Wednesday, July 1, 2009

Mengantuknya

Sekarang berada dalam kelas.... mata begitu mengantuk sekali... dah beberapa hari aku tidur lewat malam... jam 3 pagi dan jam 530 dah bangun semula dah.... ahhhh
Harap2 boleh lagi nak drive untuk isi minyak.

Monday, June 29, 2009

Lepas satu beban

Sebaik sahaja kembali dari out station... saya menghadiri mesyuarat kat sekolah.... Dalam letih and blank abut bende yang nak di mesyuarat kan... saya redah jugak le. Buat apa yang saya rasa okey and then komen ajelah. The next morning my boss called that will be transfer soon ... huhuhu,... i really feel very sad and down. He is very supportive boss and i can discuss anything with him. So... saya betul-betul rasa sedih atas berita yang disampaikan oleh my boss.
Hari ni juga saya membuat perjalanan jauh untuk menyelesaikan masalah yang timbul dengan cara yang terbaik. Alhamdulillah akhirnya kebenaran terserlah jua... so rasa lega sangat.... baliknya i am with my friend pergi makan and take seafood... order seolah2 5 orang nak makan... lastly saya tak sentuh langsung ketam hehehehehe,,, bungkus ajelah
Hari ni.. awal2 pagi saya didatangi budak lelaki and menceritakan maslah yang cukup memeningkan saya. Tak puas bercakap pagi... malam pun dia bercakap lagi dengan saya terpaksa jadi caunsellor.
Saya tak tau kenapa saya yang garang ni selalu jadi pilihan budak untuk mengadu masalah. Bila ditanya kenapa tidak pergi ke GBK... dia kata dia percaya pada saya... dalam geram dan nak marah... saya kasihan... mendengar luahan perasaan ... hampir satu jam masa saya terbuang macam tu saja.... Tapi bila fikir2 semula ada pengajaran yang saya dapat....
Dah nak balik pun... keluar pulak senarai 8 murid yang buat masalah semasa prep... Just slow talk and bagi nasihat... tapi kesalahan tetap dicatat sebagai peringatan dan untuk keselamatan diri saya sendiri.....
Pkl 12 malam baru beredar dari asrama... dalam berani dan takut saya meronda asrama lelaki sorang diri.. alhamdulillah lepas saya meronda di asrama lelaki baru keadaan bising reda..... Penat betul rasanya sehingga saya tak boleh nak tidur....

Thursday, June 25, 2009

Berkursus anjuran ......

Sudah beberapa hari tak update blog ni. Agak sibuk sebelum meninggalkan sekolah untuk seminggu. Hari Jumaat try to make sure... semua urusan pentadbiran yang saya kena buat dah disiapkan. Memang agak kelam kabut sehingga hari Ahd baru semua tugas yang ditinggalkan prepared and ready. huhuhuhu
Hari Isnin .. pagi-pagi dah menghadiri perjumpaan guru-guru Islam dan tengaharinya bergegas pula ke airport untuk ke Kuching....pukul 6 sampai di hotelenginapan di Kuching dan terus sediakan diri untuk menghadiri taklimat dan makan malam. Kalau ikutkan balik bilik terus tidur... tapi dah biasa tidur sorang.. tetiba ada orang kat sebelah ... saya jadi tak boleh nak tidur. Hari pertama.... saya mendapat dimensi baru dalam penyemakan skrip jawapan murid.... Insya Allah ilmu yang saya dapat bakal dikongsikan agar saya boleh terus meletakkan Pendidikan Islam kat sekolah sebagai mata pelajaran kebanggaan. Insya Allah.
Hari ni dah Rabu dah... kerja-kerja penyemakan sudah selesai.. esok tengahari check out.... friday baru balik... huhuhuhuhu... tugas tertunggak mesti banyak menanti di sekolah.
Opppsss. hari ni saya dengan kakak sulung ke pejabat dia sebab nak photocopy beberapa dokumen untuk tujuan claim... tetiba aje ada orang panggil.... lama betul nak mgingat... lepas dia call baru ingat... Rokiah rupanya.... hehehhehehe... mati hidup balik dia tak percaya saya belum kahwin.... rupa2nya dia pun tak kahwin lagi....
Sya juga jumpa dan berkursus dengan my housemate and course mate masa buat first degree...... huhuhuhu... berguguran airmata bila dia terjumpa di lobby hotel masanak gi dinner.... Tak sangkanya. Tapi dia awal2 dah tau saya akan hadir sebab dia ada senarai nama yang hadir. Sebab tu dia mengintai.. dari masa ke semasa....
Tak pelah... lain kali sambung lagi cerita ni sebab .. Insya Allah balik nanti saya uploadkan ttiga gambar serupa bandaraya kuching dari bilik saya kat Merdeka Palace...

Saturday, June 20, 2009

Hari Sabtu Yang Menyeksakan

Sabtu ..... aku merasakan terlalu letih sepanjang hari ini. Tak mampu untuk membuat apa-apa. Selepas beberapa hari dalam keadaan tak cukup tidur dan kerisauan .. hari ni aku melepas rasa keletihan ni. Seminggu ini, aku rasa berada dalam alam peralihan. Kejutan demi kejutan dalam hidup ku. Hari Rabu my boss bagi kepercayaan pada aku untuk menyimpan dan membuka pejabat setiap pagi. Aku risau dan luahkan kerisauan aku pada my friend. Tapi itulah yang perlu aku lalui sebenarnya.... proses mematangkan dalam melaksanakan tugas.
Malam tadi aku menerima laporan dan aku panggil pelajar dan bertanya secara terus terang seperti biasa yang aku buat sebelum ni. Tapi jawapan negatif yang diberikan. Aku rasa lega... dan aku mengharapkan dia tidak menipu aku. Melihat airmatanya mengalir .... aku rasa kesal dan terfikir kambali... betul ke tindakan aku ni... Harap2 budak ni bercakap benar dan menjadi kuat semangat.
Sepanjang hari aku hanya mampu duduk di rumah... sakit kepala yang berpanjangan dari pagi tadi membuat aku rasa terseksa sangat hari ni. Nak buat kerja pun macam tak larat. Arghh.... tekanan yang tak pernah berhenti sejak fews months ago. Ya Allah kuatkkan hatiku menghadapi semua ini,

Monday, June 15, 2009

Hari Yang Sibuk

Hari pertama kembali ke sekolah...... agak sibuk dengan urusan-urusan yang tak terjangka. Seperti biasa kelas dilalui dengan tenang. Tugas-tugas diagihkan dengan sebaiknya. Dan yang pasti guru-guru lain yang terlibat bersedia untuk menerima satu lagi cabaran di penggal baru persekolahan.
Hari ini juga hari pertama menjalankan tugas sebagai ketua Warden.... Mampukah aku?.... Insya Allah perempuan tak boleh lemah... Selagi ada semangat... pasti berjaya menempuhi cubaan. Pertambahan tugas ini menyebabkan aku banyak berfikir untuk menambahbaikan pengurusan asrama dan memastikan aku dan warden-warden serta yang paling penting sekolah tidak terjebak untuk kali yang kedua dalam insiden yang menyesakkan minda last february. Cukup lah sekali.
Hari ini juga aku mula mendidik menjadi orang yang sentiasa bersedia menerima cabaran walau perit bagaimana sekalipun. Bersedia minda untuk menerima tugasan-tugasan yang mencabar minda dan bertindak dengan tepat mengikut masa dan keadaan. Semakin dewasakah aku???? dah tua pun... hehehehehe....
Walau apa pun aku tetap rindukan seseorang..... adakah ruang dan peluang untuk aku terus merindu....... My friend said... cipta ruang dan peluang untuk menjadikan anak didik cemerlang terus cemerlang ada la.......

Thursday, June 11, 2009

Sibu menyemak

Gambar ni aku ambil di Aquari KLCC tahun lepas.... saja je nak tempek kat sini Ini antara gambar yang paling suka saya renung walaupun qualitinya out.
Pagi ni saya telah siapkan sebahagian besar kertas jawapan pelajar saya. Tinggal 4 skrip aje lagi. Tak sabar nak habiskan... tapi lepas tu kena pulak nak memasukkan markah.... itu yang paling saya tak suka. Kalau boleh semua dah siap tapi tak perlu masukkan markah....
Tapi kalau tak de markah.. seiauhmana pencapaian murid dapat dilihat dan perkembangan dapat diikuti. Alangkah indahnya hidup andai saat ini aku boleh bercuti dan duduk tidur di rumah seperti yang aku buat hari selasa lepas...Sure lepas tu my mum bising.
Oh ... ya, hari ni saya mesti menyiapkan semua yang sepatutnya saya siapkan awal cuti dulu . Harap-harap berjaya lah apa yang aku nak buat, Saya lebih tenang hari ni bberbanding dgn hari-hari sebelum ni... alhamdulillah....

Tuesday, June 9, 2009

Hari Selasa seperti Hari Minggu

Seharian di rumah..... Tak buat apa.... sesekali cuba belek kerja yang di bawa balik tak berjaya untuk menyemak apatah lagi menyiapkkannya. So... i spent time read my old novels. Sesekali melayang juga fikiran.... sesekali rasa sedih menjengah rasa... sesekali rasa rindu juga berpadu menjadi satu.
Saya tak keluar rumah... my family mula sibuk dengan perancangan perkahwinan my cousin... nampaknya aku le yang ketinggalan. Jodoh di tangan Allah ta'ala. Terima dengan redha ketentuan Allah... may be ada rahmat di sebalik apa jua dugaanNya pada aku.
Aku bagitau my mum.... terkadang aku cemburu melihat kebahagiaan orang lain... kenapa aku tak mampu memiliki apa yang orang lain miliki, My mum... kata... Allah takkan membenci walau anak mak tak kahwin.... Allah tau yang terbaik untuk hambaNya. My mum... katanya berdoa'lah agar segala apa yang berlaku sebelum ni takka terus menghantui hidupku.
Aku akan mula menjalankan tugas baru... dan ia akan menambahkan kesibukanku dan memudahkan aku melupakan setiap perkara yang menyakitkan dalam hidupku.
Aku perlu jadi orang yang kuat........

Monday, June 8, 2009

Kerja

Duduk di Office.. rasanya mesti sampai petang. Nak kena siapkan beberapa dokumen sebelum dapat berehat esok hari. Hajat di hati esok saya nak duduk di rumah aje sebab badan rasa penat semacam je. Perut pun masih sakit lagi. Tapi rasanya tgh hari ni saya nak rehat kat rumah kat sini dulu sebelum balik.
Hati entahlah... merindu pada yang tak pasti

Halwa telinga