Jangan terlalu susah hati 
dengan urusan dunia. 
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya
   
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya
| Jangan sengaja lewatkan solat.  Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita. Jangan tidur selepas solat Subuh,  nanti  rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). J angan makan tanpa membaca BISMILLAH  dan doa makan.  Nanti rezeki kita dikongsi syaitan. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan. Jangan biarkan mata liar di perjalanan.  Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. J angan menangguh taubat  bila berbuat  dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.. Jangan mengumpat sesama rakan  taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH  dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula. Jangan bakhil untuk bersedekah.  Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.  Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah  ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.  Doa  makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu  berkata JANGAN.  Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya. | 
Credit to my friend ... Hosniati..... Thanks a lot friend..
 
 
 
No comments:
Post a Comment