Friday, July 17, 2009

Seminggu yang meletihkan....

Hampir 5 hari tak update blog. MInggu cukup sibuk.. pagi dan petang. bermula pagi Isnn.. saya dah kena melawat sekolah. Hampir setengah hari menyemak dan membuat penyelarasan markah untuk PBS... sebelah petang kena semak beberapa dokumen yang aku tinggalkan... sebab esok pagi kena buat penyelarasan lagi. Malamnya ada farewell and welcoming dinner. . Saya kena duduk di meja utama bersama pengetua baru dan pengetua lama... terharunya bila pengetua mention nama aku sebagai staff yang rapat dan boleh bekerja seiring dgn dia..... Saya jadi sayu mengenangkan my boss that will transfer out soon...... huhuhu
oPSS.. HARI KEDUA MINGGU ni bermula dengan penggambaran dan majlis memperkenalkan new pengetua kepada murid2. Aku pun tak tau macam mana agaknya bekerja dgn new pengetua... walaupun dia orang kampung aku. Lepas tu... aku bawa my PK Hem to check pagar asrama yang macam kena gunting and melawat asrama.. dan dewan makan. Selepas tu aku bergegas untuk melawat sekolah yang kedua minggu ni.... aduh... bila sya dapati ada kesilapan dalam pemberian markah.... nak marah tak boleh jugak sebab budak baru. Habis... nak buat cam na.... kena le panggil semua budak yang diberi skor yang salah and saya kena buat pentaksiran and minta guru dia buat pentaksiran semula jugak.... alhirnya tamat jam 130 petang... tak sempat apa2 aku kena rudhing ke sekolah sebab ada mesyuarat jam 3ptg. Nak atau tidak kena hadir jugak sebab aku setiausaha and maklumat berkaitan mesyuarat ni dalam tangan aku.... Alhamdulillah... my boss puas hati dgn perjalanan mesyuarat and any maklumat segera yang dia nak in my finger tip... betul ke bahasa aku tu... hehehehe
Hari ke tiga... aku boleh mengajar semula.. tapi aku jadi bengang bila budak2 buat tak endah suruhan aku ,,, kerja yang aku tinggalkan tak dilaksanakan.... hiish.. ish... bebudak ni... Petangnya .. aku handle majlis salam retu ibu, ayah dan guru untuk form 3 student... my boss mention that aku orang kuat di belakang program and apa saja yang berkaitan dgn kurikulum ting. tiga. MAjlis petang ni berakhir dengan penuh kesedihan bila mana seorang pelajar aku yang jadi anak yatim piatu dan aku jadi saksi... sedihnya .. aku nak peluk dia... tak boleh.... dia lelaki....semua yang hadir menangis and beri semangat pada my student ni,,, Malamnya pulak.. pelajar lelaki dan perempuan (ting. enam sahaja) diambil darah untuk tujuan pembasmian penularan penyakit filariasis ( dalam bahasa mudahnya untut)
Hari keempat minggu ni masih mengulangi perkara dan aktiviti semalam.. tapii hari ni my boss tak hadir,... my PK Hem mention that i am ketua warden, ketua bidang and orang kuat kurikulum ting. tiga.... lebih kurang sebagai wanita besi kat sekolah aku... konon2nya le... hahahahah.
Malamnya sekali lagi rombongan dari hospital mukah datang untuk mengambil darah... aku jadi orang terakhir... rasa glamour pulak sebab sekolah ambil gambar aku and romb. yang hadir pun sama jugak.. aku dgn baju yang tak bertukar dari pagi... senyum dgn lebar dalam kesakktan... hahahahahaha
Hari jumaat... berjalan macam biasa ada kelas... mesyuarat and sebelah petang akuy buat bengkel untuk pelajar-pelajar tingkata tiga bagi kelas yang aku tak ajar.... budak2 berpotensi nak dapat A tapi masalahnya ialah... cara menjawab masih terlalu banyak kelemahan.. habis jam lima lebih... esok pagi sambung for another two classes.. tak boleh nak buat serentak sebab different kemampuan untuk menerima .... apa yang aku sampaikan....so... huatlah.. class by class.
Amacam..cukup sibukkan jadual aku minggu ni... tapi at least ia menjadi penawar rasa ... yang penting aku bahagia dengan tugas aku sekarang ni... udah-mudahan Allah beri aku kekuatan dan kelapanagan untuk jalankan tugas dgn terbaik... Amin.

No comments:

Post a Comment

Halwa telinga