asrama... dalam berani dan takut saya meronda asrama lelaki sorang diri.. alhamdulillah lepas saya meronda di asrama lelaki baru keadaan bising reda..... Penat betul rasanya sehingga saya tak boleh nak tidur....

Thursday, June 25, 2009

Berkursus anjuran ......

Sudah beberapa hari tak update blog ni. Agak sibuk sebelum meninggalkan sekolah untuk seminggu. Hari Jumaat try to make sure... semua urusan pentadbiran yang saya kena buat dah disiapkan. Memang agak kelam kabut sehingga hari Ahd baru semua tugas yang ditinggalkan prepared and ready. huhuhuhu
Hari Isnin .. pagi-pagi dah menghadiri perjumpaan guru-guru Islam dan tengaharinya bergegas pula ke airport untuk ke Kuching....pukul 6 sampai di hotelenginapan di Kuching dan terus sediakan diri untuk menghadiri taklimat dan makan malam. Kalau ikutkan balik bilik terus tidur... tapi dah biasa tidur sorang.. tetiba ada orang kat sebelah ... saya jadi tak boleh nak tidur. Hari pertama.... saya mendapat dimensi baru dalam penyemakan skrip jawapan murid.... Insya Allah ilmu yang saya dapat bakal dikongsikan agar saya boleh terus meletakkan Pendidikan Islam kat sekolah sebagai mata pelajaran kebanggaan. Insya Allah.
Hari ni dah Rabu dah... kerja-kerja penyemakan sudah selesai.. esok tengahari check out.... friday baru balik... huhuhuhuhu... tugas tertunggak mesti banyak menanti di sekolah.
Opppsss. hari ni saya dengan kakak sulung ke pejabat dia sebab nak photocopy beberapa dokumen untuk tujuan claim... tetiba aje ada orang panggil.... lama betul nak mgingat... lepas dia call baru ingat... Rokiah rupanya.... hehehhehehe... mati hidup balik dia tak percaya saya belum kahwin.... rupa2nya dia pun tak kahwin lagi....
Sya juga jumpa dan berkursus dengan my housemate and course mate masa buat first degree...... huhuhuhu... berguguran airmata bila dia terjumpa di lobby hotel masanak gi dinner.... Tak sangkanya. Tapi dia awal2 dah tau saya akan hadir sebab dia ada senarai nama yang hadir. Sebab tu dia mengintai.. dari masa ke semasa....
Tak pelah... lain kali sambung lagi cerita ni sebab .. Insya Allah balik nanti saya uploadkan ttiga gambar serupa bandaraya kuching dari bilik saya kat Merdeka Palace...

Halwa telinga